Lemonade Xpresh Serbuk Lemon dan Vitamin C Untuk Detoks Badan Yang Sangat Sedap

Assalamualaikum dan hai korang

Sekarang ni kalau buka facebook ke instagram ke ramai yang dok pakat share air detoks yang diorang buat. Rasa menjejes jejes air liur tengok. Entah bila nak buat kemain besar pemalas Mimi tau. Nak buat dari hari ke hari tak juga buat...hahaha...Rasa malas tu sebab nak keluar rumah beli bahan untuk detoks tu yang malas.

Semua orang tahu kebaikan dan kelebihan detoks ni. Nak sihat, nak kurus, nak cantik mulakan dengan detoks. Sekarang ni, Mimi dah tak ada alasan lagi malas nak buat air detoks tau korang. Sebab apa Mimi cakap macam tu? Sebab sekarang ni ada serbuk lemon dan vitamin c yang boleh membantu Mimi mencapai misi untuk dapatkan berat badan ideal. Jadi, untuk mencapai misi ini Mimi amalkan minum air bancuhan serbuk lemon dan vitamin c yang sangat sedap tau korang. Serbuk lemon dan vitamin c yang Mimi maksudkan sudah tentulah Lemonade Xpresh.



Untuk pengetahuan korang, kelebihan mengamalkan Lemonade Xpresh ialah membantu sistem penghadaman dan detoksfikasi badan, meningkatkan kandungan vitamin c di dalam tubuh, meremajakan dan menyembuhkan, membantu menyingkirkan lemak badan serta meningkatkan tenaga dan tenaga positif. Hah, suka tak suka? Part membantu menyingkirkan lemak badan tu mesti ramai suka kan kan termasuklah orang yang menaip ni hah.



Selepas consume Lemonade Xpresh selama seminggu, memang Mimi dapat rasa perubahan yang berlaku pada badan. Terutamanya dari segi penghadaman. Mimi amalkan minum setiap hari tau korang. Setiap hari juga lah perut memulas asyik nak membuang. Rasanya jangan cakap. Serius sedap sangattttt....Sampaikan incik suami pun curi curi minum air detoks Mimi. Dia siap puji air ni sedap dengan muka tak bersalah. Esoknya dia asyik buang angin dan semendang nak ke tandas, Mimi mampu gelak saja. Siapa suruh curi curi minum kan. Suami cakap dia minum sebab nak kempiskan perut. Hah, nampak tak kat situ betapa kuat pengaruh air detoks Lemonade Xpresh ni.

Cara nak amalkan Lemonade Xpresh pun tak susah mana pun korang. Bancuhkan 1g serbuk Lemonade Xpresh ke dalam 100ml air. Kacau hingga larut dan boleh minum terus. Bila amalkan minum Lemonade Xpresh ni jangan lupa buat senaman, confirm cepat turunkan berat badan. Alhamdulillah setakat hari ini Mimi amalkan, memang mudah nak buang air besar. Badan pun terasa ringan je tau.



Macam Mimi sendiri memang kuat minum air suam. Jadi, mimi sediakan 2 liter air dan hirisan buah epal hijau. Kemudian, bancuh dengan 20g Lemonade Xpresh. Bila haus, minum terus. Memang sedap dan terbaik dari ladang.



Mesti korang teruja nak dapatkan Lemonade Xpresh ni kat mana dan berapa harganya kan? Meh Mimi nak beritahu dari siapa korang boleh dapatkan Lemonade Xpresh ni.

Lemonade Xpresh (50g)
RM48.00

Post a Comment

7 Comments

  1. Ehh harga dia bukan Rm 48 utk 50 gram ker mimi.. Sedap kan lemon ni

    ReplyDelete
  2. Hahaha... Saya dr sehari ke sehari asyik tertangguh jer nak buat air detoks tu... Kumpul jer resepi... Buat nyer ntah bila...

    ReplyDelete
  3. mcm best je kak..murah lagik tu.

    ReplyDelete
  4. macam sedap je..saya suka masam-masam ni

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com