Ahad, 9 Julai 2017

Kanak Kanak Perempuan Berusia 10 Tahun Miliki Bakat Mekap Yang Menakjubkan

Kanak Kanak Perempuan Miliki Bakat Mekap Yang Menakjubkan | Bila terbaca satu post di facebook pasal kanak kanak perempuan berusia 10 tahun miliki bakat mekap yang menakjubkan, speechless 10 minit Mimi dibuatnya. Bayangkan, Mimi time usia 10 tahun tidak kenal apa itu mekap, time ni masih main lompat getah, batu seremban dengan muka comot hitam lengut lagi tau. Budak lelaki tengok pun tak lalu..hahaha...Tapi tidak mustahil zaman sekarang ini wujudnya bakat semulajadi yang buat kita terpegun seperti kanak kanak perempuan ni.

Bezanya kanak kanak perempuan yang dulu dan sekarang memang jauh ketara tau. Zaman Mimi sekolah dulu macam Mimi mention sebelum ni, di usia macam ni kami sibuk main lompat getah, batu seremban, main rebut tiang dan pelbagai jenis permainan lagi. Dengan muka berpeluh, comot, hitam lengut langsung tak kisah. Nama pun kanak kanak riang kan. Tak ada fikir nak layari youtube ke, tengok tutorial pakai shawl ke, tutorial mekap ke, memang langsung tak ada dalam kamus hidup kami yang berusia 10 tahun ketika itu. 

Kanak Kanak Perempuan Berusia 10 Tahun Miliki Bakat Mekap Yang Menakjubkan

Kanak Kanak Perempuan Berusia 10 Tahun Miliki Bakat Mekap Yang Menakjubkan


Kemas dan cantik kan? Yang Mimi geram tu tang kening dia tu. Hebat betul dia lukis kening macam tu. Mimi yang dah 33 tahun ni pun duk gigil lagi nak lukis kening tau. Kadang kadang tu malas nak lukis kening sebab makan masa berjam jam. Penyudahnya sikat kening bagi nampak kemas saja. Sebagai orang dewasa, Mimi memamg respect dengan bakat semula jadi kanak kanak ni. Memang superb! Kagum sangat pada bakat yang dimilikinya.

Bagi pendapat peribadi Mimi, sebagai ummi kepada dua anak perempuan yang berusia 7 tahun dan 6 tahun, Mimi tak galakkan anak anak perempuan Mimi bermain dengan mekap. Bagi Mimi usia seperti mereka sepatutnya didedahkan dengan permainan tradisional atau permianan berunsurkan pendidikan supaya tak lapuk dek zaman selain daripada memberi tumpuan pada pelajaran. Mimi lebih suka terapkan anak anak dengan membantu Mimi mengemas rumah contohnya seperti basuh pinggan, kemas bilik tidur atau sapu sampah. Itu lebih baik kan?

Mimi akui bila time pakai mekap anak anak suka tanya ummi pakai apa, kenapa kakak dan adik tak boleh pakai macam ummi. Selalunya Mimi jawab dengan ayat yang mudah dan senang mereka faham. Bohonglah Mimi cakap kalau anak anak tak pernah pakai mekap. Anak Mimi yang sulung pernah pakai mekap sebab terlibat dengan tarian zapin ketika usianya 6 tahun. Kadang kadang bila nak keluar jalan jalan mereka request nak pakai lipstick. Mimi bagi saja tapi dengan sapuan nipis. Boleh dikira dengan jari berapa kali saja mereka pakai mekap. Sebab Mimi berulang kali cakap tak boleh selalu pakai mekap. Kulit dah cantik nanti jadi tak cantik dan rosak.

Tapi terpulang pada individu sendiri, ada juga ibu ibu yang tidak mengajar anak mekap tetapi bakat mekap itu ada pada anak anak. Kalau anak anak dah minat teruskan saja asalkan tidak lupakan tanggungjawab sebagai pelajar sekolah. Apa yang Mimi katakan ni pendapat Mimi sendiri dalam mendidik anak anak. Lain orang lain cara betul tak?

4 ulasan:

  1. Budak zaman skrg. Mana taknya Umur 2-3 tahun dh tgh channel mekap it YouTube. 19 tahun dah pandai la dia

    BalasPadam
  2. Anak dara akak pun dah mula minat dengan mekap..respect la adik ni umur 10 tahun dah pandai mekap..muka nampak matang

    BalasPadam
  3. Betul tu..nasib baik anak saya semua lelaki haha..itupun ada je gatal tangan duk korek lipstip buat main masa kecik2.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.