Tips Elak Bau Ketiak

Tips Elak Bau Ketiak | Bila ketiak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, pastinya membuatkan seseorang itu tidak selesa kan? Bau ketiak yang kurang menyenangkan, pastinya mengganggu tumpuan dalam menjalani tugasan harian. Baik lelaki atau pun perempuan, tidak lari dari masalah bau ketiak ni. Bezanya, cara individu itu sendiri menjaga kebersihan ketiaknya. Jadi, Mimi nak kongsi dengan korang tips elak bau ketiak.

TIPS ELAK BAU KETIAK


1)Pastikan, ketiak sentiasa bersih dari segala bulu ketiak. Jangan sesekali biarkan bulu ketiak terlalu panjang. Ia bukan saja mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, pastinya "menyakitkan" mata orang lain yang memandang. Tidak salah ada bulu ketiak tetapi jangan sampai panjang berjela jela sehingga boleh buat tocang.

2)Rajinkan diri mencukur,memotong atau mencabut bulu ketiak agar kemas dan bersih. Ada juga yang guna wax untuk membuang bulu ketiak. Terpulang pada individu itu sendiri. Bila ketiak kemas dan bersih pastinya memberi gambaran pada orang lain yang diri kamu seorang yang amat menitikberatkan kebersihan.

3)Elakkan daripada memakai deodoran semasa sedang berpeluh! Ini akan menyebabkan ketiak basah dan bau yang kurang menyenangkan. Ini biasa Mimi tengok, ada sesetengahnya baik lelaki atau perempuan, badan berpeluh peluh, tidak bersihkan diri terus pakai deodoran. Bukan mengeluarkan bau wangi sebaliknya mengeluarkan bau yang sukar digambarkan dengan kata kata.

4)Elakkan daripada memakai talkum di ketiak yang melekit, ini akan meyebakan ketiak menjadi hitam dan berkerak. Talkum tidak sesuai dipakai pada ketiak ya. Jangan sesekali amalkan sebab talkum tidak membantu langsung mengatasi masalah ketiak yang berbau.

5)Percaya atau tidak, bahawa pemakanan juga menjadi faktor penting bau badan kita. Jadi, elakkan pengambilan makanan yang banyak menggunakan bawang dan rempah.

6)Akhir sekali, jangan lupa mandi untuk pastikan badan sentiasa bersih dan tidak berdaki. Digalakkan, untuk sental badan dengan skrub sekurang kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Dan tak lupa juga penggunaan sabun mandian yang bersesuaian.

Diharapkan tips yang dikongsikan ini dapat membantu mengatasi masalah bau ketiak yang mungkin dihadapi diri sendiri, keluarga mahupun kawan kawan.

Post a Comment

8 Comments

  1. semput nak bernafas dalam lif bila ada insan ketiak berbau.. huhu pengalamn ngeri

    ReplyDelete
  2. jue plak mmg pkai dedorant amway jer yg tak bau ketik.. serius.. yang lain semua tak leh. hahahha

    ReplyDelete
  3. hahahaha...sally ni ade kat Korea, lupa bawak deodorant kak! nasib baik la jumpa deospray kat sini...boleh jadi deodorant, boleh jadi body spray...tapi mmg laa...kadang tu ade org macam x perasan je badan dia berbau...ke sally yg sensitif? :O

    ReplyDelete
  4. alamak... kalu time tak keje akak suke pakai bedak kt keti.. huhuhu

    dh jd mcm kebiasaan lak

    ReplyDelete
  5. good tips Mimi. harap2 insan2 yang selalu menyesakkan nafas orang lain, akan baca dan apply tips2 Mimi ni. hihihi...

    ReplyDelete
  6. Memang titikberatkan hal2 bau ketiak ni, sebab mai sendiri cepat alert kalau ada berdekatan orang berbau kepam, tak selesa sungguh...

    ReplyDelete
  7. terima kasih kak atas perkongsian ini.yg penting kena jaga kebersihan and always cukur bulu ketiakk tu

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com