Blog Mimi Dah Berwajah Baru

Blog Dah Berwajah Baru | Kali ke berapa dah tukar baju blog sejak mula berblog dari bulan Dis 2010. Dulu dulu design blog jangan cakap. Macam macam rupa. Tema polkadot, butterfly apa lagi. Semua ada. Tapi pink colour tuh tetap kekalkan sampai sekarang. Satu satunya warna yang Mimi addicted dari bujang sampai anak dah tiga. So, jom tengok blog Mimi dah berwajah baru.

BLOG DAH BERWAJAH BARU


Header blog : Sakura dan simple


Mimi dah pernah menggunakan khidmat blogger blogger yang pakar dalam bab bab design blog ni. Mimi pernah dapatkan khidmat blogger Cik Bulat, Azhafizah, Sheda Ucu dan beberapa lagi blogger yang Mimi tak ingat dah. Kalau dulu blog bukan jenis responsive sekarang ni jenis responsive jadi pilihan. 

Seiiring dengan umur 30++   dan berstatus kan mak mak blog pun kena seiiring dengan usia agar nampak lebih matang dan semakin maju ke hadapan. Ceh ayat kena power tau! Kali ni Mimi dapatkan khidmat daripada blogger sishawa.com a.k.a Sis Awa (fb : Siti Awadah).

Selalu dok skroll fb, tengok Sis Awa update hasil kerja beliau edit blog. Bila tengok tertarik hati pula. Terus pm dekat messenger, tanya dia pakej edit blog dan watermark. Bila dah beritahu harga terus Mimi on dan transfer duit.

Tapi Mimi kena tunggu turn lah sebab ramai yang order dengan Sis Awa tau. Mimi tak kisah pun sebab faham dan tahu bukan senang nak edit blog ni. Memang respect lah siapa yang ambil upah edit blog. Kena sabar dan kreatif. Kali ni tema blog Mimi bunga sakura. Yang penting kekalkan warna pink. Jom tengok sentuhan ajaib Sis Awa.

Sumber : facebook Sis Awa

Ini view blog Mimi bila tengok direct di pc atau laptop. Kalau view dari handphone macam gambar gambar di bawah.



Tang rama rama tu comel sangat. Geram tau. So, far memang puas hati sangat dengan hasil kerja Sis Awa. Memang ikut apa yang Mimi nak. Simple but nice. Tinggal nak tunggu watermark saja. Tak sabar nak tunggu hasil Sis Awa untuk watermark. Sebab watermark kena design ikut kesesuaian blog juga kan.

Walaupun blog ni jenis responsive tapi hasilnya memang kebaboom tau. Sebelum ni kalau blog responsive jarang sangat ada design cantik cantik tapi dengan Sis Awa semua design ada. Nak senget, bulat, kerawang sana sini semua dia boleh buat. Cuma beritahu saja apa korang nak. Yang best jangan risau design blog korang kena curi ke apa sebab Sis Awa dah siap siap disable right click untuk elak orang open pagesource. 

Siapa siapa yang berhajat nak tukar baju blog tu boleh pm Sis Awa di facebook. Korang klik Siti Awadah (Siti Hawa Dot Com) terus direct ke fb dia. Lepas tu pm lah apa yang patut ya. Mudah tau bila bekerjasama dengan Sis Awa. Friendly sangat. So, tak rasa risau atau takut nak deal dengan dia. Hehehe. In shaa Allah tak mengecewakan. 

Rating design : 5/5

Post a Comment

27 Comments

  1. Cantik dan kemas...lina dah follow sini..www.linliena.com

    ReplyDelete
  2. cantiknya! sha pun berkenan dah ni hehe

    ReplyDelete
  3. Betul..tak mengecewakan hehehe

    ReplyDelete
  4. wah..cantik banget..

    jeles i tau!

    ya..memang sesuai dengan golongan Mak nie

    ReplyDelete
  5. Cantik blog mimi tapi blog siti awadah tu biasa je tgk.

    ReplyDelete
  6. Tahniah, cantiknya blog, sy pun suka bunga sakura...

    ReplyDelete
  7. yeah, blog semakin cantik ...
    mrs pip dtg melawat #afbdotmy

    ReplyDelete
  8. Syabas ya mimi. Ibu nampak makin feminin blog mimi ni

    sempena tahun baru hijrah ni ya

    ReplyDelete
  9. blog akak cantik.. hehehe.. sama la kita suka warna pink :D

    ReplyDelete
  10. Wah cantiknya blog baru😍😍😍

    ReplyDelete
  11. Terima kasih Mimi kerana sudi gunakan khidmat #sishawadesign :D

    ReplyDelete
  12. Wah...blog berwajah baru..akak nak tukar baru gak la..tp tahun depan kot...

    ReplyDelete
  13. Ah Tahniah Mimi.. cantik Sgt blog Mimi ni

    ReplyDelete
  14. Terima kasih Mimi untuk entry ni :D

    ReplyDelete
  15. Blog akak mmg sangat cantik dan mesra pengguna. Nice kak. :D

    ReplyDelete
  16. Nice blog. Nampak lawa dgn kaler pink :)

    ReplyDelete
  17. Cantik dan sweet..... pilihan yang tepat !
    Tema Pink Sakura...simple tapi nice ~

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com