Jumaat, 30 Jun 2017

Info EOperasi Yang Perlu Anda Tahu

2:52:00 PTG 4 Comments
Korang pernah dengar tak apa itu EOperasi? EOperasi Modul Pengurusan Guru merupakan salah satu modul pengurusan daripada KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia). Tahukah korang apa itu sebenarnya E-Operasi?



EOperasi adalah sebuah aplikasi digunakan oleh para guru untuk kemaskini data mereka dalam perkhidmatan perguruan yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu juga, Kerajaan telahpun membangunkan banyak sistem yang masih ramai tidak tahu,antaranya:

Merupakan sistem online yang memudahkan ibu bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak anak yang bersekolah di sekolah rendah dan sekolah menengah.

APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid)
Sistem online untuk merekod dan menyimpan data murid

HRMiS
Sistem online yang memaparkan segala maklumat peribadi guru, permohonan cuti rehat, cuti sakit dan pelbagai cuti lain, permohonan tuntutan dan menyemak permohonan dan sebagainya.
Web yang memaparkan info info terkini mengenai jawatan kosong di sektor kerajaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem sistem di atas, korang klik saja link yang Mimi berikan. 


Sistem-sistem ini dibangunkan khusus untuk memudahkan rakyat Malaysia menyimpan data dan membantu kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Segala maklumat dan data disimpan dengan teratur dan memudahkan pencarian. Jadi, dengan adanya sistem sistem ini sebenarnya banyak membantu kita agar terus maju ke hadapan di era zaman penuh canggih ini.

E-Operasi juga digunakan untuk menyemak status guru-guru jika mereka mahu bertukar tempat melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG). Dengan adanya E-Operasi ini, ia membantu dan memudahkan para guru membuat semakan status pertukaran mereka hanya dengan satu klik saja. Tidak perlu bersusah payah pergi ke Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengetahui status pertukaran.

Dengan adanya e Operasi ini, para guru lebih mudah menguruskan data-data yang penting semudah di hujung jari sahaja. Maklumlah sekarang zaman internet. Seharusnya kita perlu mempraktikkan seiring dengan zaman teknologi yang serba canggih ini. Hanya satu klik semua data yang dinginkan akan terpapar di skrin komputer atau pun handphone. Jimat masa dan tenaga.

Mimi yakin pasti ramai para guru yang masih belum tahu cara atau belum faham untuk menggunakan sistem e-Operasi ini. Mimi akan beritahu korang bagaimana cara untuk login eoperasi Modul Pengurusan Guru ini dengan mudah. Mula mula sila klik di sini --> eOperasi. Kemudian pilih "Cara Log In e-Operasi" dan ikut arahan yang diberikan.


Para guru amat digalakkan untuk login sistem ini melalui laman web ini kerana ia lebih mydah di akses. Tidak perlu risau terjadi masalah website down atau laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk mengemaskini data-data melalui e-Operasi. Yang penting, ID dan password yang didaftarkan perlu dingat. Sekiranya terlupa kata laluan, klik saja pada "Lupa Kata Laluan".

Modul eoperasi ini juga menguruskan berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu :

a) pengguna (guru dan bukan guru)
b) pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah).

Jadi, buat korang yang bekerja di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, sistem eoperasi ini sangat membantu dan memudahkan korang kerana semua data ada di dalam modul eoperasi ini. Ia sangat mrnjimatkan masa korang kerana semua di hujung jari. Tidak perlu risau jika tidak tahu menggunakan kerana tutorial juga ada disediakan bagi membantu korang yang tidak pandai menggunakan sistem ini.


Mimi harap artikel ini dapat membantu korang mengetahui lebih lanjut mengenai eoperasi 2017 ini di mana ia memudahkan untuk mengemaskini data-data korang secara online. Korang boleh share artikel ini kepada kawan kawan yang masih belum mengetahui mengenai e-Operasi ini.

Kad Raya daripada Blogger Shida

1:00:00 PTG 1 Comments
Kad Raya daripada Blogger Shida | Tak sangka masih terima kad raya daripada kawan blogger. Masa terima kad raya tu, terkejut juga. Punyalah duk fikir siapalah yang bagi kad raya. Sekali bila tengok kad raya, baru tahu daripada siapa. Mimi dapat kad raya daripada blogger Shida. Terima kasih blogger www.duniashida.com sudi bagi kad raya.


Setiap tahun memang blogger Shida bagi kad raya tema biru gitu. Terima kasih Shida bagi kad raya. Ingat juga kat akak ya.


Tampil Berbeza dengan Ephyra Lips

10:28:00 PG 1 Comments
Tampil Berbeza dengan Ephyra Lips | Sekarang ni kan dah macam cendawan tumbuh pula founder mengeluarkan lipstick jenis matte. Jadi trend sekarang ni. Ephyra pun ada mengeluarkan lipstick jenis matte tau iaitu Ephyra Lips. Siapa yang tak kenal dengan jenama Ephyra kan? Satu jenama besar yang memang dikenali ramai.Ephyra Lips mempunyai lima rona warna yang berbeza dan memikat hati iaitu Whisper Nude, Pink Peony, Amber Rose, Red Kiss dan Scarlett Plum. Korang yang nak tampil berbeza dengan Ephyra Lips bolehlah dapatkan Ephyra Lips cepat.

Sana sini sibuk duk promote Ephyra Lips, so, haruslah grab kan. Nak juga merasa pakai Ephyra Lips. Mimi beli sekali tiga terus iaitu Whisper Nude, Amber Rose dan Pink Peony. Lagi dua warna tu belum beli lagi. Akan datang in shaa Allah pasti beli.


Bila pakai Ephyra Lips ni nampak berbeza pula muka...hahaha...Yela warnakan mempengaruhi penampilan seseorang. 


Sesekali kena berani tampil berbeza dengan warna lipstick yang baru. Selalu asyik pakai lipstick yang ikut warna darah saja. Sesekali kena tampil dengan style baru pula. Pakai Ephyra Lips ni memang best tau. Bila sapu lipstick di bibir rasa smooth dan moisture saja lepas tu baru nampak warna tu jadi matte kat bibir. Bau pun wangi saja tau.

Korang dah beli Ephyra Lips juga ke?Kalau belum beli, cepat cepat beli. Memang best tau.

Rabu, 28 Jun 2017

Pertama Kali Sambut Hari Lahir Adhwa

1:47:00 PTG 7 Comments
Pertama Kali Sambut Hari Lahir Adhwa | Sebenarnya hari lahir Adhwa pada 23 Jun yang lepas iaitu pada 27 Ramadhan. Jadi, preparation nak sambut hari lahir dia memang tak buat lah sebab masih berpuasa dan sibuk nak siapkan keperluan raya kan. Tapi, masa raya ketiga semalam encik suami tiba tiba ajak pergi Lukut nak beli barang katanya. Rupa rupanya nak belikan anak boy dia kek hari lahir. Yela, pertama kali sambut hari lahir Adhwa kan.

Jadi, semalam sambutlah hari lahir Adhwa secara kecil kecilan. Kebetulan semalam Mimi dekat rumah orang tua dan saudara mara ada datang beraya jadi buat sekali terus senang. Unplanning activity.

Adhwa pun semalam malu malu kucing saja time potong kek. Senyum kemain lebar dapat potong kek.


Time nak potong kek nih Adhwa malu malu lagi. Selalu dia lah camera friendly, boleh pula time nak potong kek dia malu nak kamera. 

Walaupun tak semeriah mana, syukur buat juga sambutan untuk si kecil. Sekejap saja masa berlalu, dah setahun pun dia.

Semoga Muhammad Adhwa Faris membesar dengan sihat. Menjadi anak yang soleh dan berbakti untuk Ummi dan Abi, keluarga dan negara. Semiga diberikan rezeki yang melimpah ruah dan hidup Adhwa dilimpahi kasih sayang. Aamiin.


 

Isnin, 26 Jun 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017

3:49:00 PTG 4 Comments
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017| Assalamualaikum dan hai korang. Di kesempatan ini, Mimi nak ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan rakan blogger. Tahun nih, turn Mimi sekeluarga beraya di Sg. Rambai, Melaka kampung suami. Raya kedua nanti baru balik beraya di Port Dickson, kampung Mimi pula. Tema untuk raya pertama ialah warna Maroon.


Baju suami dan si kecil boy tuh sebenarnya warna maroon, bila snap gambar nampak warna merah pula. Time nih, kami bersiap siap nak raya rumah saudara mara. Dari pagi sampai tengahari. Balik rumah, sibuk layan tetamu yang datang beraya tak putus putus. Malam pula, kami sambung beraya lagi.

Untuk raya kedua pula, tema kami warna Emerald Green. Gambar nih kami ambil selepas beraya ke rumah saudara mara yang tak sempat kami pergi semalam.


Gambar adik ipar Mimi yang bongsu ambilkan. Suka pula tengok sebab awan tuh nampak cantik sangat. Masa nih kami dah nak balik Port Dickson. Sebelum balik, bergambar dulu.

Alhamdulillah, raya kali nih meriah macam raya sebelum sebelum nih. Cuma Mimi kurang seronok sikit sebab dilanda diarhea gara gara makan sambal hitam masa pergi beraya.

Apa apa pun memang seronok. Anak bertambah, duit raya anak anak bertambah 😅😅

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri semua😊




Ahad, 25 Jun 2017

Althea Haul - Unboxing Althea Limited Edition Box

7:07:00 PG 4 Comments
Althea Haul | Sempena Raya Giveaway Festival, macam macam produk yang ada sale di ALTHEA. Dari produk skincare sampailah ke barang mekap semua murah murah uols. Rambang mata jadinya. 

So, Mimi juga tak lepaskan peluang shopping di ALTHEA sempena Raya Giveaway Festival nih. Time time nak raya nih haruslah tambah koleksi barang mekap. Raya nanti bolehlah melaram sakan dengan mekap baru. 

Cantikkan bungkusan ALTHEA..Cute sangat.

Limited Edition Box warna hijau pastel. 

Cantik kan Limited Editton Box nih. Kebiasaannya kalau shopping di ALTHEA box warna pink tau.

Untuk setiap pembelian RM99 ke atas, akan dapat free shipping dan yang paling best dapat satu free produk sempena giveaway Raya. Pilih saja apa korang suka.

Nak tahu apa yang Mimi pilih untuk free giveaway, jom sama sama unbox ALTHEA Haul dengan Mimi.

Witch's Pouch Selfie Perfect Eyebrow

Mimi pilih warna Brown. Kalau pilih warna hitam mahu jadi Shin Can nanti. Hahaha..Bila apply dekat kening terus jatuh hati sebab smooth aje bila apply. Mudahkan kerja Mimi nak bentuk kening.

Witch's Pouch Shadow for Eyes Kod 02 Pink of Moon.

Bila pakai memang nampak nice je mata tuh. Warna pun cantik.

Witch's Pouch Color Corrector CC Cream SF50+ PA+++ 6 in 1

Mimi dah try pakai CC Cream nih memang best. CC cream nih ada 6 fungsi tau iaitu UV protecting, Moisturizing, Whitening, Anti-Wrinkle, Covering dan Correcting. Bila pakai lama lama cc cream nih akan blend dengan warna kulit. Kulit pun nampak glowing dan lembut saja bila sentuh.

Witch's Pouch Banhana Mascara Sweet Curling

Apa yang best pasal mascara nih, baunya best ala ala bau bubble tau. Lepas tuh, sapuan mascara pada bulu mata pun sekata saja tak ada berbutil butil mascara tuh kat bulu mata.

Witch's Pouch Selfie Like Shot Dual Lipstick Kod 03 Coral & Red

Mimi suka lipstick nih sebab warnanya tak terlalu terang. Just nice saja bila apply.

Eyelash Curler & Cushion

Beli nih sebab pengepit bulu mata dah lama hilang..Cushion tuh beli sebab senang nak apply bedak kat muka.

Witch's Pouch Selfie Perfect Concealer Kod 23 Natural Beige

Dah apply kat muka. Best sangat. Soft saja bila apply kat muka. Tak payah tepek tebal tebal pun. Dap dap sikit kat muka sapu dan nampak sekata dah.

Witch's Pouch Love Me Blusher Kod 03 Berry Pink

Hah, nihlah barang yang Mimi pilih untuk giveaway tuh. Memang dapat free okey. Blusher nih besar, puas hati sangat. Warna pun cantik just nice kalau apply di pipi.

Selain tuh, Mimi pun dapat sampul raya dari ALTHEA yang ada code shopping. Sempat lagi nak gunakan. 

Okey, dah settle unbox dan korang dah tau apa yang Mimi beli di ALTHEA. Produk produk yang ada di Althea nih semuanya produk KBeauty didatangkan khas dari Korea. Dijamin selamat. Korang kalau nak shopping di ALTHEA sempat lagi okey, Raya Giveaway Festival masih berjalan lagi. Rugi kalau tak shopping di ALTHEA.

Thanks ALTHEA for da aweaome gifts. Will shopping more and more again after this!!❤❤❤

Sabtu, 24 Jun 2017

Resipi Rendang Ayam Yang Sedap

8:45:00 PTG 2 Comments
Resipi Rendang Ayam Yang Sedap| Bila nak raya mesti masing masing sibuk prepare juadah untuk Hari Raya Nanti kan? Antaranya ketupat, rendang, kuah kacang, kuih raya dan pelbagai lagi juadah wajib ada pagi raya nanti.

Mimi pun tak ketinggalan nak sediakan salah satu juadah untuk raya nanti iaitu Rendang Ayam. Tahun ni giliran raya kat Melaka, rumah mak mertua memang tak buat rendang. Cuma buat sambal ayam, kari daging dan kuah kacang. Memandangkan Mimi memang nak juga makan dan nak buat resipi rendang ayam yang sedap, jadi suruh suami beli bahan Mimi masak sendiri. Cara nak masak pun tak susah kan.

Jom sama sama tengok bahan bahan dan cara nak masak rendang ayam yang sedap nih.


Resipi Rendang Ayam Yang Sedap
1 ekor ayam

Santan cair
Santan pekat
Kerisik
Daun kunyit (dihiris halus)
Cili boh (cili kering diblend)
Kulit kayu manis
Bunga Lawang
Buah Pala

Bahan untuk dikisar :

10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit
3 batang serai (saiz besar)


1. Kisar semua bahan sehingga lumat.
2. Panaskan minyak. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pala. Biar seketika masukkan bahan yang dikisar.
3. Kemudian masukkan cili kering yang diblend. Agak agak korang la nak banyak mana ya.
4. Masukkan ayam gaul sebati. Masukkan santan cair. Biarkan sampai kuah agak kering, masukkan santan pekat. Gaul sebati. 
5. Masukkan kerisik. Gaul lagi. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan garam.
6. Siap. Boleh dihidang bersama ketupat, lemang atau pun nasi panas.

Selamat mencuba!

Khamis, 22 Jun 2017

Special Gifts Of Baby Shower From Gifts Less Ordinary

1:34:00 PTG 2 Comments
Special Gifts of Baby Shower From Gifts Less Ordinary | Have you ever heard of a baby shower? What is a baby shower? Baby shower is a way to celebrate expected or delivered birth of a child by presenting gifts to the mother at a party, whereas other cultures host a baby shower to celebrate the transformation of a woman into a mother.

So, when you get an invitation to a baby shower party,  of course you want to find a special gift, right? I would like to suggest all of you find the special gifts of baby shower from Gifts Less Ordinary. Why must Gifts Less Ordinary?

Gifts Less Ordinary is a one-stop marketplace displaying beautiful and memorable gifts. You can find various kinds of gifts at Gifts Less Ordinary as shown below.






For information, many gifts at Gifts Less Ordinary can be personalised. So, it will be a special and memorable gifts. To find out more special gifts for baby shower, just find them here (https://giftslessordinary.com/occasion/baby-shower)

After browse the Gifts Less Ordinary web, i saw many beautiful and memorable gifts available for sell. The gifts are so nice and cute! I'm fall in love with the awesome design. So, you should browse the Gifts Less Ordinary to find out more and more, and then you will totally agree with me😍!

To find out more about Gifts Less Ordinary, you can visit web and social media as follows :




[Gambar] Clorox Lemon

11:46:00 PG 2 Comments
Clorox Lemon | Semalam ada Unknown yang tinggal komen bertanyakan gambar clorox lemon yang Mimi guna untuk hilangkan kesan turun warna pada baju yang berwarna. Mimi pernah up dulu entry berkaitan. Korang boleh baca kat SINI

So kepada Unknown yang bertanya tuh, inilah dia clorox lemon yang saya gunakan tuh.

Wedges BATA Jadi Pilihan

10:08:00 PG 8 Comments
Wedges BATA Jadi Pilihan| Tahun tahun lepas kalau beli kasut raya mesti Mimi pilih jenis flat shoe. Tumit tinggi ke wedges ke memang Mimi tak beli sebab masa tuh ada problem dengan lutut kiri. So, dah kena warning dengan suami. Katanya sedar diri sikit kaki tuh sakit.

Tapi raya tahun nih, dengan rasa tak sedar dirinya Mimi beli wedges untuk di pakai pagi raya nanti. Taklah tinggi mana tapi kalau dah wedges kan tetap juga ada tingginya. Hahahaha...

Kali nih, wedges BATA jadi pilihan Mimi. Dulu, Mimi tak suka sangat masuk BATA sebab design tua tua sangat. Kongaja aje kan. Tapi, selari dengan peredaran masa dan arus kemodenan, (cewahhh...ayat tak menahan..), design kasut kasut yang ada di BATA memang cantik dan up to date lah. Rambang mata tau masa nak beli kasut. Pilih punya pilih, try sana try sini akhirnya Mimi dapat kasut yang Mimi nak dan sesuai dipakai dengan baju raya nanti.


Bila sarung je, tapak kaki rasa selesa sangat sangat tau. Comfortable sesangat. Tak terasa macam pakai wedges pun. Design yang simple dan nice, affordable lah dengan harganya. Mimi beli kasut nih dengan harga RM89.90 saja. Murah kan kan? Sebab tuh, wedges BATA jadi pilihan Mimi.

Korang dah beli kasut raya? Kasut raya jenama apa pilihan korang?

Selasa, 20 Jun 2017

SAFI Shayla Syampu Wanita Bertudung

2:31:00 PTG 4 Comments
SAFI Shayla Syampu Wanita Bertudung | Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya.

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung.

SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi santapan Jujungan Mulia Rasullullah S.A.W  meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail datang memanggil.  kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”, Jelas Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman.

SAFI Shayla didatangkan dengan rangkaian seperti berikut :


SAFI Shayla  Anti Kelemumur

SAFI Shayla Hitam Menawan

SAFI Shayla Itch Kontrol

SAFI Shayla Kawalan Rambut Rosak

SAFI Shayla Licin Terurus

SAFI Shayla Penyegar Kulit Kepala

SAFI Shayla Perapi Rambut

Mimi sendiri memang pengguna SAFI Shayla tau. Sekarang ini memang Mimi gunakan SAFI Shayla Kawalan Minyak. Baunya wangi dan tahan lama memang best sangat tau. Mimi juga memggunakan SAFI Shayla Perapi Rambut. Setiap kali selepas cuci rambut, Mimi akan gunakan perapi rambut. Selepas bilas, rambut memang wangi dan lembut sangat tau.

Rangkaian produk SAFI Shayla yang Mimi ada sekarang ini. Stok untuk beberapa bulan. Silap haribulan stok untuk setahun.

Dari kiri : SAFI Shayla Kawalan Minyak, SAFI Shayla Hitam Menawan, SAFI Shayla Perapi Rambut dan SAFI Shayla Itvh Kontrol.

Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya


Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

 “Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.

Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab, boleh tonton video YouTube di bawah.



Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI boleh layari laman laman berikut :


Facebook SAFIwww.facebook.com/SAFI.MY
Instagram SAFI : @safimalaysia 
Web SAFI : www.safi.com.my

Acer Iconia Talk 7 Untuk Mama

12:19:00 PTG 4 Comments
Acer Iconia Talk 7 | Era internet di hujung jari nih betapa pentingnya memiliki gadjet seperti handphone, tab dan sebagainya. Selain daripada digunakan untuk mencari info sudah tentulah kegunaannya untuk bertanya khabar sesama keluarga dan kawan kawan. Sama ada call, whatsapp, telegram dan sebagainya. Memandangkan betapa pentingnya gadjet itu, Mimi hadiahkan Acer Iconia Talk 7 untuk mama.

Sebelum ini mama Mimi guna tab 10 adik yang ketiga bagi guna tab dia. Tapi sayang dah rosak sebab jatuh. So, Mimi cadang nak belikan handphone untuk mama tapi fikir semula tak jadi. Kebetulan Mimi main kutu bulanan (dapat barang) RM50 x 10 orang = RM500, jadi Mimi decide ambil Acer Iconia Talk 7 untuk mama.

Acer Iconia Talk 7 sebelum unbox


Selepas unbox.

Mimi dah siap install waktu solat Malaysia, game Candy Crush, Cooking Fever, Farm Heroes Saga untuk mama. Jangan tak tahu dia pun layan game. Yang penting install whatsapp sebab kami ada whatsapp group family. Siap letak pic ayah dan mama jadi wallpaper lagi.

Jenuh juga belek belek explore apa yang ada. So far puas hati sebab internal storage 10gb. Kira okey untuk kegunaan macam Mama. Bukan macam kita yang muda muda nih internal nak besar aje.

Tak sabar nak bagi Acer Iconia Talk 7 nih dekat mama. Mesti dia happy. Sebab bila balik kampung asyik tanya bila nak dapat "tib" dia...Hahaha sweet je. Orang sebut tab mama sebut "tib". Lepas nih, nak cari screen protector untuk Iconia Talk 7 nih dan belikan simkad untuk mama. Selepas nih senang dah anak anak nak call ke whatsapp ke kan..Ada rezeki lebih nak belikan ayah handphone pula. Doakan ya. 

Isnin, 19 Jun 2017

Fesyen Ringkas dan Cantik Menjadi Pilihan Di Pagi Raya

10:24:00 PTG 2 Comments
Fesyen Ringkas dan Cantik Menjadi Pilihan Di Pagi Raya | Pejam celik pejam celik kita dah pun menyambut Ramadhan yang ke 23 hari. Seperti Ramadhan tahun yang lalu kita pasti sibuk menyiapkan pelbagai persiapan untuk sambut raya. Salah satunya pastilah menyediakan pakaian raya yang sedondon di pagi raya kan.

Sebelum tuh, Mimi nak war warkan yang Lazada Malaysia sedangkan menganjurkan contest untuk para blogger sempena menyambut bulan mulia bulan Ramadhan iaitu Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest. Sekarang ni dah minggu ketiga contest ini berlangsung.



Rakan blogger dijemput untuk memeriahkan contest ini. Hadiah yang ditawarkan sangat best dan contest ini terbahagi kepada 4 tajuk yang berbeza setiap minggu seperti berikut :

Week 1 : Delicious Ramadhan - Share the recipes of your favorite Iftar dishes
Week 2 : My Ramadhan Home - Share your house decorating tips for this Raya
Week 3 : Looking Good & Beautiful - Share your outfit details for this Raya
Week 4 : Travelling Back Home - Where do you celebrate Raya this year?

Week 3 Contest: 

Theme: Looking Good & Beautiful 

a. What's your color theme for this Raya? 


Tema warna Raya Mimi sekeluarga tahun ini ialah Maroon. Sebenarnya, tema warna tahun nih suami Mimi yang pilih. Dan tugas Mimi mencari baju raya yang bersesuaian dan menepati tema warna ditetapkan. Cuma warna baju kami saja berbeza sedikit tapi tak mencacatkan langsung tema warna yang suami pilih.






b. Share your outfit details for this Raya 



Raya tahun ini, Mimi pilih baju raya untuk diri sendiri dan anak anak perempuan dengan fesyen yang ringkas dan menawan. Untuk anak anak perempuan Mimi, baju raya mereka berpotongan peplum longgar dan labuh di bahagian belakang. Manakala baju raya Mimi berpotongan serong di bahagian depan dan labuh di bahagian belakang. Dan yang paling penting, baju raya Mimi ada zip di hadapan (bf friendly) serta zip di bahgian tangan (mesra wuduk). Untuk suami dan anak lelaki Mimi pula, baju melayu fesyen ringkas berwarna Maroon.


c. What outfit/clothes would you like to buy on Lazada’s platform for this Raya? 


Bila shopping di Lazada memang favourite Mimi tau. Untuk melengkapkan lagi gaya Mimi di pagi Raya nanti, sudah tentulah Mimi memilih handbag yang bersesuaian dengan pakaian yang Mimi pakai nanti. Handbag Mango Saffiano Cross Leather yang ringkas dan sofistikated sudah pasti memberikan Mimi keyakinan yang tinggi untuk tampil di hadapan saudara mara. Design Mango Saffiano ini ringkas saja tetapi sesuai jika digayakan dengan baju raya Mimi nanti. Tampak ringkas tapi elegan!



Sempena bulan Ramadhan Lazada Malaysia mengadakan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) dari 19/05/2017 sehingga 30/06/2017 (sehingga 90%). Apa lagi jom cepat cepat shopping. Harga pecah jantung yang Lazada tawaran, rugi tak grab.

Ahad, 18 Jun 2017

Resipi Ayam Padprik Yang Sedap dan Mudah

1:38:00 PTG 4 Comments
Ayam Padprik Yang Sedap dan Mudah | Bila tiba bulan Ramadhan nih pasti akan ada pelbagai jenis menu dan juadah yang nak disediakan. Nak nak bila waktu nak berbuka duk kalut fikir nak masak menu apa kan. Untuk berbuka semalam, Mimi masak Ayam Padprik yang sedap dan mudah saja nak disediakan. Cuma sayang seribu kali sayang, daun limau purut takde. Huhuhu...Tapi tak apa still ada rasa padrik walaupun tak berapa padprik. Hahaha...

Resepi Ayam Padprik

5 ketul ayam dipotong kecil
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar dihiris
1 biji lada masak dihiris
5 biji cili padi dititik
1 batang serai dititik
Lobak merak dihiris
Kobis bunga dipotong kecil
Kacang panjang dipotong lebih kurang 1 inci
1 sudu cili kering yang telah diblend
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
1 cawan air

Cara memasak ayam padprik


1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Kemudian masukkan cili kering yang diblend tadi. (Mimi guna 1 sudu saja sebab cili yang digunakan sangat pedas). Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Dah agak agak pecah minyak masukkan isi ayam. Biarkan sekejap.

2. Kemudian masukkan air. Gaul dan masukkan lobak, kubis bunga dan kacang panjang. Gaul hingga sebati. Akhir sekali, masukkan bawang besar, lada masak, cili padi dan serai. Kemudian letak sedikit garam. Biarkan sehingga masak atau bahasa mudahnya sayur empuk. Nak lagi sedap letak daun limau purut. Dah agak agak semua bahan dah masak dan empuk boleh lah diangkat dan dihidangkan.

Masak ayam padprik nih versi Mimi tau. Lain orang lain cara dia masak. Macam Mimi sendiri, masak saja guna bahan apa yang ada asalkan jadi dan boleh dimakan.

Mimi suka masak padprik nih sebab mudah dan senang. Lagi satu tak payah dah susah payah sediakan lauk sayur lagi sebab padprik dah siap pakej ada sayur. Campurkan semua dah jadi satu lauk. Jimat masa jimat tenaga.

Okeylah selamat mencuba.

Jumaat, 16 Jun 2017

Maybank Banking Online Kini Berwajah Baru

9:39:00 PG 4 Comments
Maybank Banking Online Kini Berwajah Baru | Berita baik buat pengguna tegar Maybank Banking Online atau Maybank2U, Maybank Banking Online kini berwajah baru yang lebih mesra pengguna tau. Lebih menarik, jelas dan mudah.

Sebelum ini memang Mimi download aplikasi Maybank2U tapi agak kurang mesra pengguna sebab banyak yang Mimi tak berapa nak faham dan familiar. Tapi dengan Maybank Banking Online yang baru ni, mudah sangat nak guna. Nak transfer duit ke akaun pihak ketiga, nak bayar bil semua jadi mudah. 


Page depan Maybank Banking Online. Dalam bulatan tuh akan keluar gambar keselamatan yang korang pilih sebelum ini. Contoh kalau korang pilih gambar kek, akan keluar gambar kek dan bawah "GOOD MORNING" keluar perkataan berdasarkan gambar dalam bulatan tuh. Nak login klik saja login dan korang akan terus dibawa ke page seterusnya. Tak perlu susah payah masuk username korang tuh. Korang cuma perlu masukkan password korang saja kemudian tekan button LOGIN.


Nih bukan baki akaun Mimi okey. Gambar contoh je nih ambil dari aplikasi Play Store. Selepas korang login, akan keluar page yang pertama nih. Segala macam jenis akaun Maybank yang korang ada akan terpapar macam gambar di atas.


Kalau ada kad kredit akan keluar statement berkaitan. Macam Mimi memang takde kad kredit pun.

Nak bayar bil seperti bil air, bil elektrik, PTPTN, bil telefon dan lain lain korang klik PAY yang tertera di bawah page. Nanti akan keluar gambar seperti di bawah.


Nanti korang klik saja kat savings account kemudian akan tertera akaun bil bil yang korang pernah daftar sebelum nih. Rujuk gambar di bawah.


Pilih saja akaun yang korang nak bayar bil tuh kemudian masukkan amount yang hendak di bayar. Akan keluar  page seperti di bawah dan korang ikut saja step seterusnya sehingga selesai. Mudahkan. 



Aplikasi baru ini memang sangat sangat mudah dan cepat tau korang. Mesra pengguna gitu. Korang yang ada Maybank2U boleh download aplikasi Maybank baru di Play Store.

Selasa, 13 Jun 2017

Instant Shawl Double Loop Ash Camikiya

12:13:00 PTG 1 Comments
Instant Shawl Double Loop Ash Camikiya | Assalamualaikum dan hai korang. Pejam celik pejam celik hari nih dah masuk hari ke 18 kita berpuasa. Okeylah, Mimi nak cerita dekat korang mengenai Instant Shawl Double Loop Ash Camikiya yang Mimi beli minggu lepas. Mimi beli dua helai iaitu warna Maroon dan Copper.

First impression bila dapat Instant Shawl Double Loop Ash Camikiya nih memang fall in love terus tau. Bukan setakat cantik saja malahan menjimatkan masa tau. Tak payah belit sana belit sini, cuma dua kali sarung siap dah.



Bab keselesaan, memang Mimi berani jamin memang selesa. Tak panas dan yang paling penting labuh. Korang boleh adjust labuh ikut keselesaan korang nak. Macam Mimi sendiri, instant shawl nih memang banyak bantu Mimi bersiap. Nak nak ada anak kecil nih, ada masa nak belit sana belit sini. Memang taklah kan.

Sekarang nih Ash Camikiya sedang buat promosi tau. Korang boleh je terjah Ash Camikiya di fb atau ig. Rambang mata dibuatnya. Lepas nih, Mimi nak grab lagi empat helai instant shawl nih. Tambah koleksi.