Ubat Gigi Baru Darlie Jolly Junior & Rilakkuma Untuk Kanak Kanak

Ubat Gigi Baru Darlie Jolly Junior & Rilakkuma Untuk Kanak Kanak | Semua ibu bapa pasti mempunyai cabaran nak didik dan ajar anak anak gosok gigi kan? Seawal usia dua tahun Mimi dah ajar Aina dan Auni gosok gigi. Jadi faham faham sajalah memang payah nak suruh Aina dan Auni gosok gigi masa tu. Jadi, Mimi psiko mereka kalau tak nak gosok gigi nanti ulat duduk dalam gigi. Bila mereka dengar terus nak gosok gigi. Terpaksa "menipu" anak anak supaya mereka rajin menggosok. Bila dah besar sikit dan mula faham sesuatu perkara, Mimi beritahu mereka betapa pentingnya menggosok gigi. Sekarang lagi mudah nak ajar mereka kepentingan menggosok gigi dengan adanya ubat gigi dan berus gigi yang bersesuaian mengikut umur serta aplikasi permainan yang menyeronokkan. Mari baca dengan lebih lanjut mengenai ubat gigi baru Darlie Jolly Junior & Rilakkuma untuk kanak kanak.

Ubat Gigi Baru Darlie Jolly Junior & Rilakkuma 

Ubat gigi dan berus gigi Darli Jolly Junior  & Rilakkuma 


Ubat gigi Darlie Jolly Junior & Rilakkuma baru ini mengandungi bahan gred makanan yang kaya dengan Xylitol dan Vitamin E yang bertindak mencegah kaviti pada gigi. Ia juga untuk memastikan kebersihan dan kesihatan gigi terjamin untuk dua kategori umur yang berbeza bagi kanak kanak iaitu untuk umur dari 2 tahun hingga 6 tahun dan juga dari umur 6 tahun hingga 10 tahun. Ubat gigi Darlie Junior ini juga mempunyai design animasi Rilakkuma yang comel dan menarik. Mempunyai dua perisa ubat gigi iaitu Vanila dan Strawberi.

Aina dan Auni suka dengan ubat gigi dan berus gigi Darlie Jolly Junior & Rilakkuma


5 sebab Aina dan Auni suka menggosok gigi mereka setiap hari :

1. Mereka suka makan gula-gula dan coklat. Jadi, selepas makan gula-gula dan coklat, mereka akan menggosok gigi untuk pastikan gigi sentiasa bersih dan sihat.

2. Sudah pasti rasanya manis dan "sedap" membuatkan Aina dan Auni seronok dan suka memberus gigi mereka untuk mencegah kaviti pada gigi agar gigi sentiasa kelihatan putih dan nafas sentiasa segar.

3.  Pastinya ubat gigi dan berus gigi yang mereka gunakan memberus gigi dengan lembut serta menjaga kebersihan gigi serta gusi mereka.

4.  Ubat gigi Darlie Jolly Junior yang wangi ini sudah tentu berfungsi untuk memastikan gigi mereka kuat dan kukuh.

5. Aktiviti menggosok gigi sangat menyeronokkan lebih lebih lagi menggosok gigi sambil menggunakan aplikasi Darlie Brush-Up yang diserikan dengan muzik yang enjoy sambil memilih kostum yang comel.

Reaksi spontan Aina dan Auni dengan Darlie Jolly Junior & Rilakkuma


Nak tahu perisa ubat gigi kegemaran Aina dan Auni tak? Aina memilih perisa strawberi manakala Auni pula suka dengan perisa vanila.

Ubat Gigi Baru Darlie Jolly Junior & Rilakkuma 


Jolly Junior perisa Vanila

Ubat gigi perisa Vanila ini sesuai digunakan untuk anak anak berumur dari 2 hingga 6 tahun. Kandungan bahan gred makanan yang terdapat di dalamnya tidak mempunyai kandungan gula tambahan dan juga ramuan berasaskan haiwan digunakan. Selain daripada itu, ia juga mengandungi Xylitol yang tidak mudah dimusnahkan oleh kaviti punca bakteria.

Jolly Junior perisa Strawberi


Ubat gigi ini pula sesuai digunakan untuk anak anak berusia 6 hingga 10 tahun. Ia juga mengandungi kandungan bahan gred makanan seperti perisa Vanila. Ia juga tidak mempunyai kandungan gula tambahan dan juga tiada ramuan berasaskan haiwan digunakan. Formulasi dengan Fluorida dan Kalsium membantu memelihara gigi menjadi anti-kaviti. Ia juga mengandungi Vitamin E untuk membantu menjaga kesihatan mulut
yang baik.

Kedua dua perisa ubat gigi Darlie Jolly Junior ini membersih dan menjaga gigi dengan lembut. Gel format yang digunakan juga mampu menarik minat anak anak. Lebih dari 90% kandungan di dalam formulanya mencapai Standard Bahan Gred Makanan.






Mimi juga tak lepaskan peluang memuat turun aplikasi Darlie Brush-Up di telefon untuk menambahkan lagi rasa keseronokan anak anak ketika menggosok gigi. Aplikasi ini boleh dimuat turun pada App Store dan juga Google Play. Anak anak Mimi rasa happy dan enjoy menggosok gigi sambil menggunakan aplikasi Darlie Brush-Up yang mempunyai pelbagai pilihan kostum dan lagu yang happening. Yang paling best aplikasi ini turut berkongsi tips memberus gigi dengan betul.





Jom ramai ramai sertai pertandingan Jolly Brushing with Rilakkuma dengan hadiah yang lumayan. Tempoh pertandingan adalah dari 7 September hingga 4 Oktober 2017. Terma dan syarat pertandingan boleh klik SINI.



Untuk memgetahui maklumat lanjut mengenai Darlie Jolly Junior & Rilakkuma boleh layari :


Post a Comment

11 Comments

  1. wahhh sukanya aina dan auni dapat guna ubat gigi ni...

    ReplyDelete
  2. budak-budak memang payah juga nak gosok gigi..

    kalau tak paksa mereka tak mahu

    ReplyDelete
  3. Persaingan banyak dalam perniagaan. Dahlie pun dah ada untuk anak anak

    lepas ni kolgat mesti keluar juga

    ReplyDelete
  4. Woww ada perisa vanilla tu.. nanti nak bagi anak kinah cuba la

    ReplyDelete
  5. wahhhhhh... nk try la join jgk... pasni nk dl jgk la apps tuh, baru lg selalu bdk2 excited

    ReplyDelete
  6. Wah..kemain suka la dorang dh ada Darlie Jolly Junior & Rilakkuma ni..hari2 x lupa gosok gigi..hehe

    ReplyDelete
  7. Wah kanak-kanak memang suka kan? Seronok tgk anak anak suka

    ReplyDelete
  8. vanilla tu memang best kan..wahhh seronoknya siap ada aplikasi lagi tu.lagi semangat nak berus gigi

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com