Selasa, 5 September 2017

Lanafira.Com Butik Online Menampilkan Gaya Muslimah Terkini Dan Trendy

Lanafira.Com Butik Online Menampilkan Gaya Muslimah Terkini dan Trendy | Seiring dengan dunia fesyen yang semakin mendapat tempat di hati para peminat fesyen, fesyen muslimah juga dilihat semakin maju menampilkan gaya yang terkini dan trendy. Walaupun fesyen muslimah semakin trendy namun fesyennya masih patuh syariah. Jadi, Mimi nak perkenalkan kepada semua satu butik muslimah iaitu Lanafira.Com. Lanafira.Com butik online menampilkan gaya muslimah terkini dan trendy.

LANAFIRA.COM BUTIK ONLINE MENAMPILKAN GAYA MUSLIMAH TERKINI DAN TRENDY




Sebagai wanita muslimah pastinya kita mencari pakaian yang direka dengan gaya yang trendy yang sesuai dengan imej kita sebagai wanita Islam. Pastinya kita mahukan butik online muslimah yang mempunyai pelbagai pilihan dan memberikan penampilan yang bergaya serta menghargai kita sebagai pelanggan. Jadi, jika inginkan fesyen online terbaik di Malaysia, pilihlah Lanafira dan rasai sendiri pengalaman mengenai kualiti pakaian muslimah Lanafira yang berbeza serta lain dari yang lain.

Kenapa perlu memilih Lanafira.com? Ini kerana Lanafira memahami keperluan pelanggan mereka dan ingin menyediakan pelbagai pilihan pakaian dan aksesori Muslimah yang tidak boleh didapati di tempat lain. Pastinya urusan jual beli pakaian Muslimah secara online akan menjadi sukar buat pelanggan. Jadi, Lanafira mahu pelanggan mereka tahu bahawa mereka menyediakan semua yang diinginkan dan sentiasa bersedia untuk menghantar kepada pelanggan. Lanafira juga sangat menghargai pelanggan mereka dan akan memastikan kepuasan pelanggan sepenuhnya tercapai. 

Lanafira.com merupakan butik online yang menampilkan koleksi untuk wanita dan pakaian muslimah dan dress yang mengetengahkan design yang terkini dan trendy. Fesyen yang boleh di dapati di web Lanafira.com ialah long dress, baju kurung, baju kebaya, baju peplum, tops dan juga skirt.


Mimi dah lawati web Lanafira.com tau korang. Serius memang rambang mata jadinya tengok koleksi yang cantik cantik dari Lanafira.com. Harga sangat affordable dengan design yang ditampilkan. Yang bagusnya design yang diketengahkan oleh Lanafira.com amat menitikberatkan keselesaan para pelanggan. Pakaian muslimah mereka juga nursing and wuduk friendly.

Hah, best tak? Kepada ibu ibu yang menyusukan anak, bolehlah melaram sakan dengan pakaian muslimah di butik online Lanafira.com sebab nursing friendly okay. Bila nak solat nak ambil wuduk pun jadi mudah. Jom tengok antara koleksi yang ada di Lanafira.com.




Cantik kan koleksi dari butik online Lanafira.com ni. Design terkini dan trendy. Sesuai dipakai ketika majlis rasmi dan tidak rasmi. 

Ikuti beberapa tips pemilihan pakaian muslimah yang sesuai untuk digayakan ketika majlis rasmi dan tidak rasmi.

1. Material fabrik

Pentingnya untuk kita pastikan kualiti material fabrik yang digunakan. Mestilah selesa dan serap peluh. Jangan cari pakaian dari fabrik yang jenis melekap dan mengikut bentuk tubuh badan. Tidak patuh syariah tau.

2. Longgar

Pastinya kita mencari pakaian yang berpotongan longgar dan tidak terlalu ketat mengikut bentuk badan. 

3. Warna

Pilihan warna yang sesuai juga mempengaruhi penampilan seseorang wanita muslimah. Pilih dan cari warna yang bersesuaian untuk dipakai ketika majlis rasmi dan tidak rasmi.

4. Mesra nursing dan wuduk

Sekarang ini, pakaian yang mesra nursing dan wuduk memang menjadi pilihan wanita muslimah kini. Untuk mudahkan urusan untuk menyusukan anak dan solat, pilih pakaian yang sesuai mengikut keadaan. Pakaian tersebut hendaklah mempunyai zip atau butang di bahagian dada dan di bahagian lengan.

Okey, Mimi dah share dengan semua tips pemilihan pakaian muslimah yang sesuai untuk digayakan. Jadi, apa tunggu lagi. Jom cuci cuci mata tengok koleksi yang terdapat di Lanafira.com dan pastinya tidak akan menyesal memiliki koleksi daripada Lanafira.com. Untuk tips fesyen terkini dsri Lanafira.com boleh klik link >> https://www.lanafira.com/99-tips-fesyen-terkini/

Website : www.lanafira.com
Instagram : @lanafiraofficial

9 ulasan:

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat hari selasa mimi

    Lawa lawa gambar nya

    BalasPadam
  2. suweet2 n mcm2 betul pesen, warna pun memikat hati... tp akak mampu tgk je lah hehehhe

    BalasPadam
  3. nanti nak tengok jugak mana yang menarik di hati

    BalasPadam
  4. Cantiknya design lanafira ni. Suka sangat tgk long dress tu. Harga pun mampu milik.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.