Atasi Masalah Selulit dengan Lunavie Concentrated Cellulite Cream

Lunavie Concentrated Cellulite Cream | Bila ada selulit ni memang menjadi igauan buruk bagi kita kan. Rasa menyampah betul kan kalau ada kulit oren kat peha, lengan atau kat perut kan. Dah guna macam macam produk pun still tak hilang lagi kan? Hah lepas nih korang tak perlu risau lagi dengan masalah selulit sebab Mimi nak perkenalkan korang dengan satu produk yang boleh bantu untuk selesaikan masalah korang. Pernah dengar tak produk Lunavie Concentrated Cellulite Cream? Hah kalau tak pernah dengar meh Mimi nak share dengan korang tentang krim selulit nih.



Lunavie Concentrated Cellulite Cream ini dihasilkan dengan gabungan tumbuh tumbuhan dan ekstrak buah buahan yang mampu mengurangkan penampilan selulit pada permukaan kulit korang. Selain daripada itu, ia juga mampu menganjalkan, sekatakan dan melembabkan kulit korang.

Lunavie Concentrated Cellulite Cream nih baunya best tau korang. Wangi tau bau krim selulit nih macam bau macam pisang pun ada. Hah, cara nak gunakan krim ini pun senang saja. Guna dua kali sehari seeloknya waktu pagi selepas mandi dan waktu malam sebelum korang masuk tidur. Sebelum terlupa, Mimi nak bagitahu korang, selepas beberapa minit sapu krim selulit nih korang akan rasa berangin dan pijar pijar sikit. So, adalah diingatkan sebelum korang nak touch touch baby ke nak touch muka korang ke basuh tangan selepas sapu krim seulit nih tau. Sebab dah dua kali terkena gara gara lupa basuh tangan. Pijar muka iols okey...Tapi taklah pijarnya macam cili padi tuh. Nih pijar ada rasa beranin jer tau.



Macam Mimi sendiri pun amalkan seperti yang disyorkan. Picit krim atas tapak tangan kemudian sapu kat kawasan yang ada selulit tuh. Setakat ini, seminggu lebih dah gunakan memang nampak perubahan tau. Selulit tuh dah kurang atau dengan erti kata lainnya semakin kurang. Kalau tidak kasar je bila rasa macam kena cakar dek harimau. Dulu tak pernah pun ada selulit tapi sejak berat badan naik sebab pregnant so, bila berat dah turun faham faham sajalah selulit menjelmakan diri kat peha sebab peha nak mengecil katanya.

Korang yang nak dapatkan makluman lanjut mengenai krim selulit keluaran Lunavie nih bolehlah layari laman web LUNAVIE seperti di bawah :

2 comments:

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..