Veet Sensitive Touch - Peranti Inovatif Perlu Dimiliki Semua Wanita Terkini

Veet Sensitive Touch - Peranti Inovatif Perlu Dimiliki Semua Wanita Terkini | Kecantikan dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Namun, penjagaan kecantikan luaran tidak memadai sekiranya penjagaan dalaman tidak dititik beratkan. Kenapa Mimi cakap sedemikian? Realitinya memang ramai wanita yang agak cerewet dengan penjagaan luaran wajah, rambut dan sentiasa ingin kelihatan cantik namun bahagian dalaman kurang teliti penjagaannya. Bukan kerana malas tetapi berlakunya kesukaran untuk menjaga bahagian sensitif kita. Salah langkah, berlaku sesuatu yang tidak diingini. Bahagian sensitif kita perlu penjagaan yang rapi dan teliti.



Memang adakalanya mencantikkan diri menjadi sesuatu yang agak rumit terutamanya apabila ingin menanggalkan bulu-bulu halus pada kulit di bahagian sensitif seperti kening, kawasan bikini dan bawah lengan yang turut memerlukan perapian yang tepat. Alat-alat sedia ada seperti pisau cukur dan penyepit tidak boleh melakukan ini semua. Memahami keperluan wanita kini, jenama depilatori No. 1 dunia, Veet melancarkan alat elektronik baharu yang memudahkan proses penjagaan dan perapian bulu yang dikenali sebagai Veet Sensitive Touch.



Ia merupakan peranti terkini dengan pelbagai unit kepala boleh diguna dan diganti bagi memudahkan perapian bulu di bahagian tubuh yang sensitif seperti kening, bawah lengan dan kawasan bikini. Aksesori khusus lain pada peranti direka bentuk bagi membolehkan peranti digunakan dengan lancar dan mudah tanpa risiko terluka pada kulit.

Wanita kebiasaannya menggunakan kaedah sedia ada seperti menggunakan penyepit atau rawatan benang halus bagi membentuk kening serta menggunakan pisau pencukur bagi menanggalkan bulu pada kawasan bikini dan bahagian bawah lengan.

Bersaiz kecil seperti berus gigi elektronik, Veet Sensitive Touch mudah sahaja dibawa di dalam beg tangan serta membantu anda menyelesaikan situasi masalah bulu dimana-mana jua.  Veet Sensitive Touch ini membantu untuk membentuk kening, sideburn, menanggalkan bulu di bawah lengan dan di kawasan bikini.



Peranti Inovatif Veet Sensitive Touch ini mempunyai alatan seperti berikut :

1 penggaya kecantikan
1 kepala pencukur dua belah untuk perapian kening yang optimum
1 kepala perapi kawasan bikini
2 sambungan sikat
1 penutup penggaya,
1 berus pembersih
1 beg pouch
1 bateri AA

Korang boleh rujuk gambar di bawah cara penggunaan Veet Sensitive Touch ini untuk membentuk kening dan juga kawasan bikini.





Bagaimana untuk mencuci Veet Sensitive Touch selepas menggunakannya?
Sekiranya ada bulu atau habuk yang melekat, guna berus pembersih yang disediakan untuk membersihkan kawasan pisau cukur. Bahagian kepala peranti pula boleh dibersihkan dengan air dan lapkan air yang ada manakala untuk bahagian badan peranti tidak boleh dibasuh direct dengan air kerana ia akan merosakkannya.

Selepas menggunakan Veet Sensitive touch ini, Mimi puas hati sangat dengan hasilnya. Kulit lembut dan licin selepas cukuran dan tidak kasar. Langsung tak rasa seriau, takut atau bimbang kulit terluka bila mencukur kerana pisau cukur dilindungi dengan comb yang boleh diubah mengikut penggunaan. Nak jaganya pun mudah saja. Kalau pisau cukur biasa bulu atau habuk mudah melekat dan susah nak bersihkan tetapi Veet Sensitive Touch ni mudah saja nak bersihkan. Dan yang paling best mata pisaunya bergerigi tidak mudah berkarat. Ia juga boleh dibawa ke mana mana dengan menyimpannya di dalam beg uncang yang disediakan.

Sehingga kini, Mimi sangat berpuas hati dengan hasil selepas penggunaan Veet Sensitive Touch. Mimi bagi 5 bintang untuk Veet Sensitive Touch. Memang memudahkan dan membantu kaum wanita untuk sentiasa kelihatan bersih, kemas dan cantik di bahagian dalaman sekaligus memberikan keyakinan yang tinggi. Jadi, Mimi highly recommended kat korang Veet Sensitive Touch dan ia merupakan peranti inovatif yang perlu semua kaum hawa miliki. Salah satu keperluan yang wajib ada dalam beg korang tau.



Okeylah, korang boleh dapatkan Veet Sensitive Touch ini pada harga RM119.00 di kedai farmasi utama di seluruh negara serta penjual- penjual melalui dalam talian.

Korang juga boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Veet Sensitive Touch di

Post a Comment

4 Comments

  1. Wahh sekrg semuanya dah makin mudah kan...tinggal sediakan duitnya je hehe

    ReplyDelete
  2. Yupp..kita memang suka sanngat veet ni..senang keje..hehe

    ReplyDelete
  3. harga ngn barang2 yg dpt mmg nampak berbaloi....

    ReplyDelete
  4. mudah je sekarang. tapi harganya agak tinggi jugak..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com