Aktiviti Mandi Kolam Di Rumah

Aktiviti Mandi Kolam di Rumah | Bila time cuti sekolah Sabtu dan Ahad, selalunya apa aktiviti anak anak korang di rumah. Macam anak anak Mimi sejak abi diorang belikan kolam dekat Tesco, asyiklah nak mandi kolam. Yang si kecil Adhwa pun sama. So, Sabtu lepas apa lagi anak anak request nak mandi kolam.

Aktiviti Mandi Kolam Di Rumah


Selalunya anak anak akan mandi kolam waktu petang. Tapi kali ni diorang request nak mandi pukul 11.00 pagi. Bila bagi izin mandi kolam kemain masing masing suka.



Adhwa ni dulu takut air bila dah masuk usia setahun dah makin berani. Pantang dengar orang sebut nak mandi dia dulu dah sampai depan pintu bilik mandi. Kalau dengar kakak kakak dia nak mandi kolam dia dah standby depan grill pintu nak keluar. Betapa dia excited nak mandi.


Kolam mandi ni suami Mimi beli di Tesco. Harga RM33.90. Suami nak belikan anak anak kolam ni sebab anak anak asyik tanya bila nak bawa mandi laut. Yelah, janji nak bawa tapi tertangguh sebab kerja suami tak tentu masa. So, suami decide beli kolam untuk anak anak terus. Senang. Nak mandi hari hari pun tak kisah.

Walaupun anak anak seronok mandi kolam, Mimi pantau juga aktiviti anak anak. Yelah kan malang tak berbau, so kena sentiasa berwaspada. Bila anak anak melakukan sesuatu aktiviti sebagai ibu bapa kita kena pantau anak anak. Apa perlu kita lakukan untuk memastikan keselamatan anak anak. Berikut tiga tips yang Mimi lakukan bila anak anak mandi kolam.

1) Pastikan kawasan bersih dan selamat

Walaupun anak anak mandi di luar rumah area porch kereta Mimi akan pastikan pagar luar kunci dan siap mangga. Kemudian, pastikan tiada benda benda tajam atau berbahaya serta kawasan bersih di sekeliling atau sekitar tempat anak anak mandi kolam. Adhwa ni fah faham sajalah apa benda dia nampak semua dia nak kutip buat mainan.

2) Pastikan air di dalam kolam tidak melebihi had

Kolam yang suami beli ni ada tanda had untuk isi air dengan garisan warna merah (Boleh rujuk gambar di atas). Mimi akan pastikan air dalam kolam tak melebihi had yang ditetapkan. 

3) Hadkan masa mandi kolam

Mimi selalunya akan hadkan masa anak anak mandi kolam. Tak lebih dari dua jam. Selalunya paling lama sejam. Sebab Mimi kena juga buat kerja rumah yang lain. Tak nak terleka. Nanti sibuk buat kerja lain, anak anak tiada pemantauan. Sesaat kita alpa macam macam boleh berlaku. Jadi, pentingnya set tempoh masa diorang mandi kolam.

Korang pula kalau anak anak mandi kolam apa yang korang lakukan untuk pastikan keselamatan anak anak terjamin? Sharelah dengan Mimi.

Post a Comment

4 Comments

  1. ANAK- ANAK KALAU JUMPA AIR MEMANG X NAK KELUAR DAH..SAMA NGAN ANAK- ANAK BUAH AKAK KAT UMAH TU..KALAU DATANG ASYIK PUJUK ATUK NAK MANDI KOLAM

    ReplyDelete
  2. Mandi kolam dan kanak-kanak macam isi dengan kuku...hihihi...

    ReplyDelete
  3. Budak-budak kalau jumpa air macam tu lah ! Eh! Kita yang dah tak berapa budak pun suka air jugak!

    ReplyDelete
  4. Budak dan kolam ibarat irama dan lagu ;)

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com