Rabu, 12 April 2017

Pek Isian Semula Mandian Kanak Kanak dan Bayi Carrie Junior Yang Mudah Guna

Pek Isian Semula Mandian Kanak Kanak dan Bayi Carrie Junior Yang Mudah Guna| Assalamualaikum dan hai korang. Mimi percaya kebanyakan parent memang cukup kenal dengan jenama mandian CARRIE JUNIOR. Macam Mimi sendiri memang belikan mandian CARRIE JUNIOR untuk anak anak since anak yang sulung lagi tau. Kalau pergi shopping mall, nak beli mandian untuk anak anak memang akan cari CARRIE JUNIOR. Kalau ikut perkiraan, tahun ini merupakan tahun ke 7 Mimi beli produk CARRIE JUNIOR untuk kegunaan anak anak. Lama tak?

Pek Isian Semula Mandian Kanak Kanak dan Bayi Carrie Junior

Sebelum berkongsi dengan lebih lanjut, Mimi nak share serba sedikit tentang CARRIE JUNIOR ini. Mungkin di luar sana masih ada segelintir yang belum familiar dengan produk ini dan masih tercari cari produk yang bersesuaian dengan anak anak. Seperti yang telah diwar warkan di media massa seperti televisyen, majalah mahupun internet, CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.


Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi
ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin
bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit
lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan pelbagai
pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa
segar dan bersih sepanjang hari.  CARRIE JUNIOR yang bertindak
membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan
harian.



Tak perlu ragu, was was atau bimbang kerana CARRIE JUNIOR telah diiktiraf Halal di mana rangkaian CARRIE JUNIOR termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia
juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

Untuk pengetahuan korang, selama lebih daripada 20 tahun, CARRIE JUNIOR telah mencipta jenama yang dipercayai dalam pasaran penjagaan diri kanak-kanak yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan bayi. Sebagai jenama yang percayai dengan inovasi, CARRIE JUNIOR sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti.

Macam Mimi sendiri, Mimi amat cerewet dengan penjagaan anak anak. Nak nak berkaitan dengan produk yang bersesuaian. Takut juga tak sesuai dengan kulit anak anak kan atauun mendatangkan ketidakselesaan kepada anak anak. Memang Mimi menitikberatkan kualiti sesuatu produk itu. Jafpdi, bila dah jumpa produk yang sesuai kenalah maintain beli setiap bulan kan.

Namun, memandangkan kos sara hidup yang kian meningkat masa kini telah menyebabkan pengguna mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan. Begitu juga dengan Mimi. Sentiasa mencari cara untuk mengurangkan perbelanjaan agar tidak terlebih berbelanja. Namun bajet yang ketat tidak bermaksud Mimi perlu mengorbankan keperluan penjagaan diri terutamanya apabila tiba masa mandi anak anak. Memandangkan CARRIE JUNIOR kini menawarkan pek isian semula sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, ia merupakan suatu pilihan penjimatan kos. Memang sangat sangat membantu Mimi untuk berjimat cermat.



Anak anak Mimi un seronok sangat bila dapat stok CARRIE JUNIOR. Memang diorang guna dari dulu lagi. Masa dapat tu, bukan main seronok diorang lagi. Bukan setakat wangi yang kekal sepanjang hari tetapi ia juga tak pedihkan mata pun. At least, stok pek isian yang ada ini boleh berjimat berbulan lamanya. Untuk pengetahuan korang juga, pek isian
semula CARRIE JUNIOR ini mudah guna dan menjimatkan bukan sahaja khas untuk pengguna setia tetapi juga sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk penjagaan diri buat anak anak tanpa perlu berbelanja
lebih.



Pek isian semula baharu ini turut membantu memulihara alam sekitar
kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akan
meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada
alam sekitar. Dengan CARRIE JUNIOR Refill Packs, ibu bapa dapat
berjimat dan menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan
kelengkapan peribadi yang terbaik.



Apa yang best, CARRIE JUNIOR Refill Packs kini tersedia untuk rangkaian Hair and Body Wash dan Baby Bath. So, lagi berganda ganda la korang boleh berjimatkan. Bila botol pertama dah habis, beli saja pek isian semula saja. Tak perlu membazir duit beli yang baru kan.

Korang boleh dapatkan pek isian semula CARRIE JUNIOR Baby Bath 500g berharga RM8.90*(Semenanjung) dan RM 9.30* (Sabah & Sarawak) manakala CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash terdapat dalam harga RM9.90* (Semenanjung) dan RM 10.40* (Sabah & Sarawak). Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.
Harga yang tertera * itu maksudnya harga tersebut termasuk GST ya.

Jadi, lepas ini bolehlah dapatkan rangkaian CARRIE JUNIOR untuk anak masing masing. Bukan kita saja nak wangi wangi, anak anak pun kena wangi wangi juga kan. Jangan lupa cepat cepat dapatkan CARRIE JUNIOR untuk si manja korang tau.

5 ulasan:

  1. mmg setia betul mimi,
    kalu akak bertukar ganti je... apa yg laki akak beli itu yg aiyan pakai hehehhe...

    aiyan suke carrie junior yg botol sbb dpt mainna, biasa jgk beli pek isian gini, memudahkan

    BalasPadam
  2. carrie junior ni mmg sedap bau dia kan...sue pon suke beli

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.