Khamis, 21 September 2017

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan

8:13:00 PTG 0 Comments
ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan | Fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit seperti kegatalan dan alahan.

Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu beehadapan dengan kerja kerja mencuci atau yang terdedah pada persekitaran yang beehawa dingin akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari.

24H Moist Losyen Haruman Badan
ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan

Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak Lily Putih dan Minyak Zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda.

24H Moist Losyen Haruman Badan
ENCHANTEUR Charming dan ENCHANTEUR Romantic

Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.

ENCHANTEUR 24H Moist Losyrn Haruman Badan

Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. Losyen ini mengekalkan kulit tangan dan badan sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.

Losyen ini menawarkan 3 variasi : Charming, Romantic dan Alluring ; memastikan kulit sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.

ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)

Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergays melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan  Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disulami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman dengan sempurna.

ENCHANTEUR Charming dan ENCHANTEUR Romantic yang wangi

ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)

Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh keajaiban.

ENCHANTEUR Alurring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)

Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit meresap jauh ke dalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.

Kini, wanita yang sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol bersaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi.

Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari :


Retaining A Youthful Glow In You

12:09:00 PTG 0 Comments
If your face feels rough and tight, then you may have dehydrated skin. This means your skin is lacking water. But here’s when it gets tricky. When skin is dehydrated, it creates more oil to compensate for the lack of moisture in the skin. This could result in breakouts, irritation and dry patches. These are just some of the skin conditions that are harming our health and self-confidence.

Dehydration is one problem, it’s often worse in Asian skin as it’s the result of our humid weather conditions. Research has shown that 40 - 72 percent of consumers have dry skin seasonally on their face*. While drinking water is an important part of achieving a long-lasting youthful glow, it may not be a sufficient solution to combat skin dehydration.

Having a healthy youthful skin is a great stepping stone to feeling good. And one way to increase your confidence is to give yourselves a brighter, smoother looking complexion. 


Murad’s new Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel is all about achieving healthy, glowing and radiant skin that is luminescent from the inside out.

The product comes with a unique 2-step system which gives skin a gentle peel with anti-aging benefits by intensely infuse your skin with impressive dose of hydration up to 400% to visibly minimise fine lines and wrinkles, A fresh take on exfoliation, the Retexturizing Swab gives skin a gentle peel and intensely infuses hydration to dry skin. The youth revealing Lactic Acid, Glycolic, and Hyaluronic Acids supports cellular turnover to gently lift away dulling surface cells and debris to reveal smoother, brighter skin with a youthful glow. The swab involves a specially-designed over-sized swab for your delicate face, which helps reduces the appearance of fine lines and wrinkles. 

When it comes to dealing with skin dehydration and dull complexion, the Murad’s Moisture Infusion Mask is packed full of hyaluronic acid that will replenish and nourish the skin, which serves as an instant hydration boosts to hydration levels by up to 400% for a youthful glow. The results are hydrated and radiant skin that shows no signs of stress. With prolonged use, dry and dull looking face could just be a thing of the past.

To sum it up, the Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel contains 4 convenient, single-use treatments that include: 

Retexturizing Swab – This over-sized swab is a sealed cotton bud that has been saturated in a powerful, AHA-based blend of Lactic and Glycolic Acids, which work to gently exfoliate the surface layer of skin, dissolving dulling dead cells and unclogging pores to promote a more even and refined texture.


Moisture Infusion Mask – A sheet mask infuses with hyaluronic acid to provide an immediate boost to hydration levels by up to 400%, help visibly minimize lines and wrinkles. Skin is left feeling plumped and revitalised, with the appearance of wrinkles visibly reduced and a healthy looking vitality is restored.  

Directions

Use once per week.

Step 1 - Retexturizing Swab: Swipe swab over clean face. Do not rinse.

Step 2 - Moisture Infusion Mask: Apply sheet mask to face. After 15-20 minutes, remove mask and pat in any excess product. Do not rinse. 

Follow with a moisturiser. 

Founded more than 28 years ago, Murad is first authentic doctor–developed brand in the United States. The brand remains true to the scientific principles of its founder, world–renowned dermatologist Howard Murad, M.D. Through more than 50 years of research, Dr Murad has established that beauty and health are vitally linked and best achieved through an Inclusive approach that improves every cell in the body.

The Murad Hydro-Glow Aqua Peel is available at Murad stores throughout Malaysia. It is also available for purchase online at www.murad.com.my starting this mid-September. 

Enjoy 10% discount on Hydro-Glow Aqua Peel products when you purchase online with GLOW code at https://www.murad.com.my/unlock-secret-to-youthful-skin valid until 31st Marh 2018.

*R. Voegeli, A. V. Rawlings, P. Seroul, and B. Summers. A novel continuous colour mapping approach for visualization of facial hydration and transepidermal water loss for four ethnic groups. International Journal of Cosmetic Science, 2015, 37, 595-605.

ABOUT MURAD, INC.

Founded in 1989, Murad is a pioneering clinical skincare brand dedicated to encouraging people to live happier, healthier and more fulfilling lives. Backed by 19 unique patents and a 30-year legacy of research and clinical testing, Murad's unique philosophy, called Connected Beauty, is a whole person approach to health and beauty that inspires people to nourish their skin, awaken their body through physical activity, "eat" their water by consuming water-rich fruits and vegetables, and be kind to their mind. 

For more information on Murad, log on to www.murad.com.my or Murad’s Facebook at Murad.Malaysia.

For more information and press images, please contact:

Chan
Great Works Marketing Consultation
Mobile: +6010 295 4802
Email: greatworksmarketing@gmail.com

Rabu, 20 September 2017

Cara Jaga Luka Jahitan Selepas Bersalin Normal

4:57:00 PTG 6 Comments
Cara Jaga Luka Jahitan Selepas Bersalin Normal | Setiap ibu yang melahirkan anak tidak kira secara normal atau pembedahan pastinya cara penjagaan luka jahitan dan pembedahan sangat berbeza kan. Perlukan perhatian dan penjagaan yang betul agar luka sembuh dengan segera tanpa sebarang jangkitan. Mimi nak share tentang cara jaga luka jahitan selepas bersalin normal yang di share oleh seseorang di facebook.

CARA JAGA LUKA JAHITAN SELEPAS BERSALIN NORMAL

1. Cuci tempat luka tiga kali sehari atau selepas tukar pad atau selepas ke tandas. 

2. Lap sehingga betul betul kering sebelum sapu ubat kuning pada bahagian luka.

3. Selepas sapu ubat kuning, biarkan ubat kuning kering sebelum pakai pad yang baru.

4. Cara berjalan seeloknya perlahan ysng boleh bagi mengelakkan luka jahitan terbuka.

5. Selagi luka jahitan belum sembuh, kepit kaki selama mungkin.

Bila Mimi share jangan lah fikir yang bukan bukan. Cuma apa yang di share kan memang betul pun. Untuk kebaikan si ibu juga. Zaman sekarang ni, ada sesetengah ibu yang lepas bersalin ada yang selamba duduk bersila. Mimi pernah tengok depan mata tau. Baru bersalin duduk bersila. Tapi fikir baik baik dia tak ada jahitan walaupun tahu dia kena jahit. 

Bukan senang nak jaga jahitan luka selepas bersalin normal tau. Mimi dua dua dah merasa. Luka jahitan normal dan luka pembedahan. Dua dua perlukan penjagaan yang berbeza dan kena jaga dengan teliti.

Selasa, 19 September 2017

Ranking Alexa Blog www.mimiazirah.com

6:03:00 PTG 1 Comments
Ranking Alexa Blog www.mimiazirah.com | Dah lama tak check ranking alexa untuk blog. Hari ni tergerak hati pula nak check ranking alexa blog www.mimiazirah.com

Ranking Alexa Blog www.mimiazirah.com



Okeylah bagi Mimi ranking ni. Blog picisan kan. Tapi tetap kena usaha naikkan ranking. Global rank tu tak yah tengoklah, memang juta jutalah kan. Kalau dapat duit sedebuk macam tu kan best.hahaha..

Sekarang ni tengah usaha naikkan blog supaya lebih dikenali. Dulu masa buat blog langsung tak kisah pasal ranking ke uv ke pv ke janji ada blog. Sekarang dah matang tahu hala tuju berblog. So terus pandang ke hadapan. Tak toleh dah ke belakang.

Nak check ranking alexa korang? Klik sini >> https://www.alexa.com/siteinfo <<

Sabtu, 16 September 2017

Blog Mimi Dah Berwajah Baru

12:15:00 PTG 23 Comments
Blog Dah Berwajah Baru | Kali ke berapa dah tukar baju blog sejak mula berblog dari bulan Dis 2010. Dulu dulu design blog jangan cakap. Macam macam rupa. Tema polkadot, butterfly apa lagi. Semua ada. Tapi pink colour tuh tetap kekalkan sampai sekarang. Satu satunya warna yang Mimi addicted dari bujang sampai anak dah tiga. So, jom tengok blog Mimi dah berwajah baru.

BLOG DAH BERWAJAH BARU


Header blog : Sakura dan simple


Mimi dah pernah menggunakan khidmat blogger blogger yang pakar dalam bab bab design blog ni. Mimi pernah dapatkan khidmat blogger Cik Bulat, Azhafizah, Sheda Ucu dan beberapa lagi blogger yang Mimi tak ingat dah. Kalau dulu blog bukan jenis responsive sekarang ni jenis responsive jadi pilihan. 

Seiiring dengan umur 30++   dan berstatus kan mak mak blog pun kena seiiring dengan usia agar nampak lebih matang dan semakin maju ke hadapan. Ceh ayat kena power tau! Kali ni Mimi dapatkan khidmat daripada blogger sishawa.com a.k.a Sis Awa (fb : Siti Awadah).

Selalu dok skroll fb, tengok Sis Awa update hasil kerja beliau edit blog. Bila tengok tertarik hati pula. Terus pm dekat messenger, tanya dia pakej edit blog dan watermark. Bila dah beritahu harga terus Mimi on dan transfer duit.

Tapi Mimi kena tunggu turn lah sebab ramai yang order dengan Sis Awa tau. Mimi tak kisah pun sebab faham dan tahu bukan senang nak edit blog ni. Memang respect lah siapa yang ambil upah edit blog. Kena sabar dan kreatif. Kali ni tema blog Mimi bunga sakura. Yang penting kekalkan warna pink. Jom tengok sentuhan ajaib Sis Awa.

Sumber : facebook Sis Awa

Ini view blog Mimi bila tengok direct di pc atau laptop. Kalau view dari handphone macam gambar gambar di bawah.



Tang rama rama tu comel sangat. Geram tau. So, far memang puas hati sangat dengan hasil kerja Sis Awa. Memang ikut apa yang Mimi nak. Simple but nice. Tinggal nak tunggu watermark saja. Tak sabar nak tunggu hasil Sis Awa untuk watermark. Sebab watermark kena design ikut kesesuaian blog juga kan.

Walaupun blog ni jenis responsive tapi hasilnya memang kebaboom tau. Sebelum ni kalau blog responsive jarang sangat ada design cantik cantik tapi dengan Sis Awa semua design ada. Nak senget, bulat, kerawang sana sini semua dia boleh buat. Cuma beritahu saja apa korang nak. Yang best jangan risau design blog korang kena curi ke apa sebab Sis Awa dah siap siap disable right click untuk elak orang open pagesource. 

Siapa siapa yang berhajat nak tukar baju blog tu boleh pm Sis Awa di facebook. Korang klik Siti Awadah (Siti Hawa Dot Com) terus direct ke fb dia. Lepas tu pm lah apa yang patut ya. Mudah tau bila bekerjasama dengan Sis Awa. Friendly sangat. So, tak rasa risau atau takut nak deal dengan dia. Hehehe. In shaa Allah tak mengecewakan. 

Rating design : 5/5

Khamis, 14 September 2017

Ubat Gigi Baru Darlie Jolly Junior & Rilakkuma Untuk Kanak Kanak

10:51:00 PTG 8 Comments
Ubat Gigi Baru Darlie Jolly Junior & Rilakkuma Untuk Kanak Kanak | Semua ibu bapa pasti mempunyai cabaran nak didik dan ajar anak anak gosok gigi kan? Seawal usia dua tahun Mimi dah ajar Aina dan Auni gosok gigi. Jadi faham faham sajalah memang payah nak suruh Aina dan Auni gosok gigi masa tu. Jadi, Mimi psiko mereka kalau tak nak gosok gigi nanti ulat duduk dalam gigi. Bila mereka dengar terus nak gosok gigi. Terpaksa "menipu" anak anak supaya mereka rajin menggosok. Bila dah besar sikit dan mula faham sesuatu perkara, Mimi beritahu mereka betapa pentingnya menggosok gigi. Sekarang lagi mudah nak ajar mereka kepentingan menggosok gigi dengan adanya ubat gigi dan berus gigi yang bersesuaian mengikut umur serta aplikasi permainan yang menyeronokkan. Mari baca dengan lebih lanjut mengenai ubat gigi baru Darlie Jolly Junior & Rilakkuma untuk kanak kanak.

Ubat Gigi Baru Darlie Jolly Junior & Rilakkuma 

Ubat gigi dan berus gigi Darli Jolly Junior  & Rilakkuma 


Ubat gigi Darlie Jolly Junior & Rilakkuma baru ini mengandungi bahan gred makanan yang kaya dengan Xylitol dan Vitamin E yang bertindak mencegah kaviti pada gigi. Ia juga untuk memastikan kebersihan dan kesihatan gigi terjamin untuk dua kategori umur yang berbeza bagi kanak kanak iaitu untuk umur dari 2 tahun hingga 6 tahun dan juga dari umur 6 tahun hingga 10 tahun. Ubat gigi Darlie Junior ini juga mempunyai design animasi Rilakkuma yang comel dan menarik. Mempunyai dua perisa ubat gigi iaitu Vanila dan Strawberi.

Aina dan Auni suka dengan ubat gigi dan berus gigi Darlie Jolly Junior & Rilakkuma


5 sebab Aina dan Auni suka menggosok gigi mereka setiap hari :

1. Mereka suka makan gula-gula dan coklat. Jadi, selepas makan gula-gula dan coklat, mereka akan menggosok gigi untuk pastikan gigi sentiasa bersih dan sihat.

2. Sudah pasti rasanya manis dan "sedap" membuatkan Aina dan Auni seronok dan suka memberus gigi mereka untuk mencegah kaviti pada gigi agar gigi sentiasa kelihatan putih dan nafas sentiasa segar.

3.  Pastinya ubat gigi dan berus gigi yang mereka gunakan memberus gigi dengan lembut serta menjaga kebersihan gigi serta gusi mereka.

4.  Ubat gigi Darlie Jolly Junior yang wangi ini sudah tentu berfungsi untuk memastikan gigi mereka kuat dan kukuh.

5. Aktiviti menggosok gigi sangat menyeronokkan lebih lebih lagi menggosok gigi sambil menggunakan aplikasi Darlie Brush-Up yang diserikan dengan muzik yang enjoy sambil memilih kostum yang comel.

Reaksi spontan Aina dan Auni dengan Darlie Jolly Junior & Rilakkuma


Nak tahu perisa ubat gigi kegemaran Aina dan Auni tak? Aina memilih perisa strawberi manakala Auni pula suka dengan perisa vanila.

Ubat Gigi Baru Darlie Jolly Junior & Rilakkuma 


Jolly Junior perisa Vanila

Ubat gigi perisa Vanila ini sesuai digunakan untuk anak anak berumur dari 2 hingga 6 tahun. Kandungan bahan gred makanan yang terdapat di dalamnya tidak mempunyai kandungan gula tambahan dan juga ramuan berasaskan haiwan digunakan. Selain daripada itu, ia juga mengandungi Xylitol yang tidak mudah dimusnahkan oleh kaviti punca bakteria.

Jolly Junior perisa Strawberi


Ubat gigi ini pula sesuai digunakan untuk anak anak berusia 6 hingga 10 tahun. Ia juga mengandungi kandungan bahan gred makanan seperti perisa Vanila. Ia juga tidak mempunyai kandungan gula tambahan dan juga tiada ramuan berasaskan haiwan digunakan. Formulasi dengan Fluorida dan Kalsium membantu memelihara gigi menjadi anti-kaviti. Ia juga mengandungi Vitamin E untuk membantu menjaga kesihatan mulut
yang baik.

Kedua dua perisa ubat gigi Darlie Jolly Junior ini membersih dan menjaga gigi dengan lembut. Gel format yang digunakan juga mampu menarik minat anak anak. Lebih dari 90% kandungan di dalam formulanya mencapai Standard Bahan Gred Makanan.






Mimi juga tak lepaskan peluang memuat turun aplikasi Darlie Brush-Up di telefon untuk menambahkan lagi rasa keseronokan anak anak ketika menggosok gigi. Aplikasi ini boleh dimuat turun pada App Store dan juga Google Play. Anak anak Mimi rasa happy dan enjoy menggosok gigi sambil menggunakan aplikasi Darlie Brush-Up yang mempunyai pelbagai pilihan kostum dan lagu yang happening. Yang paling best aplikasi ini turut berkongsi tips memberus gigi dengan betul.





Jom ramai ramai sertai pertandingan Jolly Brushing with Rilakkuma dengan hadiah yang lumayan. Tempoh pertandingan adalah dari 7 September hingga 4 Oktober 2017. Terma dan syarat pertandingan boleh klik SINI.



Untuk memgetahui maklumat lanjut mengenai Darlie Jolly Junior & Rilakkuma boleh layari :


Rabu, 13 September 2017

Femilac Milkbooster Penggalak Pertambahan Susu Ibu

7:49:00 PG 7 Comments
Femilac Milkbooster Penggalak Pertambahan Susu Ibu | Bulan ni genap setahun tiga bulan Mimi menyusukan Adhwa. Syukur masih diberikan rezeki menyusukan Adhwa. Sebagai ibu yang bekerjaya, menyusukan anak merupakan satu cabaran dari segi mental dan fizikal bagi Mimi dan juga ibu ibu di luar sana. Adalah sangat penting mengawal emosi agar tidak memberi kesan pada penghasilan susu. Betul tak? Kalau terlalu stress pastinya akan memberi kesan pada penyusuan kepada anak. Penghasilan susu juga akan menjadi kurang kerana emosi ibu yang tidak stabil. Jika ada ibu ibu yang menghadapi masalah ini pastinya ingin mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Tahu tak bahawa produk Femilac Milkbooster Penggalak Pertambahan Susu Ibu yang menjadi sebutan sekarang ni boleh membantu mengatasi masalah kurang susu dan susu cair? 

Femilac Milkbooster Penggalak Pertambahan Susu Ibu



Femilac milkbooster #tibetibengkak merupakan produk baru Feedmilk. Feedmilk merupakan satu jenama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen pakaian menyusu. Feedmilk sangat popular dalam mencipta fenomena gila gila di kalangan ibu ibu menyusu untuk terus berfesyen walaupun sedang menyusukan bayi. Pastinya Femilac milkbooster #tibetibengkak ini merupakan keluaran orang Islam. Sudah tentu bahan sunnah amat dititkberatkan serta diutamakan dalam penambahan susu ibu agar lebih berkhasiat. 


Bahan bahan sunnah yang terdapat dalam Femilac milkbooster #tibetibengkak ialah susu kambing, madu, kurma dan habbatus sauda. Digabungkan dengan bahan bahan semulajadi seperti spirulina, fenugreek, alfafa dan kacang soya pastinya menghasilkan Femilac yang berkualiti tinggi serta terjamin kandungan bahannya.



KELEBIHAN FEMILAC MILKBOOSTER PENGGALAK PERTAMBAHAN SUSU

Bila ibu ibu mengamalkan Femilac milkbooster #tibetibengkak pastinya ada kelebihan yang diperolehi jika mengamalkan secara konsisten. Kelebihan mengamalkannya ialah :

1) Bayi lebih kenyang : ia membantu perjalanan antibodi daripada kecil dan melatih perut bayi untuk menerima khasiat yang lebih tinggi.

2) Tidur lebih berkualiti : ia membantu tumbesaran bayi agar sentiasa sihat dan ceria.

3) Susu badan berkhasiat : pastinya susu badan cair, tawar, tidak berkualiti menyebabkan bayi tidak menerima khasiat yang cukup. 

4) Susu badan pekat : menjadi impian bagi semua ibu menyusu melihat bayi cepat kenyang dan tidak perlu bangun malam kerap untuk menyusu.

5) Hidup berkualiti : apabila bayi kenyang dan tidur nyenyak sudah tentu pengalaman hidup ibu menjadi lebih berkualiti dan dapat memberi fokus dalam tumbesaran anak anak selain daripada menjaga prestasi kerja.


Femilac milkbooster #tibetibengkak didatangkan dalam bentuk tablet yang berperisa vanilla. Hanya amalkan sebiji tablet sudah cukup untuk menyelesaikan masalah susu cair atau susu kurang. Femilac milkbooster membantu ibu ibu menyusu menambah penghasilan susu ibu.

Banyak testimoni testimoni daripada ibu ibu menyusu yang berpuashati dengan kesan selepas mengamalkan Femilac milkbooster. 

Dah boleh buat stok susu untuk anak

Baby Tidak Lagi Meragam


Susu makin bertambah dan pekat

Boleh tengokkan testimoni di atas betapa gembira ibu ibu yang mengamalkan Femilac milkbooster dengan kesan dan hasil yang mereka dapat. Dah boleh buat stok susu anak sebab susu banyak, bayi tak meragam dan susu semakin bertambah dan jadi pekat. Siapa yang tidak gembira bila pengambilan sesuatu supplimen memberi kesan yang sangat memberangsangkan.

Femilac milkbooster #tibetibengkak juga selalu terlibat dengan event baby fair yang diadakan secara besar besaran di Malaysia seperti TCE Baby Expo. Di event TCE, Femilac milkbooster #tibetibengkak boleh didapati dengan harga yang murah dan para ibu pasti akan menjumpai produk Femilac milkbooster di TCE Baby Expo. Para ibu juga berpeluang merasai tester secara percuma dan boleh melihat dan memegang botol Femilac milkbooster dengan packaging yang eksklusif serta berwarna pastel yang cantik.




Untuk maklumat lanjut mengenai Femilac milkbooster #tibetibengkak boleh layari :

Website : www.feedmilk.com

Atau boleh juga walk in ke butik seperti di bawah :

Feedmilk Boutique

H50-1, Jalan Serai Wangi M16/M,
Alam Avenue 2
40200 Shah Alam Selangor

Waktu perniagaan

Selasa - Ahad
(11.00 pagi - 8.09 malam)

HQ - Feedmilk Boutique Sdn Bhd
No.9A, Tingkat 1 Jalan Keluli
AK7/Ak Seksyen 7
40000 Shah Alam Selangor

No.telefon : 03 - 3362 6516

Selasa, 12 September 2017

Dengar Kata Hati Dan Minum Minuman Yang Menyihatkan

10:41:00 PG 3 Comments
Senyap dan membunuh, ia merayap pada tubuh badan tanpa kita tidak menyedarinya. Dan itu merupakan pembunuh nombor 1 di negara ini. Kami bercakap tentang penyakit jantung dan kira-kira 20% rakyat Malaysia terdedah kepadanya. Mengikut kepercayaan masyarakat kini pembunuh utama wanita adalah kanser payudara. Menurut National Heart Institute atau IJN, penyakit jantung yang menjadi punca utama kematian di kalangan wanita bukannya kanser payudara. 


Wanita yang berusia 45 tahun dan lebih, kemungkinan penyakit jantung yang dihidapi adalah sama dengan lelaki. Sebelum menopaus, wanita mungkin mempunyai kelebihan jika berbanding lelaki kerana badan mereka menghasilkan jumlah estrogen yang mencukupi untuk mengurangkan risiko mereka mengalami serangan jantung.

Tetapi selepas menopaus berlaku , bilangan perlindungan daripada  estrogen berkurangan dan jika digabungkan dengan faktor risiko lain seperti diabetes dan obesiti, ketika itulah penyakit jantung berlaku. Realitinya ialah kita berada di negara di mana IJN sedang melihat pesakit, lelaki atau wanita - seawal usia 20 tahun menjalani pembedahan pintasan untuk membersihkan arteri tersumbat.



Oleh itu, sempena Hari Jantung Sedunia yang berlangsung pada 29 September setiap tahun, Jus Works memperkenalkan 'Heartbeat', minuman bermusim yang dipenuhi dengan semua kebaikan semulajadi untuk membantu kita berperang melawan pembunuh senyap ini.

Diperbuat daripada jus kuat dari limau gedang, timun, oren, lobak merah dan epal, Heartbeat kini boleh didapati di setiap cawangan Juice Works dan Juice Works2Go. Sekiranya anda seorang ahli VIP Juicy, anda akan mendapat diskaun sebanyak 10% daripada harga runcit.

Limau Gedang - Gabungan nutrien berkuasa serat, lycopene, vitamin C, kalium dan choline dalam limau gedang membantu mengekalkan jantung yang sihat. Satu penyelidikan mendapati bahawa diet yang ditambah dengan limau gedang merah segar mempengaruhi tahap lipid darah, terutama trigliserida.

Timun - Kandungan kalsium, serat yang tinggi dan air yang tinggi. Timun juga kaya dengan potassium untuk membantu menurunkan tekanan darah. Ia juga mengandungi polifenol yang dipanggil lignans yang mengurangkan risiko kanser tertentu dan penyakit kardiovaskular. Selain daripada itu, ia juga kaya dengan vitamin K di mana ia amat penting untuk kesihatan tulang.

Oren - Para penyelidik telah melaporkan bahawa buah oren ini mempunyai antioksidan yang dipanggil hesperidin di mana ia meningkatkan fungsi saluran darah dan membantu menurunkan risiko penyakit jantung seseorang. Hesperidin adalah sebatian berasaskan tumbuhan yang dipanggil flavonoid yang dikatakan dapat meningkatkan kesihatan sel-sel yang halus yang mengalirkan saluran darah.

Lobak Merah - Lobak merah adalah sumber yang sangat baik dari kedua-dua antioksidan alfa dan beta karoten yang ditukar dalam tubuh untuk retinol (vitamin A) di mana ia baik untuk kulit, paru-paru, sistem kekebalan tubuh dan kesihatan jantung. Ia juga mengandungi antioksidan lutein, yang penting untuk kesihatan mata.

Epal - Kajian telah menunjukkan bahawa apabila kita makan epal setiap hari ia dapat membantu menurunkan kolesterol jahat yang disebut LDL dalam tubuh dan dua penanda lain yang berkaitan dengan plak serta keradangan di dinding arteri. 

Jadi dengar kata hati anda dan dapatkan Heartbeat hari ini untuk lebih kuat, lebih sihat!

** Tidak boleh digabungkan dengan diskaun / penawaran / baucar yang sedang berjalan
** Minuman bermusim ini boleh didapati sehingga 31 Okt
** Sementara stok masih ada
** Juice Works Malaysia berhak untuk membuat keputusan akhir mengenai promosi ini

Isnin, 11 September 2017

Rezeki Menang RM300 Dari Momma Pregolact

5:09:00 PTG 8 Comments
Rezeki Menang RM300 Dari Momma Pregolact | Benarlah apa yang selalu kita sebutkan, rezeki tidak pernah salah alamat. Jika sudah tertulus rezeki kita, pasti akan jadi milik kita. Betul tak? Sebenarnya Mimi dah lama buat entry mengenai Momma Pregolact ni. Dah tak ingat bila publish. Tapi bila tiba tiba blogger Mama Jue share dekat whatsapp, rasa macam tak percaya pun ada. Yelah, lama kot buat entry tuh. Memang dah lupa dah. Alhamdulillah rezeki menang RM300 dari Momma Pregolact.

Rezeki Menang RM300 dari Momma Pregolact




Bila buka FB, ada notifikasi nama Mimi di tag oleh sis Sara Atikah. Terus klik notifikasi tu dan tengok ucapan tahniah daripada sis Sara Atikah. Alhamdulillah. Rezeki menang RM300. Memang kemenangan ni tak terjangka tau. Kalau join contest pun selalunya Mimi agak payah nak ada luck memang cash tapi kali ni Alhamdulillah nasib menyebelahi Mimi.

Kalau korang tanya apa Mimi nak buat dengan RM300 tu, jawapan Mimi of course lah nak simpan. Nak kumpul banyak banyak duit hasil kemenangan contest, review dan sebagainya. Buat masa ni belum fikir lagi nak beli apa tapi perancangan nak beli sesuatu yang berguna untuk blog. Maybe kamera ke atau handphone lg canggih ke. Tapi buat masa ni biarlah duit tuh tersimpan dulu. 

Semakin serius dalam dunia bligging semakin Mimi nampak hasilnya. Syukur. Usaha selama ni tak sia sia kan. Janji usaha, tawakal dan doa. Apa pun keputusan yang diterima redha dan tetap rasa bersyukur. Mungkin bukan rezeki kita untuk dapatkan sesuatu yang kita inginkan tapi kita kena ingat juga Allah nak bagi rezeki yang lebih dari itu kan. So, bersyukur dan terus bersyukur. Alhamdulillah, terima kasih kawan kawan blogger yang ucapkan tahniah. Sayang korang #afbians.

Aktiviti Mandi Kolam Di Rumah

11:04:00 PG 4 Comments
Aktiviti Mandi Kolam di Rumah | Bila time cuti sekolah Sabtu dan Ahad, selalunya apa aktiviti anak anak korang di rumah. Macam anak anak Mimi sejak abi diorang belikan kolam dekat Tesco, asyiklah nak mandi kolam. Yang si kecil Adhwa pun sama. So, Sabtu lepas apa lagi anak anak request nak mandi kolam.

Aktiviti Mandi Kolam Di Rumah


Selalunya anak anak akan mandi kolam waktu petang. Tapi kali ni diorang request nak mandi pukul 11.00 pagi. Bila bagi izin mandi kolam kemain masing masing suka.



Adhwa ni dulu takut air bila dah masuk usia setahun dah makin berani. Pantang dengar orang sebut nak mandi dia dulu dah sampai depan pintu bilik mandi. Kalau dengar kakak kakak dia nak mandi kolam dia dah standby depan grill pintu nak keluar. Betapa dia excited nak mandi.


Kolam mandi ni suami Mimi beli di Tesco. Harga RM33.90. Suami nak belikan anak anak kolam ni sebab anak anak asyik tanya bila nak bawa mandi laut. Yelah, janji nak bawa tapi tertangguh sebab kerja suami tak tentu masa. So, suami decide beli kolam untuk anak anak terus. Senang. Nak mandi hari hari pun tak kisah.

Walaupun anak anak seronok mandi kolam, Mimi pantau juga aktiviti anak anak. Yelah kan malang tak berbau, so kena sentiasa berwaspada. Bila anak anak melakukan sesuatu aktiviti sebagai ibu bapa kita kena pantau anak anak. Apa perlu kita lakukan untuk memastikan keselamatan anak anak. Berikut tiga tips yang Mimi lakukan bila anak anak mandi kolam.

1) Pastikan kawasan bersih dan selamat

Walaupun anak anak mandi di luar rumah area porch kereta Mimi akan pastikan pagar luar kunci dan siap mangga. Kemudian, pastikan tiada benda benda tajam atau berbahaya serta kawasan bersih di sekeliling atau sekitar tempat anak anak mandi kolam. Adhwa ni fah faham sajalah apa benda dia nampak semua dia nak kutip buat mainan.

2) Pastikan air di dalam kolam tidak melebihi had

Kolam yang suami beli ni ada tanda had untuk isi air dengan garisan warna merah (Boleh rujuk gambar di atas). Mimi akan pastikan air dalam kolam tak melebihi had yang ditetapkan. 

3) Hadkan masa mandi kolam

Mimi selalunya akan hadkan masa anak anak mandi kolam. Tak lebih dari dua jam. Selalunya paling lama sejam. Sebab Mimi kena juga buat kerja rumah yang lain. Tak nak terleka. Nanti sibuk buat kerja lain, anak anak tiada pemantauan. Sesaat kita alpa macam macam boleh berlaku. Jadi, pentingnya set tempoh masa diorang mandi kolam.

Korang pula kalau anak anak mandi kolam apa yang korang lakukan untuk pastikan keselamatan anak anak terjamin? Sharelah dengan Mimi.

Sabtu, 9 September 2017

Pelancaran Ayam Penyet BEST di Alpha Angle

11:42:00 PG 15 Comments
Pelancaran Ayam Penyet BEST di Alpha Angle | Siapa suka makan ayam penyet, angkat tangan! Mimi pun suka makan ayam penyet tau. Kalau bulan puasa, waktu berbuka menu ayam penyet merupakan salah satu juadah pilihan Mimi. Ayam penyet memang sedapkan? Jadi, buat korang yang suka ayam penyet Mimi nak beritahu korang bahawa outlet baru Ayam Penyet BEST telah dibuka di Alpha Angle Shopping Centre, Wangsa Maju. Mimi berkesempatan hadir sama untuk majlis pelancaran Ayam Penyet BEST di Alpha Angle.

PELANCARAN AYAM PENYET BEST DI ALPHA ANGLE


Pandangan Restoren Ayam Penyet Best dari luar

Baru baru ini, Ayam Penyet Bagus Sdn. Bhd. telah meraikan kejayaan mereka pada 07 September 2017 dengan menubuhkan serta melancarkan outlet baru di Alpha Angle Shopping Centre, Wangsa Maju. Acara yang penuh meriah ini dirasmikan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), YB Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) YBhg. Dato' Sri Jamil bin Salleh, Pengarah Perbadanan Nasional Berhad (PNS) YBhg. Dato' Syed Kamarulzaman dan pengarah Ayam Penyet Best, Dato' Lim Teong Hui, Encik Andrew Teh, Encik Mark Ng Beng Huat dan Encik Ng Boon Ching.

Rakan kongsi perniagaan dari negeri lain di Malaysia, Selebriti / Blogger - Encik Jocko, blogger, dan media juga turut dijemput untuk menyaksikan pelancaran Ayam Penyet Best ini .

Suasana dalam restoren Ayam Penyet Best. Cantik kan warna kombinasi hijau dan putih.

Apa yang menarik mengenai Ayam Penyet BEST ini ialah ia telah menjadi salah satu rantaian makanan dan minuman paling cepat berkembang di Semenanjung Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2010, kini terdapat kira-kira 20 cawangan di Semenanjung Malaysia dan dijangka akan memiliki kira-kira 25 cawangan pada akhir tahun ini.

Sedikit maklumat berkenaan Ayam Penyet ialah Ayam Penyet merupakan hidangan istimewa yang berasal dari Jawa Tengah dan keasliannya dikekalkan walaupun ia berasal dari negara seberang. Keistimewaannya adalah bumbu lada "sambal" yang menjadikan kombinasi sempurna untuk hidangan ini.

Jadi slogan dan hashtag yang digunakan untuk Ayam Penyet Best iaitu #bestsekali4all di mana B-Bestie, E-Enjoy, S-Spicy, T-Tasty yang bermaksud keluarga, kawan dan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat datang bersama menjadi satu menikmati keenakan Ayam Penyet Best.

Banner di luar restoren hi

PELANCARAN AYAM PENYET BEST DI ALPHA ANGLE


Pada majlis pelancaran ini,  Ayam Penyet Best meraikan pembukaan outlet kelima belas di Alpha Angle Shopping Centre. Acara ini dihadiri oleh orang-orang kenamaan dari pelbagai kementerian kerajaan. Pengerusi Ayam Penyet Bagus Sdn. Bhd., Dato' Lim Teong Hui mewakili lembaga pengarah membuat ucapan penghargaan kepada VVIP dan para hadirin yang menghadiri majlis tersebut terutamanya KPDNKK yang telah menyediakan panduan dan alat sokongan bagi sektor perniagaan francais untuk syarikat sepanjang tahun.

Dalam ucapannya, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada PNS atas nasihat mereka dalam sektor perniagaan ini dan juga mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan di atas semua sokongan yang diberikan. Seterusnya, Menteri KPDNKK YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin memberikan ucapan. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa perniagaan francais di Malaysia berkembang dari semasa ke semasa dan menyatakan perniagaan sedemikian boleh berkembang di rantau ini. Beliau berharap perniagaan francais di Malaysia dapat melebarkan sayapnya ke luar negeri serta mendapat pengiktirafan secara global malahan dapat bersaing dengan jenama antarabangsa.

YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri KPDNKK memberikan ucapan.

Beliau juga berharap perniagaan francais bukan sahaja mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan tetapi juga dapat menarik minat pelabur dari luar negeri. Seterusnya, acara yang dinanti-nantikan ialah majlis memotong riben yang dirasmikan oleh Menteri KPDNKK, Pengarah PNS dan Pengerusi Ayam Penyet Bagus Sdn. Bhd.

Barisan pertama (Dua dari kiri) Dato’ Lim Teong Hui (Pengerusi), YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Menteri KPDNKK), Mr. Mark Ng Beng Huat (Pengarah Operasi), YBhg Dato' Seri Jamil bin Salleh (Ketua Setiausaha KPDNKK) dan Mr. Andrew Teh (Pengarah Pemasaran) di acara memotong riben sempena Majlis pelancaran Ayam Penyet Best.

Seterusnya diikuti dengan acara pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara Pengarah Operasi Encik Mark Ng Beng Huat dan Pengarah Kewangan Encik Ng Boon Ching dan rakan perniagaan Wilayah Selatan Encik Ang Hong Theng dan Encik Andy Yew Boon.

Pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara Pengarah Ayam Penyet Best, Encik Mark Ng Beng Huat dan Encik Ng Boon Ching (Pengarah Kewangan) dan rakan niaga dari Wilayah Selatan, Encik Ang Hong Theng dan Dato Andy Yew Boon Huah  disaksikan oleh tetamu khas acara tersebut.

Penyampaian sijil kepada francais dan rakan niaga turut diadakan sebagai menghargai kerja keras dan sokongan padu yang diberikan oleh mereka. Dato' Lim Teong Hui juga mewakili Ayam Penyet Bagus Sdn. Bhd. turut memberikan cenderahati kepada tetamu khas sebagai tanda terima kasih kepada mereka kerana hadir ke majlis tersebut. Sebelum mengakhiri majlis, acara cabutan bertuah untuk tiga orang hadirin yang bertuah juga diadakan.

Penyampaian cenderahati kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin dan Dato' Lim Teong Hui sebagai tanda penghargaan menghadiri majlis Pelancaran Ayam Penyet Best.

Pelbagai hidangan dan minuman dihidangkan pada akhir acara oleh Ayam Penyet Best di mana kita dapat melihat setiap orang yang menghadiri acara itu sangat berpuashati dan menikmati hidangan yang dihidangkan dengan gembira.

Foto sebahagian tetamu bersama YB Dato' Syed Kamarulzaman (Pengarah Urusan PNS), Dato' Seri Jamil bin Salleh, Datuk Wira Md. Latip Saruggi, (Bekas Presiden Persatuan Francais Malaysia), dan Pengarah Ayam Penyet Best, Dato' Lim Teong Hui dan Encik Mark Ng Beng Huat

Sesi foto (baris pertama) dari kiri ke kanan Encik Mark Ng Beng Huat, YBhg Dato' Seri Jamil bin Salleh, YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Dato' Lim Teong Hui, Encik Andrew Teh, (baris kedua), Encik Ng Boon Ching dan Puan Ng, Encik Ang Hong Theng, Encik Andy Yew Boon Huah, Cik Vicky Leong (Francais APB) dan Puan Teh.

Untuk makluman lanjut berkenaan Ayam Penyet Best boleh layari :


Jumaat, 8 September 2017

Cat Dinding Rumah dengan Cat Baru

11:04:00 PG 8 Comments
Cat Dinding Rumah dengan Cat Baru | Sekian lama plan nak cat rumah asyik tertangguh akhirnya menjadi juga. Suami Mimi beli cat masa 31 Ogos 2017 lepas balik dari Dataran Merdeka yang kononnya nak sambut Merdeka tu.

Cat Dinding Rumah dengan Cat Baru

Suami beli cat warna kelabu juga sebab dia memang duduk berkenan warna kelabu. Dia cari warna kelabu yang gelap sikit dari yang lama. Kitorang decide nak cat dinding sebab sakit mata tengok dengan hasil seni kreatif anak anak. Lagipun, memang dah plan nak deko rumah sikit sikit. Nak deko yang minimalis tapi cantik. Jadi buat sikt sikit lah kan.


Tengoklah hasil seni anak anak. Ni sebahagian saja tau. Kalau tunjuk semua memang pengsan. Dalam bilik anak anak lagi pengsan. Macam macam ada. Nama Mimi dan suami siap nombor telefon pun ada. Sakit jantung tengok. Dah bagitahu suami nanti beli wallpaper saja senang.


Beza cat baru dan lama. Cat baru tu tak lah gelap macam tu. Masa ni cat belum kering sepenuhnya. Tapi lepas cat tenang sikit mata tengok dinding kan.


Hasil selepas mengecat dinding. Baru nampak cantik dan bersih dinding tu. Kalau tak, adoi sakit mata. Bahagian bawah tu suami Mimi cadang nak letak wallpaper. Kira separuh letak wallpaper, separuh lagi cat. Tapi nak kena cari betul betul wallpaper yang sesuai dengan cat lah kan.

Konsep warna untuk ruang tamu memang kitorang pilih warna kelabu, hitam dan putih. So, nak kena list down apa yang sesuai nak beli untuk hiasan. Tak boleh hentam saja nak hias rumah kan. Kena plan dan fikir betul betul baru lah hasilnya kebaboom.

Khamis, 7 September 2017

DASHING Anytime EDT Wangian Hebat Khas Untuk Lelaki

5:13:00 PTG 1 Comments
DASHING Anytime EDT Wangian Hebat Khas Untuk Lelaki | Tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan setiap lelaki moden. Selain berpakaian kemas dan bergaya, lelaki dari semua peringkat umur mengetahui bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personality serta penerimaan masyarakat sekeliling. Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan mengaplikasikannya semula berulang kali dalam sehari.  



“Penampilan yang baik mestilah dipadankan dengan bau yang menarik,” kata Mr. Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran Wipro Unza Malaysia. “Sesiapa sahaja boleh bergaya dengan fesyen terkini dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, tetapi sebenarnya bau badan seseorang itulah yang menjadi “factor tarikan” untuk menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak. Oleh sebab itulah semua lelaki tanpa mengira taraf hidup dan pekerjaan perlu sentiasa mempunyai bau badan yang menyenangkan sepanjang hari.” 


Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direka khas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif ke mana sahaja.  

“Sebagai peneraju jenama penjagaan diri lelaki di Malaysia, DASHING memahami keperluan utama seorang lelaki-  iaitu wangian yang membangkitkan jiwa maskulin sebenar dari dalam, tetapi pada masa yang sama mudah di dekati.”tambah Mr. Venkat. “Kini dengan kehadiran DASHING Anytime EDT, ekspresi wangian maskulin kini tersedia sentiasa di dalam poket anda”

Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.



1. Cool
Haruman maskulin ini merupakan tarikan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semula jadi dari dalam dirimu.



2. Active
Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.



3. Ultimate Kick
Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah. 



4. Hattrick
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.


Dijual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.