Bersiar Siar di S2 City Park

Bersiar siar di S2 City Park | Ahad lepas. 16.07.2017 Mimi dan suami bawa anak anak bersiar- siar. Sebenarnya, Mimi ajak suami bawa anak anak pergi taman permainan berhampuran dengan rumah. Yelah, time petang petang bosan pula terperap dalam rumah. Suami bila dengar Mimi ajak pergi taman permainan bawa anak anak cepat saja dia beri persetujuan. Katanya nak bawa pergi tasik. Mimi anggap tasik berhampiran rumah. Rupa rupanya dia bawa pergi tasik di S2. Dapatlah anak anak bersiar siar di S2 City Park.

Bersiar Siar di S2 City Park

Lokasi S2 City Park agak tersorok sedikit dari jalan utama. Kalau orang lyar yang tak familiar memang tak jumpa. Tapi sekarang ni semua kemudahan sudah ada kan. Apa lagi gunakan khidmat Maps atau Waze untuk cari lokasi kan. Taip saja " S2 City Park , Seremban 2 " pasti sampai. Nak lebih mudahnya, main point nak pergi S2 City Park, korang akan nampak IPD Seremban 2 dan Balai Bomba Seremban 2. Kalau nampak dua dua ni, dah sampai lah tuh. City Park ni terletak di belakang deretan kedai bersebelahan Balai Bomba. Memang agak tersorok sedikit lokasi City Park ni.

Auni, Adhwa dan Aina bersiar siar di S2 City Park

S2 City Park menjadi tumpuan penduduk tempatan dan orang luar untuk menjalani riadah di petang hari. Pelbagai aktiviti menarik yang sesuai dijalankan bersama keluarga di sini tau. Antaranya berjogging, beri ikan makan, anak anak main di taman permainan, main belon di padang dan bersenam sambil diiringi muzik. 

Jika hari biasa, S2 City Park menjadi tumpuan untuk berjogging dan buat senaman. Tak semeriah hujung minggu. Kalau hujung minggu, memang meriah. Parking pun penuh. Ahad lepas pun, Mimi dan suami bawa anak anak main taman permainan. Sambil sambil tu, ajar  Adhwa berjalan. Lepas tu, bagi dia merasa main permainan kat situ. Seronok dia dapat main. Selesai main di taman permainan, bawa pula anak anak pergi ke tasik tengok ikan dan kura kura.

Adhwa seronok dapat main permainan ni.

Seronok tengok aksi ikan ikan dalam tasik yang berebut rebut makan. Pengunjung yang datang bebas bagi ikan ikan makan. Tapi soal keselamatan juga perlu dititikberatkan. Kena pantau pergerakan anak anak kecil, takut teejatuh dalam tasik. Anak anak Mimi memang teruja tengok ikan ikan yang besar. Mimi tengok pun rasa seriau ada, rasa takut pun ada. Sebab ikan ikan dalam tasik tu sebesar lengan orang dewasa tau.


Gaya spontan Aina dan Auni di tasik
Rasa puas sangat sebab dapat bawa anak anak bersiar siar di petang hari. Lagi rasa seronok tengok muka diorang yang happy tu. Dah janji dengan anak anak nanti nak bawa diorang datang lagi. Diorang request nak  main belon dekat padang pula.

Post a Comment

8 Comments

  1. Dah lama tak pi melepak kat sini....seronok bawak anak- anak sebab diorang suka main kat playground tu pas tu the best part bagi ikan makan

    ReplyDelete
  2. Bukan anak-anak jew seronok dapat jalan-jalan amil angin petang. Maknya pun sure suka kan

    ReplyDelete
  3. Kalau dah ada dalam bandar

    Memang susah nak cari tempat yang hijau

    Bagus ada taman yang penuh kehijauan macam ni

    Dapat duduk dan tenangkan diri

    ReplyDelete
  4. bestnye bawak anak-anak pergi riadah..saya macam dah lama tak bawak anak pergi main di playground..weekend asyik ada hal jea

    ReplyDelete
  5. Saya memang tak tau tempat ni.
    Kalau ada masa mungkin boleh singgah situ.

    ReplyDelete
  6. Kalau LZ pergi City Park mesti bawa roti bagi ikan makan..
    Besar-besar ikan keli kat tasik tu..
    Lepas bersiar-siar di City Park, LZ suka makan di Restaurant Oriental berhampiran..

    ReplyDelete
  7. bestnya, klu cn suka bawak anak-anak bersiar-siar dkt pantai morib je, mmg dkt dgn rumah

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com