Ahad, 3 September 2017

Rezeki Menang Top Komentator Ogos 2017 di Blog Suria Amanda

Rezeki Menang Top Komentator di Blog Suria Amanda | Bila cuti lama ni mood nak update blog agak ke laut. Walaupun mood ke laut tapi Mimi paksa diri blogwalking blog kawan kawan dan tinggalkan komen. Paksa diri juga update entry. Masa blogwalking, Mimi ternampak entry kak Suria Amanda atau lebih mesra dikenali sebagai kak SA. Masa tu kak SA buat entry pasal top komentator di blognya. Klik >>http://www.suriaamanda.com/2017/09/pemenang-top-komentator-august-2017.html<< Alhamdulillah rezeki menang top komentator Ogos 2017 di blog Suria Amanda.

REZEKI MENANG TOP KOMENTATOR OGOS 2017 DI BLOG SURIA AMANDA


Top Komentator Ogos 2017 Blog Suria Amanda

Masa baca entry kak SA tu tak sangka boleh menang top komentator sebab Mimi tengok ramai je blogger lain yang komen banyak juga. Yalah, bila guna widget top komentator tu faham faham sajalah kan. Keputusan yang betul betul jitu tunggu saja cukup bulan.

Kalau tengok hari hari kadang jumlah komen tu tak sama. Hari nih tengok angka naik, esok angka menurun lepas tu naik balik.hahaha..Pening kepala tengok. Sebenarnya dulu, Mimi pernah juga dapat gift kak SA untuk top komentator iaitu keychain. Sampai sekarang Mimi masih pakai keychain tu tau.Lepas tu, dah tak jadi top komentator sebab rehat panjang dari blog. Tahun lepas baru nak aktif semula. Tu pun mood swing juga nak kekalkan momentum update blog.

Alhamdulillah tahun ni, makin bersemangat sejak tukar domain dan join group blogger AFBDotMy. So, memang Mimi nak kejar semula masa yang terbuang dulu. Nak aktif semula macam dulu dan singgah komen di blog kawan kawan lain. Tak dapat jadi top komentator pun tak apa janji tinggalkan komen kan.

Untuk top komentator blog kak SA akan dapat duit berjumlah RM20.00. Alhamdulillah rezeki. Boleh simpan dalam ASNB. Korang pun kena rajin rajin komen di blog blogger lain tapi janganlah tinggalkan komen sebab mengharapkan balasan. Kalau dapat hadiah daripada empunya blog kira rezeki. Kalau tak ada it's okay kekalkan saja macam tu. Mana tahu komen korang akan di balas dan blog korang pula di terjah. Dapat juga naikkan pv dan uv blog korang kan.

Terima kasih kak SA untuk hadiahnya. Alhamdulillah syukur rezeki. 

6 ulasan:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.