Selasa, 31 Oktober 2017

Dinner Di Restoren Ayam Penyet Best, Mydin Senawang

9:41:00 PG 6 Comments
Dinner Di Restoren Ayam Penyet Best, Mydin Senawang | Siapa pernah makan ayam penyet? Angkat mouse. Mimi suka juga makan ayam penyet tapi selalu beli dekat pasar malam atau bazar Ramadhan. Tapi ada yang sambalnya sedap ada yang so-so saja. Baru baru ini Mimi sekeluarga singgah dinner di Restoren Ayam Penyet Best, Mydin Senawang

DINNER DI RESTOREN AYAM PENYET BEST, MYDIN SENAWANG


Dinner di Restoren Ayam Penyet Best, Mydin Senawang


Sebelum ni memang plan nak makan di Restoren Ayam Penyet Best tapi tak berkesempatan sebab ada saja halnya kan. So, bila Ahad baru baru ni sekolah Auni ada sukan di Kombes, Paroi, Mimi ajak suami makan dekat Ayam Penyet Best sebab dah dekat sangat. Rugi kalau tak guna baucer yang ada.

Restoren Ayam Penyet Best Mydin Senawang ni tak lah besar mana pun tapi masih lagi sesuai untuk bawa keluarga jamu selera di sini. Susun atur kedai teratur dan kemas. Tak sempat nak snap gambar restoren sebab asyik snap gambar keluarga dan makanan. Apa yang penting restoren Ayam Penyet Best ni mengekalkan tema mereka hijau pucuk pisang. Nice colour.

PELBAGAI MENU DI RESTOREN AYAM PENYET BEST, MYDIN SENAWANG


Terdapat pelbagai menu di restoren Ayam Penyet Best antaranya sudah tentulah Ayam Penyet Best, aneka jenis nasi goreng Penyet, aneka jenis mee, western food dan pelbagai lagi.

Antara menu yang ada di restoren Ayam Penyet Best

Menu yang kitorang pilih untuk dinner di restoren Ayam Penyet Best ialah Ayam Penyet Best untuk suami, Nasi Goreng Cina Penyet untuk Aina dan Auni dan Nasi Goreng Penyet untuk Mimi. Untuk Adhwa, Mimi belikan Fish & Chips. Air pula kitorang order sirap bandung untuk Aina dan Auni, suami pula Air Epal Hijau. Untuk dessert, Mimi order Banana Split.

Fish & Chips untuk Adhwa

Banana Split
Dessert Banana Split

Apa yang istimewa pada menu yang kitorang order ialah sambalnya yang marvellous. Memang rasa sedap sangat sambal dia walaupun makan dengan nasi goreng tau. Sambal Mimi dah habis, Mimi bedal sambal suami. Rasa tak cukup tau. Hopefully, kuantiti sambal di banyakkan pada masa akan datang. Untuk Mimi saja! Hahaha..

Menikmati juadah di Restoren Ayam Penyet Best

Harga bagi setiap menu bagi Mimi sangat berpatutan. Jumlah keseluruhan untuk semua menu yang kitorang order ialah RM76.00. Suami Mimi cuma bayar RM26.00 sahaja selepas tolak dengan baucer RM50.

Korang pun boleh try menu menu yang ada di restoren Ayam Penyet Best yang berdekatan. Sesekali cuba makan di restoren ini , memang best. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Penyet Best korang boleh layari :

Fb : Ayam Penyet Best

Hantar Mesej Kepada Yang Tersayang Dengan Little Happy Potato

7:00:00 PG 2 Comments
Hantar Mesej Kepada Yang Tersayang Dengan Little Happy Potato |  Sekarang ini pelbagai cara dan rupa orang kita hantar sesuatu mesej atau pesanan kepada yang tersayang. Ada yang buat surprise dengan menghantar bunga, coklat, belon, kad, kek dan sebagainya. Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk luah rasa cinta dan sayang kepada yang tersayang. Kini, ada satu cara yang sangat rare dan awesome  tau korang. Hantar mesej hanya menggunakan kentang. Apa?Kentang? Ya, korang hanya hantar mesej kepada yang tersayang dengan Little Happy Potato.

HANTAR MESEJ KEPADA YANG TERSAYANG DENGAN LITTLE HAPPY POTATO


Dengan Little Happy Potato
Little Happy Potato


Mesti pelikkan hantar mesej menggunakan kentang. Tak pernah dibuat orang tetapi yang tidak pernah dibuat orang tu lah yang awesome tau. Mimi pun pelik juga sebab guna kentang untuk hantar mesej kepada yang tersayang dengan Little Happy Potato. Selalu orang gunakan kentang untuk masakan tapi kali ni digunakan untuk hantar mesej.

Baru baru ini Mimi terima sebiji kentang mesej kepada yang tersayang dengan Little Happy Potatosurprise daripada kak Suria Amanda tau. Terima kasih kak SA for this special message "Always Sweet Like A Potato". 



MESEJ KEPADA YANG TERSAYANG DENGAN LITTLE HAPPY POTATO


Kalau korang suka surprise kan orang yang tersayang, apa kata gunakan perkhidmatan Little Happy Potato dan hantar mesej kepada yang tersayang dengan Little Happy Potato ni, korang klik ini >> LITTLE HAPPY POTATO <<

Korang boleh hantar mesej atau ucapan korang tidak lebih daripada 70 patah perkataan tau. Hah banyak kan? Tak kisahlah apa jenis bentuk mesej atau ucapan yang nak korang hantar buat yang tersayang. 

Harga untuk perkhidmatan hantar mesej kepada yang tersayang dengan Little Happy Potato ini ialah RM10.00 sahaja untuk sebiji kentang + mesej @ ucapan + kos penghantaran. Murah sahaja kan taklah mahal mana pun.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Little Happy Potato ini korang boleh layari :

Isnin, 30 Oktober 2017

Yong Tau Fu Pasar Malam

10:26:00 PTG 1 Comments
Yong Tau Fu Pasar Malam | Siapa suka makan Yong Tau Fu? Mimi tak lah minat sangat tapi makn juga lah. Yong Tau Fu ni ada yang makan dengan kuah sup ada yang makan dengan kuah pekat warna hitam. Mimi tak tahu pula apa nama kuah hitam tu. Sabtu baru baru ni, Mimi singgah pasar malam batu 4 Port Dickson. Suami ajak singgah beli makanan kat pasar malam. Mimi pun tak tahu nak beli apa decide beli yong tau fu je.


YONG TAU FU PASAR MALAM BATU 4 


Pasar Malam Batu 4
Yong Tau Fu


Jumlah Yong Tau Fu ni RM23.00. Banyak juga isinya dapat satu mangkuk besar. Kira okeylah berbaloi. Sedap. Last Mimi makan Yong Tau Fu bulan Ogos masa tu birthday bff Mimi. Tapi Yong Tau Fu yang kitorang makan tu kuah sup. 

Rasanya dah bertahun tak makan Yong Tau Fu ni. Tahun ni baru merasa makam semula. Nak kata tak makan, Mimi makan cuma tu lah taklah favourite kan. Makan sesekali bolehlah.

Rasanya sepanjang kahwin, ini first time tau makan Yong Tau Fu dekat rumah. Serius tau, Yong Tau Fu tak pernah masuk dalam rumah sejak kahwin sampai anak dah tiga. Pecah rekod tahun ni bawa masuk Yong Tau Fu dalam rumah gara gara teringin nak makan. Masa duk pusing pusing pasar malam tu duk usha kuahnya pekat tu yang nak beli. Sekali beli ambil kau, melayang RM23 tapi takpelah kan nak makan, apa salahnya. Korang ada yang suka Yong Tau Fu tak?

Jumaat, 27 Oktober 2017

Kalendar 2018

7:28:00 PTG 5 Comments
Kalendar 2018 | Sekarang ni mesti ramai yang sibuk mencari kalendar 2018 kan. Mimi pun tak terkecuali tau..Semangat cari walaupun tahun 2017 ada lagi. Bukan apa nak plan awal awal aktiviti yang nak dibuat tahun depan. Senang. Mimi dah siap print kalendar 2018 tau.

KALENDAR 2018



Semangat betul kan. Siapa ada divide by colour lagi tuh. Hahaha...Untuk warna biru tuh utntuk cuti rehat tahunan yang Mimi akan apply. Warna hijau pula cuti umum ganti, kuning untuk gaji dan ungu untuk cuti sekolah sempena perayaan. Yang warna pink tarikh tarikh penting iaitu birthday sendiri dan keluarga.

Awal awal tahun dah ambil cuti sehari. Sejak tahun lepas lagi Mimi akan ambil cuti sehari untuk uruskan semua keperluan dan pendaftaran sekolah anak anak. Tahun depan memang ambil lah sebab Aina dah masuk darjah dua, Auni pula darjah satu. 


Untuk Januari saja ada 4 tarikh penting iaitu birthday Mimi, suami dan mak mentua, adik bongsu dan anak sulung, Aina. Itu belum masuk lagi tarikh birthday anak saudara Mimi lagi tau. Nak confirm dengan ibu dia tarikh yang betul.

Kalendar 2018 ni juga Mimi dah siap tanda tarikh yang Mimi nak ambil cuti rehat sebab nak pergi bercuti. Dah siap plan dengan suami nak pergi bila dan kumpul duit. Nak bercuti ke mana tuh rahsialah kan. Sebenarnya, pentingnya kalendar ni supaya kita boleh merancang cuti. Nak nak macam kita sebagai blogger, betapa pentingnya kalendar ni kan untuk rancang hari yang kita available untuk hadir event. Kalau tak available boleh minta cuti rehat kan.

Korang nak kalendar 2018 juga? Boleh download di http://bit.ly/calendar2018pdf (versi PDF) dan telegram.me/pendidik2u


Aiskrim Wall's Hershey's

1:18:00 PTG 6 Comments
Aiskrim Wall's Hershey's | Siapa suka makan aiskrim, angkat mouse! Siapa yang tak suka aiskrim ye tak. Mimi memang hantu aiskrim. Anak anak lagi lah. Pantang nampak orang jual aiskrim nak saja. Dua hari lepas Mimi belikan anak anak aiskrim Wall's yang ada flavour tu Strawberi, Coklat dan Vanila. Mimi pula beli aiskrim Wall's Hershey's. Cari flavour Mimi Vanila + Berry tu tak ada.

AISKRIM WALL'S HERSHEY'S


Aiskrim Wall's Hershey's


Ni lah aiskrim yang Mimi beli untuk diri sendiri. Semangkuk ni RM13.30 tau. Mahal tapi berbaloi. Rasa aiskrim Wall's ni memang tak boleh dipertikaikan lagi. Memang sedap. Bila makan tu memang terasa coklat Hershey's tu tau ditambah pula dengan coklat cip lagilah bertambah sedap.

Aiskrim Wall's Hershey's

Sebenarnya Mimi jarang jarang beli aiskrim tau. Sekali beli biar berbaloi rasanya kan. Aiskrim ni pun tahan dua hari saja dalam peti sejuk.hahaha..
Bila maman aiskrim ni rasa kenyang pula perut tak nak makan nasi. Bahaya betul kan..hehehe...

Dulu Mimi rajin juga buat aiskrim tau sebab anak anak suka makan kan. Sekarang ni nak buat aiskrim tu bercinta sikit sebab dah ada baby ni faham faham sajalah. Tengah nak membesar memang lasak dia lain macam. Aiskrim yang selalu Mimi buatkan untuk anak anak aiskrim coklat campur dengan coklat cip. Sekali buat dapat dua mangkuk aiskrim tau. Kalau nak tahu resipi dan cara buat aiskrim, korang klik ayat bawah nih.

Baca sini >> Aiskrim Chocolate Rice <<

Bila la kerajinan nak buat aiskrim ni ada kan? Kalau buat kira kira jimat banyak kalau buat aiskrim sendiri kan daripada beli di luar. Tapi tuhlah, penyakit M melanda memang taklah nak buat. Kalau teringin nak aiskrim memang beli lah jawabnya. Hah, korang pula suka aiskrim apa?

Khamis, 26 Oktober 2017

Mini Fan Air Conditioning Pink

12:59:00 PTG 8 Comments
Mini Fan Air Conditioning Pink | Memandangkan sejak dua menjak cuaca agak panas membahang pasang air cond dekat office pun langsung tak rasa tau. Memang berpeluh peluh jawabnya. Asal datang office awal, Mimi pergi dekat mena kawan tumpang kipas dia. Tak tahan panas wei. Nak atasi masalah panas ni, Mimi decide beli mini fan air conditoning pink dekat kawan blogger yang jual iaitu blogger kak yunfila.com. Faham faham sajalah kalau dah namanya addicted pink, memang warna pink la Mimi beli.

MINI FAN AIR CONDITIONING PINK


Mini Fan Air Conditioning


Mini Fan Air Conditioning Pink ni baru saja sampai tadi tau. Terus buka dan test guna. Memang berbaloi beli, terasa sejuk membeku dekat muka. Hahaha...Memang tak rugi beli. Terasa sejuknya walaupun kecil tau. Tinggi mini fan air conditioning nih 5.3 inci dan lebar 4 inci.

Ada 3 pilihan warna tau iaitu biru, hijau dan pink. Mini fan air conditioning ni dibekalkan sekali dengan wayar usb. Kalau nak guna bateri pun boleh tau. Guna bateri size double A sebanyak 3 biji. 

Mini Fan Air Conditioning

Kalau nak lagi sejuk, boleh letak ais tau. Nampak tak laci tu? Itu tempat letak ais. Masuk beberapa ketul ais dalam tu dan pasang. Confirm bertambah sejuk. Mimi tak letak ais pun. Terus pasang guna wayar usb yang dibekalkan. Ni pun terasa sejuk. Lepas ni tak rasa panas dah.

Memang berbaloi sangat beli. Tak rugi apa apa pun kan. Tak ada lah lepas nih berpeluh peluh, lepas tu guna kertas air A4 yang terbuang buat kipas. Lupa nak beritahu, mini fan air conditioning ni pink Mimi beli dengan harga RM22 postage RM8. Murah kan? Memang puas hati sangat guna. Terima kasih blogger kak yunfila.com.

Rabu, 25 Oktober 2017

Jual Muffin Nak Tampung Persekolahan Adik?

10:32:00 PTG 19 Comments
Jual Muffin Nak Tampung Persekolahan Adik? | Sebelum ni Mimi ada share dengan kawan kawan pasal dinner Mimi dan keluarga di Sate Kajang Hj Samuri Senawang. Masa tengah makan, ada berlaku something tau. Selalu baca pengalaman orang lain dekat facebook. Tak sangka pula semalam Mimi alami sendiri pengalaman yang sama.

Nak dijadikan cerita masa tengah makan datang seorang lelaki berbaju tee biru. Letak sesuatu atas meja kitorang makan. Letak dekat meja suami duduk. Mimi nampak macam keratan kotak nipis bentuk petak. Bila tengok, Mimi dah dapat teka apa benda. Mimi minta suami snap pic keratan tu dan beritahu dia jangan beli. Nak tahu apa yang di tulis pada kad tu, korang tengok gambar dekat bawah.


Kalau dari sudut positifnya, kita tak rugi apa apa pun kalau beli muffin yang djual. Sekurang kurangnya kita membantu penjual muffin tu kalau betul dia dalam kesusahan. Pahala pun dapat kan sebab niat bersedekah. Tapi dari sudut negatifnya, Mimi tak yakin dengan kejujuran penjual muffin tersebut sebab dia bukan rakyat Malaysia. Betul ke duit hasil jual muffin nak tampung persekolahan adik dia? Sedikit sebanyak Mimi kena berhati hati.

Bukan dekat meja Mimi saja dia letak keratan tu tau, semua meja yang ada pelanggan dia letak keratan yang sama. Semua tak nak beli. Yelah, semua orang mestilah berhati hati kan. Cuma Mimi tak pasti dia warga apa. Tengok macam Nepal tapi macam bukan. Hahaha...Confuse.

Sekarang ni kat mana mana ada saja warga asing berniaga kan. Kadang kadang Mimi rasa ada dekat Malaysia atau luar negara. Rasa rimas pun ada tau. Yang datang kerja dengan cara yang betul tak apalah juga. Yang datang cara haram? Lambakan warga asing di Malaysia ni Mimi tengok semakin serius. Harap sangat kerajaan segera selesaikan masalah legasi yang kita hadapi sekarang nih kan. Apa pendapat korang pasal lambakan warga asing kat Malaysia nih? Korang pernah tak alami situasi yang sama macam Mimi?

Makan Malam Di Sate Kajang Hj Samuri Senawang

2:22:00 PTG 7 Comments
Makan Malam Di Sate Kajang Hj Samuri Senawang | Semalam Mimi sekeluarga keluar makan malam di Senawang. Suami nak makan sate kajang. Jadi, kami berlima makan malam di Sate Kajang Hj Samuri Senawang. Gantung kuali dari masak. Ada rezeki lebih belanja family makan ye tak.

MAKAN MALAM DI SATE KAJANG HJ SAMURI SENAWANG




Suami Mimi order sate ayam 50 cucuk. Dari dulu kami sekeluarga memang suka makan sate Kajang sebab kuah kacang tu sedap. Suami yang suka. Mimi selagi sedap pada tekak bedal saja. Anak anak pun memang favourite diorang sate. Tengoklah Auni bukan main dia happy.



Dari dulu kalau nak makan sate memang pergi sate Kajang. Mimi try juga ajak suami makan sate kat tempat lain tak nak dia. Nak juga pergi sate Kajang. Dah dia suka ikutkan saja kan. Selalunya kalau makan sate Kajang memang order sate ayam. 

Ingat dulu masa preggy Aina, Mimi teringin makan daging rusa tau. Jenuhlah nak cari daging rusa. Sekali dapat tahu dekat Sate Kajang Hj Samuri ada sate rusa terus suami ajak. Order 3 cucuk saja tapi Mimi makan tak habis secucuk pun. Bukan nak makan beria-ia sangat. Nak rasa saja. 

Walaupun bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Sate Kajang Hj Samuri tetap jadi pilihan kalau nak makan sate. 

Selasa, 24 Oktober 2017

Dapatkan Harga Penerbangan Yang Menarik dengan Malaysia Airlines

10:47:00 PG 15 Comments
Dapatkan Harga Penerbangan Yang Menarik Dengan Malaysia Airlines | Hingga kini, mungkin masih ramai lagi yang terngiang ngiang tentang tragedi yang menimpa penumpang Malaysia Airlines. Sejarah hitam itu pasti tidak dapat dilupakan namun sudah suratan takdir, semua itu berlaku. Tetapi, tahukah korang kru kru penerbangan ini sebenarnya melayan penumpang, dengan baik, memastikan penumpang merasa selamat, memastikan penumpang selesa, menyediakan makanan yang lazat dan terbaik serta memberikan satu skill penerbangan yang hebat. Ini semua merupakan cerminan kehebatan operasi Malaysia Airlines! 


Adalah wajar mereka mendapat anugerah di peringkat Antarabangsa. Malaysia Airlines pernah menerima Pensijilan Penerbangan 5-bintang di Anugerah Penerbangan Dunia™ SKYTRAX 2013, menyertai kumpulan elit bagi produk dan servis yang konsisten dan berkualiti tinggi. Kita semua ialah rakyat Malaysia. Sebuah negara kecil yang kaya dengan budi bahasa, juga kaya dengan segala macam kebaikan pada rakyatnya. Jika kita sebagai rakyat tidak bangga dengan harta kekayaan kita, bagaimana orang luar mahu menghormatinya? Malaysia Airlines itu milik kita, milik semua dan Malaysia Airlines itulah duta kecil negara yang menjulang tinggi nama Malaysia. 

Mimi sebagai rakyat Malaysia sudah tentunya sangat berbangga dengan Malaysia Airlines kerana ia menjadi lambang kebanggaan negara dan membawa nama Malaysia itu sendiri agar dikenali seantero dunia. Sudah pastinya Mimi berbangga kerana Malaysia juga mampu berdiri seiring dengan negara negara maju yang lain. 

Bagi membuat penambahbaikkan terhadap perkhidmatan Malaysia Airlines, syarikat penerbangan ini sedang melaksanakan langkah penstrukturan semula dengan suntikan dana RM6 bilion yang dijangka selesai dalam tempoh lima tahun. Antara lain, syarikat mengambil langkah mengurangkan kos, menyusun semula pesawat dan memperluas laluan perkhidmatan.



Tahukah korang semua bahawa MAS merupakan syarikat penerbangan rasmi kerajaan Malaysia? Syarikat ini ditubuhkan bagi menyediakan satu sistem pengangkutan penerbangan awam yang cekap dan setanding dengan perkhidmatan pengangkutan penerbangan antarabangsa. Penubuhannya mampu memberikan sumbangan besar kepada perdagangan dan perusahaan pelancongan di Malaysia. Selain itu, MAS juga ditubuhkan setelah Malaysia dan Singapura membuat pengumuman bahawa mereka perlu menubuhkan syarikat penerbangan yang berasingan bagi menjaga kepentingan kedua-dua buah negara. Malaysia pada mulanya telah menubuhkan sebuah syarikat penerbangan dengan menggunakan nama Malaysia Airlines Berhad (MAL), namun nama tersebut kemudian ditukar kepada Malaysian Airlines Sistem Berhad atau MAS. Lambang wau Kelantan pula telah dipilih sebagai simbol syarikat penerbangan ini kerana mempunyai unsur tradisi dan kebudayaan negara Malaysia.

















Kalau korang nak tahu, Malaysia Airlines ni merupakan sistem penerbangan nasional Malaysia yang menawarkan penerbangan ke, dari dan antara negeri di seluruh Malaysia. Sebagai ahli Oneworld® Alliance, Malaysia Airlines dan rakan kongsinya menawarkan pengalaman perjalanan ke lebih 1,000 destinasi di lebih 150 negara. Malaysia Airlines menawarkan tiga jenis kelas penerbangan, iaitu Kelas Ekonomi, Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama. Syarikat penerbangan ini juga memberikan akses istimewa ke lebih 650 ruang istirahat di lapangan terbang seluruh dunia kepada setiap ahli program penumpang kerap.


Mungkin ramai masih tertanya tanya cara menempah dalam talian? Berikut ialah cara menempah tiket Malaysia Airlines secara dalam talian . Pergi ke laman web Traveloka atau buka Traveloka App anda dan Isi butiran penerbangan dalam kotak carian, pilih dan tempah penerbangan anda, seterusnya isi maklumat penempah serta butiran penumpang dan jelaskan bayaran melalui kaedah pilihan anda. Akhir sekali dapatkan e-tiket Malaysia Airlines di Tempahan Saya atau dalam emel anda. E-tiket Malaysia Airlines ialah bukti tempahan penerbangan Malaysia Airlines. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter Malaysia Airlines di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka. 

Wah sekarang ini semuanya di hujung jari sepantas kilat kalau nak tempah tiket. Kebetulan, tahun depan Mimi merancang nak bercuti ke Kundasang, Sabah. Sudah pastilah Malaysia Airlines jadi pilihan Mimi sebab perkhidmatan yang diberikan tip top tau. Ramai kawan kawan Mimi juga menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh kru kru penerbangan. Jadi, kenapa kita perlu ragu dengan kredibiliti dan integriti mereka?

Untuk pengetahuan korang semua, program penumpang kerap oleh Malaysia Airlines menawarkan banyak keistimewaan, termasuk keutamaan semasa daftar masuk dan memasuki pesawat, akses ke ruang istirahat lapangan terbang, peruntukan bagasi tambahan, keutamaan dalam pengendalian bagasi dan laluan pemeriksaan keselamatan yang pantas. Penumpang juga boleh menebus miles untuk tiket penerbangan percuma atau baucar promosi tertentu. Untuk menyertai program penumpang kerap ini, penumpang boleh mendaftarkan diri di laman web rasmi Malaysia Airlines.



Pakaian seragam pramugari Malaysia Airlines merupakan baju kebaya bercorak batik kelarai. Motif kelarai tersebut menggabungkan bentuk flora di Malaysia seperti bunga cempaka, bunga melati dan daun bunga raya. Malaysia Airlines mempersembahkan corak batik yang direka oleh Fakulti Fesyen dari Institusi Teknologi Mara pada tahun 1986. Sejak itu, pakaian seragam pramugari Malaysia Airlines telah mengalami kemodenan dengan penambahan warna yang lebih menonjol seperti merah, hijau, biru dan ungu sementara mengekalkan corak aslinya. Mereka sangat bagus dalam mengendalikan pelanggan, ramah mesra, serta nampak keiklasan dalam melakukan kerja mereka. Senyuman sentiasa tidak lekang dari mulut mereka dan sering ringan mulut tanya jika ternampak pelanggan ada masalah. Jafi, memang tabik pada perkhidmatan pramugari dan pramugara di sini.

Isnin, 23 Oktober 2017

Menu Makan Tengahari Semalam

11:27:00 PTG 5 Comments
Menu Makan Tengahari Semalam | Semalam mood rajin menjadi jadi. Selalunya kalau dah plan nak keluar jalan jalan memang Mimi tak masak pun. Makan dekat luar saja. Tapi semalam Mimi fikir better makan kenyang kenyang dekat rumah, keluar nanti tak ada mulut anak anak bising cakap lapar kan. Untuk menu makan tengahari semalam Mimi masak tiga menu iaitu sambal sotong, sayur campur dan telur goreng masak cili padi.


Sambal sotong memang favourite Aina dan Auni. Suami pun sama. Aina dia jenis tak tahan pedas, bila masak sambal dia selalu oesan jangan buat pedas. Nak kurangkan pedas Mimi bubuh gula kabung.




Sayur campur lobak + kobis bunga + kacang buncis + fish cake memang favourite Mimi dari dulu. Sedapnya! 


Telur goreng masak cili api pun favourite Mimi juga. Selalu resipi ni Mimi masak guna cili padi hijau tapi memandangkan dekat rumahabda cili padi merah guna sajalah. Teringin nak makan kan. Dapat cili padi hijau lagi umphh tau.

Isi rumah pun tak ramai, so, masak lauk pun tak banyak jenis lah. Anak Mimi yang sulung tak suka pedas sebab dia jenis tak tahan pedas. Kalau masak sambal memang Mimi bubuh gula kabung untuk kurangkan rasa pedas cili tu plus ia sedapkan rasa sambal tu.

Tapi kan bila hari hari masak boleh jadi pening kepala nak masak menu apa. Memang ada 1001 resipi boleh cuba dan masak tapi dah nama pun perempuan kan, tetap juga ketandusan idea nak masak lauk apa. Padahal koleksi buku resepi banyak tapi tak guna langsung untuk rujukan. Memang mak mak sangat. Hahaha...Siapa alami situasi macam Mimi? Jomlah kita berhuhuhu secara berjemaah. Lepas ni kena rajinkan diri tengok buku resipi bila cari idea nak masak. Taklah ketandusan idea kan?

Despicable Me Toy Car Untuk Adhwa

12:15:00 PTG 6 Comments
Despicable Me Toy Car Untuk Adhwa | Sebeenarnya dah lama nak belikan Adhwa toy car untuk dia. Kalau pergi mana mana shopping mall dia suka main toy car sampai tak nak lepas tau. Sebelum bukan tak nak belikan tapi Mimi jenis kalau nak belikan sesuatu untuk anak, Mimi akan pasti barang tuh berbaloi dengan harga. Cerewet tak? Tapi akhirnya Mimi pilih Despicable Me Toy Car untuk Adhwa. Bukan seronok dia tau dapat car toy.

DESPICABLE ME TOY CAR UNTUK ADHWA


Despicable Me Toy Car Untuk Adhwa



Ingatkan dalam kotak, toy car dah siap pasang. Rupanya belum. Kena pasang part by part. Jenuh pula nak pasang. Nak minta tolong suami pasangkan dia tidur tak nak kacau. Pasang sendiri refer pada step yang ada di kotak.

Despicable Me Toy Car Untuk Adhwa

Lama juga nak pasang sampai setengah jam. Dah berjaya pasang tayar pulak terkepak. Try pasang cara lain. Ok berjaya dah tapi kedudukan tayar depan dan belakang tak balance. Tapi masih boleh duduk lah. Adhwa pun seronok main. Biarkan je dia main.

Mimi pula duduk rehat sekejap sambil tengok tv sebelum masak. Sambil tengok tv otak berjalan tau fifkir pasal toy car Adhwa. Bila dah rileks, baru lah boleh fikir dengan tenang kan. So, Mimi buka balik tayar toy car tu pasang semula. Barulah okey. Mencabar sungguh nak pasang.

Despicable Me Toy Car Untuk Adhwa

Adhwa memang suka toy car dia. Hari hari mesti cari toy car dia. Kalau kakak dia main, dia punya jerit, marahkan kakak dia pekak telinga jadinya. Nyaring suara dia. Puas hatilah dapat belikan Adhwa toy car yang berbaloi dengan harga. Mimi beli RM75.90. Alhamdulillah rezeki berblog dapat kongsi rezeki dengan keluarga. Syukur.

Sabtu, 21 Oktober 2017

Petua Mengatasi Masalah Rambut Gugur

8:17:00 PG 5 Comments
Petua Mengatasi Masalah Rambut Gugur | Siapa ada masalah rambut gugur macam Mimi? Dah macam macam cara buat untuk mengatasi masalah rambut gugur tapi semua tak menjadi. Frust betul dibuatnya kan. Tak tahu dah macam mana lagi nak buat untuk atasi masalah rambut gugur sampailah malam semalam, Mimi terjumpa satu petua di facebook personal Mimi. Petua mengatasi masalah rambut gugur yang ramai hadapi terutamanya kaum wanita.


PETUA MENGATASI MASALAH RAMBUT GUGUR



Sumber : facebook

Sumber yang Mimi dapat ni pun sharing atas sharing kan. Mimi lupa page apa yang share petua ni. Petua ni pun page tersebut petik dari pemilik facebook Siti Zuraidah.

Menurut pemilik facebook berkenaan beliau menghadapi masalah keguguran rambut. Tetapi selepas mengamalkan petua atasi masalah rambut gugur, rambut beliau yang dulu gugur banyak sekarang hanya dua helai saja yang gugur. Wow, ini dah kira bagus kan.

So, petua yang dikongsikan ialah hanya guna syampu yang biasa kita guna dicampur bersama garam kasar.

Petikan dari perkongsian beliau :

" Cara :

Garam sesudu besar letak atas tapak tangan lepas tu picitkan shampoo atas garam tadi..gaulkan sebati pastu ramas kat kepala biar sampai ke kulit kepala..bilas dengan air..lepas bilas bole la pakai conditioner macam biasa..pastu bilas..bole amalkan seminggu 2 @ 3 kali..Seeloknya garam kasar..Shampoo ikut shampoo harian dirumah."

Mula mula baca was was juga tetapi selepas baca komen beratus yang diberikan, kebanyakannya telah pun mencuba petua tersebut dan memberikan respon yang positif. Bila baca komen komen yang ada, Mimi rasa tak sabar pula nak cuba. Mimi share pula dengan korang apa kata mereka yang dah mencuba petua tersebut.




Cukuplah tepek dua feedback positif mereka yang telah mencuba petua tersebut. Nama dan gambar mereka yang memberikan feedback di hide kan. Dari perkongsian mereka, petua ini bukan saja mengatasi masalah rambut  gugur mereka malahan mengatasi masalah kegatalan kulit kepala dan juga mengurangkan masalah kelemumur. Sekali pakej 3 dalam 1 dapat. So, why not try petua yang dikongsikan, betul tak? Cuba dan usaha selesaikan masalah yang dihadapi. Mana tahu menjadi. 

Mimi nak cuba nanti sebab kebetulan dekat rumah pun ada garam kasar. Tak tahan lah rambut asyik gugur saja kan. Dah makin nipis rambut silap hari bulan botak terus kepala Mimi jadinya. Harap harap dapat membantu Mimi mengatasi masalah keguguran rambut.

Korang yang ada masalah keguguran rambut atau kulit kepala selalu gatal atau masalah kelemumur apa kata try saja petua yang dikongsikan. Benda baik why not sebarkan untuk kebaikan bersama kan? Betul tak? Hopefully petua ini dapat membantu mengatasi masalah yang kita semua hadapi.

Jumaat, 20 Oktober 2017

TROPIKA Face Cleansing Oil

6:53:00 PTG 7 Comments
TROPIKA Face Cleansing Oil | Penjagaan kulit wajah sangat penting tidak kira lelaki mahu pun perempuan. Semua orang impikan kulit wajah yang cantik dan sihat kan? Untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik kenalah pastikan produk yang digunakan selamat dan tiada bahan kimia berbahaya. Jadi, Mimi nak share dengan korang semua mengenai satu produk yang selamat digunakan iaitu TROPIKA Face Cleansing Oil.

TROPIKA FACE CLEANSING OIL


Face Cleansing Oil
TROPIKA Face Cleansing Oil


APA ITU TROPIKA FACE CLEANSING OIL?

TROPIKA Face Cleansing Oil merupakan produk pembersih wajah yang mempunyai semua formula semulajadi. Ia mengandungi bahan yang berkualiti tinggi iaitu minyak kelapa dara (VCO) di mana ia merupakan pilihan pembersih wajah terbaik untuk semua jenis kulit. TROPIKA Face Cleansing Oil ini bertindak menyingkirkan minyak sebum berlebihan tanpa mengeringkan kulit wajah. 

Diformulasi menggunakan minyak kelapa dara (VCO), Ekstrak Licorice Root dan Vitamin E yang mencipta fungsi 3 dalam 1 iaitu :-

a) menanggalkan mekap
b) membersihkan kulit
c) melembapkan kulit agar segar dan lembut

Ia juga mempunyai kombinasi yang unik iaitu Ekstrak Licorice yang membantu mengurangkan garis halus dan bintik bintik di wajah dan memperbaiki tona kulit wajah. Tidak perlu ragu dan risau menggunakan pembersih wajah ini kerana formula istimewanya juga selamat digunakan oleh mereka yang berkulit sensitif. Pembersih ini juga telah diuji dengan kawalan dermatologi.

Cruelty Free, Paraben Free, Fragrance Free

Face Cleansing Oil
Mimi dengan TROPIKA Face Cleansing Oil


APAKAH KANDUNGAN TROPIKA FACE CLEANSING OIL?

Kandungan TROPIKA Face Cleansing Oil ialah :-

a) Minyak Kelapa Dara (VCO) - Merupakan pelembap semulajadi yang mengandungi asid laurik yang terkenal dengan ciri ciri antimikrob dan disinfektan di mana ia membantu memastikan liang poro bersih dan menghalang dari cela.

b) Vitamin E - Membekalkan vitamin untuk memelihara kulit agar kelihatan cantik, mengurangkan garis  halus, kedutan dan bintik bintik.

c) Ekstrak Licorice Root - Mengandungi Glabridin yang membantu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata, perubahan warna dan bintik bintik. Ia juga digunakan secara tradisional untuk mencerahkan kulit wajah.

d) Minyak Zaitun - Agen pembersih tambahan yang selamat digunakan di sekitar mata. Anti radang dan membantu mengatasi pengeluaran minyak berlebihan.

Face Cleansing Oil
Tekstur TROPIKA Face Cleansing Oil

TROPIKA Face Cleansing Oil ini lain daripada pembersih wajah yang ada di pasaran tau. Tekstur pembersih ini berbentuk cecair dan ia tidak berbuih apabila mencuci muka. Walaupun teksturnya berminyak tetapi ia tidak meninggalkan kesan minyak pada kulit wajah tau. Sebab itu Mimi kata ia lain daripada pembersih wajah yang lain. Cara menggunakan pembersih ini hanya dengan tiga langkah mudah.

a) Sapukan pada kulit wajah tanpa basahkannya. Urut perlahan lahan dengan kaedah memutar. 
b) Boleh tambahkan sedikit air untuk hasilkan emulsi susu dan teruskan mengurut kulit wajah. c) Kemudian bilas dengan air.

Face Cleansing Oil
TROPIKA Face Cleansing Oil

Pembersih ini boleh digunakan dua kali sehari atau bila bila masa saja untuk bersihkan mekap pada wajah.

Pembersih ini juga bertindak sebagai make up remover, jadi tidak perlu membazir duit beli make up remover dah kerana ia membersih hingga ke dalam kulit wajah. Selepas seminggu menggunakan TROPIKA Face Cleansing Oil ini, Mimi sangat berpuas hati dengan hasil yang Mimi dapat. Kulit wajah jadi lembap dan lembut. Minyak pun kurang tau. Jerawat pun jarang tumbuh dah. Kalau tumbuh waktu uzur itu biasalah kan. Dan apa yang paling best guna pembersih ni, bila cuci mekap memang bersih langsung tak tinggalkan kesan mekap. Dah tak payah susah susah guna make up remover. Semua ada pada pembersih ni. Memandangkan sekarang ni Mimi memang mencari pembersih wajah berasaskan bahan semulajadi dan selamat, jadi TROPIKA Face Cleansing Oil ini memang pilihan yang sangat tepat. 

Face Cleansing Oil
Suka sangat dengan TROPIKA Face Cleansing Oil


Pembersih ini sangat sesuai digunakan oleh :

a) sesiapa sahaja sama ada yang memakai mekap atau tidak
b) sesiapa yang mementingkan kecantikan kulit
c) sesiapa yang mengutamakan produk semulajadi untuk kulit wajah
d) sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang berkulit sensitif

**Jika berlaku iritasi pada kulit selepas menggunakannya, sila berhenti guna serta merta.

Untuk maklumat lanjut mengenai TROPIKA Face Cleansing Oil ini, boleh layari :

Web : 

Seronok Bermain Di Playland The Parenthood

1:04:00 PTG 3 Comments
Seronok Bermain Di Playland The Parenthood | Bukan main lama lagi Mimi peram entry ni hari ni baru berkesempatan update dan publish. Lepas event di The Parenthood, Mimi bawa anak anak pergi Playland. Bukan main lagi Aina, Auni dan Adhwa seronok bermain di Playland The Parenthood. Yela, jarang jarang bawa diorang main di playground sekali dapat main seronok lah kan.

Aina dan Auni seronok main gelongsor

Aina dan Auni dah dapat peluang bukan main lagi panjat sana sini. Biasalah kan budak budak. Lepas tu main gelongsor pula. Gelongsor yang Aina dan Auni main ni orang dewasa pun boleh join sekali main. Boleh pegang anak sambil majn gelongsor kan. Mimi tengok saja diorang main sebab Mimi macam biasalah pantau Adhwa bermain.

Adhwa leka main bola warna warni yang ada

Adhwa Mimi bagi main bola warna warni yang ada di bahagian gelongsor kecil. Bagi dia seronok dulu main bola. 

Bila kakak dia datang, Mimi suruh bawa Adhwa naik gelongsor. Bagi Adhwa merasa main gelongsor pula. Mimi tengok dari bawah. Bukan main kagi dia seronok walaupun muka ada takut.

Aina, Auni dan Adhwa bermain gelongsor


Lepas dah puas main gelongsor, Mimi bawa Adhwa jalan jalan dalam Playland pula. Tak nak berpimpin. Nak bebas bergerak sendiri.

Adhwa berjalan jalan sekitar Playland

Masa ni Adhwa pakai beg Nohoo design itik tau. Nampak comel saja dia pakai sambil berjalan. Nak tahu pasal beg Nohoo ni korang boleh baca di entry Mimi ni.

Baca selanjutnya >> Pelancaran Beg Kanak Kanak Nohoo di The Parenthood <<


Time ni semput nak mengejar Adhwa tau. Laju betul dia berjalan. Habis dia round semua tempat. Terkedek kedek dia jalan. Geram tengok. Sejak dah dapat kaki ni memang dia suka jalan sendiri tak nak orang pegang. Bajet diri tu pandai berdikari lah kononnya kan.

Anak anak main dekat Playland pun tak lama sebab abi diorang ada hal. Dapat bagi diorang main sekejap pun okey. Lain kali boleh bawa diorang bermain lagi. Terima kasih Playland The Parenthood sudi taja tiket free untuk kami.

Korang yang ada masa lapang nak bawa anak jalan jalan dan bagi diorang seronok bermain boleh datang ke Playland The Parenthood di Sunway Pyramid.

Rabu, 18 Oktober 2017

Beli Periuk Nasi Baru Jenama Pensonic

6:02:00 PTG 11 Comments
Beli Periuk Nasi Baru Jenama Pensonic | Tengahari tadi lepas bertandang rumah kawan tengok baby, Mimi ajak suami pergi cari periuk nasi baru. Kalau sesiapa ada baca status facebook Mimi tahulah sebab Mimi beli periuk nasi baru. Yang tak tahu mesti nak tahu sebab apa Mimi beli periuk nasi baru jenama Pensonic kan.

Periuk Nasi Pensonic baru

Nak dijadikan cerita, semalam Mimi minta tolong anak sulung, Aina tuang air masak di dalam cerek ke dalam tong air atas meja makan. Masa tu dia sibuk tengok tv kan. Memang dia datang tolong tapi buat kerja memang ikut dan lah. Nak cepat je siap sebab nak tengok tv punya pasal. Masa tu Mimi sibuk basuh pinggan sambil tu masak lauk untuk makan tengahari. Entah macam mana, terdengar bunyi benda jatuh. Toleh kanan tengok periuk nasi dah tergolek ke lantai. Masa tu boleh sabar lagi, cuma tinggikan suara sebab dia cuai. Lepas tu suruh dia angkat periuk nasi letak semula dekat kabinet dapur. Mimi pula teruskan masak macam biasa.

Sambil tunggu lauk masak, Mimi nak masak nasi. Sekali bila nak tekan butang kat periuk nasi tu tak boleh. Banyak kali tekan pun tak boleh. Plug semua berfungsi. Tutup plug Mimi check periuk bahagian dalam macam dah longgar. Betulkan masuk periuk nasi tekan butang cook still tak boleh. Time tu hati dah panas. Panggil Aina. Suruh dia tengok akibat perbuatan careless dia, apa jadi dengan periuk nasi. Penyudahnya, masak nasi atas dapur.

Periuk Nasi Panasonic yang rosak

Mimi whatsapp suami beritahu pasal periuk nasi. Membebel juga lah dia. Periuk nasi lama Mimi tu jenama Panasonic. Dah 9 tahun lebih guna. Hadiah perkahwinan pemberian kawan kawan sekolah Mimi. Memang sayang sangat dengan periuk nasi tu sebab tahan lama. Tapi, nak buat macam mana. Benda nak jadikan. Akhirnya, periuk nasi tu bertahan 9 tahun lebih dengan kami angkara kecuaian. Nak marah anak pun tak guna kan .

Periuk Nasi Pensonic baru 

Hari ni, Mimi dah dapat pun pengganti Panasonic. Tapi penggantinya ialah periuk nasi Pensonic. Pensonic pun tidak kurang hebat juga jenamanya. Dah semakin dikenali ramai dengan pelbagai produknya yang moden dan menjadi pilihan ramai.

Peralatan lain yang ada

Periuk nasi Pensonic baru ni warna soft orange. Ada bunga bunga cinta lagi dekat body periuk nasi. Alahai sweet sangat. Periuk nasi ni isi kandungan sehingga 1.8L. Mimi beli RM99.90 dengan waranti selama setahun. Beli periuk ni dapatlah dulang pengukus, senduk dan cawan sukatan. Keistimewaan periuk nasi Pensonic ni korang boleh tengok seperti gambar di bawah.

Periuk Nasi Pensonic baru

Alhamdulillah, nasib baik ada duit hasil berblogging dapatlah beli periuk nasi baru. Memang kena spend duit dalam bank atau purse sebab kadang kadang akan berlaku benda yang tak disangka sangka. Ummi pasrah saja kakak Aina keluar duit beli periuk baru. Nak bebel 48 jam pun tak guna kan. Benda nak jadi. Redha sajalah!

Selasa, 17 Oktober 2017

Jus Anasera Memastikan Anak Kekal Sihat Bertenaga

11:12:00 PG 13 Comments
Jus Anasera Memastikan Anak Kekal Sihat Bertenaga | Sebagai ibu bapa kita pasti inginkan yang terbaik untuk anak anak bukan? Dari segi kesihatan fizikal dan mental, pendidikan, keperluan harian mereka dan banyak lagi. Mimi juga inginkan yang terbaik untuk Aina dan Auni sama ada dari segi kesihatan mereka mahupun pelajaran mereka. Jadi, amat penting bagi Mimi memberikan makanan tambahan atau supplimen untuk memastikan mereka sentiasa kekal cergas dan aktif. Mimi telah pun memilih Jus Anasera sebagai supplimen anak anak kerana Jus Anasera memastikan anak anak kekal sihat bertenaga.

JUS ANASERA MEMASTIKAN ANAK KEKAL SIHAT BERTENAGA


Jus Anasera 

Jus Anasera adalah makanan tambahan terbaik untuk kanak kanak kerana jus ini mengandungi makanan 'Gred Terbaik' seperti kurma, kismis, pegaga, delima, buah tin, bacopa, habbatus sauda, ginko biloba dan minyak zaitun. Tak perlu risau dengan kandungan Jus Anasera ini kerana jus ini mempunyai sumber yang tinggi dengan serat, vitamin, mineral dan nutrisi lain.

Jus ini tidak manis, rasanya manis manis buah dan tak masam, jadi, tidak perlu risau untuk berikan pada anak anak. Sangat sesuai diamalkan oleh kanak kanak seawal usia setahun. Tidak perlu khuatir dengan kandungan gula jus ini kerana ia tidak mengandungi gula tambahan. Jus ini juga boleh diamalkan oleh ibu ibu mengandung dan juga yang menyusukan anak kerana kandungannya yang berkhasiat dari makanan sunnah.

Aina dan Auni amalkan Jus Anasera sebelum sarapan

Setiap hari sebelum sarapan dan sebelum tidur Mimi akan pastikan Aina dan Auni mengambil satu sudu besar jus Anasera dan Mimi selalu pesan jangan lupa banyakkan minum air suam. Setiap kali berikan anak anak jus, Mimi akan gunakan sudu plastik untuk mengekalkan khasiat madu di dalam jus ini.

Cara pengambilan jus ini ialah hanya amalkan dua kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur menggunakan sudu plastik. Mimi akan pastikan sebelum bagi anak anak jus, Mimi goncang botol jus dulu. Jus Anasera ni Mimi simpan dalam peti sejuk. Anak anak nak minum pun sedap sebab sejuk kan. 




Selepas dua minggu Aina dan Auni mengamalkan jus Anasera Mimi dapat lihat kesan positif pada mereka. Aina sendiri Mimi tengok dia lebih fokus pada pelajaran terutamanya bila dia buat kerja sekolah. Kalau sebelum ni setiap kali buat kerja sekolah dia memang tak fokus tau. Buat kerja sekolah sekejap, berhenti rehat, lepas tu tonton televisyen. Tonton televisyen lebih lama masanya dari buat kerja sekolah tau. Bila masanya kerja sekolah nak siapkan. Tapi sejak consume jus Anasera nampaklah juga dia fokus walaupun ada curi curi tonton televisyen.



Auni pula lain kesannya. Untuk pengetahuan semua, Auni ni jenis yang bila demam memang makan masa nak sembuh. Pernah sekali dia demam dua minggu still tak kebah. Memang Mimi dan suami dah tahu sangat, kalau dia demam memang lama. Dah lah jenis demam lama kalau nak bagi dia makan ubat boleh naik darah jadinya tau. Dia memang tak suka ubat. Paksa makan ubat sampai muntah muntah. Jumaat lepas Auni demam tau. So, Mimi bagi Auni jus Anasera macam biasa. Alhamdulillah, esoknya Auni nampak sihat dan bertenaga sedikit. Badan pun tak panas dah. Bukan nak kata jus Anasera ni menyembuhkan demam Auni 100% tapi ia jadi asbab demam Auni kebah. Petang Sabtu, Auni totally sihat tau. Rasa kagum sekejap sebab dia demam sekejap saja. 

Jus Anasera ini dijual dengan harga RM79.90 bagi Semenanjung dan RM84.90 bagi Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian Jus Anasera boleh layari di :

Facebook : anaseraworld
Instagram : anaseraworld
Tel : 06 - 233 9944