Combi Fealetto Auto Swing Parenting Station Memberi Keselesaan Kepada Si Kecil

Combi Fealetto Auto Swing Parenting Station | Seperti ibu bapa yang lain, Mimi dan suami tak terlepas dari membuat senarai barangan keperluan untuk anak terutama sekali bila ada baby di rumah. Stroller, baby walker, car seat dan pelbagai lagi barangan keperluan yang wajib ada. Memudahkan juga urusan harian Mimi dan suami bila nak uruskan baby kan. Dan korang wajib senaraikan Combi Fealetto Auto Swing Parenting Station dalam barangan keperluan baby tau.

Sudah menjadi rezeki baby kami, Adhwa mencuba sendiri keistimewaan Combi Fealetto Auto Swing Parenting Station. Sekarang Adhwa berusia 10 bulan 22 hari amat sesuai menggunakan Combi Fealetto Auto Swing ini kerana ia sesuai digunakan dari bayi berusia 0 sehingga 48 bulan.

Combi Fealetto Auto Swing Parenting Station

Combi Fealetto Auto Swing Parenting Station


Apa yang Mimi suka tentang Combi Fealetto Auto Swing Parenting Station ini ialah :

1) bahagian atas iaitu bahagian kepala boleh diubahsuai kepada lima kedudukan yang berbeza mengikut keselesaan si kecil. Dari kedudukan baring sehinggalah duduk menegak. Cuma tekan butang berwarna kelabu di bahagian belakang dan tolak perlahan ke atas mengikut kedudukan yang dinginkan. Kemudian, boleh kunci butang di belakang selepas selaraskan kedudukan yang diinginkan. Selalunya, Mimi akan ubah kedudukan Fealetto sedikit menegak untuk mudahkan Adhwa untuk menonton televisyen atau makan. Fealetto ni juga boleh diselaraskan ketinggiannya hanya menekan butang di bahagian sisi kiri dan kanan.




2) didatangkan bersama dengan meja dan kotak yang boleh diubahsuai. Korang boleh rujuk gambar untuk nampak lebih jelas. Meja ini boleh dipasang jika kedudukan Fealetto dalam keadaan duduk. Sesuai untuk anak yang dah pandai duduk. Time makan boleh pasangkan meja ni untuk memudahkan anak makan. Manakala kotak yang terdapat di sebelah tepi kiri ini mudah dipasang dan ditanggalkan. Kotak ni boleh simpan pelbagai keperluan anak seperti lampin pakai buang, bedak, minyak bayi dan pelbagai lagi. Cara nak buka kotak ini pun mudah, cuma tekan saja butang yang terdapat pada bahagian penutup kotak. Jika tidak mahu menggunakan kotak ni, cuma tanggalkan saja dari besi penyangkuk.





3) bila Fealetto ini diubahsuai dalam keadaan baring ataupun senang cakap dalam kedudukan seperti katil untuk tidurkan baby, butang Auto Swing dan Muzik ada di sebelah kanan. Boleh adjust ikut kesesuaian yang dikehendaki. Sebelum menggunakan butang Auto Swing dan Muzik, kena pasangkan wayar yang diberikan sekali pada plug. Kalau tak pasang, tak berfungsi ya. Muzik pun korang boleh adjust dari tone rendah (1) sehingga kuat(4). Kedua dua swing dan muzik ini hanya bertahan selama 15 minit sahaja dan akan berhenti secara serentak selepas 15 minit. Kalau tak nak gunakan muzik pun boleh, cuma gunakan saja Auto Swing. Apa yang best, kalau tak nak guna Auto Swing, boleh juga gunakan Manual Swing. Caranya tak perlu pasang wayar pada plug dan korang unlock butang di kiri kanan Fealetto ni. So, boleh dah gerakkan untuk manual swing.



4) roda pusing yang terdapat pada Fealetto Auto Swing ini boleh juga diubah agar tidak bergerak. Cuma tekan ke bawah dan dalam masa yang sama tolak sedikit roda ke belakang, roda pusing tersebut akan statik pada kedudukan dan tidak bergerak. Dwi fungsi roda ini memudahkan untuk bergerak atau statik pada keadaan tidak bergerak.




Combi Fealetto Auto Swing Parenting Station ini didatangkan dengan tona warna krim yang nampak sangat eksklusif dan jahitannya juga kemas. Untuk baby berusia dari 0 - 4 bulan, ada bantal dan pelapik mesra bayi yang disediakan. Mimi tak gunakan pun memandangkan Adhwa pun dah besar dan boleh duduk sendiri, so bantal dan pelapik Mimi simpan. Combi Fealetto ini juga sangat membantu Mimi untuk memantau pergerakan Adhwa. Adhwa sekarang suka mengutip sesuatu di lantai dan masuk ke dalam mulut. So, bila letakkan dia dalam Fealetto ni, nak buat keja pun senang. Duduk saja diam diam dekat situ sambil perhatikan Mimi buat kerja.

Adhwa dan Combi Fealetto Auto Swing Parenting Station

Ternyata Combi Fealetto Auto Swing Parenting Station ini banyak kegunaan dan fungsinya. Sangat membantu kita sebagai ibu bapa untuk memberi keselesaan berganda kepada anak sewaktu mereka sedang tidur, berehat sambil menonton televisyen ataupun duduk menikmati makanan yang sedap.

Untuk testimoni berkaitan Combi Fealetto Auto Swing Parenting Station ini juga boleh di dapati di www.100Comments.com.

Untuk makluman lanjut mengenai Combi Fealetto Auto Swing Parenting Station korang boleh layari website dan facebook Combi seperti berikut :

FB Page : www.facebook.com/malaysiacombi

Head over to 100Comments.com for Malaysian product reviews, daily product giveaways, usegul tips & advice

Lunavie Deluxe Nail Clipper With Magnifier Memudahkan Untuk Memotong Kuku Anak

Lunavie Deluxe Nail Clipper With Magnifier | Assalamualaikum dan hai korang. Korang ada tak yang menghadapi masalah takut potong kuku anak macam Mimi. Mimi dari dulu seriau sikit bab bab nak potong kuku anak sejak berlaku kejadian tak diingini. Masa anak sulung Mimi baby lagi, Mimi nak potong lah kuku dia yang panjang sekali Mimi terpotong isi dia sikit. Tak sengaja okey. Berdarah. Apa lagi baby meraung dengan Mimi sekali meraung. Sejak tuh, memang tak berani dah nak potong sendiri kuku anak. Memang suruh encik suami. Tapi sekarang, masalah takut potong kuku anak dapat diatasi dengan adanya Lunavie Deluxe Nail Clipper With Magnifier.

Lunavir Deluxr Nail Clipper With Magnifier

Lunavie Deluxe Nail Clipper With Magnifier ini di reka dengan teliti unuk memudahkan memotong kuku anak dengan selamat. Nail Clipper yang disekalikan dengan cermin kanta yang comel sangat membantu korang untuk melihat kuku anak dengan terang dan jelas semasa memotong kuku. Tak perlu risau jari anak korang terluka gara gara terpotong isi sebab cermin kanta pada nail clipper nih sangat membantu. Yang tak jelas boleh jadi jelas dan terang tau. Bila pegang Lunavie Nail Clipper nih pun rasa selesa pada jari tau sebab reka bentuknya yang mesra jari gitu.



Nail clipper nih memang direka dan dibentuk mengikut saiz kuku anak anak untuk memudahkan korang trim kuku diorang. Cermin kanta nih juga boleh diselaraskan tau. So, selepas guna boleh simpan dengan selamat. Untuk memastikan tahap kebersihan terjaga, selepas guna jangan lupa cuci nail clipper dulu ya. Cuma cuci dengan sabun dan air selepas guna. Kemudian lap dengan kain bersih.



Alhamdulillah, lepas guna dah tak ada rasa takut nak potong kuku anak sebab dengan bantuan cermin kanta tuh jari dan kuku anak yang comel jadi besar dan jelas. Memang sangat membantu Mimi tau, dah tak perlu nak harapkan encik suami lagi. Kalau encik suami tak ada di rumah, Mimi sendiri potong kuku anak. Tak payah tunggu encik suami balik. Kalau dulu, encik suami tak ada seminggu kat rumah seminggu lah tak potong kuku anak takut punya pasal. So, Deluxe Nail Clipper With Magnifier memang sangat sangat membantu Mimi mengatasi masalah yang Mimi hadapi selama nih.

Korang yang nak dapatkan maklumat lanjut atau ingin dapatkan Deluxe Nail Clipper boleh layari maklumat di bawah :

Website : www.lunavie.com
Email : info@lunavie.com

Resipi Tuna Cheese Crepe

Tuna Cheese Crepe | Rasanya dah lama tak kongsi resipi dekat blog. Asyik cerita pasal review je kan sekali sekala update resepi pula. Baru baru ni Mimi dapat stok paratha jenama Kawan dari kampung. So, memandangkan Mimi memang suka sangat paratha, memang tak lepas peluang lah ambil stok kat kampung. Mama dan ayah kurang sikit. Diorang tahu anak anak suka makan, so diorang simpan untuk kami adik beradik. Bila stok paratha dah ada, kepala otak mula ligat fikir nak buat something untuk isi perut. So, tercetus lah Tuna Cheese Crepe.



Sesuai dibuat untuk sarapan pagi atau minum petang tau korang. Memang sedap, nak nak bila gigit je, meleleh leleh keju dalam tuh.

Jom tengok bahan yang diperlukan untuk buat Tuna Cheese Crepe. Resipi nih untuk dua ketul Tuna Cheese Crepe tau.

Resipi Tuna Cheese Crepe


Sekeping paratha
2 keping cheese (dipotong dua)
Tuna dalam tin

Cara cara membuat





Pastikan roti paratha lembut dan canai canaikan dengan jari korang. Kemudian potong kepada dua bahagian. Ambil satu bahagian dulu ketepikan bahagian yang satu lagi.





Kemudian potong cheese kepada dua dan susun cheese di atas paratha tadi. Kemudian, bubuh tuna atas cheese tadi. Tuna ikut korang nak guna jenis apa dan rasa apa. Mimi guna nih tuna yang kurang pedas.



Kemudian balut sehingga dapatkan bentuk macam crepe. Cucuk cucuk dengan grapu. (Boleh rujuk gambar).Sambung buat crepe lagi satu. Dah siap, panaskan minyak. Goreng sehingga garing. Boleh angkat dari kuali dan makan panas panas. Memang meleleh leleh. Korang pun boleh cuba kat rumah tau. Sedap sangat.



Untuk dua ketul Tuna Cheese Crepe nih sudah cukup untuk seorang makan. Memang kenyang tau. Isi penuh dan padat gitu. Jangan lupa cuba tau. Gerenti korang suka.

Hukum Isteri Berkahwin Lain Apabila Suami Hilang Selama 6 Bulan

Hukum Isteri Berkahwin Lain Apabila Suami Hilang Selama 6 Bulan | Assalamualaikum dan hai korang. Hingga hari ini masih ada yang tak boleh move on dengan drama Menanti Februari. Mimi pun ada juga tengok masa awal awal episod. Lepas tuh, terus tak tengok dah. Sampailah drama tuh habis tak tengok pun. Tapi, ada satu isu yang tercetus dari drama Menanti Februari ni di mana Fiza berkahwin dengan Edie selepas kehilangan Arie. Kebanyakan netizen tidak berpuas hati dengan jalan cerita drama ini yang dikatakan tidak menitikberatkan soal hukum hakam. Jadi, apa kata kita baca dan hadam hukum isteri berkahwin lain apabila suami hilang selama 6 bulan.

Soalan: Dalam drama 'Menanti Februari', si suami telah hilang selama 6 bulan di laut. Si isteri berkahwin dengan lelaki lain dalam tempoh tersebut. Pada satu hari, suami yang hilang muncul kembali dan mengetahui isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain yang juga sahabat baiknya. Apakah hukum perkahwinan tersebut?

Jawapan:

Definisi Mafqud (Orang Yang Hilang)

Perkataan al-mafqud berasal dari bahasa Arab dari kata dasar fa qa da yang bermaksud tiada, hilang, dan lenyap.

Imam al-Syafie mendefinisikan mafqud sebagai: “Sesiapa yang tidak didengari khabar tentangnya” Imam al-Nawawi menyatakan mafqud sebagai: “Orang yang terputus khabar berita dan tidak diketahui keadaannya semasa permusafiran atau keberadaannya dalam peperangan atau pada ketika kapal karam atau selainnya.

Para ulama’ mazhab Syafie kontemporari menyatakan mafqud adalah: “Orang yang hilang dari tempat asalnya dalam tempoh yang lama sehingga terputus berita mengenainya dan tidak diketahui juga sama ada dia masih hidup ataupun telah meninggal dunia.”


Tempoh Mafqud Dalam Mazhab

Tidak terdapat nas yang jelas daripada dalil-dalil Quran dan Sunnah berkenaan penetapan tempoh-tempoh tertentu secara tetap bagi tempoh mafqud sebelum diputuskan status kematiannya.

Kebanyakan pendapat yang dinukilkan adalah bersumberkan kepada pendapat-pendapat para sahabat dan pendapat-pendapat tersebut bukan dalam bentuk kesepakatan yang boleh dinilai sebagai hujah ijmak, kerana wujud perselisihan dalam kalangan sahabat dan tabi’en. Namun keperluan kepada tempoh pencarian bagi mafqud adalah disepakati oleh para ulama’.

Nabi SAW memberikan panduan umum dalan isu ini dengan sabdanya:

امْرَأَةُ الْمَفْقُودِ امْرَأَتُهُ حَتَّى يَأْتِيَهَا الْبَيَانُ

“Isteri orang yang hilang, masih dianggap isterinya sehingga datang bukti yang nyata.”

(Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, no. 15565)

Sebelum menghuraikan tempoh mafqud di sisi mazhab Syafie dan  mazhab-mazhab lain serta perundangan Malaysia, ingin kami jelaskan bahawa:

1. Suami yang hilang tetapi keadaannya diketahui dan boleh dihubungi. Dalam situasi ini, si isteri tidak berhak untuk berkahwin lain berdasarkan kepada ijmak para ulama. Namun, sekiranyanya suami gagal untuk memberi nafkah harta kepada isterinya, maka isteri berhak untuk menuntut fasakh melalui qadhi.

2. Suami yang hilang dalam keadaan terputus khabar berita dan tidak diketahui lokasi keberadaannya. Dalam keadaan ini, para fuqaha berselisih pendapat kepada beberapa pandangan seperti berikut:

Pertama: Mazhab Syafie

Menurut qaul jadid (pandangan baru) Imam al-Syafie, tempoh menunggu bagi isteri agar dia boleh menikahi lelaki lain adalah sehingga ada kepastian suaminya telah meninggal dunia atau mentalak isterinya. Manakala menurut qaul qadim (pandangan lama) Imam al-Syafie, tempoh menunggu adalah 4 tahun dengan tambahan masa ‘iddah 4 bulan 10 hari. Pendapat ini juga dipegang oleh Umar bin Al-Khattab, ‘Uthman bin ‘Affan, Ibn ‘Abbas, Ibnu ‘Umar, Malik bin Anas, dan Ahmad.

Pandangan yang sahih lagi masyhur di kalangan ulama Syafie ialah ia terserah kepada ijtihad para hakim dalam menentukannya. Namun begitu, terdapat juga pandangan-pandangan yang mengatakan ia ditentukan selepas 68 tahun, 70 tahun, 80 tahun, 100 tahun dan 120 tahun.

Kedua: Mazhab Hanafi

Dalam mazhab Hanafi, orang yang hilang dihukumkan sebagai mati apabila tiada seorang pun orang sezamannya yang masih lagi hidup di tempatnya tinggalnya. Namun begitu, ulama Hanafi tidak sependapat dalam menentukan umur seseorang yang boleh disabitkan telah meninggal dunia.

Bagi Imam Abu Hanifah, beliau mensabitkan orang yang hilang itu telah meninggal dunia apabila mencapai usia 120 tahun dan pendapat ini disokong oleh al-Qadwari. Abu Yusuf mengatakan apabila berusia 100 tahun, dan terdapat sebahagian mereka yang mengatakan semua itu tertakluk kepada ijtihad hakim dengan mengambil kira keadaan orang yang hilang dan bukti-bukti yang dikemukakan.

Ketiga: Mazhab Maliki

Dalam mazhab Maliki, seseorang yang hilang di negara Islam boleh disabitkan telah meninggal dunia apabila mencapai tempoh menunggu selama 4 tahun. Selain itu, selepas tempoh ini juga, isterinya hendaklah melalui tempoh ‘iddah selama 4 bulan 10 hari bagi menghormati kematian suaminya dan kemudiannya dia boleh berkahwin dengan lelaki lain.

Jika sekiranya dia hilang di negara bukan Islam, maka dia tidak boleh disabitkan meninggal dunia melainkan dikemukakan bukti-bukti yang sahih atau umurnya telah mencapai satu usia yang mustahil terdapat orang yang masih hidup pada usia sedemikian. Bagi Imam Malik dan Ibn Qasim, usia tersebut lingkungan dalam 80 tahun. Ibn Arafah pula berpandangan, usia 75 tahun yang dikira. Terdapat juga sebahagian ulama’ mazhab Maliki yang berpendapat, ia sama seperti kes orang hilang di negara Islam.

Sekiranya seseorang itu hilang di dalam peperangan bersama orang kafir, Imam Malik dan Abu Qasim berpandangan bahawa isterinya hendaklah menunggunya selama 1 tahun dan kemudian menjalani ‘iddah. Terdapat juga pandangan dalam mazhab Maliki yang mengatakan hukumnya adalah sama seperti kes orang hilang di negara Islam.

Sekiranya seseorang itu hilang dalam peperangan sesama orang Islam, maka terdapat pelbagai pendapat dalam mazhab ini, antaranya ada yang mengatakan hendaklah isterinya menunggu selama setahun kemudian menjalani ‘iddah, dan juga terserah kepada ijtihad para pemerintah.

Keempat: Mazhab Hanbali

Bagi ulama Hanbali pula, terdapat dua pendapat bagi seseorang hilang yang secara zahirnya pemergian itu adalah selamat:

1. Tidak akan terputus ikatan perkahwinan selagimana tidak disabitkan kematian suaminya.

2. Isteri itu hendaklah menunggu sehingga suaminya berusia 90 tahun dan ada juga riwayat yang mengatakan tempoh itu ditentukan oleh pemerintah atau mufti. Inilah pandangan yang sahih dalam mazhab Hanbali.

Bagi orang yang hilang yang secara zahirnya pemergian itu adalah membawa bahaya kepada si suami, maka isterinya hendaklah menunggu selama 4 tahun kemudian dia menjalani ‘iddah bagi kematian suaminya. Bagi menentukan masa yang dapat dijadikan dasar untuk menilai mafqud telah meninggal dunia, ia hendaklah diserahkan pada pertimbangan hakim iaitu apabila dia hilang dalam waktu yang sekian lama sehingga sudah tidak ada lagi orang yang seusia dengannya di daerahnya yang mungkin masih lagi hidup.

Tempoh Mafqud Berdasarkan Undang-Undang Syariah di Malaysia

Seksyen 806 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561) memperuntukkan:

Apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama empat tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, maka beban membuktikan yang dia masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya.

Peruntukan ini diperkukuh dengan seksyen 53(1), Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) yang menyebut bahawa:

“Jika suami mana-mana perempuan telah mati, atau dipercayai telah mati, atau telah tidak didengar perkhabaran mengenainya bagi suatu tempoh empat tahun atau lebih, dan hal keadaan adalah sebegitu hingga dia patut, bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap mengikut Hukum Syara' sebagai telah mati, maka Mahkamah boleh, di atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-apa siasatan yang wajar, mengeluarkan dalam bentuk yang ditetapkan suatu perakuan menganggap kematian suami itu dan Mahkamah boleh di atas permohonan perempuan itu membuat perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 52.”

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Setelah dibincangkan pendapat para ulama’ di atas, pendapat yang terpilih di sisi kami dalam isu tempoh mafqud adalah ianya bergantung kepada keputusan dan pertimbangan hakim. Ini selari dengan pandangan masyhur Syafi’iyyah dalam isu ini. Di samping itu, hendaklah meraikan akta yang ditetapkan di Malaysia melalui Mahkamah Syariah. Ini bermakna, jika penentuan hakim sehingga mengambil masa 4 tahun dan lebih, maka si isteri perlu menunggu dan dibenarkan berkahwin lain selepas ‘iddah. Manakala jika selepas 6 bulan - sebagai contoh - sudah dapat disahkan dengan bukti bahawa suaminya meninggal dunia, maka si isteri boleh terus berkahwin lain setelah tamat ‘iddah.

Sekiranya si suami yang hilang kembali semula setelah tamat tempoh mafqud, beliau berhak memilih untuk menikahi isterinya kembali, atau menerima pemulangan mahar (merelakannya dengan suami baru). Ini berdasarkan kenyataan Saidina Umar dan Saidina Uthman:

إِنْ جَاءَ زَوْجُهَا خُيِّرَ بَيْنَ امْرَأَتِهِ وَبَيْنَ الصَّدَاقِ الْأَوَّلِ

“Apabila suaminya kembali (setelah tamat tempoh mafqud), maka si suami diberi pilihan antara kembali memperisterikannya atau menerima pengembalian mahar isterinya tersebut”

(Riwayat Ibn Abi Syaibah, no. 16723)

Berkenaan isu drama “Menanti Februari” yang timbul di media sosial baru-baru ini, jika suaminya hilang di laut (di Malaysia contohnya) maka keputusan tempoh mafqud itu tertakluk kepada keputusan hakim yang pastinya mengambil kira pandangan dan kajian Agensi Peguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas.

Maka, kami berpandangan bahawa:

1. Pernikahan si isteri dengan suami baru adalah tidak sah kerana tempoh mafqud yang dinyatakan adalah 6 bulan sahaja tanpa ada babak yang menunjukkan si isteri mendapat keputusan daripada mahkamah syariah berkenaan status perkahwinannya dengan suami yang hilang.

2. Isteri yang pertama masih dikira isteri yang sah bagi suami yang hilang kerana tempohnya tidak mencapai had tempoh mafqud.

3. Anak yang dikandung si isteri hasil hubungannya dengan suami kedua adalah anak syubhah yang lahir daripada persetubuhan syubhah dan dinasabkan kepada ayahnya serta berlaku hukum waris antara si ayah dan anak tersebut. Ulama juga sepakat wajibnya ‘iddah dan sahnya nasab dari hasil pernikahan yang disepakati batalnya seperti menikahi isteri orang lain, jika di sana ada syubhah yang menyebabkan gugurnya hukuman zina, iaitu dia tidak mengetahui haramnya pernikahan tersebut. Oleh itu, pernikahan (yang batal) yang tidak dikira zina, maka anak itu dinisbahkan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.

4. Si isteri tidak boleh meminta fasakh kerana fasakh hanya boleh diminta kepada mahkamah jika suami hilang lebih daripada setahun sedangkan dalam drama berkenaan, suami hilang selama 6 bulan. Rujuk Seksyen 52 Perintah untuk Membubarkan Perkahwinan Atau Untuk Fasakh Dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Akta 303.

Penutup

Suami dan isteri perlu ada asas agama yang baik dan bertanyalah kepada mereka yang lebih arif dalam hal-hal kekeluargaan sekiranya tidak tahu. Nasihat kami kepada pengarah drama dan filem tanahair, sudah sampainya masanya pandangan pihak-pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diambil serius demi memartabatkan industri lakonan yang patuh syariah. Drama dan filem adalah satu medium yang sangat baik bagi menyebarkan pemahaman Islam dan nilai-nilai murni merentasi sempadan agama. Semoga Allah memberi kita pemahaman agama yang baik dan memelihara kita dan keluarga kita daripada sebarang hal yang menggoyahkan institusi rumahtangga.

Akhukum fillah

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
11 Mei 2017 bersamaan 15 Sya'ban 1438H

Sumber : facebook

#sharingiscaring

Hadiah Istimewa Sempena Hari Ibu - Motto Mug dari BestSub

Hadiah Istimewa Sempena Hari Ibu - Motto Mug dari BestSub | Bulan Mei ini merupakan bulan yang istimewa buat insan yang bergelar ibu kerana akan menyambut Hari Ibu tidak lama lagi. Apa kata korang hadiahkan ibu korang hadiahkan Motto Mug yang sangat istimewa nih. Apa yang istimewa Motto Mug nih?

Dengan design kreatif Motto Mug seperti Happy Mother's Day, Happy Birthday dan I Love You bukan setakat di luar saja tau tetapi di bahagian dalam mug pun ada juga dan yang paling best boleh mencetak gambar keluarga atau ibu korang pada motto mug tersebut.



Motto mug ini boleh didapati dengan tiga design iaitu Happy Mother's Day Happy Birthday dan I Love You. So, kalau korang nak hadiahkan mug untuk keluarga atau kawan sempena hari lahir diorang pun boleh. Nak hadiahkan mug untuk isteri atau suami sempena Valentine's Day pun boleh. Jadi, motto mug ini sangat sesuai korang cadangkan kepada ahli keluarga atau kawan sebagai hadiah peribadi untuk mereka yang teristimewa kerana ia sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk Hari Ibu, Hari Lahir dan juga Hari Kekasih. Untuk pengetahuan korang, hadiah yang unik ini dari BestSub Malaysia tau.

Mimi pun tak ketinggalan untuk dapatkan motto mug yang cantik dan unik nih. Korang tengok motto mug yang Mimi beli nih. Cantikkan? Yang paling best, bukan setakat luaran saja dihiasi gambar Mimi dan anak anak malahan bahagian dalam mug juga penuh dengan design tulisan ucapan Happy Mother's Day.







Korang boleh tengok quote pada mug Mimi nih special sangat kan. Tersentuh hati baca tau.



Bila tengok design design mug yang cantik dan unik nih, memang sangat sesuai lah dengan slogan BestSub Malaysia iaitu :

"BEST SUBLIMATION EXPERT"


Korang yang nak dapatkan Motto Mug nih boleh dapatkan dengan harga yang sangat murah tau jika dibandingkan mug bercetak yang lain. Motto mug ini korang boleh dapatkan dengan harga RM30 sahaja. Murahkan?

Untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan perniagaan mereka atau dapatkan motto mug nih korang boleh berhubung terus seperti maklumat di bawah :

BestSub Malaysia, Liberty Printing Sdn. Bhd.
(1080784-T), Sublimation Blank Supplier :
Address : 6,6A & 6B, Jakan Harmoni 1A/KU3,
Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang.

Business Hours : Monday to Saturday (9am - 6pm)