Isnin, 31 Julai 2017

Pinggang Kiri Sakit Gara Gara Tergeliat

7:25:00 PTG 4 Comments
Pinggang Kiri Sakit Gara Gara Tergeliat | Masuk hari ini dah hari ketiga pinggang sebelah kiri Mimi sakit. Puncanya tergeliat semasa lipat baju. Entah macam mana boleh tergeliat pun tak tahulah. Akibatnya sampai ke hari ini masih sakit. Masa kena mula mula hari Sabtu baru ni Mimi sapu minyak panas sendiri dan urut sendiri. At least lega sikit sebab esoknya nak pergi event (semalam). Tapi tak kurang pun sakitnya lagi bertambah sakit adalah. Nak kurangkan rasa sakit, Mimi pakai bengkung moden untuk kurangkan kesakitan pada pinggang kiri. Bila pinggang kiri sakit gara gara tergeliat nak buat kerja kerja rumah pun rasa tak ada mood.

Pinggang Kiri Sakit Gara Gara Tergeliat


Semalam selepas balik saja dari event di Senawang, Mimi minta tolong anak anak, Aina dan Auni sapu losyen mustajab D'Herbs dekat bahagian yang sakit. Lepas tu, minta tolong diorang picit dan pijak pijak bahagian yang sakit. Serius, memang terasa bila diorang picit dan pijak. Memang ada rasa kurang sikit sakit tu. Boleh jugalah datang kerja hari ni, gerak sana sini. Ditambah pula pakai bengkung memang kurang lah sakit tu.

Hari ni balik dari kerja pun Mimi minta tolong Aina urutkan badan. Suami Mimi ada, boleh saja minta tolong dia urutkan tapi Mimi tak nak. Cukuplah dulu, dia urut badan Mimi, nauzubillah sakitnya. Tangan lelaki faham sajalah bila mengurut. Dia punya bisa sampai ke tulang sum sum jadinya. Bila dia urut bertambah 3x ganda sakitnya. Tak ada kelembutan sungguh! Hahaha..

Nak cari tukang urut pun tak ada masa tau. Semendang sibuk dengan kerja di pejabat. Balik rumah pula sibuk uruskan hal rumahtangga. Nak gosok bajulah, memasak lah. Tak pernah habis kerja seorang ibu ni kan. Bila masanya nak fikir pergi berurut kan. Penyudahnya minta tolong tukang urut tak bertauliah dekat rumah ni sajalah urutkan. Kalau tidak memang langsung tak boleh gerak. 

Kalau kawan kawan tengok Mimi lambat balas komen korang itu maknanya memang mood dah ke gunung Everest sebab pinggang sakit lagi. Ni pun duduk gagahkan diri update entry sambil meniarap. Aina pula tengah urut pinggang Ummi dia yang still sakit. Macam macam sakit yang Mimi dapat tapi terima dengan hati terbuka. Yalah sakit itu penghapus dosa kecil kan. Kena terima pemberian Allah dengan ikhlas

Kenapa Anak Luar Nikah Tidak Boleh di Bin atau Binti dengan Nama Bapanya

9:54:00 PG 4 Comments
Anak Luar Nikah Tidak Boleh di Bin atau Binti dengan Nama Bapanya | Baru baru ini Mahkamah Rayuan membenarkan anak luar nikah di bin atau binti dengan nama bapanya. Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan ini seolah olah menggalakkan zina berlaku secara berleluasa. Apa yang Mimi tahu anak luar nikah tidak boleh di bin atau binti dengan nama bapanya sekiranya tiada akad nikah berlaku dalam tempoh melebihi enam bulan.

Kenapa Anak Luar Nikah Tidak Boleh di Bin atau Binti dengan Nama Bapanya

Semasa Mimi belajar dulu, anak luar nikah hendaklah di bin atau binti dengan nama Abdullah. Ini bertujuan untuk menjaga keturunan dan nasab seseorang itu. Anak luar nikah tidak boleh dinasabkan seperti anak yang lahir dari pernikahan yang sah. Contoh pergaulan anak luar nikah perempuan dengan bapanya sama seperti pergaulan anatara anak tiri dan bapa tirinya. Walaupun dari segi biologinya anak luar nikah itu mempunyai pertalian darah dengan si bapa, ia tetap tidak boleh diwalikan bapanya. Sekiranya berlaku, pernikahan tersebut tidak sah dan berlakulah penzinaan sepanjang hayat. Nauzubillah min zalik.

Walaubagaimanpun, seperti yang Mimi katakan sebelum ini anak luar nikah itu boleh di bin atau binti dengan nama bapanya sekiranya berlakunya pernikahan dalam tempoh lebih dari enam bulan. Sekiranya tempoh pernikahan tidak melebihi enam bulan hendaklah di bin atau binti kan dengan nama Abdullah. Bukanlah nak kata Mimi arif tentang hukum hakam atau ilmu agama ni tapi apa yang Mimi ingat dan share dengan semua hasil dari apa yang Mimi belajar di sekolah dahulu. Kiranya ini benda basic yang perlu semua pelajar tahu dan wajib ambil tahu.

Keputusan yang telah dibuat Mahkamah Rayuan dilihat seolah olah cuba mencabar hukum hakam yang telah ditetapkan. Sepatutnya sebelum keputusan dibuat, pihak mahkamah seharusnya mengkaji dari pelbagai sudut agama tentang kesan dan akibat yang bakal berlaku sekiranya sesuatu keputusan itu dibuat. Islam agama yang mudah. Tidak memudaratkan umatnya. Bukanlah Islam itu kejam langsung tidak membenarkan anak luar nikah di bin atau binti dengan nama bapanya tetapi dengan syarat tempoh pernikahan melebihi enam bulan. 



Boleh baca keratan akhbar yang Mimi sertakan di atas untuk penjelasan yang lebih jelas mengenai isu ini. Bukanlah satu isu kecil yang perlu dipandang enteng. Seharusnya sebagai umat Islam, perlu tahu hukum yang ditetapkan supaya hidup kita tidak bergelumang dengan dosa sepanjang hayat lantaran ceteknya ilmu dangkalnya fikiran kita memikirkan kesan dan akibat yang bakal terjadi. Sekiranya perkara ini berterusan berlaku, akan berlakunya penzinaan sepanjang hayat di kalangan umat Islam di negara kita. Sanggupkah kita perkara seperti ini berlaku secara berleluasa tanpa dapat dibendung? Tepuk dada tanya iman!

Jumaat, 28 Julai 2017

NYX PROFESSIONAL MAKEUP Soft Matte Lip Cream Milan

8:39:00 PTG 5 Comments
NYX Soft Matte Lip Cream Milan | Dah namanya perempuan kan memang tak boleh berpisah dengan mekap langsung. Macam Mimi sendiri sekarang ni ada hobi kumpul lipstick. Nak nak jenis matte. Pantang tengok orang pakai warna lipstick yang cantik mula jadi Detektif Conan siasat orang tu pakai lipstick jenama apa. Kalau tengok drama ke filem, suka tengok bibir artis wanita sebab nak usha diorang punya lipstick...hahaha. Semalam Mimi share dengan korang pasal terbeli NYX Soft Matte Lip Cream Milan kat SINI.

NYX Soft Matte Lip Cream Milan

NYX Soft Matte Lip Cream Milan ni Mimi beli di Lazada. Ada potongan sehingga 70% tau. Pelbagai jenama terlibat antaranya Maybelline, SilkyGirl, Loreal dan banyak lagi. Lipstick yang mana over budget korang pun jadi murah okey. Macam NYX ni memang harga boleh tahan. Hanya mampu tengok saja. Bila dah ada sale ni cepat cepat grab. Nak berbelanja kena jadi bijak. Tak gitu?

Order barang di Lazada memang cepat dapat tau. Petang 25/07/2017 order semalam dah dapat. Dapat saja semalam happy saja tau duk belek belek saja. Memang warnanya cantik. Dalam kepala otak dah bersusun list warna lipstick yang Mimi nak grab nanti. Hari hari pakai lipstick warna yang sama pun bosan gak. Kenalah tukar tukar warna, betul tak?

NYX Lip Cream
NYX Soft Matte Lip Cream 

NYX Soft Matte Lip Cream Milan


Hari ni pergi kerja Mimi try NYX Soft Matte Lip Cream Milan. Memang cantik tau. Yang best bila pakai tak mengeringkan bibir dan tahan lama. Bila nak solat mudah saja tanggal. Tak perlu risau ada kesan lipstick yang tertinggal pada bibir. Mudah dibersihkan.

Kalau dikira, Mimi ada 11 lipstick tapi yang jenis matte ada 6. Ni pun rasa macam sikit saja. Selagi tak penuh beg mekap memang akan shopping lah apa yang patut, walaupun hakikatnya hampir penuh. Entah kenapa Mimi jadi addicted sangat nak kumpul lipsctick jenis matte. Tapi tak lah sampai sebulan beli 4, 5 lipstick. Paling kurang pun beli satu saja next month beli lagi kan. Tengok pada bajet. 

Cuma satu saja lah Mimi nak ingatkan kalau beli lipstick pastikan beli yang original. Biar mahal.je murah ke janji original. Jangan pandai pandai beli yang murah kat pasar malam tu. Rosak bibir korang nanti. Tapi itu terpulang pada individu masing masing takkan nak paksa kalau nak beli juga kan. Cuma nak ingatkan saja tak nak menyesal kemudian hari.

Sekarang ni boleh saja nak dapatkan lipstick dan barang mekap yang lain dengan harga yang murah dan berpatutan secara online seperti Lazada Malaysia semestinya, Althea, Hermo, Watson, Zalora dan banyak lagi platform online yang korang boleh terjah. Ada saja sale yang dibuat dan free giveaway pun ada. Antara rajin dan tak rajin saja nak jengah website tersebut. Hak membeli ada pada tangan masing masing gitu.

So far, Mimi puas hati shopping di Lazada dan dapat memiliki NYX Soft Matte Lip Cream Milan ni. Lepas ni, pasti nak beli lagi.

Jubah Plain Nisa Murah dan Selesa

3:47:00 PTG 3 Comments
Jubah Plain Nisa | Sekarang ini ramai yang selesa memilih pakaian kasual seperti jubah untuk dipakai ke mana mana majlis seperti kenduri kahwin, jamuan makan malam dan sebagainya. Ada juga yang pakai ketika ingin bersiar siar. Mimi sendiri ada banyak koleksi jubah plain dan bercorak. Selesa dipakai bila ingin pergi mana mana. Jubah plain Nisa murah san selesa tau korang. Tak rugi korang grab tau. Memang murah. Selesa pun selesa.

Jubah Plain Nisa Murah dan Selesa

Jubah plain Nisa ini merupakan keluaran Dhimmar Official. Maklumat jubah plain Nisa ada lah seperti berikut :

D'HIMMAR OFFICIAL:
🍀 JUBAH NISA 🍀

📌Harga runcit: RM55sm/RM60ss
Termasuk pos

📌Harga borong : RM48sm/RM50ss
Termasuk pos (Minimum 12helai)

📌Material : Koshibo
📌Ciri2 : 
- Tangan bergetah untuk memudahkan wudhu
- Poket disebelah kanan
- Leher baju kurung dgn cangkuk kecil
- Kain selesa, sejuk dan tidak melekap

📌 Size : XS - 5XL

Jubah Plain, Jubah Murah







Macam macam warna yang ada tau. Rambang mata tengok. Material jubah plain ni memang selesa sangat sangat. Masa preggy memang Mimi pakai jubah plain ni. Selesa dan senang gerak. Bila pakai jubah ni ramai tak perasan Mimi preggy kan Adhwa dulu sebab jubah ni berpotongan A cut. So memang tak nampak sangat bentuk perut atau badan. 

Yang berminat nak dapatkan jubah plain Nisa dan ingin tahu lebih lanjut boleh whatsapp Mimi di no 011-1310 3011. 

Khamis, 27 Julai 2017

Tips atau Cara Uruskan Masa Anak

1:53:00 PTG 3 Comments
Tips atau Cara Uruskan Masa Anak | Sekarang ini, pada usia enam tahun, anak anak akan mula belajar berdikari dan membentuk amalan-amalan serta kegemarannya yang tersendiri. Hubungan sosial mereka juga akan berkembang apabila mereka mula bersekolah, berinteraksi dengan persekitaran dan membuat kawan baru. Sebagai ibu bapa melihat anak anak membesar membuatkan kita berasa seronok dan bangga melihat perkembangan positif mereka. Mimi nak share tips atau cara uruskan masa anak supaya dapat membentuk diri mereka menjadi lebih berdisiplin.
    

TIPS ATAU CARA URUSKAN MASA ANAK


Tempoh tumpuan
Anak anak seharusnya mempunyai kawalan diri dan tempoh tumpuan untuk duduk diam bagi masa yang lama. Ini adalah masa yang ideal untuk memupuk adab di meja makan dan memulakan perbualan sewaktu makan. Bila ada di meja makan, Mimi agak tegas dengan anak anak sebab time makan diorang suka bergaduh. Jadi, sebagai ibu kena mainkan peranan agar diorang behave di meja makan.
    

Kerja harian

Kanak-kanak pada usia ini biasanya mampu dan rela untuk memikul lebih tanggungjawab di rumah dan sekolah. Kita sebagai ibu bapa perlu beri mereka tugasan yang sesuai dengan umur mereka seperti menyapu lantai atau membasuh pinggan dan berikan mereka ganjaran apabila mereka melakukannya dengan baik. Mimi sendiri ajar anak anak sapu lantai jika ada habuk atau sampah dan basuh pinggan selepas makan. Kadangkala Mimi akan panggil diorang angkat baju di ampaian.

Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh daripada rakan sebaya sangat kuat. Bila mereka mula berkenalan dan berkawan pastinya perbuatan kawan menjadi ikutan. Contoh melihat kawan sebaya makan makanan ringan. Jadi masa inilah kita perlu mainkan peranan untuk terangkan kepada tentang baik buruk pemakanan yang di ambil. 
    

Tidur
Kebiasaanya anak anak pada usia ini memerlukan tidur selama 10 – 12 jam. Cabaran utama yang mungkin dihadapi adalah mencari masa untuknya bagi kerja rumah, masa bermain serta masa bersama keluarga. Mimi sendiri selalunya akan curi masa untuk merancang family time bersama anak anak. Waktu sekolah Mimi hadkan anak anak daripada menonton televisyen. Anak anak memang Mimi tak bagi gajet sebab kalau ada gajet faham faham sajalah mesti diorang leka. Makan tak nak bergaul dengan orang pun sama.

Rabu, 26 Julai 2017

Kembali Ramping dengan Lunavie Postpartum Abdominal Binder

8:12:00 PTG 6 Comments
Ramping dengan Lunavie Postpartum Abdominal Binder | Menjadi impian setiap wanita sentiasa ingin kelihatan ramping terutamanya para wanita yang baru lepas bersalin. Sudah pastinya wanita lepas bersalin inginkan bentuk badan kembali ramping seperti asal selepas mengalami perubahan bentuk badan ketika mengandung. Pelbagai cara dan tips yang dilakukan untuk dapatkan bentuk badan yang ramping. Salah satu caranya ialah kembali ramping dengan Lunavie Postpartum Abdominal Binder.

Ramping dengan Lunavie Postpartum Abdominal Binder

Bengkung moden, Bengkung Lunavie
Lunavie Postpartum Abdominal Binder

Apa itu Lunavie Postpartum Abdominal Binder? Lunavie Postpartum Abdominal Binder merupakan bengkung moden yang direka khas untuk mengembalikan pinggang yang ramping dan perut yang kempis. Material Postpartum Abdominal Binder ini ialah 80% Polyester dan 20% Spandex tau. So, boleh bayangkan keadaannya yang boleh merenggang mengikut bentuk pinggang supaya selesa ketika memakainya.

Lunavie Postpartum Abdominal Binder ini sangat sesuai digunakan untuk mengurangkan setiap inci perut dan pinggang dengan pantas. Selain daripada itu, ia juga mampu mengurangkan bengkak dan kembung perut selepas bersalin serta menyokong otot abdomen dan membantu mengecutkan rahim kembali ke saiz asal.

Baca kegunaanya pun dah teruja kan. Mimi sendiri selepas menggunakan Lunavie Postpartum Abdominal Binder ini merasai perbezaan sebelum dan selepas menggunakannya. Untuk pengetahuan korang, anak ketiga Mimi dilahirkan secara pembedahan. Jadi, semasa berpantang memang Mimi tak pakai bengkung sebab luka pembedahan belum sembuh dan tidak berasa sesuai menggunakan bengkung ketika itu.

Bila baby dah besar, Mimi ada juga beli dan pakai bengkung moden yang dibeli di toko toko jamu tetapi tidak banyak membantu mengatasi masalah Mimi iaitu sakit di bahagian belakang selain daripada mengempiskan perut. Mimi rasa gatal dan rimas bila pakai. Bila berpeluang memakai Lunavie Postpartum Abdominal Binder, Mimi sangat berpuashati dengan hasilnya selepas pemakaian secara konsisten. Perut semakin kempis dan ia banyak membantu Mimi menyokong otot abdomen dan mengurangkan sakit di bahagian belakang kesan dari bius pembedahan.

Pandangan dari hadapan
Pandangan dari belakang

Postpartum Abdominal Binder ini bukan sahaja sesuai untuk ibu berpantang malahan juga sesuai untuk mereka yang mengimpikan perut kempis dan pinggang ramping. Buat mereka yang posturnya tidak betul seperti membongkok juga sesuai memakainya untuk perbetulkan postur. Bagi yang mempunyai masalah sakit di bahagian pinggul dan sakit belakang juga sesuai memakai Postpartum Abdominal Binder ini. Seperti Mimi sendiri, nampak perubahan ketara kerana tidak lagi mengalami sakit pinggang dan bahagian belakang sejak memakai Postpartum Abdominal Binder.

Ia sesuai digunakan oleh wanita dan juga lelaki. Postpartum Abdominal Binder ini berharga RM69.00 dan boleh di dapati dengan 4 saiz iaitu :

M : pinggang (inci) 26-32
L : pinggang (inci) 28-36
XL : pinggang (inci) 30-38
XXL : pinggang (inci) 32-41

Lunavie Postpartum Abdominal Binder saiz L

Cara untuk membasuhnya pula mudah sahaja. Hanya basuh dengan basuhan tangan ke dalam rendaman air yang mempunyai detergan yang tidak terlalu banyak. Elakkan daripda menggosok dengan kuat dan jangan perah selepas cucian. Bilas dengan bersih dan sidai. Tidak sesuai untuk cucian mesin atau dry clean.

Untuk sebarang maklumat memgenai Lunavie Postpartum Abdominal Binder ini boleh klik sini [https://www.lunavie.com/maternity-essentials/postpartum-adominal-binder]

Facebook : @mylunavie
Instagram : @lunavie_com
Email : info@lunavie.com

Selasa, 25 Julai 2017

Terbeli NYX PROFESSIONAL MAKEUP Soft Matte Lip Cream Lipstick - Milan

7:07:00 PTG 7 Comments
NYX PROFESSIONAL MAKEUP Soft Matte Lip Cream Lipstick - Milan | Wanita dan mekap berpisah tiada. Nak nak kalau ada sale lagi lah bertambah rambang mata nak shopping. Itu nak ini nak kan. Ditambah pula dengan time dapat gaji, lagi menjadi jadi nak shopping. Macam Mimi sekarang ada satu hobi baru tau sekarang ni, kumpul koleksi lipstick jenis matte. Pantang nampak warna cantik je mesti nak beli. Tapi taklah semua warna Mimi beli kan. Kalau warna yang daring sangat taklah Mimi beli hanya mampu pandang saja. Tadi duk usha Lazada sekali terbeli pula NYX PROFESSIONAL MAKEUP Soft Matte Lip Cream Lipstick - Milan. Kebetulan officemate ada jenis yang sama, tengok warna terus berkenan, apalagi terus belilah kan. Officemate Mimi pun join beli sekali.

NYX PROFESSIONAL MAKEUP Soft Matte Lip Cream Lipstick - Milan

NYX PROFESSIONAL MAKEUP Soft Matte Lip Cream Lipstick - Milan

Inilah NYX PROFESSIONAL MAKEUP Soft Matte Lip Cream - Milan. Tengok warna pun dah buat jatuh hati. Mimi suka warna warna yang nude, earth, soft. Kalau warna daring sangat pun, Mimi ada satu saja jenama dari Seqy. Macam warna Milan ni betul betul buat Mimi jatuh hati. Memang kena grab juga. Maybe next month nak grab warna lain pula, dah siap list warna apa yang nak grab nanti.




Setiap kali sebelum gaji, Mimi memang dah siap siap buat kira-kira perbelanjaan setiap bulan. Tolak siap siap duit simpanan, duit pengasuh, yuran sekolah anak, duit kutu, bil-bil dan duit belanja untuk mama dan ayah. So, senang nak tahu baki yang tinggal. Memang, Mimi akan spend sedikit duit untuk belanja diri sendiri. Untuk diri sendiri tu yang terbeli lipstick.

Nak nak sekarang Lazada sedang mengadakan sale untuk pelbagai jenis lipstick jenama terkenal. Antara jenama yang terlibat ialah Maybelline, Loreal, NYX, Mary Kay, Revlon, Etude House, SilkyGirl dan banyak lagi. Sale sehingga 70% okey. Mahunya tak tentu arah bila tengok sale sampai 70% potongan. Mimi dah aim jenama NYX ni, sekali bila ada sale mana boleh lepaskan peluang kan.

Kalau ikut perkiraan, mungkin lipstick yang Mimi order akan sampai esok ataupun lusa. Tak boleh agak bila sampai sebab order di Lazada kan, bergantung pada seller itu sendiri. Hopefully, sampai cepatlah kan tak sabar nak pakai dan review sekali.

Korang yang nak shopping lipstick tu boleh terjah Lazada dan wajib tengok. Rugi kalau tak grab satu tau...hahaha...

Isnin, 24 Julai 2017

Persiapan Gerai Sempena Jamuan Raya IPK Negeri Sembilan

3:53:00 PTG 10 Comments
Persiapan Gerai Sempena Jamuan Raya IPK Negeri Sembilan | Hari ni agak sibuk sikit. Pagi tadi ada Majlis Ikrar Bebas Rasuah. Sebelah malam pula sibuk dengan Jamuan Raya IPK Negeri Sembilan. Start pukul 12.30 tengahari tadi Mimi dan kawan kawan pejabat yang lain sibuk buat persiapan gerai sempena jamuan Raya IPK Negeri Sembilan.

Persiapan Gerai Sempena Jamuan Raya IPK Negeri Sembilan

Semua staff dari pegawai, anggota dan pegawai awam setiap Jabatan masing masing sibuk bertungkus lumus menyiapkan gerai masing masing dengan hiasan mengikut kreativiti masing masing. Memang cantik cantiklah. Nanti Mimi update entry yang lain ya.


Gerai Jabatan Mimi masih dalam progress. Masa ni kawan kawan pejabat yang lain bertungkus lumus siapkan gerai Jabatan. Tema hiasan belum pasti lagi.


Baru 70% siap. Selebihnya sambung petang pula. Oh ya gerai Jabatan Mimi menjual keropok lekor dan kuey teow goreng. Setiap Jabatan sudah ditetapkan menu yang perlu dijual. 

Malam ni confirm meriah. Mimi suka tengok gerai dari IPD sebab setiap tahun hiasan gerai mereka memang meletup letup. Nanti Mimi share entry lain.

Ahad, 23 Julai 2017

Trauma Masih Ada - Terlibat Kemalangan di Kawasan Perumahan

9:16:00 PTG 8 Comments
Trauma Masih Ada | Lebih kurang dua bulan yang lepas, 19 Mei 2017 Mimi terlibat kemalangan di kawasan perumahan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Walaupun kemalangan tu telah pun berlalu tapi trauma masih ada. Kesan dari kemalangan tu, Mimi akui masih trauma dan keyakinan menurun sedikit bila berada di jalan raya.

Imbas semula kemalangan yang berlaku dua bulan lalu, tiada siapa yang sangka akan berlaku. Ikutkan pada hari kejadian, Mimi tak balik rumah pun. Lepas jemput Aina dari sekolah, Mimi bawa Aina pergi office. Cadangnya nak tidur sementara tunggu Zohor. Tapi tak jadi sebab suami call suruh hantar Aina dan Auni balik rumah. Sebab lepas Solat Jumaat dia balik rumah. Baru saja baring baring dah kena bangun semula hantar anak anak. Ketika itu, memang Mimi rasa berat hati sangat nak balik. Rasa malas semua ada tapi dah suami suruh hantar anak anak takkan kita nak bantah.

Dengan rasa malas, Mimi bangun dari pembaringan ajak Aina jemput Auni pula. Sebelum balik, Mimi sempat bagitahu officemate yang ada, Mimi balik dan sempat minta maaf kalau lambat masuk office. Motif minta maaf? Tak tahulah spontan tau.

Dipendekkan cerita, di rumah Mimi sempat tidur sekejap sebab terlalu mengantuk. Bangun tidur, siap siap dan solat. Lepas tu terus bersiap pergi kerja. Masa salam suami, Mimi duk tenung muka dia sambil dalam hati berharap dia hantar Mimi pergi kerja. Masa tu, memang rasa malas dan berat hati sangat nak drive. Tak tahulah kenapa. Tapi tetap juga start enjin kereta dan gerak pergi kerja.

Drive macam biasa. Mimi di lane sebelah kanan. Sampai saja berhampiran simpang perumahan di sebelah kiri Mimi, tiba tiba satu motor yang ditunggang seorang lelaki meluru keluar terus langgar sebelah kiri bumper kereta. Mimi time tu hanya mampu sebut Allah sambil control kereta yang tidak stabil. Kereta dapat dihentikan lebih kurang 10 meter dari tempat kejadian.


Dalam keadaan menggigil, sempat call suami bagitahu Mimi kemalangan sambil berjalan ke arah penunggang motor yang terbaring di tepi jalan. Dari jauh Mimi nampak kawan penunggang motor tu cuba angkat dia, tapi Mimi jerit jangan angkat takut ada kecederaan dalaman. Rupanya penunggang motor tu, budak sekolah menengah. Nak pergi kelas tambahan di sekolah yang berhampiran dengan tempat kejadian. Sempat tau Mimi marah budak tu sebab dia meluru keluar tak tengok kiri kanan. Mimi risau tengok keadaan budak tu sebab dia tak pakai helmet. Risau jadi apa apa walaupun hakikatnya bukan salah Mimi.

Kemudian, makin lama makin ramai yang datang. Ada yang datang membantu dan tak kurang juga sekadar melihat saja. Dalam keadaan menggigil, Mimi call 999 untuk dapatkan bantuan ambulans. Sambil tu, Mimi minta bantuan kawan kawan budak tu pergi ke rumah dia maklumkan kepada family dia mengenai kemalangan tersebut. Sementara tunggu ambulans, suami Mimi datang dengan jiran. Kemudian kereta peronda polis tiba.

Sempat Mimi berkenalan dengan abang dan pakcik budak tu. Menurut pakciknya, anak saudaranya baru belajar tunggang motor dan pertama kali tunggang motor ke sekolah. Masa dengar speechless dibuatnya. First time? Aduh, mengundang masalah sungguhlah. Dahlah baru belajar first time tunggang motor pergi sekolah, lepas tu tak ada lesen plus tak pakai helmet. Tepuk dahi!

Ambulans sampai beberapa minit kemudian, bawa budak tu terus ke hospital. Polis pun dah ambil statement Mimi dan minta ke balai buat laporan. Suami pun dah bincang dengan pakcik dan abang budak tu, nanti hal kereta pandailah mereka settle. Suami bawa Mimi naik motor pergi balai buat laporan. Lepas tu, hantar Mimi balik rumah untuk bersiap siap balik kampung di Sg Rambai nak ambil kereta pak mertua. Baby di rumah pengasuh dan barang Mimi di pejabat suami uruskan.

Alhamdulillah, segala urusan Mimi di permudahkan. Selama 7 tahun Mimi ada lesen kereta, ini kali kedua Mimi terlibat dengan kemalangan dan yang paling teruk. Kesan dari kemalangan inilah Mimi masih trauma lagi. Setiap kali drive, bila dari jauh nampak kereta atau motor dari simpang jalan, automatik Mimi akan tekan brek kereta sebab terasa seolah olah kereta atau motor tersebut nak meluru keluar dan langgar kereta Mimi. Sedangkan benda tu tak jadi pun. Tapi itu apa yang Mimi alami. Ya, trauma masih ada hingga ke hari ni. Doa Mimi supaya suatu hari nanti, Mimi akan pulih dari trauma ni. 

Jumaat, 21 Julai 2017

Bersiar Siar di S2 City Park

12:36:00 PTG 8 Comments
Bersiar siar di S2 City Park | Ahad lepas. 16.07.2017 Mimi dan suami bawa anak anak bersiar- siar. Sebenarnya, Mimi ajak suami bawa anak anak pergi taman permainan berhampuran dengan rumah. Yelah, time petang petang bosan pula terperap dalam rumah. Suami bila dengar Mimi ajak pergi taman permainan bawa anak anak cepat saja dia beri persetujuan. Katanya nak bawa pergi tasik. Mimi anggap tasik berhampiran rumah. Rupa rupanya dia bawa pergi tasik di S2. Dapatlah anak anak bersiar siar di S2 City Park.

Bersiar Siar di S2 City Park

Lokasi S2 City Park agak tersorok sedikit dari jalan utama. Kalau orang lyar yang tak familiar memang tak jumpa. Tapi sekarang ni semua kemudahan sudah ada kan. Apa lagi gunakan khidmat Maps atau Waze untuk cari lokasi kan. Taip saja " S2 City Park , Seremban 2 " pasti sampai. Nak lebih mudahnya, main point nak pergi S2 City Park, korang akan nampak IPD Seremban 2 dan Balai Bomba Seremban 2. Kalau nampak dua dua ni, dah sampai lah tuh. City Park ni terletak di belakang deretan kedai bersebelahan Balai Bomba. Memang agak tersorok sedikit lokasi City Park ni.

Auni, Adhwa dan Aina bersiar siar di S2 City Park

S2 City Park menjadi tumpuan penduduk tempatan dan orang luar untuk menjalani riadah di petang hari. Pelbagai aktiviti menarik yang sesuai dijalankan bersama keluarga di sini tau. Antaranya berjogging, beri ikan makan, anak anak main di taman permainan, main belon di padang dan bersenam sambil diiringi muzik. 

Jika hari biasa, S2 City Park menjadi tumpuan untuk berjogging dan buat senaman. Tak semeriah hujung minggu. Kalau hujung minggu, memang meriah. Parking pun penuh. Ahad lepas pun, Mimi dan suami bawa anak anak main taman permainan. Sambil sambil tu, ajar  Adhwa berjalan. Lepas tu, bagi dia merasa main permainan kat situ. Seronok dia dapat main. Selesai main di taman permainan, bawa pula anak anak pergi ke tasik tengok ikan dan kura kura.

Adhwa seronok dapat main permainan ni.

Seronok tengok aksi ikan ikan dalam tasik yang berebut rebut makan. Pengunjung yang datang bebas bagi ikan ikan makan. Tapi soal keselamatan juga perlu dititikberatkan. Kena pantau pergerakan anak anak kecil, takut teejatuh dalam tasik. Anak anak Mimi memang teruja tengok ikan ikan yang besar. Mimi tengok pun rasa seriau ada, rasa takut pun ada. Sebab ikan ikan dalam tasik tu sebesar lengan orang dewasa tau.


Gaya spontan Aina dan Auni di tasik
Rasa puas sangat sebab dapat bawa anak anak bersiar siar di petang hari. Lagi rasa seronok tengok muka diorang yang happy tu. Dah janji dengan anak anak nanti nak bawa diorang datang lagi. Diorang request nak  main belon dekat padang pula.

Khamis, 20 Julai 2017

Aqua Pore Eraser Expert Merawat Masalah Kulit Wajah

3:20:00 PTG 13 Comments
Aqua Pore Eraser Expert Merawat Masalah Kulit Wajah | Penjagaan kulit wajah sangat penting tidak kira perempuan atau lelaki. Bila umur meningkat, memang penjagaan kulit wajah sangat penting. Macam Mimi sendiri bila umur dalam lingkungan 30-an, Mimi mesti titik beratkan penjagaan wajah. Bukan boleh pakai produk sebarangan, kena pastikan produk tersebut selamat dan sesuai digunakan atau pun tidak. Kulit wajah Mimi ada masalah pori terbuka di kawasan pipi dan hidung. Jadi, Mimi akan cari produk yang mampu mengatasi masalah Mimi. Mimi memilih menggunakan Aqua Pore Eraser Expert. Aqua Pore Eraser Expert merawat masalah kulit wajah seperti liang pori terbuka, kulit wajah kusam, bekas jerawat, jeragat dan pelbagai lagi.

Aqua Pore Eraser Expert

Aqua Pore Eraser Merawat Masalah Kulit Wajah


Untuk pengetahuan korang, sebelum ni jerawat banyak tumbuh di bahagian pipi kanan. Kalau pakai shawl memang tak nampak sebab terlindung kan. Bila jerawat tumbuh, mesti ada bekas hitam. Selepas guna Aqua Pore Eraser Expert, jerawat semakin kurang. Bekas jerawat yang hitam pun semakin pudar.

Sebelum ni Mimi ada buat entry berkaitan Aqua Pore Eraser juga tapi packaging lama kotak hitam. Sekarang packaging baru dan kandunganya dipertingkatkan. Dulu hanya dikenali sebagai Aqua Pore Eraser saja sekarang ini dikenali sebagai Aqua Pore Eraser Expert.

Aqua Pore Erasee Expert packaging baru

Kandungan dan cara menggunakan Aqua Pore Eraser ni korang boleh rujuk entry Mimi DI SINI. Sebotol boleh tahan sebulan. Ikut pada penggunaan masing masing. Mimi guna tak sampai sebulan pun..hahaha...Sebulan kena standby dua botol.

Apa pula fungsi Aqua Pore Eraser Expert? Fungsi Aqua Pore Eraser Expert ialah membantu membersihkan pori tersumbat, memperbaiki pori terbuka, memgawal sebum minyak, membersihkan sel kulit mati, memudarkan jeragat, jerawat dan parut, bintik hitam dan menaikkan seri wajah secara semulajadi.

Aqua Pore Eraser Expert bertindak sebagai toner pun boleh, make up remover pun boleh tau. Bila pakai mekap pergi kerja, sampai rumah mesti kita nak rehatkan kulit wajah kan. Mesti ada yang terus cuci muka dengan cleanser sampai mekap hilang. Tapi yakinkah korang kulit wajah tu betul betul bersih? Nak tahu bersih atau tidak korang cuba Aqua Pore Eraser Expert. Aqua Pore Eraser Expert ni bertindak membersih hingga ke dalam kulit wajah tau.

Mimi sendiri bila guna Aqua Pore Eraser Expert akan standby 5 keping kapas muka umtuk bersihkan mekap. Kapas yang ke 5 baru kesan mekap pada kulit wajah dah tiada. Kira kulit wajah betul betul dah bersih lah. Boleh rasa kesegaran pada kulit wajah tau korang. Rasa ringan saja tau muka. In shaa Allah, memang Mimi akan setia gunakan Aqua Pore Eraser Expert ni sebab kualitinya terbaik dan hasil menggunakannya sangat bagus.

Rabu, 19 Julai 2017

Althea Turns 2

3:14:00 PTG 7 Comments
Althea Turns 2 | Tahun ni kali pertama Mimi berpeluang sambut birthday Althea. Walaupun kali pertama, seronok tu tetap ada. Teruja. Yeayyy!!!Althea turns 2! Happy birthday Althea. Semoga terus berjaya mengorak langkah menjadi platform online pertama yang menjual barangan mekap yang terkemuka. Barangan mekap dari Korea semua best best tau.


Korang, sempena birthday ke 2 Althea pada Julai ini, Althea ada menganjurkan pelbagai contest yang best best untuk disertai tau. Di Althea juga ada sale untuk korang peminat setia Althea. Setiap pembelian barangan mekap di Althea, korang juga berpeluang untuk dapat birthday goodies dan birthday giveaway sementara stok masih ada.

Contest yang sedang berlangsung di Althea sekarang ni seperti berikut :

💄20 Days Of Beauty The Birthday Giveaway
💄Fly Me to Korea for Two
💄Shop & Win
💄pelbagai lagi yang menarik ada di Althea. Terma & syarat www.althea.kr

ALTHEA TURNS 2


Althea Turns 2

Sempena birthday Althea yang ke 2 tahun ni Mimi nak ucapkan :

"SEMOGA ALTHEA TERUS MENJADI PLATFORM TERBAIK ANTARA YANG TERBAIK KEPADA SEMUA WANITA YANG MENGGEMARI KOLEKSI MEKAP DARI ALTHEA SERTA DIHARAPKAN ALTHEA TERUS MENGECAPI KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN"

Kali ni, Mimi berpeluang shopping di Althea sempena birthday ke 2 Althea. Yang paling best, Mimi dapat goodies yang best best dari Althea. Terima kasih Althea!! Jom sama sama tengok satu satu produk yang Mimi grab di Althea.

Selfie dengan birthday box + birthday kits + produk yang dibeli
Skin Food Since 1957 Rice Mask Food Off

Mimi suka bau rice mask ni tau. Wangi je. Cara nak guna pun senang. Selepas cuci muka, apply saja rice mask ni pada muka dan gosok gosok perlahan. Biarkan selama 10-15 minit kemudian bilas. Lepas pakai, memang soft dan moist saja kulit muka tau.

Nella Black & Black Cleansing Foam

Dah lama aim pencuci muka ni. Siap ada sekali dengan berus muka tau. Makin bersihlah muka lepas ni.

Innisfree Jeju Volcanic Blackhead

Dengar dengar Innisfree Jeju Volcanic Blackhead ni best bila apply. Memang berkesan. Setakat ni, Mimi belum guna lagi. Rasa sayang pula nak guna.hahaha..

A'Pieu Pure Block Natural Sun Cream

Dah lama aim nak beli sunblock. Bila terdedah dengan matahari ni faham faham sajalah. Kulit semakin tua kena jaga betul betul. So, why not kita jaga kulit kita dengan sunblock dari A'Pieu.

Marry Me Hand & Nail Cream

Krim untuk tangan dan kuku Marry Me gitu. Mimi dari dulu memang gila losyen atau krim tau. Pantang nampak losyen atau krim baru, memang nak grab saja. Kali ni, kita grab di Althea pula. Buat koleksi.

It's My Puff - Oval Puff

First time guna puff ni, aduh duh duh lembutnya lahai. Anak anak Mimi siap cakap lembutnya ummi...Beli puff ni sebab mudahkan apply concealer kat seluruh muka. Sekata je kan. Lepas ni, nak beli puff lain pula.

Comme Comme Brush Case

Warna pink jadi pilihan. Of course lah kan kata peminat pink! Brush case ni Mimi beli sebab senang nak simpan berus berus dalam ni. Mudah kerja, taklah nanti berus hilang kan.

No Poreblem Color Balm

Mimi ada sikit pori terbuka kat area pipi dekat dekat dengan hidung. So, bila mekap nampak tak cantik pula sebab liang pori terbuka. Jadi, sebelum apply concealer dan loose powder, kena apply dulu No Poreblem Color Balm ni dulu. Memang best pakai, wangi. Bila apply memang pori tak nampak tau. Memang berkesan!

Kesemuanya ada 8 barang yang Mimi beli berjumlah RM150 free postage tau. Selain daripada itu, Mimi dapat juga goodies yang best best dari Althea! Terima kasih Althea bagi goodies yang best!!

Mask, Cleanser dan Lotion Gifts

Belle Journée Tattoo Tint

Apa tunggu lagi! Jom shopping di Althea sempena Althea Turns 2, confirm korang rambang mata sebab macam macam ada di Althea.

Fb : Althea

Roti Telur Santan

10:46:00 PG 7 Comments
Roti Telur Santan | Semalam, waktu petang selepas balik dari kerja tiba tiba tekak teringin nak makan roti telur pula. Tapi kepala otak fikir nak try roti telur yang lain pula. Maksudnya try and error letak bahan lain. Entah macam mana terfikir nak buat roti telur santan. Hehehe...Entah apa lah rasa kan.

Roti Telur Santan
Sedap tau korang roti telur santan ni. Taklah rasa ketara sangat santan tu. Tapi sedaplah rasa lemak lemak gitu. Cara nak buat senang saja korang. Korang tengok pun tahu cara nak buakan. Tapi Mimi share juga resepi roti telur santan ni. Kot kot ada yang baru nak belajar masak kan.

Resepi Roti Telur Santan


Roti
Telur
2 sudu santan (jenama KARA)
Sedikit garam
Minyak

Cara buat Roti Telur Santan



1. Pukul telur dengan garam sehingga sebati. Pukul dengan garfu saja.
2. Masukkan santan ke dalam adunan telur tadi. Gaul sebati.
3. Potong roti kepada dua bahagian macam dalam gambar. Kemudian celup roti dalam telur.
4. Goreng roti telur santan dengan sedikit minyak sehingga garing.
5. Dah masak bolehlah makan cicah dengan sos.

Bila memasak ni, otak kena aktif fikir dan kena kreatif untuk try and error resipi ciptaan. Kalau jadi, jadilah. Tak jadi, tong sampah tempatnya. Mimi memang suka try and error bila memasak ni. Tak kira lah masak lauk ke, baking kek ke. Kalau sedap makan, tak sedap makan juga tapi lebih pada buang. Sambil tu fikir kenapa tak jadi dan cari penyelesaian. Kemudian, cuba dan cuba lagi sampai berjaya.

Selasa, 18 Julai 2017

Tips Elak Bau Ketiak

10:35:00 PG 7 Comments
Tips Elak Bau Ketiak | Bila ketiak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, pastinya membuatkan seseorang itu tidak selesa kan? Bau ketiak yang kurang menyenangkan, pastinya mengganggu tumpuan dalam menjalani tugasan harian. Baik lelaki atau pun perempuan, tidak lari dari masalah bau ketiak ni. Bezanya, cara individu itu sendiri menjaga kebersihan ketiaknya. Jadi, Mimi nak kongsi dengan korang tips elak bau ketiak.

TIPS ELAK BAU KETIAK


1)Pastikan, ketiak sentiasa bersih dari segala bulu ketiak. Jangan sesekali biarkan bulu ketiak terlalu panjang. Ia bukan saja mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, pastinya "menyakitkan" mata orang lain yang memandang. Tidak salah ada bulu ketiak tetapi jangan sampai panjang berjela jela sehingga boleh buat tocang.

2)Rajinkan diri mencukur,memotong atau mencabut bulu ketiak agar kemas dan bersih. Ada juga yang guna wax untuk membuang bulu ketiak. Terpulang pada individu itu sendiri. Bila ketiak kemas dan bersih pastinya memberi gambaran pada orang lain yang diri kamu seorang yang amat menitikberatkan kebersihan.

3)Elakkan daripada memakai deodoran semasa sedang berpeluh! Ini akan menyebabkan ketiak basah dan bau yang kurang menyenangkan. Ini biasa Mimi tengok, ada sesetengahnya baik lelaki atau perempuan, badan berpeluh peluh, tidak bersihkan diri terus pakai deodoran. Bukan mengeluarkan bau wangi sebaliknya mengeluarkan bau yang sukar digambarkan dengan kata kata.

4)Elakkan daripada memakai talkum di ketiak yang melekit, ini akan meyebakan ketiak menjadi hitam dan berkerak. Talkum tidak sesuai dipakai pada ketiak ya. Jangan sesekali amalkan sebab talkum tidak membantu langsung mengatasi masalah ketiak yang berbau.

5)Percaya atau tidak, bahawa pemakanan juga menjadi faktor penting bau badan kita. Jadi, elakkan pengambilan makanan yang banyak menggunakan bawang dan rempah.

6)Akhir sekali, jangan lupa mandi untuk pastikan badan sentiasa bersih dan tidak berdaki. Digalakkan, untuk sental badan dengan skrub sekurang kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Dan tak lupa juga penggunaan sabun mandian yang bersesuaian.

Diharapkan tips yang dikongsikan ini dapat membantu mengatasi masalah bau ketiak yang mungkin dihadapi diri sendiri, keluarga mahupun kawan kawan.

Nasi Kukus Suenamie Sedap dan Murah

8:01:00 PG 8 Comments
Nasi Kukus Suenamie Sedap dan Murah | Semalam Mimi puasa ganti. Bila berpuasa, otak ligat fikir menu untuk berbuka. Fikir punya fikir akhirnya Mimi decide beli makanan di luar saja. Nak rehat dari memasak. Mimi tanya pendapat anak anak sama ada diorang nak atau tak nasi kukus. Sudah tentulah diorang nak sebab Nasi Kukus Suenamie sedap dan murah. Memang menjadi kegemaran Aina dan Auni.

Nasi Kukus Suenamie Sedap dan Murah

Apa salahnya sesekali berbuka dengan masakan yang ringkas dan mengenyangkan. Nasi Kukus Suenamie ini terdiri daripada nasi putih yang telah dikukus, potongan timun, ayam goreng yang diperap dengan rempah yang sedap, kuah kari dan sambal belacan. Kalau tak tahan pedas, cukup sekadar makan dengan kuah kari. Kalau memang kuat pedas tambah dengan sambal belacan, memang merecik jadinya.

Nasi putih, ayam goreng, timun, kuah kari dan sambal belacan yang sedap

Harga untuk sebungkus Nasi Kukus Suenamie ni hanya RM6.00 sahaja tau. Murah kan? Bagi Mimi harga affordable dengan kualiti makanan yang dijual. Setiap hari pasti ada saja pelanggan yang akan singgah beli Nasi Kukus Suenamie. Memang sedap tau. Mimi beli di kawasan kedai yang berdekatan dengan perumahan di Nusari Aman. Kalau singgah di kawasan perumahan Nusari Aman dan korang nampak lori yang tertera Nasi Kukus Suenamie, itulah dia.

Mungkin bagi orang lain, senang dan mudah saja nak buat nasi kukus yang sama. Tapi bagi Mimi, lain orang lain rasanya. Mungkin kita boleh buat resipi yang sama dengan Nasi Kukus Suenamie ni tapi adakah rasanya sama? Nak nak dari segi perapan ayam goreng dan kuah kari yang pekat tu. Mimi juga boleh cakap Mimi boleh sediakan tapi Mimi yakin 100% rasanya tak sama.

Owner Nasi Kukus Suenamie juga menyediakan tempahan katering tau. Korang yang nak cuba Nasi Kukus Suenamie boleh hubungi no telefon yang tertera pada gsmbar di atas.

Yang tinggal berhampiran dengan Bandar Sri Sendayan, korang cari saja deretan kedai berhampiran perumahan Nusari Aman. Lori Nasi Kukus Suenamie park berhampiran kedai CT Extra. Jom try!

Isnin, 17 Julai 2017

Bertandang ke Rumah Terbuka Kawan Pejabat

4:50:00 PTG 3 Comments
Bertandang ke Rumah Terbuka Kawan Pejabat | Sabtu lepas Mimi bawa anak anak pergi rumah terbuka. Suami tak ikut sebab kerja. Asyik duduk terperap saja dekat rumah sekali sekala keluar tengok alam sekeliling. Bila Sabtu Ahad, nak nak time suami kerja Mimi memang malas nak keluar rumah. Lebih suka duduk terperap dekat rumah. Tapi kalau terperap saja bosan pula kan. Jadi, Sabtu lepas Mimi dan anak anak bertandang ke rumah terbuka kawan pejabat Mimi. Yang jemput ni seorang anggota polis berpangkat SM. Mimi panggil dia Encik Anuar saja. Sebelum pergi rumah Encik Anuar, Mimi jemput kawan sepejabat yang lain.

First time tau nak datang rumah Encik Anuar ni. Tahun lepas tak pergi sebab Mimi dalam pantang. So, bila pertama kali pergi faham faham sajalah, memang sesat jawabnya walaupun ikut maps. Sabar sajalah.

Kami berempat bertandang ke rumah terbuka kawan pejabat

Mimi sampai lebih kurang pukul 3 petang lebih jugalah. Duk pusing pusing cari rumah. Kawan Mimi yang ikut pun dah lupa jalan. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga. Banyak menu habis yelah sampai pun lambat kan tapi masih ada lagi beberapa menu yang ada. Antara menu yang disediakan nasi beriani, ayam masak merah, kuah dhal, rendang ayam, nasi impit, kuih muih, air oren dan air sarsi. Ni menu yang tinggal. Ada menu lain tapi banyak habis sebab jemputan ramai kan.

Selepas makan, Mimi dan kawan yang Mimi panggil Kak Yus duduk borak borak dengan Encik Anuar. Borak borak kosong. Lepas tu, Mimi sempat snap gambar anak anak di kawasan luar rumah Encik Anuar.

Kemain lagi senyum lebar Si Adhwa

Lebih kurang pukul 5.30 petang macam tu, kami bertolak balik. Nak hantar Kak Yus lagi balik rumah. Mimi dan anak anak pun sampai rumah lebih kurang pukul 6.30 petang. Rasa puas tengok anak anak happy bila dapat berjalan raya.

Kenali Penyebab Gatal Gatal Pada Kulit Aina, Auni dan Adhwa

12:30:00 PTG 4 Comments
Kenali Penyebab Gatal Gatal Pada Kulit | Sejak akhir akhir ini anak anak Mimi kena gatal gatal pada kulit di sekitar tangan dan kaki tau. Naik biji biji pada sekitar celahan jari jari dan bila mereka garu sampai jadi kudis tau. Jadi, Mimi cuba kenali penyebab gatal gatal pada kulit anak anak Mimi.

Kenali Penyebab Gatal Gatal Pada Kulit

Penyebab Gatal Gatal Pada Kulit


Sebelum tu, Mimi nak kongsi sikit apa nama saintifik bagi gatal gatal yang dialami anak anak Mimi. Gatal gatal yang dialami anak Mimi ialah Scabies atau kudis. Semua tahu apa itu kudis kan? Kudis ialah serangan kulit yang disebabkan hama yang dikenali sebagai Sarcoptes Scabiei. Jika tidak dirawat, hama mikroskopik ini boleh hidup di kulit kita dan bertelur. Inilah penyebab gatal gatal pada kulit.

Tanda tanda kita dijangkiti scabies ialah timbulnya ruam dan gatal gatal selalunya berlaku pada waktu malam. Jika digaru berterusan pada kawasan yang dijangkiti akan kenyebabkan kulit menjadi luka. Jadi, rawatan tambahan dengan antibiotik untuk jangkitan kulit amat disyorkan.

Tanda tanda ini semua ada pada anak anak Mimi. Yang paling teruk anak Mimi yang no.2, Auni. Dia suka garu garu sebab tak tahan gatal. Sampai jadi kudis. Tangan yang comel terus jadi hodoh sebab asyik menggaru. Adhwa pun ada di bahagian tangan dia. Aina kurang teruk sangat. Jadi, sebelum bertambah teruk Mimi dan suami decide pergi klinik. Mimi dan suami pun dah mula menggaru.

Kawasan yang kerap berlakunya kudis pada kanak kanak dan orang dewasa ialah siku, ketiak, puting, zakar, pinggang, punggung dan kawasan antara jari jari. Manakala bagi bayi termasuk kepala, muka, leher, tangan dan tapak kaki.

Cara mencegah gatal gatal atau scabies

Selepas perjumpaan dengan doktor petang semalam, doktor memberi beberapa kaedah rawatan untuk mencegah scabies tersebut. Antaranya ialah membasuh semua baju dalam air panas, menjemur tilam di kawasan panas terik matahari dan membasuh semua sarung bantal dan cadar di rumah. Walaupun baru minggu lepas basuh cadar dan sarung bantal bila dah jadi macam ni kenalah ikut apa yang di cadangkan oleh doktor. Kata nak merawat masalah kan. 

Doktor juga mencadangkan anak anak mandi dengan air panas yang dicampurkan ke dalam air mandian mereka. Ini bertujuan untuk membunuh hama yang ada pada kulit. Doktor juga memberi ubat sapu dan ubat sirap tahan gatal untuk Aina dan Auni manakala Adhwa diberi ubat sapu dalam tiub. Ubat untuk Adhwa tak sama dengan Aina dan Auni. Semua ubat perlu disapu pada kulit selepas mereka mandi. Ubat sapu dan makan perlu diambil pada waktu malam sebelum tidur. Doktor beri tempoh tiga hari untuk merawat, sekiranya semakin teruk kena rujuk klinik semula.

Jadi, kita tengok tiga hari ini macam mana. Hopefully, langkah langkah pencegahan yang Mimi dan suami buat dapat mengurangkan masalah scabies yang anak anak Mimi alami.

Khamis, 13 Julai 2017

Tukar ke Domain DotCom

11:15:00 PG 5 Comments
Tukar ke Domain DotCom | Alhamdulillah one step closer. Sebenarnya dah lama fikirkan nak tukar domain ni, akhirnya hari ini Mimi register juga tukar domain blog. In shaa Allah bakal tukar ke domain dotcom. Sebelum buat keputusan tukar domain ini, Mimi akan pandang dari pelbagai sudut. Memang bila kita nekad tukar ke domain dotcom akan ada effect pada blog kita. Cuma, semua itu hanya sementara. Sebagai blogger, kita kena anggap semua itu sebagai semangat kita untuk terus berusaha dalam berblog.


Tukar ke Domain DotCom


Still unpaid pagi sebab nak bayar thru maybank2u problem pula. Tunggu tengahari nanti nak settle payment cepat. Macam yang korang boleh nampak Mimi ambil pakej yang murah saja RM45.00 setahun. So, kira harga untuk setahun worth it pah kan. 

Untuk domain pula, Mimi pilih domain guna nama sendiri. Komersilkan nama sendiri sebagai jenama blog. Sebab semua media sosial Mimi semua guna nama sendiri. So, senang nanti. Nanti Mimi share dengan korang domain baru Mimi nanti ya.

Isnin, 10 Julai 2017

Jambu Batu dengan Asam Oren dan Asam Serbuk

9:39:00 PG 8 Comments
Jambu Batu dengan Asam Oren dan Asam Serbuk | Malam tadi sebelum makan malam Mimi sediakan kudapan malam jambu batu dengan asam oren dan asam serbuk yang ditabur sedikit. Memang menjadi favourite Mimi sekeluarga. Anak anak Mimi memang suka makan jambu batu dengan asam oren dan asam serbuk sedikit, memang lagi dorang suka. Siap request bubuh banyak sikit. 

Jambu Batu dengan Asam Oren dan Asam Serbuk


Jambu Batu dengan Asam Oren dan Asam Serbuk

Rasanya ramai tahu kan cara nak sediakan asam oren untuk jambu batu kan. Tapi Mimi nak share juga cara nak sediakan asam oren tu.

Asam oren yang digunakan ialah asam oren yang bentuk keping keping tu. Korang just blend hingga halus macam gambar kat atas tu. Tak susah mana pun kan. Nak lagi rasa asam tu tabur saja serbuk asam. Lagi kaw kaw.

Korang pula suka makan jambu batu dengan asam serbuk atau asam oren?

Ahad, 9 Julai 2017

Kanak Kanak Perempuan Berusia 10 Tahun Miliki Bakat Mekap Yang Menakjubkan

9:32:00 PG 4 Comments
Kanak Kanak Perempuan Miliki Bakat Mekap Yang Menakjubkan | Bila terbaca satu post di facebook pasal kanak kanak perempuan berusia 10 tahun miliki bakat mekap yang menakjubkan, speechless 10 minit Mimi dibuatnya. Bayangkan, Mimi time usia 10 tahun tidak kenal apa itu mekap, time ni masih main lompat getah, batu seremban dengan muka comot hitam lengut lagi tau. Budak lelaki tengok pun tak lalu..hahaha...Tapi tidak mustahil zaman sekarang ini wujudnya bakat semulajadi yang buat kita terpegun seperti kanak kanak perempuan ni.

Bezanya kanak kanak perempuan yang dulu dan sekarang memang jauh ketara tau. Zaman Mimi sekolah dulu macam Mimi mention sebelum ni, di usia macam ni kami sibuk main lompat getah, batu seremban, main rebut tiang dan pelbagai jenis permainan lagi. Dengan muka berpeluh, comot, hitam lengut langsung tak kisah. Nama pun kanak kanak riang kan. Tak ada fikir nak layari youtube ke, tengok tutorial pakai shawl ke, tutorial mekap ke, memang langsung tak ada dalam kamus hidup kami yang berusia 10 tahun ketika itu. 

Kanak Kanak Perempuan Berusia 10 Tahun Miliki Bakat Mekap Yang Menakjubkan

Kanak Kanak Perempuan Berusia 10 Tahun Miliki Bakat Mekap Yang Menakjubkan


Kemas dan cantik kan? Yang Mimi geram tu tang kening dia tu. Hebat betul dia lukis kening macam tu. Mimi yang dah 33 tahun ni pun duk gigil lagi nak lukis kening tau. Kadang kadang tu malas nak lukis kening sebab makan masa berjam jam. Penyudahnya sikat kening bagi nampak kemas saja. Sebagai orang dewasa, Mimi memamg respect dengan bakat semula jadi kanak kanak ni. Memang superb! Kagum sangat pada bakat yang dimilikinya.

Bagi pendapat peribadi Mimi, sebagai ummi kepada dua anak perempuan yang berusia 7 tahun dan 6 tahun, Mimi tak galakkan anak anak perempuan Mimi bermain dengan mekap. Bagi Mimi usia seperti mereka sepatutnya didedahkan dengan permainan tradisional atau permianan berunsurkan pendidikan supaya tak lapuk dek zaman selain daripada memberi tumpuan pada pelajaran. Mimi lebih suka terapkan anak anak dengan membantu Mimi mengemas rumah contohnya seperti basuh pinggan, kemas bilik tidur atau sapu sampah. Itu lebih baik kan?

Mimi akui bila time pakai mekap anak anak suka tanya ummi pakai apa, kenapa kakak dan adik tak boleh pakai macam ummi. Selalunya Mimi jawab dengan ayat yang mudah dan senang mereka faham. Bohonglah Mimi cakap kalau anak anak tak pernah pakai mekap. Anak Mimi yang sulung pernah pakai mekap sebab terlibat dengan tarian zapin ketika usianya 6 tahun. Kadang kadang bila nak keluar jalan jalan mereka request nak pakai lipstick. Mimi bagi saja tapi dengan sapuan nipis. Boleh dikira dengan jari berapa kali saja mereka pakai mekap. Sebab Mimi berulang kali cakap tak boleh selalu pakai mekap. Kulit dah cantik nanti jadi tak cantik dan rosak.

Tapi terpulang pada individu sendiri, ada juga ibu ibu yang tidak mengajar anak mekap tetapi bakat mekap itu ada pada anak anak. Kalau anak anak dah minat teruskan saja asalkan tidak lupakan tanggungjawab sebagai pelajar sekolah. Apa yang Mimi katakan ni pendapat Mimi sendiri dalam mendidik anak anak. Lain orang lain cara betul tak?

Khamis, 6 Julai 2017

Kuih Tiram Kuih Pilihan untuk Raya 2017

5:06:00 PTG 12 Comments
Kuih Tiram Kuih Pilihan Untuk Raya 2017 | Bila time raya mesti masing masing ada kuih atau biskut raya favourite kan? Macam Mimi sendiri time raya Mimi suka kalau ada kuih tiram. Kuih tiram sekarang ni susah nak cari tau. Kalau beraya kat mana mana payah sangat nak jumpa. Jadi, bila dapat beli tahun ni rasa puas hati sangat. Sebab itu, kuih tiram kuih pilihan umuk Raya 2017 Mimi sekeluarga.

Raya tahun lepas puas cari orang jual kuih tiram tak jumpa. Kalau ada pun jauh. Redha sajalah tak dapat kuih tiram. Alhamdulillah tahun ni dapat merasa kuih tiram. Kebetulan kawan mak saudara ada jual, apa lagi cepat cepat order. Sebekas RM14.00, murah saja.

Kuih Tiram

Kuih tiram yang Mimi beli daripada kawan mak saudara. Bekas ni yang besar tau, so berbaloi dengan harga RM14.00.

Akhirnya, merasa juga makan kuih tiram. Tahun depan memang kena standby order awal awal. Nak cari last minute memang payah.

Korang pula apa jenis kuih/biskut raya pilihan untuk raya tahun ni?