Pelancaran Ayam Penyet BEST di Alpha Angle

Pelancaran Ayam Penyet BEST di Alpha Angle | Siapa suka makan ayam penyet, angkat tangan! Mimi pun suka makan ayam penyet tau. Kalau bulan puasa, waktu berbuka menu ayam penyet merupakan salah satu juadah pilihan Mimi. Ayam penyet memang sedapkan? Jadi, buat korang yang suka ayam penyet Mimi nak beritahu korang bahawa outlet baru Ayam Penyet BEST telah dibuka di Alpha Angle Shopping Centre, Wangsa Maju. Mimi berkesempatan hadir sama untuk majlis pelancaran Ayam Penyet BEST di Alpha Angle.

PELANCARAN AYAM PENYET BEST DI ALPHA ANGLE


Pandangan Restoren Ayam Penyet Best dari luar

Baru baru ini, Ayam Penyet Bagus Sdn. Bhd. telah meraikan kejayaan mereka pada 07 September 2017 dengan menubuhkan serta melancarkan outlet baru di Alpha Angle Shopping Centre, Wangsa Maju. Acara yang penuh meriah ini dirasmikan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), YB Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) YBhg. Dato' Sri Jamil bin Salleh, Pengarah Perbadanan Nasional Berhad (PNS) YBhg. Dato' Syed Kamarulzaman dan pengarah Ayam Penyet Best, Dato' Lim Teong Hui, Encik Andrew Teh, Encik Mark Ng Beng Huat dan Encik Ng Boon Ching.

Rakan kongsi perniagaan dari negeri lain di Malaysia, Selebriti / Blogger - Encik Jocko, blogger, dan media juga turut dijemput untuk menyaksikan pelancaran Ayam Penyet Best ini .

Suasana dalam restoren Ayam Penyet Best. Cantik kan warna kombinasi hijau dan putih.

Apa yang menarik mengenai Ayam Penyet BEST ini ialah ia telah menjadi salah satu rantaian makanan dan minuman paling cepat berkembang di Semenanjung Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2010, kini terdapat kira-kira 20 cawangan di Semenanjung Malaysia dan dijangka akan memiliki kira-kira 25 cawangan pada akhir tahun ini.

Sedikit maklumat berkenaan Ayam Penyet ialah Ayam Penyet merupakan hidangan istimewa yang berasal dari Jawa Tengah dan keasliannya dikekalkan walaupun ia berasal dari negara seberang. Keistimewaannya adalah bumbu lada "sambal" yang menjadikan kombinasi sempurna untuk hidangan ini.

Jadi slogan dan hashtag yang digunakan untuk Ayam Penyet Best iaitu #bestsekali4all di mana B-Bestie, E-Enjoy, S-Spicy, T-Tasty yang bermaksud keluarga, kawan dan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat datang bersama menjadi satu menikmati keenakan Ayam Penyet Best.

Banner di luar restoren hi

PELANCARAN AYAM PENYET BEST DI ALPHA ANGLE


Pada majlis pelancaran ini,  Ayam Penyet Best meraikan pembukaan outlet kelima belas di Alpha Angle Shopping Centre. Acara ini dihadiri oleh orang-orang kenamaan dari pelbagai kementerian kerajaan. Pengerusi Ayam Penyet Bagus Sdn. Bhd., Dato' Lim Teong Hui mewakili lembaga pengarah membuat ucapan penghargaan kepada VVIP dan para hadirin yang menghadiri majlis tersebut terutamanya KPDNKK yang telah menyediakan panduan dan alat sokongan bagi sektor perniagaan francais untuk syarikat sepanjang tahun.

Dalam ucapannya, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada PNS atas nasihat mereka dalam sektor perniagaan ini dan juga mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan di atas semua sokongan yang diberikan. Seterusnya, Menteri KPDNKK YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin memberikan ucapan. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa perniagaan francais di Malaysia berkembang dari semasa ke semasa dan menyatakan perniagaan sedemikian boleh berkembang di rantau ini. Beliau berharap perniagaan francais di Malaysia dapat melebarkan sayapnya ke luar negeri serta mendapat pengiktirafan secara global malahan dapat bersaing dengan jenama antarabangsa.

YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri KPDNKK memberikan ucapan.

Beliau juga berharap perniagaan francais bukan sahaja mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan tetapi juga dapat menarik minat pelabur dari luar negeri. Seterusnya, acara yang dinanti-nantikan ialah majlis memotong riben yang dirasmikan oleh Menteri KPDNKK, Pengarah PNS dan Pengerusi Ayam Penyet Bagus Sdn. Bhd.

Barisan pertama (Dua dari kiri) Dato’ Lim Teong Hui (Pengerusi), YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Menteri KPDNKK), Mr. Mark Ng Beng Huat (Pengarah Operasi), YBhg Dato' Seri Jamil bin Salleh (Ketua Setiausaha KPDNKK) dan Mr. Andrew Teh (Pengarah Pemasaran) di acara memotong riben sempena Majlis pelancaran Ayam Penyet Best.

Seterusnya diikuti dengan acara pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara Pengarah Operasi Encik Mark Ng Beng Huat dan Pengarah Kewangan Encik Ng Boon Ching dan rakan perniagaan Wilayah Selatan Encik Ang Hong Theng dan Encik Andy Yew Boon.

Pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara Pengarah Ayam Penyet Best, Encik Mark Ng Beng Huat dan Encik Ng Boon Ching (Pengarah Kewangan) dan rakan niaga dari Wilayah Selatan, Encik Ang Hong Theng dan Dato Andy Yew Boon Huah  disaksikan oleh tetamu khas acara tersebut.

Penyampaian sijil kepada francais dan rakan niaga turut diadakan sebagai menghargai kerja keras dan sokongan padu yang diberikan oleh mereka. Dato' Lim Teong Hui juga mewakili Ayam Penyet Bagus Sdn. Bhd. turut memberikan cenderahati kepada tetamu khas sebagai tanda terima kasih kepada mereka kerana hadir ke majlis tersebut. Sebelum mengakhiri majlis, acara cabutan bertuah untuk tiga orang hadirin yang bertuah juga diadakan.

Penyampaian cenderahati kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin dan Dato' Lim Teong Hui sebagai tanda penghargaan menghadiri majlis Pelancaran Ayam Penyet Best.

Pelbagai hidangan dan minuman dihidangkan pada akhir acara oleh Ayam Penyet Best di mana kita dapat melihat setiap orang yang menghadiri acara itu sangat berpuashati dan menikmati hidangan yang dihidangkan dengan gembira.

Foto sebahagian tetamu bersama YB Dato' Syed Kamarulzaman (Pengarah Urusan PNS), Dato' Seri Jamil bin Salleh, Datuk Wira Md. Latip Saruggi, (Bekas Presiden Persatuan Francais Malaysia), dan Pengarah Ayam Penyet Best, Dato' Lim Teong Hui dan Encik Mark Ng Beng Huat

Sesi foto (baris pertama) dari kiri ke kanan Encik Mark Ng Beng Huat, YBhg Dato' Seri Jamil bin Salleh, YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Dato' Lim Teong Hui, Encik Andrew Teh, (baris kedua), Encik Ng Boon Ching dan Puan Ng, Encik Ang Hong Theng, Encik Andy Yew Boon Huah, Cik Vicky Leong (Francais APB) dan Puan Teh.

Untuk makluman lanjut berkenaan Ayam Penyet Best boleh layari :


Post a Comment

16 Comments

  1. Panjangnya entry...adoii..akak x habis draft lagi...

    ReplyDelete
  2. Sedap jugak nasi ayam penyet ni sesekali makan

    ReplyDelete
  3. Semakin luas perniagaan ayam penyet ni. Nanti bolehlah try.

    ReplyDelete
  4. favourite ni..ayam penyet...suka sambal dia..

    ReplyDelete
  5. zizie x berapa suka ayam penyet.. hehehe... hrtu makan aym penyet dia punya ayam buruk.. ughh... rs nak muntah time tu.. huhu

    ReplyDelete
  6. Wow launching restoran siap Ada menteri Tu. Kelass

    ReplyDelete
  7. macam best je tempat ni. nak kena try nanti

    ReplyDelete
  8. Jarang kedai makan tema warna hijau. Selalu warna merah kan mimi

    ReplyDelete
  9. Hari hari makan ayam key ep see

    nak juga makan ayam kena ketuk kan

    ReplyDelete
  10. Boleh cuba makan kat sini nanti . Selalu makan ayat penyet dekat selayang mall ja , hehe

    ReplyDelete
  11. ayam penyet memang sedap dan menu yang sangat popular juga di Sarawa

    ReplyDelete
  12. Banyak cawangan nak di buka lagi ya

    Memang pelaburan masa gawat. Betul ke ekonomi meleset? Kedai buka je

    ReplyDelete
  13. Lepas ni senang la warga Wangsa Maju nak makan ayam penyet

    ReplyDelete
  14. sedap ni. bolehlah cuba kalau ke wangsa maju.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com