GINTELL Menawarkan Pelan Sewa GINTELL Hi5 Istimewa Untuk Pelanggan

Pelan Sewa GINTELL Hi5 | Siapa yang tak kenal GINTELL kan? Satu jenama besar yang menjual kerusi urut. Dahulu kerusi urut GINTELL hanya mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan tinggi sahaja. Jadi, GINTELL mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan Pelan Sewa GINTELL Hi5 untuk menepis tanggapan bahawa kerusi urut GINTELL hanya untuk mereka yang berpendapatan tinggi. Kini, golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana juga mampu memiliki kerusi urut mewah dan ekslusif ini.

PELAN SEWA GINTELL Hi5


GINTELL DéVano SL ROSEmantic Sofa

Kini pelanggan boleh mendapatkan kerusi urut GINTELL secara sewa beli dengan harga yang sangat berpatutan serendah dari RM88.00 sebulan dengan waranti tambahan, perkhidmatan, penyelenggaraan dan layak untuk dapatkan kerusi urut baru. Jadi, kenapa perlu berbelanja lebih jika kita boleh sewa beli dan bawa pulang serta menikmati kelebihannya. Pelan sewa GINTELL Hi5 ini memberi 5 jaminan kepada pelanggan iaitu jaminan perkhidmatan, jaminan penyelenggaraan, jaminan pembaharuan, jaminan upgrade  dan jaminan nilai kesihatan.

Antara tawaran istimewa pakej Pelan Sewa GINTELL Hi5 ini ialah :

1) Jaminan Perkhidmatan ( Waranti 3 tahun) - Untuk sofa urut, waranti biasa adalah setahun tetapi dengan pelan sewa beli selama 3 tahun. Manakala kerusi urut pula dengan waranti biasa dua tahun tetapi dengan pelan sewa beli selama 3 tahun. Pasukan perkhidmatan juga akan memberi tips profesional seperti tips kesihatan, tips penggunaan kerusi urut dan tips penyelenggaraan sendiri untuk penggunaan yang lebih baik serta efektif.

2) Jaminan Penyelenggaraan - Menawarkan penyelenggaraan secara percuma sepanjang kontrak seperti menggilap kulit kerusi urut dan memeriksa motor untuk memastikan kerusi berfungsi sepenuhnya. Ia juga termasuk selepas perkhidmatan jualan seperti memeriksa sistem operasi dan perkhidmatan produk seperti penggantian alat secara percuma (jika perlu).

3) Jaminan Pembaharuan - Sekiranya kerusi urut yang dibeli melalui pelan ini mengalami kerosakan akibat dari keadaan yang tidak dijangka seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya di mana kerusi urut tersebut mengalami kerosakan yang teruk, kerusi urut tersebut akan digantikan dengan yang baru.

4) Jaminan Upgrade - GINTELL memberi pelanggan pilihan  upgrade kerusi urut untuk disesuaikan dengan cara hidup. Sebagai contoh jika kita masih bujang, kita boleh sewa sofa urut tetapi sekiranya kita sudah mempunyai keluarga, pelanggan berpeluang untuk upgrade kerusi urut yang lebih besar dan selesa. Pelanggan berpeluang untuk upgrade setelah menandatangani kontrak selama 2 tahun dan pilih saja model terbaru atau kerusi urut/sofa urut dari pelbagai jenis yang ada yang ingin di upgrade.

5) Jaminan Nilai Kesihatan - Manfaat kesihatan yang diperoleh ialah otot-otot dalam keadaan rehat, membantu membentuk postur yang baik, meningkatkan peredaran darah, melegakan tekanan dan mengurangkan tekanan pada saraf.

5 CARA MUDAH UNTUK MULAKAN PELAN INI

1. Rasai pengalaman mencuba produk GINTELL - Hanya datang ke outlet GINTELL terdekat dan cuba uji kerusi urut. Ia memberi pengalaman untuk mendapatkan kerusi urut yang lebih sesuai.

2. Pilih produk yang disukai - Pilih saja model kerusi urut atau sofa urut yang disukai. Boleh pilih apa saja model yang terdapat di outlet.

3. Isi dan lengkapkan borang permohonan - Isikan maklumat yang diperlukan seperti maklumat peribadi untuk memudahkan proses berikutnya.

4. Memberi dokumen sokongan - Memberi dokumen sokongan untuk dilampirkan pada permohonan untuk proses seterusnya seperti salinan kad pengenalan, kad kredit atau kad debit dan sebagainya.

5. Tunggu penghantaran produk - Hanya tunggu saja produk sampai di rumah. Yang paling best kos penghantaran adalah percuma sehingga ke pintu rumah.

Bila seharian kerja di pejabat mengadap komputer terlalu lama, Mimi akan sakit belakang atau pinggang. Nak nak selepas pembedahan masa lahirkan Adhwa lagi bertambah sakit belakang Mimi. So, Mimi tak lepaskan peluang untuk cuba kerusi urut GINTELL untuk kurangkan kesakitan yang Mimi alami. Baru baru ini Mimi pergi outlet GINTELL di Mid Valley tau korang. Di sana Mimi cuba GINTELL DéVano SL ROSEmantic Sofa untuk selesaikan masalah sakit Mimi. Serius cakap, sangat best bila di urut. Terasa badan sangat selesa dan ringan bila badan di urut persis tangan bidan kampung mengurut. Memang lega sangatlah. Kurang sakit yang Mimi tanggung. 

Happy dapat cuba GINTELL DéVano SL ROSEmantic Sofa

APA KELEBIHAN GINTELL DéVano SL ROSEmantic Sofa?

1) Quad Rolling Grasp - Kombinasi Rolling & Grasp untuk melegakan  ketegangan pada leher dan bahu. Selain daripada itu, ia memberikan rasa panas ketika urutan rawatan khas seperti terapi urut batu panas.

2) Titan SL-Hand Massage - Dengan dua set bebola urut di mana ia boleh bergerak sehingga 30cm panjang, ia boleh memberikan tiga jenis urutan berbeza. Tiga jenis urutan tersebut ialah Tapping, Knocking dan Tapping & Knocking.

3) Butt Shapping & Pelvic Correction - Dicipta dalam dua lapisan beg udara, ia memberikan urutan ayunan pada punggung hingga garis pinggang untuk melegakan otot-otot yang keras dan kejang. Kedudukan pelvik dipengaruhi oleh cara bagaimana tulang belakang dan kaki bergerak setiap hari. Fungsi yang terdapat pada sofa urut ini dicipta khas untuk meningkatkan kedudukan pelvik pada kedudukan yang betul dengan sistem urutan tekanan udara. Ia juga membantu merangsang peredaran darah, detoksifikasi badan, kekuatan otot dan mengekalkan bentuk badan "S" secara semulajadi.



Yang paling menarik mengenai GINTELL DéVano SL ROSEmantic Sofa ialah kita boleh melayan lagu kegemaran ketika kita berurut melalui speaker yang ada pada sofa urut. Hanya sambungkan fungsi bluetooth pada handphone dan pilih saja lagu yang ingin dimainkan. Memang layan perasaan sungguh. Silap hari bulan boleh tertidur. Urutlah berapa lama yang kita nak. Bila bila masa sahaja. Sambil mengurut boleh minum air juga tau. Dah minum air, letak saja cawan di tempat letak cawan yang disediakan. Yang best, sofa ni sangat mudah untuk di alih kedudukannya kerana terdapat roda di bawahnya.




Boleh dapatkan GINTELL DéVano SL ROSEmantic Sofa ini dengan sewa bulanan RM108.00 sebulan. Dan bertambah best, bila kita daftar sekarang sebagai pelanggan kita juga berpeluang untuk dapatkan hadiah ekslusif secara percuma tau. Wah bestnya! Apa tunggu lagi, daftar cepat-cepat kerana stok terhad.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :


Boleh juga datang ke outlet berdekatan dengan tempat tinggal untuk dapatkan khidmat nasihat daripada sales person GINTELL.


Post a Comment

16 Comments

  1. bebstnya.. lama teringin beli keresui macam ni.. besnya boleh bayar ansur mringankan beban dengan sewa beli

    ReplyDelete
  2. memang best dapat duduk kerusi urut Gintell ne sampai boleh terlelap

    ReplyDelete
  3. Uihh..Memang lena la kalu dapat kerusi ni..

    ReplyDelete
  4. Kalau ada Gintell ni memang best. Balik dari kerja ke, dari futsal, duduk je kat situ pergh sedapnya badan.

    RM108 pun kira okay dengan keselesaan badan. Kira reward la kan selepas penat bekerja

    ReplyDelete
  5. Bestnya kalau dapat buh 1 kerusi ni kat rumah..boleh dengar lagu pulak..mmg win la...

    ReplyDelete
  6. Ada instalment baru lah semua org mampu Dan senang nak beli

    ReplyDelete
  7. Kalau dpt seketul ni, best juga .... hehe.

    ReplyDelete
  8. Suami cikla kalau bab kerusi urut mmg suka lah ni... Btw, cantik blog awk..

    ReplyDelete
  9. kalau ada satu best ni...letak kat bilik kan...siap boleh tido kat sini...

    ReplyDelete
  10. Baca je pun dah dapat bayangkan betapa bestnya dpt duduk berurut atas kerusi ni. Masa penat dpt berurut mesti cwegas lepas tu kan. Murah pula tu plan bulanan yg ditawarkan.

    ReplyDelete
  11. lepas penat bekerja seharian memang bestlah dpt menyandar kat kerusi ni....boleh tengok lanjut pelan ni

    ReplyDelete
  12. mudah kalau boleh sewa...sebab nak beli seketui mcam tak berapa nak mampu jugak hehehe

    ReplyDelete
  13. Geram tgk design gintell ni... Comel..

    ReplyDelete
  14. konsep sewa beli untuk produk cmnie mmg bagus la. Sebab harga asalnya sangat mahal. Good promotion la Gintell kan kak. :)

    ReplyDelete
  15. Best ni kalau ada dirumah seketul....lenguh badan hilang

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com