Ahad, 11 Jun 2017

Hello Kitty Sling Bag

Hello Kitty Sling Bag | Bila masuk bulan Ramadhan, memang pelbagai persiapan yang kita nak buat. Sediakan kuih raya, baju raya anak anak, langsir baru, perabot baru dan 1001 macam lagi yang kita nak buat dan sediakan.

Mimi sendiri tak lepaskan peluang sediakan apa yang patut. Baju raya awal awal dah siap beli, beli awal awal senang sikit tak serabut fikirkan. Salah satu keperluan untuk anak anak dara Mimi, Mimi belikan diorang Hello Kitty Sling Bag. Senang nak simpan duit raya masing masingkan. 


Untuk Aina beg warna biru, Auni pula warna pink. Hello Kitty Sling Bag nih didatangkan dengan dua jenis tali. Satu tali panjang dan satu tali manik pendek. Boleh ubah ikut taste anak anak kan.

Beg nih tak mahal pun, cuma RM29.00 saja untuk sebuah. Campur postage total semua RM64.00. So, tak mahal mana. Puas hati sangat. Anak anak pun suka. Alhamdulillah, semua persiapan untuk family Mimi dah selesai.

2 ulasan:

  1. mmg comel2 dua beg tuh... takde lah berebut ek...
    comei je pagi2 raya pakai beg nih....

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.