D'Calysta Exclusive Eau De Parfum Hugo Women

D'Calysta Exclusive Eau De Parfum Hugo Women |  Minyak wangi merupakan salah satu benda yang penting perlu ada dalam handbag. Mimi memang standby minyak wangi dalam beg. Sebelum ni Mimi ada share pasal minyak Anna Sui yang menjadi pilihan utama Mimi. Kali ni Mimi nak share dengan korang satu lagi minyak wangi yang best dari D'Calysta Exclusive. Baru baru ni Mimi beli dari kawan D'Calysta Exclusive Eau De Parfum Hugo Women. Terpikat pula dengan bau Hugo Women ni, soft je.

D'Calysta Exclusive Eau De Parfum Hugo Women


D'Calysta Exclusive Eau De Parfum Hugo Women


Ada pelbagai jenama di pasaran yang menjual inspired minyak wangi yang ada di pasaran sekarang ni kan antaranya De' Xandra dan Nissperfumes. Mimi pun ada beli inspired minyak wangi Anna Sui daripada kawan adik tapi masih belum ada jenama sendiri. Masih in progress. So, kali ni Mimi try beli minyak wangi dari jenama D'Calysta Exclusive pula.

Masa kawan promote minyak wangi D'Calysta tu, Mimi macam acuh tak acuh sangat sebab kebanyakan jenama minyak wangi yang dijual sama saja macam pernah Mimi jual dulu. So, tahulah mana yang bau best tak best. Sekali belek punya belek ternampak jenama Hugo Women. Sebelum ni Mimi memang tak jual jenama ni. So, try bau. Memang wangi dan soft. Terus Mimi cakap nak book Hugo Women. 

Isnin lepas Mimi jumpa kawan dekat bangunan MAINS Seremban ambil stok minyak wangi D'Calysta yang Mimi book. Baunya soft dan fresh. Memang kena dengan test Mimi.


Untuk packaging D'Calysta ni simple dan nampak ekslusif. Hahhh sesuai sangat dengan namanya D'Calysta Exclusive kan. Kotak untuk minyak wangi wanita warna merah dengan kemasan emas manakala lelaki warna hitam. Siap pack dengan paper bag tau.


Isi kandungan minyak wangi ni 30ml tau korang. Selalu beli botol minyak wangi bentuk silinder kali ni beli bentuk petak pula. Harga untuk sekotak minyak wangi D'Calysta Exclusive ialah RM60.00. Standard price lah kiranya kan. Baunya memang boleh tahan 8 hingga 12 jam. Sembur sikit sikit saja, bau dah semerbak. Berbaloi kalau membeli. Tambah lagi satu koleksi minyak wangi pilihan Mimi.

Sebelum ni memang beli Anna Sui. Kadang kadang Mimi beli juga Forbidden Rose by AL tak pun Gucci Flora. Memang rotate beli tiga jenis ni jela. Sekarang dah masuk dalam list Hugo Women. Mimi ni agak cerewet sikit kalau bab nak beli minyak wangi. Tak suka bau yang kuat sangat. Kalau pakai memang soft saja aroma tu kan. Tak kuat sangat bau semerbak sampai 5 meter orang boleh bau..hahaha...

Korang pula suka minyak wangi apa? Share lah dengan Mimi. Ada kata Bombshell best juga. Jom share minyak wangi favourite korang.

Post a Comment

3 Comments

  1. Nak beli yang ori mmg fikir 10 kali kan..elok yang inspired ni sebab bau sama je..akak suka Hugo Women jugak...

    ReplyDelete
  2. Wah ana pun suka bau yg soft dan fresh. Rasa mcm kena dgn jiwa ana. Ana tak berapa suka kalau bau yg manis2 tu sebab rasa feminin sgt. Kita ni sah lah lasak mcm hape je kan. Heh

    ReplyDelete
  3. Wah rabia suka perfume tetapi rabia ni alergik dgn perfume.kalau sembur je mesti pening dgn bau dan gatal..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com