Isnin, 16 Januari 2017

Lunavie Breast Thermo Pad Membantu Merangsang Aliran Susu Dengan Lancar

Assalamualaikum dan hai korang

Korang especially ibu ibu yang breastfeeding pernah dengar tak pasal Lunavie Breast Thermo Pad? Mimi sendiri pun tak pernah cuba atau terfikir nak beli Breast Thermo Pad ni. Tapi baru baru ni tergerak hati nak cuba Breast Thermo Pad. Bila dah cuba, wah excited sangat tau. Banyak kegunaan Breast Thermo Pad ni. Apa yang best, Breast Thermo Pad ni boleh diguna berkali kali tau. Kira reusable lah. Boleh digunakan tika panas atau sejuk. Ia juga memberikan kelegaan secara semulajadi dan selamat ketika kesakitan. Reka bentuk Breast Thermo Pad ni bulat, lembut dan fleksibel untuk keselesaan yang maksimum. Kandungan gelnya juga non toxic, hypoallergenic dan selamat digunakan.



Selalunya Mimi akan guna Breast Thermo Pad bila nak pam susu waktu pagi sebelum pergi kerja. Sebelum mengepam, Mimi ambil Breast Thermo Pad rendam dalam air panas selama 10 minit. Kemudian, cukup masa Mimi tekap saja dekat breast. Tunggu beberapa minit sampai Thermo Pad suam, baru Mimi mulakan sesi mengepam. So, bila mengepam smooth saja. Kiranya kegunaan pad ni bila dalam keadaan panas ialah untuk merangsang aliran susu menjadi mudah dan lancar sebelum menyusukan baby.



Selain daripada itu, Breast Thermo Pad juga bolehndigunakan dalam keadaan sejuk. Hanya letak dalam fridge atau freezer korang. Ia bertujuan untuk melegakan sakit atau breast yang membengkak. Bila breast bengkak, tekap Thermo Pad yang disejukkan. Kalau petua orang orang dulu, kalau breast bengkak tekap dengan daun sirih atau daun kobis. Sekarang, taknayah susah payah cari dan beli sirih atau kobis, guna saja Breast Thermo Pad ni. Jimat masa dan tenaga. Selepas guna, boleh simpan macam biasa. Lepas tu, boleh digunakan semula.



Breast Thermo Pad ini juga dapat membantu melegakan sakit kepala sementara, mengurangkan demam, sakit gigi, sunburn, luka-luka kecil, rawatan kecantikan, mengurangkan bengkak, dan calar serta melecet. Mimi sendiri pun masa guna Breast Thermo Pad, tak terfikir pun ia banyak kegunaan yang lain. Kebetulan, Adhwa demam. Jadi, Mimi juga gunakan Breast Thermo Pad untuk kurangkan panas badan dan kepala Adhwa. Ternyata, panas badan dan kepala Adhwa berkurangan. Risau juga bila baby demam kan. Mimi rasa setiap rumah kena ada Breast Thermo Pad ni sebab banyak lagi kegunaannya tau.

Untuk makluman lanjut berkenaan Lunavie Breast Thermo Pad ini korang bleh terjah laman web atau facebook Lunavie seperti di bawah :


1 ulasan:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.