Khamis, 31 Ogos 2017

Sambutan Hari Merdeka Ke 60

3:15:00 PTG 5 Comments
Sambutan Hari Merdeka Ke 60 | Pagi tadi subuh subuh dah bangun bersiap siap nak pergi sambut hat Merdeka di dataran. Semalam plan nak bangun pukul 4.00 pagi. Sekali terlewat juga bangun sebab keletihan masing masing. Adhwa menangis nak susu, lepas dia menyusu terus Mimi bangun tengok jam dah pukul 5.44 pagi. Apa lagi, terus kejut anak anak dan suami. Semangat nak tengok kemeriahan sambutan hari Merdeka ke 60 katakan. 

SAMBUTAN HARI MERDEKA KE 60


Wajah ceria anak anak nak sambut Merdeka

Lebih kurang pukul 6.30 pagi kitorang bertolak keluar dari rumah. Sampai Sg. Besi parking kereta di deretan kedai, lepas tu naik LRT dari Sg. besi turun ke Masjid Jamek. Dalam LRT memang penuh. Padat macam duduk dalam tin sardin. Kitorang sampai Masjid Jamek lebih kurang 7.50 pagi. Sampai saja kat stesen Masjid Jamek, jammed terus dengan orang ramai.

Stesen Masjid Jamek penuh dengan orang ramai

Suasana luar stesen Masjid Jamek

Keluar saja dari stesen Masjid Jamek penuh riuh dengan bunyi suara peniaga peniaga yang berniaga di sini. Ada jual air, makanan ringan pelbagai jenis, mafla, belon dan macam macam lagi. Suami Mimi sempat beli 2 helai mafla. Total mafla dua helai RM10.00.

Dari stesen Masjid Jamek jalan kaki nak ke dataran lebih kurang antara 5 hingga 10 minit juga. Bila bawa anak anak faham faham sajalah. Kena pantau diorang. Tapi sayang seribu kali sayang hajat kitorang nak tengok perarakan secara dekat tak dapat. Memang dah hampir hampir sangat nak sampai tepi jalan tapi terus stuck dekat situ sebab dah terlalu ramai dan padat. Sempat juga rakam video 6 saat time helikopter tentera lalu.

Time ni Mimi dah mula pening kepala macam nak pitam sebab terlalu ramai sangat. Suami ajak pergi tempat lain tapi sama juga penuh. Sudahnya kitorang patah balik duduk rehat dekat tangga bank, minum air dan makan jagung rebus.

Sambil sambil tu Mimi beritahu suami better balik saja. Kalau tunggu pun tak guna bukan dapat tengok pun kan. Lebih baik tengok di tv dekat rumah saja. Tapi nak lepaskan hajat anak anak ikutkan saja. First and last lah pergi, tak sanggup nak berlama lama kat situ. Sekurang kurangnya kitorang ada pengalaman nak sambut hari Merdeka kononnya lah kan. Bila lagi nak rasa pengalaman macam ni kan. Lepas ni taubat dah tak nak pergi. Sambut dalam rumah sajalah.

Buat semua rakyat Malaysia, SELAMAT HARI MERDEKA KE 60. MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Rabu, 30 Ogos 2017

Baju Kurung Dhia Cotton Sangat Selesa Dipakai

4:34:00 PTG 7 Comments
Baju Kurung Dhia Cotton Sangat Selesa Dipakai | Bila time free tak ada apa nak buat kat rumah memang Mimi duk layan facebook dan instagram sajalah. Bila duk skrol instagram ternampak post daripada seorang blogger yang jual baju kurung cotton. Mimi memang sekarang ni nak kumpul baju kurung banyak banyak. Senang nak pakai pergi berjalan atau kerja. Memandangkan jubah pun dah banyak, Mimi try beli baju kurung pula. So, untuk pertama kalinya Mimi beli Baju Kurung Dhia Cotton secara online.

BAJU KURUNG DHIA COTTON


Baju Kurung Dhia Cotton


Masa mula mula nak beli tu risau juga takut kualiti kain tak seperti yang diharapkan. Tapi selepas baca feedback blogger yang jual baju kurung ni, keyakinan tu meningkat sikit lah. So, tak fikir banyak terus whatsapp tanya stok dan buat payment terus. 

Servis memang cepat tau korang. Mimi bayar malam hari Rabu, Jumaat dah sampai. Masa mula mula buka parcel tu, tengok baju dah jatuh hati tau. Bukan saja cantik tapi material kainnya lembut tau. Tak keras macam sesetengah kain cotton. Tu first impression Mimi tau. Terdetik dalam hati memang tak menyesal beli.

Ahad baru ni Mimi pakai baju kurung Dhia ni nak pergi kenduri kahwin. Tapi sebelum pergi kenduri kahwin sempat lagi singgah IKEA Damansara dulu. Masa nak gosok baju kurung ni sangat senang tau korang. Sekali gosok saja kesan lipat dan kedutan pada baju dan kain dah tak ada. Kerja menggosok jadi mudah dan cepat tau. Jimat masa. Peluh pun tak sempat nak keluar.

Sempat posing mengayakan baju kurung Dhia cotton

Bila dah pakai baju kurung Dhia cotton, memang selesa sangat sangat. Material kainnya yang sejuk dan tak panas. Jahitan pada baju kurung juga kemas tau. Bayangkan dari pagi sampai petang pakai baju kurung tu, langsung tak rasa rimas ke apa. Ada sesetengah baju kalau kita pakai lama mesti nak tukar kan tapi baju kurung Dhia ni tak perlu pun. 

Potongan baju kurung Dhia cotton ni ialah potongan baju kurung moden yang longgar. Kain pula jenis lipat depan. So, tak perlu risau baju kurung ni ketat ke apa sebab potongan yang dibuat memang longgar. Baju kurung yang Mimi pakai ni bersaiz L. Memang bila pakai cantik terletak saja pada badan.

Baju kurung Dhia cotton ni sesuai di pakai ketika nak ke pejabat, kuliah atau kelas, kenduri atau ketika bersantai bersama keluarga. Boleh juga jadi pakaian rasmi atau kasual. Baju kurung memang sesuai nak pakai ke mana mana sahaja. Untuk sehelai baju kurung ni harganya RM65.00 sahaja tidak termasuk postage tau.

Kalau korang nak cuci mata nak tengok design lain baju kurung Dhia cotton boleh terjah instagram ni >> @mawarmadeenastyle <<

Selasa, 29 Ogos 2017

IKEA Damansara Mengugat Iman

9:24:00 PTG 7 Comments
IKEA Damansara | Ahad lepas Mimi sekeluarga dengan keluarga mertua sempat singgah IKEA Damansara sebelum pergi Majlis Perkahwinan sepupu suami. Kitorang bertolak dari rumah Mimi lebih kurang pukul 8.00 pagi. Singgah sarapan di kedai makan abang ayah mertua. Sampai lebih kurang pukul 9.00 macam tu. Semua orang order roti canai. Lebih kurang pukul 10.00 pagi kitorang decided pergi IKEA Damansara sebab mak mertua nak cari barang katanya. Ikut sajalah kan sebab kalau nak pergi rumah kenduri awal lagi.

Sampai saja IKEA, terus rambang mata di buatnya.hahaha..Gila tak rambang, macam macam ada dari sekecil kecil hiasan sehingga lah perabot besar besar. Kalau dalam bank ada 45 juta mahu semua barang dalam IKEA tuh Mimi beli.Hahaha..Ishhh, astgafirullah al azim. Kalau nak beli semua kira membazir namanya. Sebelum membeli sempat juga kitorang test duduk santai santai di meja dan kerusi hiasan lepaskan penat. Sempat lagi bergambar kenangan.

Mimi dan anak anak

Suami bersantai dengan mak mertua lepaskan penat sebelum sambung shopping

Mula mula niat ikut tu nak survey barang yang nak beli nanti sebab nak deko rumah sikit sikit kan. Sambil tu survey la barang apa yang nak. Memang langsung tak ada niat nak membeli. Tapi kalau dah namanya perempuan, godaan tu kuat tepis sipi sipi pun tetap juga terbeli. Mimi cuma beli tuala kecil warna pink untuk kegunaan di dapur. 4 helai RM6.80. Lepas tu, suami pula cakap nak beli frame gambar untuk hiasan dinding. Murah saja RM29.90. So, dari tak nak beli tu terus terbeli dua barang. Total RM36.90 hangus lebur macam tu. Tapi nak rumah cantik punya pasal tak kisah pun.

Frame Gambar yang dibeli


Mak mertua Mimi pula beli bangku, cermin hiasan yang dikirim saudara di kampung, mangkuk untuk menghidang 2 buah. Yang lain Mimi tak perasan. Total perbelanjaan mak mertua Mimi cecah RM200 ++ lah juga. Mimi ada beritahu suami lain kali boleh datang lagi untuk beli barang yang lain. Sebab ada beritahu suami nak beli beberapa barang untuk ruang tamu, bilik dan dapur. Tapi tak beli sekali harung. Beli sikit sikit kan. IKEA Damansara memang menguji mata mengugat iman sungguhlah. Dari nawaitu tak nak beli, cuma nak jalan jalan cuci mata terus terbeli.  

Masa ni masing masing sibuk memilih cermin hiasan yang dikirim saudara

Tapi berbaloi sebenarnya membeli belah di IKEA ni sebab produk produk yang ditawarkan berpatutan dan ada keunikan tersendiri. Bagi Mimi harga yang ditawarkan sangat affordable dengan produk yang dijual. Dari barangan keperluan pejabat sehinggalah barang keperluan dapur semua ada. Pokok pokok hiasan pun jangan cakap. Menggoda hati tau. Nasib baik masih kuat iman kalau tak harus capai beli buat hiasan. Tapi mengenangkan nak buat dekorasi rumah sikit sikit, jadi, kenalah sedar diri.

Mak mertua Mimi sempat bagi salah satu kerusi plastik yang dia beli untuk Adhwa. Yang dapat si kecik Adhwa, yang kakak kakak over sungguh. Siap berebut. Penyudahnya kena pujuk nanti kita pergi lain hari, beli seorang satu. Lagipun, memang kitorang plan nak pergi lagi. Cuma kena tunggu masa yang sesuai saja sebab kerja abi diorang yang tak tentu masa. Nak drive sendiri pergi sana memang taklah jawabnya kan.

Kerusi plastik yang Mak Mertua Mimi bagi untuk.Adhwa

So far, memang berbaloilah kan kalau membeli belah di IKEA ni. Apa yang korang nak semua ada. Apa yang best, dekorasi contoh yang ada dalam IKEA juga membantu pelanggan mereka mencari idea dekorasi di dalam rumah dan juga luar rumah. Memang membantu sangat buat pelanggan mereka yang ketandusan idea untuk hiasan dalaman atau luaran. Lepas ni, memang kena mark dalam kalendar bila nak datang IKEA lagi. Lepas ni, sebelum pergi kena buat senarai barang yang hendak dibeli. Kalau tak buat, memang barang yang tak diperlukan pun nak beli kan. Lepas ni agak agak mana lagi tempat yang Mimi nak terjah beli barang dekorasi?

Merdeka!Merdeka!Blogger Contest

11:02:00 PG 7 Comments
Merdeka!Merdeka! Blogger Contest | Siapa tak kenal dengan Lazada Malaysia kan? Satu platform shopping online yang popular dan menjadi pilihan no.1 buat kaki shopping online. Apa yang best di Lazada Malaysia ialah perkhidmatan yang cepat dan produk ditawarkan berkualiti. Dan yang paling best sudah tentunya sale. Lazada memang suka buat sale tau. Tu yang suka sangat tu.

MERDEKA!MERDEKA! BLOGGER CONTEST



Okeylah, sempena Merdeka!Merdeka! Blogger Contest ni Mimi tak lepaskan peluang untuk sama sama meriahkan contest ni. Contest untuk blogger ini berlangsung dari 21 Ogos hingga 31 Ogos 2017. Blogger yang belum join cepat cepat join okey. Mana tahu rezeki korang menang kan.

Nak tahu apa yang buat Mimi bangga jadi rakyat Malaysia ni? Sudah pastinya, Malaysia merupakan negara di mana Mimi di lahirkan. Tanah tumpahnya darahku kan. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah Malaysia adalah negara kebanggaan Mimi. Walaupun ada negara lain lebih bagus dan maju tapi bagi Mimi Malaysia juga yang terbaik. Bak kata pepatah "Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, Lebih Baik di Negeri Sendiri". Haa, gitu kan!

Selain daripada itu, apa yang Mimi suka dan sayang sangat Malaysia ni ialah rakyatnya yang berbilang kaum. Melayu, Cina, India, Sikh dan pelbagai lagi kaum yang ada. Semuanya bersatu hati mengekalkan keamanan negara Malaysia. Walaupun Malaysia terganggu sedikit dengan isu politik namun itu langsung tidak mengganggu keamanan di Malaysia. Ya, Malaysia masih aman! Kita boleh tengok rakyat berbilang kaum ni bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama.

Malaysia juga mempunyai pelbagai jenis perayaan tau. Hari Raya Aidilfiti, Gong Xi Fa Cai, Deepavali, Krismas, Wesak dan macam macam perayaan lagi. Walaupun bermacam-macam perayaan ada di Malaysia ni, semua itu tetap di umum cuti perayaan untuk semua. Tidak kiralah apa bangsa korang tetap juga merasa cuti. See, best ke tak Malaysia ni. 

Kalau dah nama pun Malaysia ni terkenal dengan pelbagai kaum dan perayaan, sudah tentulah Malaysia juga terkenal dengan pelbagai jenis juadah kan. Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Ayam Hainan, Capati, Roti Canai, Tosei, Mee Kari dan pelbagai lagi juadah enak yang ada. Tak kira apa bangsa sekalipun semua sama merasa juadah yang ada. Melayu boleh makan makanan kaum Cina dan India dan begitu juga sebaliknya. Kalau nak disenaraikan jenis jenis juadah yang ada 1001 malam pun tak habis cerita okey. 

Malaysia, walaupun tidaklah besar seperti negara negara lain tapi tetap punya keistimewaannya yang tersendiri. Negara yang mirip berbentuk jantung ini juga terkenal dengan tempat tempat pelancongan dan penginapan yang cantik tau. Antaranya Pulau Langkawi yang terkenal dengan lagenda Mahsuri menjadi tumpuan pelancong sama ada di dalam dan luar negeri. Malaysia banyak tau pulau pulau yang best untuk di lawati antaranya Pulau Tioman, Pulau Perhentian, Pulau Lankayan dan macam macam lagi pulau yang ada. Malaysia pun setanding tau dengan negara luar. 

Hah, best kan Malaysia ni. Siapa cakap tak best. Kalau kita baca sejarah, pastinya kita tahu jerih perih zaman moyang kita dahulu mempertahankan Tanah Melayu atau kini lebih dikenali sebagai Malaysia dari penjajah. Melayu, Cina, India bersatu hati mempertahankan Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan dan berjuang habis habisan untuk bebas dari cengkaman penjajah. Akhirnya, segala pahit maung, jerih perih mereka terbalas dengan kemerdekaan yang dikecapi. Syukur, tanggal 31 Ogos 1957 negara kita menyambut Hari Merdeka untuk pertama kalinya. Bangga sangat! Merdeka!Merdeka!Merdeka! I'm proud to be Malaysian!

Sempena Merdeka ni, Lazada Malaysia juga mengadakan sale untuk jenama jenama tempatan tau korang. Belek punya belek, ternampak produk dari jenama tempatan pilihan Mimi iaitu Pensonic. Mimi suka Pensonic sebab kualiti produknya serta kecanggihan teknologi produknya buat Mimi yakin untuk menggunakannya. Jangan tak tahu Pensonic setanding jenama jenama terkenal tau. Bila tengok produk yang ada, eh eh terpikat tersuka pula dua produk Pensonic yang dijual di sini. Nama pun tengah sale kan, sudah tentulah ada tawaran hebat diskaun kaw kaw yang Lazada bagi. Dua produk Pensonic yang jadi pilihan Mimi ialah :

PENSONIC MULTI COOKER PMC-1501
Harga : RM249.00


Ini memang menjadi keutamaan mak mak okey. Dapat pula yang jenis suka dan minat memasak macam Mimi ni, haruslah ada satu di dapur okey. Nak nak warna multi cooker ni awesome sangat, lagi lah menarik minat nak masak hari hari tau. Adanya multi cooker ni tugas masak memasak menjadi mudah dan cepat tau.

PENSONIC CHEF'S LIKE AIR FRYER PDF-2201
Harga : RM329.00


Dah kata suka masak kan, haruslah ada satu Pensonic Chef's Like Air Fryer ni di dapur. Mimi memang nak sangat air fryer ni sebab kerja memasak jadi mudah dan cepat. Tak perlu guna minyak untuk memasak hanya menggunakan teknologi canggih udara/wap untuk memasak. Makanan bukan sahaja mudah dimasak malahan menjadikan makanan yang kita sediakan sihat dan bebas dari minyak.

So, ni la dua produk yang Mimi nak sangat beli tau. Beli bukan buat perhiasan semata mata tapi memang nak guna. Sangat perlu dan kena ada di rumah.

Sempena bulan kemerdekaan ni, Lazada mengadakan Merdeka! Merdeka! Sale (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) mulai 25 Ogos 2017 sehingga 31 Ogos 2017 di mana korang akan dapat diskaun istimewa sehingga 80% tau! Wow! Banyakkan korang diskaun yang diberi. Sementara sale tengah berlangsung ni rajin rajin kan lah jari jemari klik klik produk yang tengah sale. Rugi tak grab tau. Mimi dah selamat grab handbag semalam. Hahaha..Lazada ni baik hati sangat tau suka sangat buat sale sampai tak senang duduk dibuatnya. Jom shopping di Lazada!

Isnin, 28 Ogos 2017

Columbia Asia Hospital-Seremban Menganjurkan Fun Ride di S2

2:31:00 PTG 9 Comments
Columbia Asia Hospital - Seremban Menganjurkan Fun Ride di S2 | Baru baru ini Mimi bersama blogger lain berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Fun Ride @ S2 yang dianjurkan oleh Columbia Asia Hospital-Seremban. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama Columbia Asia Hospital-Seremban menganjurkan Fun Ride di S2.

COLUMBIA ASIA HOSPITAL-SEREMBAN MENGANJURKAN FUN RIDE DI S2



Fun Ride di S2

Sempena Hari Jantung Sedunia, Columbia Asia Hospital-Seremban menganjurkan satu program aktiviti berbasikal yang berkonsepkan kekeluargaan sebagai salah satu usaha membantu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan. Acara amal ini telah dilancarkan pada 25 Ogos 2017 yang dikenali sebagai A Journey of Health and Wellness. Program ini merupakan program konsep mesra keluarga, tidak kompetitif dan terbuka untuk semua lapisan masyarakat.

Yayasan Jantung Sedunia menganjurkan Hari Jantung Sedunia setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang risiko penyakit kardiovaskular. Setiap tahun, sebanyak 80% kematian pra-matang disebabkan penyakit kardiovaskular dan jumlah ini menunjukkan lebih daripada 17 juta kematian di seluruh dunia. Angka ini dijangka akan meningkat sekiranya masyarakat tidak mengambil langkah bagi memastikan penjagaan yang betul untuk jantung yang sihat.


Ms. Lee Hui Chen General Manager Columbia Asia Hospital-Seremban

"Mesej kepada orang ramai ini adalah untuk memberi kesedaran bahawa kita perlu mula mengambil langkah positif dalam mengamalkan cara hidup yang aktif untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta menekankan akan kepentingan mengesan awal penyakit tersebut dan rawatan yang diperlukan" kata Ms Lee Hui Chuen, General Manager Columbia Asia Hospital-Seremban.

COLUMBIA ASIA HOSPITAL-SEREMBAN MENGANJURKAN FUN RIDE DI S2


Hospital akan menyumbangkan semua yuran pendaftaran peserta kepada Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan di mana wang tersebut digunakan untuk membiayai beratus ratus pesakit di bawah jagaan kakitangan dan sukarelawan mereka.

Berikut merupakan maklumat program basikal :

Tarikh : 1 Oktober 2017 (Ahad)
Masa : 7 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Dataran Centrio, Seremban 2

Hospital menjangkakan seramai 600 orang peserta akan menyertai acara berbasikal sejauh 12KM ini. Yuran pendaftaran RM20 untuk individu berusia 18 tahun dan ke atas. Untuk kategori keluarga pula yuran pendaftaran ialah RM50 per keluarga yang merangkumi empat ahli keluarga di mana kanak kanak mestilah berusia enam tahun ke atas dan ditemani oleh orang dewasa.

Ms. Lee Hui Chen, General Manager Columbia Asia Hospital-Seremban bersama Mr.Lim Bok Khoon, Sales and Marketing IJM Land, Presiden Pertububan Hospice Negeri Sembilan, Dr. Anthony Gilbert dan wakil penaja AIA Vitality dan Yakult


Turut hadir bersama pada majlis pelancaran ialah Mr.Lim Bok Khoon, Sales and Marketing Manager dari IJM Land, Dr. Anthony Gilbert, Presiden Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan dan para penaja iaitu AIA Vitality, Yakult, 100 Plus, KAO dan Milo.

Bersama wakil penaja MILO

Bersama wakil penaja 100 Plus

Dr Anthony Gilbert, Ms. Lee Hui Chen dan Mr. Lim Bok Khoon

Bersama wakil AIA Vitality

Bergambar bersama para penaja

Pada acara berbasikal nanti, setiap peserta akan diberikan t-shirt, goody bag dan sijil penyertaan. Kepada yang berminat nak join Fun Ride @ S2 bolehlah mendaftar melalui website Columbia Asia Fun Ride di http://www.cyclingevents.my atau hubungi talian Customer Care hospital di 06-6033988 untuk sebarang pertanyaan.

Untuk makkumat lanjut boleh layari website Columbia Asia Malaysia :


Khamis, 24 Ogos 2017

Buka Akaun Baru ASNB dan Cara Mudah Daftar Online My ASNB

5:02:00 PTG 6 Comments
Cara Mudah Daftar Online My ASNB dan Buka Akaun Baru| Dua hari lepas, Selasa, time waktu rehat Mimi singgah pergi cawangan ASNB Seremban. Nak kemaskini selepas 6 tahun mengabaikan akaun ASNB. Nak check aktif lagi ke tak. Lepas tu, kalau aktif nak daftar online terus dan buka buku simpanan anak anak. So, nak tahu lebih lanjut cara mudah daftar online My ASNB dan buka akaun baru korang baca sampai habis okey.

BUKA AKAUN BARU ASNB DAN CARA MUDAH DAFTAR ONLINE MY ASNB 


Borang Buka Akaun ASNB Baru


Sampai di cawangan ASNB, Mimi terus pergi ke kaunter beritahu nak check baki. Staff yang bertugas minta ic dan dia semak baki yang ada. Kemudian, Mimi beritahu nak daftar online dan buka akaun baru untuk anak anak. Untuk buka akaun baru, Mimi kena isi borang yang diberi. Perlu diingatkan, pastikan masa nak buka akaun baru untuk anak anak, bawa MyKid diorang ya. 

Dah selesai isi semua maklumat yang diperlukan, Mimi ambil nombor dan tunggu turn. Sampai turn, Mimi ke kaunter serahkan semua borang yang ada dan MyKid anak anak. Jumlah minimum untuk buka akaun baru ialah RM10.00 ya. Untuk simpan duit dan keluar duit masih lagi boleh dilakukan di Pejabat Pos. Cuma untuk kemaskini kena pergi Cawangan ASNB yang terdekat ya. 

Untuk maklumat korang juga sekarang ni kalau buka akaun baru dah tak ada buku. Kita akan diberi Salinan Borang Pelaburan yang warna kuning tu. Pada borang tu nanti ada nombor akaun yang tertera. Hah sebelum terlupa, nombor akaun ASNB dulu ada 9 angka saja kan. Sekarang ni ada 12 angka ya. Okey selesai dah buka akaun baru untuk anak anak, urusan daftar online ASNB Mimi pula. Kena bagi kad pengenalan untuk pengesahan ibu jari. Nanti pihak ASNB akan update akaun kita, daftarkan nombor telefon dan alamat. Sekejap saja buat tak sampai 5 minit pun.

Nanti kita akan diberi dua kertas yang di print tertera maklumat kita dan kena tandatangan pada kedua dua kertas tu. Dah selesai semua, kita akan diajar cara daftar online.

Cara nak daftar online mudah saja korang. Selepas dah daftar nombor telefon korang buat langkah seterusnya.

1. Layari myASNB Portal - www.myasnb.com.my.
2. Klik "Daftar di sini"
3. Lengkapkan maklumat peribadi korang tau dan pastikan tepat maklumat tu tepat.
4. Selesai dan pastikan salin kata laluan sementara untuk Log Masuk Kali Pertama nanti.

Pastikan semasa tukar kata laluan (password) nanti ada sekurang kurangnya satu aksara huruf besar, nombor dan simbol. Contoh : Abcdef00@

Mudah saja kan. Bila dah selesai daftar, korang boleh lah semak baki akaun, tambah pelaburan dan dapatkan penyata tahunan korang. Semuanya jadi mudah. Hanya di hujung jari saja. Jangan lupa daftar tau!

Rabu, 23 Ogos 2017

Himalaya Shatavari Kapsul Herba Seimbangkan Sistem Hormon Wanita

12:01:00 PTG 12 Comments
Himalaya Shatavari Kapsul Herba Seimbangkan Hormon Wanita | Korang pernah dengar tak mengenai Shatavari dari Himalaya? Kalau dengar produk Himalaya ni mesti ada yang berkira kira nak memilikinya. Tapi percayalah, kesan yang korang dapat lebih dari itu. Bagi Mimi harga bukan masalah utama andainya masalah kita dapat dirawat dan diatasi. Himalaya Shatavari Kapsul Herba Seimbangkan Hormon Wanita banyak sangat kebaikannya. Nak tahu lebih lanjut baca entry ni sampai habis tau.

HIMALAYA SHATAVARI KAPSUL HERBA SEIMBANGKAN HORMON WANITA


Himalaya Shatavari


Himalaya Shatavari merupakan ekstrak herba tulen yang bermanfaat bagi wanita kerana ia membantu seimbangkan sistem hormon wanita. Herba utama Shatavari meremajakan dalaman wanita di mana ia menyuburkan, membersihkan darah dan organ pembiakan wanita. Ternyata ia sangat berkesan dalam meningkatkan kesuburan.

Shatavari mengandungi mengandungi phyto-estrogens, prekursor estrogen dan sangat berguna unuk wanita yang mengalami tahap estrogen semula jadi yang rendah akibat daripada menopause, histerektomi atau oophorectomies. Shatavari juga sangat bagus untuk kesuburan rahim dan ovum, malahan ia mempersiapkan organ organ wanita untuk mengandung dan menghalang dari berlakunya keguguran yang di ancam. Ia juga membantu meningkatkan penghasilan susu badan bagi ibu yang menyusukan anak.

Jika kita amalkan Shatavari, antara faedah dan kebaikan mengamalkannya seperti berikut :

  • Sangat berkesan meningkatkan kesuburan dimana ia menyuburkan organ pembiakan wanita dan mengawal ovulasi.
  • Menormalkan rembesan hormon.
  • Merawat gejala PMS hanya dengsn melegakan kesakitan dan mengawal kehilangan darah.
  • Membantu dalam penyusuan susu ibu.
  • Melegakan simptom menopause
  • Sangat bermanfaat dalam amenorea, dysmenorrhea, leucorrhea dan penyakit radang pelvis.
  • Meningkatkan jumlah darah putih dan hampur merangsang makrofag yang membantu memerangi candida.

Himalaya Shatavari Kapsul Herba

Shatavari juga membantu merawat gangguan seperti kemandulan, ketidakaturan dalam ovulasi, gejala PMS seperti pendarahan yang berlebihan, kekejangan, kembung dan sebagainya, menopause dan kurangkan libido.

Cara pengambilan Himalaya Shatavari ialah 1 kapsul di ambil dua kali sehari. Sekali waktu pagi selepas makan dan sekali waktu malam sebelum tidur. Pastikan minum air suam yang banyak tau.

HIMALAYA SHATAVARI KAPSUL HERBA SEIMBANGKAN SISTEM HORMON WANITA

Korang tak perlu ragu ragu untuk amalkan Kapsul Herba Shatavari ni tau sebab Himalaya Shatavari ni di ekstrak dari jenama Himalaya Herbals yang terkenal dan disokong oleh lebih 250,000 doktor di seluruh dunia dan hanya digunakan oleh pelanggan lebih dari 60 buah negara. Produk Himalaya Herbal telah banyak diteliti secara klinikal.

Mimi bersama Himalaya Shatavari

Selepas sepuluh hari mengamalkan kapsul herba Shatavari ni, Mimi dapat rasakan perbezaan dari segi penghasilan susu badan. Mimi suka sangat sebab susu makin banyak. Anak pun puas bila menyusu. Siap berulang lagi bila nak menyusu. Kalau dulu susu sebelah kiri kalau pam tak sampai 1 oz (25ml), 1/2 oz pun tak sampai. Sekarang bila pam susu dah cecah 1 oz (25ml). Anggaran peratus peningkatan campur tolak 10% juga lah. Macam tu juga sebelah kanan. Dulu bila pam susu akan dapat 4 oz - 5 oz (125ml - 150ml) saja, sekarang bila pam susu dapat 6 oz (175ml). Kadang kadang dapat 7 oz (200m). Meningkat lebih kurang 25% juga lah kan. Kira satu peningkatan yang amat memberangsangkan walaupun tak banyak. Ye lah baru amalkan sepuluh hari kan. Harap lepas ni bertambah banyak.

Selain daripada itu, badan Mimi rasa ringan dan cergas selepas amalkan Shatavari. Mungkin kesan pengeluaran toksin dari badan melalui sistem pembuangan. Tapi, bila amalkan Shatavari Mimi kena banyak minum air suam sebab lepas makan tu terasa tekak sentiasa kering saja tau. 

Kapsul herba Shatavari ini sangat sesuai diambil oleh remaja sehingga wanita yang berusia tau. Sebotol mengandungi 60 kapsul. So, sebotol boleh bertahan untuk sebulan. Bokeh juga diambil ketika datang bulan. Himalaya Shatavari ini boleh di dapati di farmasi atau drugstore atau secara online.

Untuk makluman lanjut boleh layari :


Selasa, 22 Ogos 2017

Green Dinosaur Minuman Sayur Bayam yang Lazat dari Juice Works

1:10:00 PTG 5 Comments
Green Dinosaur Minuman Sayur Bayam yang Lazat dari Juice Works | Siapa dekat sini masa kecil tak suka makan sayur? Masa kecil dulu kalau nampak sayur macam nampak hantu je kan. Bukan main lagi nak elak dari kena makan sayur. Bila tak nak makan sayur, mulalah mulut ibu kita bising kan. Siap gertak lagi kalau tak habiskan sayur tak boleh keluar bermain lah, tak boleh dapat makan pencuci mulut lah.

GREEN DINOSAUR MINUMAN SAYUR BAYAM YANG LAZAT DARI JUICE WORKS


Mungkin ini cara ibu kita menarik perhatian ketika kita masih kecil. Apabila kita semakin tua, kita juga mungkin pernah menggunakannya sebagai motivasi untuk mengambil makanan hijau setiap hari. Jika kita seorang ibu atau ayah sekarang, kita mungkin menggunakan helah yang sama kepada anak-anak.

Kebanyakan kita tahu sayur-sayuran hijau bukanlah makanan kegemaran bagi setiap orang. Tetapi selalunya ia mempunyai lebih daripada satu cara untuk mendapatkan nutrien yang luar biasa dari sayuran berdaun itu. Mengapa perlu memaksa diri kita jika kita tidak suka memakannya? Minum sahaja ia!



Dan terdapat begitu banyak kombinasi yang hebat dan rasa yang boleh didapati di kiosk Juice Works yang boleh membuat kita berfikir semula mengenai hubungan kita dengan sayur-sayuran.

GREEN DINOSAUR MINUMAN SAYUR BAYAM YANG LAZAT DARI JUICE WORKS


Khususnya untuk bulan Julai, dengan musim laici yang lebat ini, Juice Works ingin memperkenalkan kepada korang minuman kami yang lazat iaitu Green Dinosaur! Mengapa dinosaur? Kerana ia terdiri daripada banyak kebaikan yang terlalu lazat untuk ditolak.

Minuman Sayur Bayam
Green Dinosaur

Apakah kandungan yang terdapat di dalam Green Dinosaur? Ia mengandungi bayam, biji chia, kapur, laici, jus tropika dan ais krim vanila rendah lemak. Kesemuanya dicampur dengan sorbet sebagai faktor penyejuk tambahan.

Warna hijau semulajadi yang menakjubkan dari minuman ini berasal dari bayam yang dikenali sebagai salah satu sayuran terbaik untuk dimakan dan telah disenaraikan sebagai Superfood oleh sesetengah ahli nutrisi.

Pernah tak korang tertanya-tanya kenapa Popeye the Sailorman begitu suka bayam? Ia adalah kerana sayur-sayuran berdaun ini kaya dengan larut air dan vitamin larut lemak, pelbagai fitonutrien, dan banyak klorofil. Ia juga adalah sumber mineral magnesium dan besi, vitamin B2, B6, K dan E, dan folat. Ia mempunyai kalsium, kalium, Vitamin A, mangan, dan juga tembaga.


Sebagai tambahan untuk aroma wangian, ia di tambahkan dengan laici untuk keharuman, kemanisan dan airnya. Pastinya kita boleh rasai keenakkan laici dan ia juga adalah makanan kegemaran legenda imperial Yang Guifei, salah satu Empat Gadis Tercantik dari Cina Kuno kerana buah kecil ini penuh dengan kebaikan.

GREEN DINOSAUR MINUMAN SAYUR BAYAM YANG LAZAT DARI JUICE WORKS



Ia kaya dengan Vitamin C antioksidan dan dikenali sebagai salah satu buah yang mempunyai kepekatan polifenol yang tinggi di kalangan buah-buahan termasuk rutin yang merupakan bioflavonoid yang dikenali untuk menguatkan saluran darah. Ia juga mempunyai quercetin, antioksidan yang kuat dengan sifat anti radang serta kaempferol yang terkenal dengan manfaatnya untuk penyakit kanser dan jantung.

Tidak pasti apa itu anti-oksidan? Secara ringkasnya, ia adalah sumber pertahanan yang diberikan oleh alam semula jadi untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit. Ia juga boleh membantu melambatkan proses penuaan.



Oleh itu, jangan menyeksa diri kita dengan pinggan sayur-sayuran lagi. Dapatkan secawan a Green Dinasour hari ini!

Green Dinosaur ini boleh didapati di dalam tiga jenis saiz iaitu Junior (250mL) berharga RM8.95; Midi (450mL) berharga RM9.95 dan Kuasa (650mL) berharga RM10.95.


MENGENAI JUICE WORKS Malaysia



Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu ribu pelanggan-pelanggan setia untuk kraf yang menggunakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.

Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah sekian lama ia tidak dibuka, kiosk tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan bagi menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.

Bermula daripada satu kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam menu hebat untuk lebih daripada 30 pilihan buatan tangan. Jenama ini terkenal dengan minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelanggan akan kembali melawatnya lagi. Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.

Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 28 lokasi di seluruh negara dan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.

Untuk maklumat dan imej, sila hubungi
Chan
GreatWorks Marketing
Mobile +6010 295 4802
Emel : chan@greatworksmarketing.com

Kedudukan Terkini Pingat Sukan SEA 2017 - 21.08.2017

12:10:00 PG 6 Comments
Kedudukan Terkini Pingat Sukan SEA 2017 - 21.08.2017 | Mimi bukanlah jenis yang suka update bab sukan dalam blog sangat. Boleh dikira dengan jari lah kalau update bab sukan tu. Tapi disebabkan semangat dan aura Sukan SEA 2017 nih lain, Mimi tersuka tanpa sengaja nak update entry pasal Sukan SEA 2017. Sempatlah snap gambar kedudukan terkini pingat Sukan SEA 2017 - 21.08.2017.


Sehingga hari ni bertarikh 21.08.2017, negara kita Malaysia berada di kedudukan pertama di mana berjaya mengumpul pingat sebanyak 58 pingat. Di mana pingat emas 24, pingat perak 19 dan pingat gangsa 15. Satu pencapaian yang agak memberangsangkan dan membanggakan.

Tempat kedua dari Singapura di mana jumlah pingat terkumpul sebanyak 37 pingat di mana emas diperoleh sebanyak 13 pingat emas dan tempat ketiga Vietnam yang telah mengumpul sebanyak 22 pingat dimana mengumpul sebanyak 8 pingat emas. As

Mengikut rekod Sukan SEA yang leoas dengan sukan SEA sekarang yang masih berlangsung, memang banyak jurang perbezaannya. Itulah pengorbanan dan hasil usaha kuat atlet atlet negara. Walaupun ada di kalangan atlet yang cedera, namun semangat kesukanan yang membara mereka bertungkus lumus untuk memastikan mereka memggenggam pingat emas. Lebih lebih lagi Malaysia sebagai tuan rumah lagi menambah semangat mereka. 

Bila tengok atlet atlet berusaha sehabis baik untuk menyumbang pingat untuk negara, rasa sedih ada rasa happy pun ada. Jangan tak tahu bila dekat rumah pun kemain lagi duk mengadap depan tv tunggu keputusan akhir sama ada atlet kita berjaya dapat emas atau tak. Gila berdebar rasanya. Korang rasa Malaysia boleh tak dapat pingat emas umtuk negara ikut pada target yang ditetapkan. Bagi Mimi selagi mereka berusaha, selagi semangat membara mereka ada di jiwa tak mustahil, Malaysia akan capai target yang ditetapkan.

Buat semua atlet atlet negara, sekalung tahniah diucapkan atas kejayaan anda semua mengharumkan nama Malaysia. Sesungguhnya perjuangan kamu semua akan kami ingat dan sanjungi. Sampai bila bila!!

Isnin, 21 Ogos 2017

Panas, Sejuk dan Biasa tapi Kenapa Saya Masih Memilih Aqua Kent Maxx

2:04:00 PTG 9 Comments
Panas, Sejuk dan Biasa tapi Kenapa Saya Masih Memilih Aqua Kent Maxx| Apakah yang anda cari dalam penapis air? Antara banyak pilihan di luar sekarang, Aqua Kent mementingkan keperluan pelanggan lebih dan memastikan agar menyediakan perkhidmatan yang memuaskan. Aqua Kent RO Malaysia adalah sistem penapis air yang paling dipercayai di Malaysia. Semua orang amat mementingkan kebersihan air dan agar ia selamat untuk diminum dari semua penapis air. 100% bebas dari bakteria dan kuman. Memilih penapis air yang betul sangat penting jika tidak anda boleh minum air yang mengandungi toksik. Seperti anda lihat, ada 3 penapis yang terdapat dalam Aqua Kent Penapis Air 3 Suhu seperti di gambar bawah:



Memang anda tidak mahu minum air yang telah melalui penapis kotor. Di Aqua Kent, kami menggunakan Teknologi RO Mineral yang membersihkan air sebanyak dua kali sebelum boleh digunakan. Pembersih air kami mempunyai gabungan Reverse Osmosis (RO), Ultraviolet Purifier (UV) dan Ultra Filtration (UF) yang memusnahkan virus dan zarah berbahaya di dalam air. Dengan teknologi baru ini, ia mendorongkan kami untuk memilih dan membeli penapis air yang bagus. Mari kita dapatkannya!



RENTAL DARI RM70/BULAN SAHAJA!!



Apakah kelebihan mengenai Penapis Air ini?

1. 3 Suhu Penapis Air, Panas , Sejuk dan Biasa.

2. Kunci keselamatan kanak-kanak supaya anak-anak anda tidak melecur terkena air panas.

3. Air panas yang digunakan untuk masak maggi, buat teh dan kopi adalah dari air yang bersih. Menggunakan air dari penapis ini, ia akan menambahkan keenakkan minuman anda

4. Air sejuk untuk membuat sirap dan jus. Memudahkan kerja dan jimat masa sebagai contoh ketika Hari Raya kerana tidak perlu meletakkan air di dalam peti sejuk. Dengan penapis Air Aqua Kent ini, anda mendapat air sejuk dengan segera.

5. Air sejuknya memang terbaik.

6. Air biasa. Bagi kanak-kanak just biasanya adalah lebih baik minum air bersuhu bilik biasa. Untuk susu anak anda, anda boleh campur air panas dan air biasa untuk mendapatkan air suam. Sempurna dan lebih mudah daripada mendidih air.

7. 10x lebih baik daripada mendidih air. Ini kerana air didihan tidak mengeluarkan kotoran, bahan kimia dan zarah. Tetapi dengan Penapis Air ini anda boleh mendapatkan AIR BERSIH yang sesuai untuk kanak-kanak dan baik untuk kesihatan anda!


Ada 4 Tahap Penapis airnya iaitu:

SEDIMENT FILTER > CARBON FILTER > SILVER CARBON FILTER > ALKALINE FILTER

Jadi dengan ini anda akan dapat alkaline water dengan HOT COLD AND NORMAL WATER!





Ciri – Ciri Penapis Air Aqua Kent

Tidak sukar untuk memahami bahawa air minuman yang tercemar menyebabkan penyakit. Ia tersebar dari kemudaratan fizikal hingga mental. Jadi, apa yang membuatkan Aqua Kent lebih baik dalam industri penapis air? Kami menggabungkan RO, UV dan UF dalam 6 peringkat pembersihan yang penting untuk menghasilkan minuman air yang selamat! Walaubagaimanapun untuk penapis air Kent Maxx yang saya beli mempunyai sistem Penapisan 4 Tahap. Ringkasan mengenai Penapisan 4 Tahap adalah seperti berikut :


Stage 1 – Sediment Filter: Raw water from the source goes through a Sediment Filter, removing all large suspended particles. These include mud, sand, rust and more
Stage 2 – Activated Carbon Filter: KENT’s specially treated activated carbon further traps chemical pollutants. These include hydrocarbons and foul smells.
Stage 3 – UF Purification: Water is pumped through the Ultra Filtration Purification. UF Purification removes bacteria and cysts that can cause serious illnesses. Keeping your family protected from harmful chemicals.
Stage 4 – UV Purification: As added protection, KENT uses double purification by filtering water one last time through Ultra Violet Purification. This final step removes bacteria and viruses making water finally safe to drink.

Sistem Kawalan Komputer (Secara Automatik)
Penapis Air KENT Maxx dilengkapi dengan operasi kawalan komputer seperti bunyi pengera UV yang memberi amaran kepada anda apabila lampu UV tidak berjalan lancar. Apabila ciri UV ini berhenti bekerja sepenuhnya, bekalan kuasa ke penapis diputuskan secara automatik untuk mengelakkan bekalan air yang tidak bersih.


Sijil dan Anugerah

Penapis air ini telah diuji dan disahkan prestasi dan kualitinya oleh makmal makmal terkenal di dunia, seperti WQA (USA), NSF (Amerika Syarikat) dan ISI. Pencapaian ini memberi jaminan bahawa KENT bukan sahaja memberikan air yang paling bersih tetapi juga dipercayai.



DAPATKAN Aqua Kent dengan 5 cara ini:



Adakalanya memesan pembersih air mendatangkan kesukaran kepada kita. Tetapi Aqua Kent tekad untuk menjadikannya proses yang paling mudah bagi pelanggan mereka. Semua orang tidak suka mengalami kesukaran dalam ketika proses pembelian dan membayar lebih untuk kos kos tersembunyi untuk sesuatu penapis air? Aqua Kent menyediakan perkhidmatan yang sangat mudah dan menyenangkan rakyat Malaysia.

In 5 simple steps, you’d be enjoying Aqua Kent’s freshest, finest water. Here’s how:
Step 1 – Order the Product: See something you like? Simply contact them at +603-4032 2580 or +6019-3211 580. You can also email them at hatim@aquakentro.com.my. Don’t be shy to ask for information before you purchase! They provide advice for the most suitable product of your needs.
Step 2 – Product Discussion: Before delivery, they also walk their clients through the entire process of purchasing, installing, and maintenance. After that, they confirm a date for the installation appointment.
Step 3 – Installation: Simply wait for their experienced technicians to drop by and provide a hassle-free installation. All of the products come with free delivery.
Step 4 – Enjoy Clean Water: Once you’re satisfied with the installation, only then you make cash payment, bank transfer or cheque to complete your purchase. They want to ensure quality service worth paying till the end!
Step 5 – After-Sales Service: Aqua Kent provides amazing after-sales service. That’s right! After installation, you’ll receive a call scheduling a SERVICE! This includes cleaning your water purifier thoroughly. They will remove all the dirty filters and do a backwash to remove all the dirt so your water doesn’t get filtered with impurities. How gross!



Saya telah menyarankan kepada kawan kawan saya untuk beli Penapis Air dari Aqua Kent RO Sahaja. Anda bila lagi?

Read more About the Kent Maxx here  : http://www.aquakentwaterfilter.com.my/kent-maxx/


Visit us at Google + :  https://plus.google.com/+KentRoMsiaPurifiers

Visit us at Facebook here : https://www.fb.me/AquaKentROMalaysia

Get Behind the Scenes on Our Instagram : https://www.instagram.com/aquakentromalaysia/

Rose Face Serum Zeeta Produk Terbaik Untuk Hilangkan Jeragat dan Parut Jerawat

11:47:00 PG 13 Comments
Rose Face Serum Zeeta Produk Terbaik Hilangkan Jeragat dan Parut Jerawat | Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Nak cantik perlulah menjaga kecantikan dalaman dan luaran. Berkenaan kecantikan luaran pastinya penjagaan kulit wajah yang sihat dititikberatkan. Bila kulit wajah ada jeragat,jerawat dan parut jerawat pasti membuatkan kurangnya keyakinan seseorang itu. Mimi nak share dan kenalkan korang dengan satu produk yang boleh mengatasi masalah tersebut. Terbukti Rose Face Serum Zeeta produk terbaik hilangkan jeragat dan parut jerawat.

ROSE FACE SERUM ZEETA PRODUK TERBAIK UNTUK HILANGKAN JERAGAT DAN PARUT JERAWAT

Produk Terbaik Untuk Hilangkan Jeragat dan Parut Jerawat
Rose Face Serum Zeeta Produk Terbaik Untuk Hilangkan Jeragat dan Parut Jerawat


Tak perlu membazirkan masa dan wang beratus ringgit untuk cari dan beli produk berharga ratusan ringgit hanya untuk hilangkan jeragat, jerawat dan parut jerawat. Kenapa perlu membazir wang ratusan ringgit jika Rose Face Serum Zeeta yang mampu milik ini boleh membantu mengatasi masalah yang dihadapi. Nak tahu bagaimana cara hilangkan jeragat paling berkesan, cara hilangkan bekas jerawat cepat dan selamat dan bagaimana nak hilangkan parut jerawat? Sudah tentulah Rose Face Serum Zeeta jawapannya.

Bagi mereka yang masih belum mengenali apa itu Rose Face Serum Zeeta, jom kenali dengan lebih dekat produk magik ini. Rose Face Serum Zeeta ini merupakan serum muka berasaskan Rose Organik No.1 Di Malaysia yang menggunakan kaedah semburan untuk menghilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hari*.


Produk Terbaik Hilangkan Jeragat dan Parut Jerawat
Rose Face Serum Zeeta Produk Terbaik Hilangkan Jeragat dan Parut Jerawat


Kelebihan Rose Face Serum Zeeta pula seperti berikut : 
• Mengandungi Vitamin E,Vitamin C, Omega 3 dan Omega 6 yang sangat penting untuk melindungi kulit dari kesan panas cahaya matahari.


•Semburan yang halus untuk serapan maksimun,menyamai teknologi nano.


• Vitamin E 30,000 iu

• Serum semburan NO.1 tidak meleleh dan tidak melekit.

• Parut jeragat hilang seawal 7hari


ROSE FACE SERUM ZEETA PRODUK TERBAIK HILANGKAN JERAGAT DAN PARUT JERAWAT



Hah, dah tahu kan apa itu Rose Face Serum Zeeta dan kelebihan menggunakannya. Mesti korang nak tahu kandungan nutrisi hebat yang terdapat dalam Rose Face Serum Zeeta kan? Jom kenali dengan terperinci kandungan nutrisi yang ada pada Rose Face Serum Zeeta ni.

Produk Terbaik Hilangkan Jeragat dan Parut Jerawat
Rose Face Serum Zeeta Produk Terbaik Hilangkan Jeragat dan Parut Jerawat

Vitamin E : 

Bertujuan untuk block radikal bebas dari udara, di mana ia disebut anti oksidan. Radikal bebas penyebab terjadinya proses penuaan pada kulit. Kita boleh mengurangkan kedutan dsri berlaku denhan cepat dan menjaga sel kulit muka agar kekal muda sekiranya kita boleh mengelakkan radikal bebas dari kulit.


Vitamin C : 
Seperti Vitamin E, Vitamin C juga kaya dengan anti oksidan. Namun peranan Vitamin C ialah mengaktifkan sel muka untuk menghasilkan kolagen iaitu molekul penting untuk kulit yang sihat. Vitamin C juga berperanan merawat UltraViolet (UV) kerana UV merosakkan kulit muka yang dikenali sebagai photodamage.
Omega 3 (Makan dan sapu) :
Kulit kita sememangnya memerlukan fatty acid seperti Omega 3 untuk mengekalkan kelembapan, normalkan pengeluaran minyak dan untuk mengekalkan keelastikan kulit. Omega 3 amat penting melindungi kulit dari photodamage dan kesan sunburn. Omega 3 di dalam minyak ikan akan pergi ke hati dan di proses seterusnya akan ke kulit untuk fungsi yg sama. Manakala Omega 3 yang kita sapu pada kulit akan pergi ke kulit dengan lebih cepat.
Omega 6 : 
Omega 6 pula kaya dengan linoleic acid, bersifat ringan dan minyaknya rasa nipis. Peranannya ialah menyuburkan kulit wajah tetapi tidak rasa berminyak. Tujuannya untuk mengekalkan fungsi kulit sebagai pelindung muka kita dan mengurangkan sel kulit dari mengelupas. Mereka yang mempunyai masalah jerawat adalah kerana kurangnya linoleic acid pada kulit muka. Disebabkan itulah kulit muka kurang keupayaan “melindungi” dan mudah di serang bahaya dari uv dan toksid udara.

Oleh kerana itu, Rose Face Serum Zeeta dicipta dan diformulasikan dengan empat nutrisi ini. Apa yang best, Rose Face Serum Zeeta spray menggunakan teknologi yang sama dengan teknologi Nano. Bila spray ia tidak akan meleleh, tersembur cantik pada kulit muka dan meresap secara perlahan lahan. Paling penting ia tidak meninggalkan rasa melekit. Jadi tidak hairanlah, kalau Mimi katakan Rose Face Serum Zeeta ini merupakan produk terbaik untuk hilangkan jeragat 2017 dan juga produk terbaik untuk hilangkan parut jerawat 2017.


Produk Terbaik Hilabgkan Jeragat dan Parut Jerawat
Rose Face Serum Zeeta Produk Terbaik Untuk Hilangkan Jeragat dan Parut Jerawat

ROSE FACE SERUM ZEETA PRODUK HILANGKAN JERAGAT DAN PARUT JERAWAT


Okey, kita dah tahu apa kelebihan dan kandungan nutrisi yang terdapat pada Rose Face Serum Zeeta. Untuk menyakinkan korang Rose Face Serum Zeeta ini merupakan produk terbaik untuk hilangkan jeragat dan parut jerawat 2017 apa kata kita tengok pula antara testimoni pelanggan yang telah menggunakannya.


Untuk lebih testimoni Rose Face Serum Zeeta boleh klik SINI.


Produk Terbaik Hilangkan Jeragat dan Parut Jerawat
Rose Face Serum Zeeta Produk Terbaik Hilangkan Jeragat dan Parut Jerawat

Seperti yang Mimi beritahu sebelum ini, tak rugi pun korang memiliki Rose Face Serum Zeeta ini kerana harganya yang mampu milik tau. Tak perlu membazir wang sampai beratus ringgit untuk dapatkan produk terbaik unuk hilangkan jeragat dan parut jerawat. Ia kerana Rose Face Serum Zeeta boleh didapati dengan harga sebotol RM50 sahaja tidak termasuk postage. Boleh tahan selama 2 bulan bergantung kepada kekerapan pengguna menggunakannya. 

Untuk mengetahui lebih lanjut Rose Face Serum Zeeta, boleh layari laman web dan media sosial seperti berikut : 

Media Sosial:

Facebook page: ZEETA PAKAR MAWAR
Instagram: @zeetaofficial
Whatsapp untuk order: 019-2209069

Keyword : 
-Cara hilangkan jeragat paling berkesan
-Cara hilangkan bekas jerawat cepat dan selamat
-Bagaimana nak hilangkan parut jerawat
-Produk terbaik untuk hilangkan jeragat 2017
-Produk terbaik untuk hilangkan parut jerawat 2017

Ahad, 20 Ogos 2017

Sardin PERTIMA Produk Bumiputera Berkualiti Tinggi

5:22:00 PTG 6 Comments
Sardin PERTIMA Produk Bumiputera | Terdapat pelbagai jenama sardin yang ada di pasaran kini. Bila terlalu banyak jenama yang tidak dikenali, akan timbul rasa was was. Macam Mimi pun kalau nak beli makanan dalam tin memang duk belek tin lama lama tau. Tengok logo HALAL diiktiraf atau tak. Tengok siapa pengeluar produk tersebut. Bab ni memang Mimi agak cerewet. Selain sardin Ayam Brand, sardin PERTIMA produk bumiputera jadi pilihan Mimi.

SARDIN PERTIMA PRODUK BUMIPUTERA BERKUALITI TINGGI


Sardin PERTIMA Produk Bumiputera 


Untuk makan tengahari ni, Mimi masak sambal sardin. Jadi, sardin PERTIMA jadi pilihan. Selalunya, suami beli sardin Ayam Brand tapi Mimi request suami beli sardin PERTIMA. Sardin PERTIMA untuk tin besar ni harga hanya RM5.00++ sahaja. Kalau nak compare dengan jenama lain ada yang cecah harga RM7.00++. Sardin ni beli dekat Mydin S2.

Sardin PERTIMA ni merupakan salah satu produk keluaran PERTIMA Terengganu Sdn. bhd. (PERTIMA) yang merupakan anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan pemilikan 100% modal saham.

PERTIMA merupakan peneraju pengeluar makanan dalam tin di Terengganu. Ditubuhkan sejak 1972, PERTIMA telah membuktikan ia merupakan pengeluar produk makanan dalam tin yang berkualiti tinggi.

Selain daripada sardin, PERTIMA juga mengeluarkan makanan dalam tin seperti Kari Ayam, Kari Lembu, Kari Kambing, Sambal Bilis, Ikan Keli dan sebagainya. So far, Mimi ada juga nampak kari ayam, kari lembu jenama PERTIMA ni. Yang lain setakat ni tak jumpa lagi.

SARDIN PERTIMA PRODUK BUMIPUTERA BERKUALITI TINGGI


Sardin PERTIMA Prosuk Bumiputera


Bagi Mimi sardin PERTIMA not bad juga rasanya. Setanding dengan jenama lain yang sudah dikenali. Isi ikan dalam tin pun banyak. Puas hati kalau makan. Macam Mimi bila masak sardin, Mimi tak ambil kuah sardin tu dan Mimi akan belah ikan sardin tu buang tulang siap siap. Dari dulu memang tu cara Mimi bila nak masak sardin.

Korang juga tak perlu ragu tak perlu was was dengan produk PERTIMA ni kerana ia telah berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Moody International. Jadi produk keluaran PERTIMA telah memperolehi sijil HALAL, HACCP dan juga ISO 9001:2008.

Sardin dan produk lain jenama PERTIMA boleh didapati di pasaraya seperti MYDIN, Giant, Carrefour dan Tesco. Kalau pergi pasaraya yang lain memang takkan jumpa. So far, produk PERTIMA hanya ada di empat pasaraya ini saja. Mimi nak share dengan korang resipi sambal sardin guna sardin PERTIMA pula. Yang baru nak belajar masak apa kata cuba resipi sardin ni yang mudah disediakan.

Sardin PERTIMA Produk Bumiputera

RESIPI SAMBAL SARDIN


Bahan bahan :

1 tin sardin PERTIMA
1/2 labu bawang besar merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 sdt serbuk kunyit
Cili kering yang diblend
1/2 cawan air
Garam

Cara cara memasak :

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Biarkan seketika.
2. Masukkan cili kering yang diblend dan serbuk kunyit. Gaul seketika kemudian biarkan sampai pecah minyak dan garing.
3. Kemudian masukkan ikan sardin. Gaul rata kemudian masukkan air. Biar seketika hingga kuah mendidih.
4. Akhir sekali masukkan garam. Dah siap boleh dihidangkan.

Selain makan dengan nasi panas bersama telur dadar, sambal sardin juga boleh jadi pencicah jemput jemput atau cekodok. Memang sedap kan. Kadang kadang Mimi makan dengan roti.

Korang kalau nak tahu maklumat lanjut mengenai produk keluaran PERTIMA boleh singgah sini http://www.pertimaterengganu.com.my .