IJM Land Half Marathon 2017 'Run Together, Bond Stronger'

IJM Land Half Marathon 2017 I Baru baru ini, Mimi menghadiri satu event yang telah diadakan oleh IJM Land iaitu IJM Land Half Marathon 2017 pada 13 Ogos 2017, Sabtu, bertempat di Dataran Centrio, Seremban 2. Lebih dari 7,500 peserta di seluruh Malaysia yang terlibat dan tidak kurang juga penglibatan peserta dari negara luar seperti Jepun, Korea, New Zealand, United Kingdom dan juga Filipina. IJM Land Half Marathon 2017 ini dimulakan seawal pagi Ahad jam 5.00 pagi.

IJM Land Half Marathon 2017 'Run Together, Bond Stronger'

Peserta larian 10km kategori Boys dan Girls Junior bersiap sedia untuk mulakan IJM Land Half Marathon 2017
IJM Land Half Marathon 2017 yang dianjurkan oleh IJM Land ini menunjukkan syarikat ini sangat menyokong dan mementingkan gaya hidup yang sihat dan positif. Jadi, tidak mustahil IJM Land sentiasa terlibat dengan sumbangan dan penganjuran dalam acara sukan komuniti. Sentiasa berdedikasi memberi inspirasi dan motivasi kepada semua untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif serta menyatupadukan masyarakat melalui sukan seperti larian di Malaysia. Ini sangat sesuai dengan tagline yang digunakan iaitu 'Run Together, Bond Stronger'  untuk acara ini.

Acara larian 10km dimulakan oleh peserta larian dari kategori Boys & Girls Junior seawal 06.25 pagi manakala untuk dewasa acara larian adalah sejauh 21km. Bagi acara larian 10km disertai oleh peserta berusia 12 tahun ke atas manakala untuk acara 21km disertai oleh peserta berusia 18 tahun dan ke atas.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran VVIP iaitu Yang Berbahagia Dato' Haji Abdul Halim bin Abdul Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban. Sesi cabutan bertuah untuk 7 hadiah utama di umumkan pada pukul 09.00 pagi menandakan berakhirnya acara larian. Setiap peserta larian yang telah menamatkan larian mereka akan memasukkan nombor masing masing ke dalam kotak yang disediakan untuk cabutan bertuah.

Peti cabutan bertuah
Sementara menanti majlis penutupan IJM Land Half Marathon 2017 bermula, para hadirin diperkenalkan dengan seorang peserta veteran paling tua iaitu Uncle Ong Kim Hwa yang berusia 83 tahun. Mimi sangat kagum dengan semangat yang ditunjukkan beliau untuk menamatkan lariannya. Ternyata usia bukan penghalang untuk melakukan aktiviti sihat seperti ini. 


IJM Land Half Marathon 2017 ' Run Together, Bond Stronger'


Para peserta dan hadirin diminta untuk menyanyikan lagu 'Negaraku' sebagai permulaan acara majlis. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan persembahan hebat cheer leader dari para pelajar Sekolah Convent Seremban. Persembahan dari para pelajar ini mendapat sambutan yang meriah dari para peserta larian dan juga hadirin. Seronok tengok step by step tarian mereka yang kemas.


Persembahan cheer leader dari pelajar Sekolah Convent Seremban

Seterusnya, acara diteruskan dengan ucapan kata aluan dari Managing Director of IJM Land Berhad, Mr Edward Chong Sin Kiat. Beliau memaklumkan sambutan pada tahun ini amat menggalakkan dari para peserta di mana penyertaan pada tshun ini menjangkau 7,500 peserta. Jika dibanding dengan penyertaan tahun lepas penyertaan hanya 6,000 sahaja. Ini membuktikan bahawa event sebegini mulai mendapat perhatian daripada rakyat di Malaysia malahan luar negara juga. Acara larian ini juga bukan sahaja untuk menghargai para peserta dengan medal dan hadiah semata mata malahan ia juga sebagai memberi sumbangan kepada satu bon komuniti.

Seterusnya, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para peserta bagi kategori E& F(Top 5) .


Top 5 kategori Boys Junior bersama Managing Director IJM Land Berhad

Top 5 kategori Girls Junior bersama Managing Director IJM Land Berhad

Selepas itu, penyampaian cenderahati kepada para penaja. Best sangat bila melihat barisan para penaja yang tidak asing lagi turut terlibat bagi menjayakan IJM Land Half Marathon 2017. Para penaja terdiri daripada Yakult (Penaja Platinum), TDK (Penaja Emas), BMW Millenium Welt Seremban, 100 Plus dan Ice Mountain, Official Apparel Ultron, Media Partners Sin Chew Daily dan The China Press,  Medical Partner Colombia Asia Hospital Seremban, Charity Partner Alpro Pharmacy, Event dan Technical Partner EC Pixels, McDonald's, Spoon Health, 2XU, BioTech USA, Rock Tape, Nestle Milo, Nestle Fitnesse dan Mydin. 

Selepas pemberian cenderahati kepada para penganjur, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kategori 21km terbuka lelaki dan 21km terbuka wanita.


Dato' Hoo Kim See (right), Senior General Manager (Central Region) IJM Land Berhad bersama pemenang top 5 kategori 21km Terbuka Lelaki


Yang Berbahagia Dato' Soam Heng Choon (right), CEO & Managing Director IJM Corporation Berhad bersama pemenang top 5 kategori 21km Terbuka Wanita

Kemudian, acara diteruskan dengan penyampaian piala kepada peserta lelaki dan wanita yang terpantas. Bagi kategori lelaki dimenangi oleh Ow Yong Jin Kuang yang telah mencatat masa selama 1 jam 18 minit manakala bagi kategori wanita dimenangi oleh Yee Pei Ni yang mencatat masa 1 jam 39 minit.


Yang Berbahagia Dato' Soam Heng Choon (right), CEO & Managing Director of IJM Corporation Berhad together with the fastest runners of IJM Land Half Marathon 2017, Ow Yong Jin Kuang (left) and Yee Pei Ni pictured with their Challenge Trophies - awarded to the man and woman who come out tops in their respective categories of IJM Land Half Marathon 2017.

Untuk makluman korang juga, hasil kutipan sebanyak RM40,000 melalui IJM Land Half Marathon 2017 ini juga disalurkan ke Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Diseases Association (MLDA) untuk memberi sokongan kepada mereka bagi setiap program dan aktiviti yang dijalankan.

Acara kemuncak bagi majlis ini ialah cabutan bertuah hadiah grand prizes di mana hadiah yang bakal dimenangi oleh peserta yang bertuah ialah sebuah TV LED Sharp dan Apple IPhone 7 Plus. Yang Berbahagia Dato' Hj Abdul Halim bin Abdul Latif diberi mandat untuk membuat cabutan nombor bertuah tersebut.

Diharapkan acara seperti ini akan diteruskan dengan meriah pada masa masa akan datang. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua peserta dan para penaja. Tidak lupa sekalung tahniah buat IJM Land kerana berjaya menganjurkan program sihat seperti ini. 

Untuk maklumat selanjutnya mengenai IJM Land Half Marathon 2017, sila layari www.ijmlandrun.com.

Post a Comment

13 Comments

  1. wahhhh seronoknya marathon. IJM selalu buat anjuran acara larian utk banyak peringkat kan.

    ReplyDelete
  2. Setuju...usia bukan penghalang..kagum la ngan uncle Ong tu...comel je..kita ni ha ntah bila nak hidup sihat bersenam selalu

    ReplyDelete
  3. Good2..bagus aktiviti mcmni..galakkan org kita amalkan gaya hidup sihat

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa khabar & salam pagi rabu sis mimi azirah

    Ini dah masuk dalam CSR IJM kan

    dapat potongan cukai pun

    ReplyDelete
  5. Kalau farah bab2 lari ni mmg fail haha. Semput

    ReplyDelete
  6. bestnya kalau dapat join event macam ni. teringin sgt nak join yg mcm colour run apa semua tu tapi xde rezeki huhu

    ReplyDelete
  7. memang rasa nak join tahun depan... hadiah-hadiah cabutan best tu

    ReplyDelete
  8. Kagum dengam sangat Uncle Ong!

    ReplyDelete
  9. Porpular juga uncle tue... boleh dijadikan sumber inspirasi

    ReplyDelete
  10. Kagum ya dgn Pakcik Tu. Patut dia nampak sihat Dan tegap

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com