Sardin PERTIMA Produk Bumiputera Berkualiti Tinggi

Sardin PERTIMA Produk Bumiputera | Terdapat pelbagai jenama sardin yang ada di pasaran kini. Bila terlalu banyak jenama yang tidak dikenali, akan timbul rasa was was. Macam Mimi pun kalau nak beli makanan dalam tin memang duk belek tin lama lama tau. Tengok logo HALAL diiktiraf atau tak. Tengok siapa pengeluar produk tersebut. Bab ni memang Mimi agak cerewet. Selain sardin Ayam Brand, sardin PERTIMA produk bumiputera jadi pilihan Mimi.

SARDIN PERTIMA PRODUK BUMIPUTERA BERKUALITI TINGGI


Sardin PERTIMA Produk Bumiputera 


Untuk makan tengahari ni, Mimi masak sambal sardin. Jadi, sardin PERTIMA jadi pilihan. Selalunya, suami beli sardin Ayam Brand tapi Mimi request suami beli sardin PERTIMA. Sardin PERTIMA untuk tin besar ni harga hanya RM5.00++ sahaja. Kalau nak compare dengan jenama lain ada yang cecah harga RM7.00++. Sardin ni beli dekat Mydin S2.

Sardin PERTIMA ni merupakan salah satu produk keluaran PERTIMA Terengganu Sdn. bhd. (PERTIMA) yang merupakan anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan pemilikan 100% modal saham.

PERTIMA merupakan peneraju pengeluar makanan dalam tin di Terengganu. Ditubuhkan sejak 1972, PERTIMA telah membuktikan ia merupakan pengeluar produk makanan dalam tin yang berkualiti tinggi.

Selain daripada sardin, PERTIMA juga mengeluarkan makanan dalam tin seperti Kari Ayam, Kari Lembu, Kari Kambing, Sambal Bilis, Ikan Keli dan sebagainya. So far, Mimi ada juga nampak kari ayam, kari lembu jenama PERTIMA ni. Yang lain setakat ni tak jumpa lagi.

SARDIN PERTIMA PRODUK BUMIPUTERA BERKUALITI TINGGI


Sardin PERTIMA Prosuk Bumiputera


Bagi Mimi sardin PERTIMA not bad juga rasanya. Setanding dengan jenama lain yang sudah dikenali. Isi ikan dalam tin pun banyak. Puas hati kalau makan. Macam Mimi bila masak sardin, Mimi tak ambil kuah sardin tu dan Mimi akan belah ikan sardin tu buang tulang siap siap. Dari dulu memang tu cara Mimi bila nak masak sardin.

Korang juga tak perlu ragu tak perlu was was dengan produk PERTIMA ni kerana ia telah berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Moody International. Jadi produk keluaran PERTIMA telah memperolehi sijil HALAL, HACCP dan juga ISO 9001:2008.

Sardin dan produk lain jenama PERTIMA boleh didapati di pasaraya seperti MYDIN, Giant, Carrefour dan Tesco. Kalau pergi pasaraya yang lain memang takkan jumpa. So far, produk PERTIMA hanya ada di empat pasaraya ini saja. Mimi nak share dengan korang resipi sambal sardin guna sardin PERTIMA pula. Yang baru nak belajar masak apa kata cuba resipi sardin ni yang mudah disediakan.

Sardin PERTIMA Produk Bumiputera

RESIPI SAMBAL SARDIN


Bahan bahan :

1 tin sardin PERTIMA
1/2 labu bawang besar merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 sdt serbuk kunyit
Cili kering yang diblend
1/2 cawan air
Garam

Cara cara memasak :

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Biarkan seketika.
2. Masukkan cili kering yang diblend dan serbuk kunyit. Gaul seketika kemudian biarkan sampai pecah minyak dan garing.
3. Kemudian masukkan ikan sardin. Gaul rata kemudian masukkan air. Biar seketika hingga kuah mendidih.
4. Akhir sekali masukkan garam. Dah siap boleh dihidangkan.

Selain makan dengan nasi panas bersama telur dadar, sambal sardin juga boleh jadi pencicah jemput jemput atau cekodok. Memang sedap kan. Kadang kadang Mimi makan dengan roti.

Korang kalau nak tahu maklumat lanjut mengenai produk keluaran PERTIMA boleh singgah sini http://www.pertimaterengganu.com.my .

Post a Comment

6 Comments

  1. Tak pernah lagi cuba sardin ni.. Tapi Botan tetap dihati...

    ReplyDelete
  2. Dapnya! Tiba tiba terasa nk makan sardin. hehe. Masak dgn kentang sedap ni!

    ReplyDelete
  3. 1st time tgk brand Sardin pertima ini. Sedapnya makan lauk sardin nie. hihi.

    ReplyDelete
  4. Boleh cuba nanti... macam sedap jer tu

    ReplyDelete
  5. terus rasa nak masak sardin....tapi akak cuma makan sardin ayam brand

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com