Program Jom Jimat Elektrik

TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan


Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 



jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

IJM Land Half Marathon 2017 'Run Together, Bond Stronger'

IJM Land Half Marathon 2017 I Baru baru ini, Mimi menghadiri satu event yang telah diadakan oleh IJM Land iaitu IJM Land Half Marathon 2017 pada 13 Ogos 2017, Sabtu, bertempat di Dataran Centrio, Seremban 2. Lebih dari 7,500 peserta di seluruh Malaysia yang terlibat dan tidak kurang juga penglibatan peserta dari negara luar seperti Jepun, Korea, New Zealand, United Kingdom dan juga Filipina. IJM Land Half Marathon 2017 ini dimulakan seawal pagi Ahad jam 5.00 pagi.

IJM Land Half Marathon 2017 'Run Together, Bond Stronger'

Peserta larian 10km kategori Boys dan Girls Junior bersiap sedia untuk mulakan IJM Land Half Marathon 2017
IJM Land Half Marathon 2017 yang dianjurkan oleh IJM Land ini menunjukkan syarikat ini sangat menyokong dan mementingkan gaya hidup yang sihat dan positif. Jadi, tidak mustahil IJM Land sentiasa terlibat dengan sumbangan dan penganjuran dalam acara sukan komuniti. Sentiasa berdedikasi memberi inspirasi dan motivasi kepada semua untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif serta menyatupadukan masyarakat melalui sukan seperti larian di Malaysia. Ini sangat sesuai dengan tagline yang digunakan iaitu 'Run Together, Bond Stronger'  untuk acara ini.

Acara larian 10km dimulakan oleh peserta larian dari kategori Boys & Girls Junior seawal 06.25 pagi manakala untuk dewasa acara larian adalah sejauh 21km. Bagi acara larian 10km disertai oleh peserta berusia 12 tahun ke atas manakala untuk acara 21km disertai oleh peserta berusia 18 tahun dan ke atas.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran VVIP iaitu Yang Berbahagia Dato' Haji Abdul Halim bin Abdul Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban. Sesi cabutan bertuah untuk 7 hadiah utama di umumkan pada pukul 09.00 pagi menandakan berakhirnya acara larian. Setiap peserta larian yang telah menamatkan larian mereka akan memasukkan nombor masing masing ke dalam kotak yang disediakan untuk cabutan bertuah.

Peti cabutan bertuah
Sementara menanti majlis penutupan IJM Land Half Marathon 2017 bermula, para hadirin diperkenalkan dengan seorang peserta veteran paling tua iaitu Uncle Ong Kim Hwa yang berusia 83 tahun. Mimi sangat kagum dengan semangat yang ditunjukkan beliau untuk menamatkan lariannya. Ternyata usia bukan penghalang untuk melakukan aktiviti sihat seperti ini. 


IJM Land Half Marathon 2017 ' Run Together, Bond Stronger'


Para peserta dan hadirin diminta untuk menyanyikan lagu 'Negaraku' sebagai permulaan acara majlis. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan persembahan hebat cheer leader dari para pelajar Sekolah Convent Seremban. Persembahan dari para pelajar ini mendapat sambutan yang meriah dari para peserta larian dan juga hadirin. Seronok tengok step by step tarian mereka yang kemas.


Persembahan cheer leader dari pelajar Sekolah Convent Seremban

Seterusnya, acara diteruskan dengan ucapan kata aluan dari Managing Director of IJM Land Berhad, Mr Edward Chong Sin Kiat. Beliau memaklumkan sambutan pada tahun ini amat menggalakkan dari para peserta di mana penyertaan pada tshun ini menjangkau 7,500 peserta. Jika dibanding dengan penyertaan tahun lepas penyertaan hanya 6,000 sahaja. Ini membuktikan bahawa event sebegini mulai mendapat perhatian daripada rakyat di Malaysia malahan luar negara juga. Acara larian ini juga bukan sahaja untuk menghargai para peserta dengan medal dan hadiah semata mata malahan ia juga sebagai memberi sumbangan kepada satu bon komuniti.

Seterusnya, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para peserta bagi kategori E& F(Top 5) .


Top 5 kategori Boys Junior bersama Managing Director IJM Land Berhad

Top 5 kategori Girls Junior bersama Managing Director IJM Land Berhad

Selepas itu, penyampaian cenderahati kepada para penaja. Best sangat bila melihat barisan para penaja yang tidak asing lagi turut terlibat bagi menjayakan IJM Land Half Marathon 2017. Para penaja terdiri daripada Yakult (Penaja Platinum), TDK (Penaja Emas), BMW Millenium Welt Seremban, 100 Plus dan Ice Mountain, Official Apparel Ultron, Media Partners Sin Chew Daily dan The China Press,  Medical Partner Colombia Asia Hospital Seremban, Charity Partner Alpro Pharmacy, Event dan Technical Partner EC Pixels, McDonald's, Spoon Health, 2XU, BioTech USA, Rock Tape, Nestle Milo, Nestle Fitnesse dan Mydin. 

Selepas pemberian cenderahati kepada para penganjur, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kategori 21km terbuka lelaki dan 21km terbuka wanita.


Dato' Hoo Kim See (right), Senior General Manager (Central Region) IJM Land Berhad bersama pemenang top 5 kategori 21km Terbuka Lelaki


Yang Berbahagia Dato' Soam Heng Choon (right), CEO & Managing Director IJM Corporation Berhad bersama pemenang top 5 kategori 21km Terbuka Wanita

Kemudian, acara diteruskan dengan penyampaian piala kepada peserta lelaki dan wanita yang terpantas. Bagi kategori lelaki dimenangi oleh Ow Yong Jin Kuang yang telah mencatat masa selama 1 jam 18 minit manakala bagi kategori wanita dimenangi oleh Yee Pei Ni yang mencatat masa 1 jam 39 minit.


Yang Berbahagia Dato' Soam Heng Choon (right), CEO & Managing Director of IJM Corporation Berhad together with the fastest runners of IJM Land Half Marathon 2017, Ow Yong Jin Kuang (left) and Yee Pei Ni pictured with their Challenge Trophies - awarded to the man and woman who come out tops in their respective categories of IJM Land Half Marathon 2017.

Untuk makluman korang juga, hasil kutipan sebanyak RM40,000 melalui IJM Land Half Marathon 2017 ini juga disalurkan ke Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Diseases Association (MLDA) untuk memberi sokongan kepada mereka bagi setiap program dan aktiviti yang dijalankan.

Acara kemuncak bagi majlis ini ialah cabutan bertuah hadiah grand prizes di mana hadiah yang bakal dimenangi oleh peserta yang bertuah ialah sebuah TV LED Sharp dan Apple IPhone 7 Plus. Yang Berbahagia Dato' Hj Abdul Halim bin Abdul Latif diberi mandat untuk membuat cabutan nombor bertuah tersebut.

Diharapkan acara seperti ini akan diteruskan dengan meriah pada masa masa akan datang. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua peserta dan para penaja. Tidak lupa sekalung tahniah buat IJM Land kerana berjaya menganjurkan program sihat seperti ini. 

Untuk maklumat selanjutnya mengenai IJM Land Half Marathon 2017, sila layari www.ijmlandrun.com.

Semakan Daftar Pemilih SPR

Semakan Daftar Pemilih SPR | Sekarang ni dah mula sibuk dengan Sukan SEA. Selepas itu, sibuk dengan mengundi pula. Korang dah daftar pemilih? Kalau belum, cepat cepat daftar. Yang dah daftar, jom buat semakan daftar pemilih SPR korang.

Semakan Daftar Pemilih SPR


Malam tadi Mimi buat semakan daftar pemilih SPR, tempat mengundi Mimi di Padang Tembak nanti. Sebelum ni Mimi mengundi di 5 RAMD Kem Kluang. Bila suami dah bertukar di Sg Besi, jadi kenalah tukar Pusat Daftar Pemilih kan. Jenuh pula nak pergi jauh jauh. Sebelum ni memang Mimi dan suami mengundi di Kluang. Tapi suami bagi cadangan tukar tempat mengundi. At least, dekat sikit dan mudahkan pergerakan kitorang nak pergi mengundi.

Tapi Mimi tak pastilah dapat pergi mengundi ke rak sebab nanti Mimi terlibat sebagai Kerani Pengundian nanti. Cari pengalaman kan. Nak juga rasa bertugas di hari mengundi nanti. Tapi rasanya selalu mengundi di kem akan dibuat awal. Sebelum ni masa mengundi di Kem Kluang pun, Mimi dan suami mengundi awal. So, hopefully kali nih mengundi awal juga la kan.

Buat korang yang nak semak daftar pemilih SPR bolehlah klik link ini 

Skin Food Since 1957 : Rice Mask Wash Off Melembabkan dan Melembutkan Kulit Wajah

Skin Food Since 1957 : Rice Mask Wash Off | Selepas seharian muka bermekap, pastinya kita inginkan muka yang bersih dan bebas dari mekap. Penjagaan muka bukan hanya semata mata cuci dengan cleanser tetapi skrub atau mask juga diperlukan untuk membersih kulit muka secara mendalam. Mimi suka skincare yang berfungsi sebagai skrub dan mask. Mudah dan jimat masa. Dan yang paling best Skin Food Since 1957 : Rice Mask Wash Off yang Mimi beli dari Althea memenuhi kehendak Mimi, dwifungsi skrub dan mask. 

Skin Food Since 1957 : Rice Mask Wash Off


Rice Mask Wash Off
Skin Food Since 1957 : Rice Mask Wash Off

Bila seharian bermekap mestilah kita nak kulit kulit bersih dan bebas dari mekap. Selepas cuci muka dengan cleanser, Mimi akan sapu muka dengan Skin Food Since 1957 : Rice Mask Wash Off. Yang best tentang rice mask ni ia terhasil dari tumbuh tumbuhan segar dan buah buahan. Jadi, tidak perlu khuatir menggunakannya kerana diperbuat dari bahan semulajadi. Produk dari Korea ini juga tidak mengandungi bahan kimia berbahaya tau. 

Cara menggunakannya pun cukup mudah. Cuma letak sedikit rice mask di kawasan dahi, pipi, dagu dan hidung. Elakkan kawasan mata dan mulut. Kemudian sapu rata secara perlahan lahan secara memusing. Lebihkan menggosok secara lembut di bahagian hidung. Tak perlu risau mengenai tekstur rice mask kerana ia tidak kasar di muka. Teksturnya lembut tau. Walaupun ada rasa biji biji pada rice mask ni tetapi bila sapu akan rasa lembut saja. 

Sapu Rice Mask Wash Off pada kulit muka


Bila dah rata, biarkan seketika pada kulit muka dalam 10-15 minit. Macam pakai mask kan? That's why Mimi suka sangat dengan rice mask ni. Selepas sental muka dengannya kemudian kena biarkan seketika sebelum cuci. Skrub dan mask kan. 2 in 1, jimat masa dan tenaga. Tak perlu susah payah selepas skrub kena pula pakai mask. Buat terus sekaligus kan mudah.

Selepas 10-15 minit biarkan rice mask di muka, boleh basuh muka dengan air yang suhunya agak agak suam . Air jangan terlalu panas atau sejuk. Dah cuci bersih, lap muka hingga kering. Dan korang akan rasa kulit muka lembut dan lembab saja.

Skin Food Since 1957 : Rice Mask Wash Off

Tekstur Rice Mask Wash Off

Packagingnya pun ringkas dan menarik. Cuma Mimi harapkan agar disediakan sudu kecil pada bekas rice mask ini tujuan untuk menjaga kualiti dan kebersihan produknya. Yang lain, so far okey saja. Selama sebulan Mimi menggunakannya, kandungannya still banyak lagi. Mungkin satu bekas ini boleh bertahan 4 - 5 bulan. Yelah, takkan hari hari guna kan. Mimi sendiri guna seminggu tiga kali.

Hasil selepas penggunaan Skin Food Since 1957 : Rice Mask Wash Off selama sebulan, selain daripada kulit muka lembut dan lembab, Mimi perasan jerawat yang ada di bahagian pipi Mimi semakin mengecut dan mengecil. Bekas jerawat juga semakin pudar. Mimi yakin jika gunakannya secara konsisten mesti hasilnya gempak. Bila umur semakin meningkat ni menjadi jadi pula jerawat tumbuh di pipi kanan. Geram tau. Dengan adanya rice mask ni, masalah yang dialami dapat di atasi.

Mungkin hasilnya lambat tapi bagi Mimi biar lambat asalkan selamat. Produk yang menggunakan bahan bahan semulajadi memang akan memberi kesan yang lambat tapi hasilnya pasti memuaskan. Biar lambat asal bebas dari bahan kimia berbahaya.

Korang yang nak dapatkan Rice Mask Wash Off seperti Mimi boleh dapatkan secara online di :

Resipi Cucur Kembung

Resipi Cucur Kembung | Bila hari cuti macam biasalah jadi suri rumah sepenuh masa. Waktu cuti ni lah berkesempatan nak sediakan breakfast untuk diri sendiri dan anak anak. Anak anak Mimi memang suka makan cucur tau. Ada juga yang panggil cekodok atau jemput jemput. Ikut pada sesetengah tempat. Macam Mimi biasa sebut cekodok. Tapi nak up entry punya pasal guna nama elok sikit lah. Selalu buat cucur biasa saja. Kali ni buat cucur luar biasa sikit. Nak bagi cucur tu kekal lembut walaupun simpan sampai petang. Mimi nak share dengan korang resipi cucur kembung.

Cucur Kembung
Cucur Kembung

Resepi Cucur Kembung

Bahan bahan :

Tepung
Garam
Yis
Air suam

Cara buat :

1. Tepung + garam + yis dicampur sekali.
2. Masukkan air dan gaul.
3. Biarkan dalam 10 minit untuk bagi adunan tepumg naik.
4. Panaskan minyak. Minyak dah panas masukkan adunan tepung menggunakan sudu.
5. Goreng sehingga masak/garing.

Boleh juga rujuk gambar di bawah untuk lebih jelas.


Sukatan untuk resipi terpulang pada korang masing masing. Macam Mimi tak ada sukatan yang spesifik pun. Buat anggaran sendiri saja. Mesti ada yang tertanya kenapa Mimi namakan resipi nih Cucur Kembung kan? Mimi namakan Cucur Kembung sebab bila menggoreng cucur tu, cucur tu akan naik mengembung tau. Sebab tu Mimi panggil Cucur Kembung.

Korang juga boleh variasi kan cucur ni ikut pada selera masing masing. Boleh saja letak sayur seperti lobak yang diricik halus, letak daun kucai, bawang besar dihiris halus, udang dan sebagainya. Macam Mimi buat kosong saja sebab anak anak suka kosong. Nanti letak bawang jenuh lah nak habiskan sorang sorang sebab anak anak memang tak suka bubuh bawang. Nak letak sayur, sayur yang ada pun tak sesuai letak dalam cucur kan.

Cucur kembung ni boleh cicah dengan sos cili, sos thai dan sebahainya. Terpulang pada selera korang. Anak anak suka cicah dengan sos. Macam Mimi, Mimi suka makan macam tu saja. Kalau nak pencicah, Mimi suka cicah dengan kuah atau sambal. Rasa lagi marvellous. Kalau dengan sos makan juga tapi kurang lah kan. Kalau cicah dengan kuah atau sambal feel makan cucur tu lain rasanya. Tak tahu nak describe macam mana. Yang penting rasanya sedap.

Time time cuti apa resepi yang korang suka masak? Share lah dengan Mimi. At least boleh bagi idea nak buat sarapan untuk hari lain pula.

Mini Celebration BFF's Birthday

Mini Celebration BFF's Birthday | Dah petang baru berkesempatan update entry. Dari pagi tadi sibuk dengan kerja. Lepas tu, time rehat gigih balas komen kawan kawan dan follow blog yang Mimi belum follow lagi. Jadi petang ni update entry baru pula. Semalam waktu rehat, Mimi keluar berdua dengan best friend Mimi since belajar sama sama di UiTM Lendu. Kami keluar sempena birthday dia semalam dan memandangkan dah lama kami tak keluar bersama. Masing masing sibuk kan. 

Mini Celebration BFF's Birtbday



Best friend Mimi ni nama dia Maria. Sebelum keluar tu, dia dah whatsapp awal awal bagitahu nak keluar sama sama. Dia pun bagitahu teringin nak makan Yong Tau Fu di Seremban Prima. Mimi ikut sajalah birthday women ni punya tekak kan. Dia belanja Yong Tau Fu, Mimi pula belikan dia kek rainbow yang comel loteh di Harold's Bread. Harga RM7.90 saja. Jadilah kan, janji ada birthday cake untuk Maria.

Tempat kerja masing masing dekat saja pun. Dia kerja di Wisma Persekutuan, Mimi pula di IPK Negeri Sembilan. Memang dekat sangat dah tapi masa nak keluar berdua tu tak ada. Masing masing sibuk kan. Bila ada kesempatan berjumpa ni takkan lah tak pergi kan. Banyak juga kami berborak. Topik utama stress di tempat kerja..huhuhu...Kamk berdua ni memang happy go lucky tau. So, cara nak hilangkan stress memang kami makan, makan dan makan.


Sebelum makan, bergambar dulu. Tak sah kalau tak bergambar kenangan kan. Dah tua nanti boleh flashback gambar gambar kenangan ni kan. Boleh tunjuk dekat anak cucu cicit nanti kan.



Yong Tau Fu untuk lunch kitorang. Sebenarnya, Mimi kurang sikit Yong Tau Fu ni. Makan je cuma kurang sikitlah kan. Tapi orang dah belanja takkan nak tolak pula kan. Nasib baik boleh diterima tekak. Family Mimi semua suka makan Yong Tau Fu tau. Mimi saja tergolong dalam golongan pelik. Apa yang family suka makan, Mimi kurang suka. 

Lepas ni tak tahu lagi bila boleh jumpa. Masing masing sibuk dengan tugas kan. Bila berpeluang jumpa kenalah manfaatkan masa bersama.

LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve Melancarkan Peredaran Darah Ketika Melakukan Aktiviti Lasak

LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve| Sekarang ini kan ramai mula sedar menjaga kesihatan masing masing. Di mana mana kita boleh nampak dan lihat ramai yang melakukan aktiviti sihat di luar seperti berjoging, berlari, berbasikal, mendaki, angkat berat dan pelbagai lagi. Setiap aktiviti yang dilakukan memerlukan sokongan yang kuat pada bahagian kaki terutama sekali di bahagian betis. Jadi, Mimi nak kongsi dengan korang produk yang mampu memberikan sokongan pada betis serta melancarkan perjalanan darah iaitu LASTS ™ Premium Calf Compression Sleeve.

LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve


LASTS™ Premium Calf Comptession Sleeve


LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve  ini diperbuat daripada Nylon dan jahitan berganda padanya sangat kemas dan cantik. Jahitan berganda dilakukan kerana Nylon merupakan fabrik yang ringan dan LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ini boleh diregangkan dan tidak perlu khuatir kerana jahitan berganda padanya tidak merosakkan fabrik Nylon dan bentuknya walaupun pelbagai aktiviti lasak dilakukan. LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ini merupakan produk elastic fit  dan memberi tekanan pada betis untuk melancarkan aliran darah.

Ketika melakukan aktiviti aktiviti luar yang lasak, ia memberi keselesaan kepada pemakai dan mengurangkan kadar kecederaan pada kaki seperti terseliuh atau kejang otot. Tidak perlu risau atau takut untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak di luar. 



Sekiranya korang memakai LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve, ia juga memberikan kesan mampat pada betis di mana apabila kita pakai, ia akan fit pada betis serta statik pada kedudukannya. Tidak perlu risau kedudukannya beralih walaupun ketika melakukan  pergerakan yang banyak.


LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve


Untuk pengetahuan korang, LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ini didatangkan dengan dua saiz berbeza iaitu saiz M dan saiz L dimana kedua dua saiz ini mempunyai panjang yang sama. Yang membezakan antara kedua dua saiz M dan L ialah bahagian lingkaran atas dan bawahnya memberi keselesaan kepada si pemakai. Didatangkan dengan warna yang menawan iaitu hitam dengan jalur keemasan.


Lepas ni, bila nak jogging atau lakukan aktiviti lasak, Mimi pakai saja LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve. Boleh mengelakkan daripada kaki terseliuh atau kejang ketika berjoging ataupun ketika melakukan aktiviti lasak yang lain. Sebelum ni, Mimi tak tahu pun bila melakukan aktiviti luar kita perlukan sokongan untuk betis. Main redah saja. Tu yang buat kaki kerap sakit dan terseliuh. Sekarang ni, kena ambil tahu dan peduli sebelum melakukan aktiviti luar kena persiapkan diri dengan kelengkapan yang mencukupi supaya tidak memudaratkan diri.


Buat korang yang meminati aktiviti outdoor, korang boleh dapatkan pelbagai jenis produk untuk aktiviti outdoor hanya di PTT Outdoor, penjual utama peralatan untuk aktiviti outdoor di Malaysia. Namakan saja apa yang korang nak dan mahukan semua ada di PTT Outdoor.


Uji Tahap Kesihatan Mental

Uji Tahap Kesihatan Mental | Semalam duduk santai di ruang tamu rumah Mimi duk skrol facebook. Terjumpa kawan di facebook share link ujian tahap kesihatan mental. Bila tengok kawan tu buat, Mimi pun nak cuba juga uji tahap kesihatan mental diri kan. Manalah tahu ada kemurungan ke, stress ke kan. Korang pun boleh cuba juga tau.

Uji Tahap Kesihatan Mental


Selepas jawab soalan yang diberi dan jawab dengan sejujurnya, ini keputusan tahap kesihatan mental. Alhamdulillah, normal. Walaupun Mimi stress dengan suasana di tempat kerja tetapi Mimi cuba positifkan diri sendiri. Selalu be happy go lucky person dan kalau ada yang tidak puas hati Mimi akan luahkan. Tak ada nak simpan atau pendam. Kalau simpan dan pendam sorang sorang, nanti sendiri yang stress dan makin teruk pula kan.

Korang pun boleh cuba juga uji tahap kesihatan mental masing masing. Bagus sebenarnya tau ujian ni. Dari situ kita boleh tahu tahap stress, kemurungan dan anzieti kita. Kalau di tahap yang teruk maybe kita boleh berjumpa dengan pakar psikologi untuk tindakan yang seterusnya. Korang boleh klik link ni untuk buat ujian ni https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/1776308809325650 .

De'Figues Face Mist dari Herlysa Vegan Produk Berasaskan Buah Tin

De'Figues Face Mist Produk Berasaskan Buah Tin | Korang pernah dengar atau jumpa tak produk kecantikan yang berasaskan buah tin dari mana mana produk kosmetik yang ada di pasaran? Rasanya belum ada lagi kan? Tapi percaya tak kalau Mimi cakap sekarang ni ada produk tempatan yang berasaskan buah tin. So, di sini Mimi nak share dengan korang mengenai satu produk yang berasaskan buah syurga iaitu De'Figues Face Mist produk berasaskan buah tin dari Herlysa Vegan.

De'Figues Face Mist Produk Berasaskan Buah Tin


Face Mist berasaskan buah tin
De'Figues Face Mist berasaskan buah tin

Sebelum itu jom kenali jenama Herlysa Vegan terlebih dahulu. Herlysa Vegan merupakan jenama pertama di Malaysia yang menghasilkan produk berasaskan buah tin.

VNI Scientific Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluaran yang bertanggungjawab mengeluarkan produk produk jenama Herlysa Vegan di mana syarikat ini telah mengeluarkan produk terkini berasaskan buah tin. Ia menjadikan Herlysa Vegan berjaya mengeluarkan produk kecantikan pertama di Malaysia dan Asia menggunakan ekstrak daripada buah tin.


VNI Scientific Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Herlysa Enterprise sebelum ini merupakan sebuah syarikat usahawan Mara Negeri Sembilan yang bertapak di Senawang. Bermula dari awal tahun 2014 sebagai sebuah syarikat enterprise dan kemudian dinaik taraf sebagai sebuah syarikat sendirian berhad (Sdn Bhd) pada 07 Januari 2017. Kini, lebih dikenali sebagai VNI Scientific Sdn Bhd semakin maju dalam penyelidikan dan pembangunan sehingga tercipta formulasi unggul produk kecantikan berasaskan buah tin.



Untuk pengetahuan korang, produk terbaru keluaran Herlysa Vegan yang dilancarkan pada 03 Julai 2017 ini diberi nama De'Figues di mana ia merupakan satu satunya produk Face Mist yang mengandungi ekstrak buah tin. Buah tin juga lebih dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Ficus Carica di mana ia mampu mempercepatkan proses pencerahan tona kulit dengan selamat serta menjadi anti radikal bebas bagi melambatkan proses penuaan.

De'Figues Face Mist Produk Berasaskan Buah Tin


Penerangan dari Pengasas Herlyna Vegan

Semua orang tahu buah syurga ini yakni buah tin banyak kebaikannya. Bukan sahaja untuk kesihatan malahan sangat bagus untuk kecantikan juga.

Kebaikan buah tin dalam kesihatan dan kecantikan seperti berikut :

šŸ”·mengatasi tekanan darah tinggi dan jantung koronori
šŸ”·mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan
šŸ”·mencegah serangan jantung
šŸ”·baik untuk membantu penyakit diabetes
šŸ”·mempercepatkan tumbesaran kalsium
šŸ”·mengatasi masalah tidur (insomnia)
šŸ”·sumber nutrisi yang baik dan lengkap
šŸ”·mengatasi masalah sembelit dan pencernaan
šŸ”·mempercepatkan penyembuhan luka 
šŸ”·mampu menurunkan berat badan
šŸ”·membantu mencegah penuaan
šŸ”·merawat kesihatan dan mencantikkan kulit
šŸ”·membersihkan liang liang pori yang tersumbat dan mengatasi masalah jerawat

Banyakkan kebaikan yang boleh diperolehi dari buah tin? Jadi, tak perlu risau untuk menggunakan produk berasaskan buah tin ini kerana ia terjamin selamat.


Untuk makluman korang, De'Figues Face Mist mempunyai kualiti semburannya yang efektif. Sangat sinonim dengan istilah Vegan, semua produk keluaran Herlysa Vegan ini dihasilkan dari bahan bahan organik seperti vitamin e, aloe vera, witch hazel dan ficus carica. Semua produk Herlysa Vegan ini bebas dari bahan kimia terlarang seperti sulfates, paraben dan propylene glycol yang boleh merosakkan kulit.

De'Figues Face Mist Produk Berasaskan Buah Tin


Testimoni daripada pengguna pengguna De'Figues Face Mist juga amat memberangsangkan. Mereka sangat berpuas hati dengan kesan yang mereka dapat selepas penggunaan Face Mist berasaskan buah tin ni.

Antara testimoni yang berjaya dan berpuas hati dengan De'Figues Face Mist :






Produk ini sangat sesuai diguna untuk memastikan kulit muka sentiasa kekal hidrat dan segar. Hasilnya kulit akan menjadi lebih sihat kerana formulasi alam semulajadi yang digunakan penuh dengan nutrien.


Packaging De'Figues Face Mist ini juga sangat eksklusif dan berbeza dari packaging sedia ada. Selalunya packaging kotak akan berbentuk petak tetapi untuk packaging Face Mist ini berbentuk segitiga. Memang berbeza sangat kan. Warna dan design yang digunakan untuk packaging menyerlahkan lagi brand ini agar tampak ekslusif.


Testimoni Mimi sendiri, selepas seminggu penggunaan De'Figues Face Mist ini, Mimi dapati kesan dari menggunakan Face Mist sangat mengujakan. Bila sembur di muka akan rasa berangin saja. Pastikan ketika sembur pada muka tutup mata dulu ya. Nanti pedih mata korang, Mimi tak jamin. Mimi guna Face Mist sebelum mekap dan selepas mekap. Tujuannya ialah untuk mengecilkan liang pori pada muka. Selepas selesai mekap, Mimi akan sembur Face Mist lagi bertujuan memberi dan mengekalkan kesegaran mekap pada muka. Dan memang terbukti mekap yang Mimi kekal di muka walaupun pakai seharian. 

Waktu tak mekap pun boleh guna juga tau. Kalau korang mengantuk ke apa sembur saja Face Mist sebab ia akan beri kesegaran pada wajah korang. Selain daripada itu, ia juga melembabkan kulit wajah korang. Bau Face Mist ni wangi tau, aromanya yang lembut bila hidu rasa tenang saja tau korang. 

Herlysa Vegan juga akan melancarkan sebuah lagi produk berasaskan buah tin iaitu De'Figues "Double Serum". Pastinya produk ini menjadi produk serum kecantikan pertama di Malaysia yang dihasilkan daripada ekstrak buah tin.

Untuk sebotol De'Figues Face Mist ini mengandungi isi kandungan sebanyak 30ml dan dijual dengan harga mampu milik serendah RM40.00 sahaja. Korang nak dapatkan Face Mist ini boleh klik pada banner Herlysa Vegan yang terdapat pada sebelah kanan (view dari pc) atau di bahagian bawah (view dari mobile). Korang klik saja banner tersebut, korang akan dapat pelbagai maklumat berkenan Herlysa Vegan serta Face Mist ini.

Maklumat lanjut :




Alamat : 93-1, SECC Mall, Jalan Cattleya 9, Persada Cattleya, 70450 Senawang, Negeri Sembilan

Email : sislysa@gmail.com

Tel : +60 13 602 6521

Pembahagian Faraid

Pembahagian Faraid | Perlunya kita mengambil tahu mengenai pembahagian harta mengikut faraid supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Tak dinafikan berlakunya isu perebutan harta arwah atau tidak berpuas hati dengan pembahagian yang diterima di kalangan ahli keluarga sendiri walaupun ia telah ditetapkan. So, amat penting kita mengetahui pembahagian faraid agar tidak timbul isu di kemudian hari.

Pembahagian Faraid


Dari ilustrasi di atas boleh fahamkan pentadbiran harta pusaka arwah. Sedikit sebanyak dapat membantu kita faham dengan mudah dan jelas. Baca dan faham kan point point yang ditekankan.


Rujuk ilustrasi di atas. Arwah meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak iaitu 2 anak lelaki dan seorang anak perempuan. Tidak lupa juga ibu bapa arwah. Katakan harta pusaka arwah bernilai 1 juta, maka harta yang bernilai 1 juta itu akan dibahagikan mengikut faraid yang ditetapkan. Boleh dilihat dengan jelas anak lelaki arwah mendapat bahagian yang lebih banyak daripada ahli keluarga yang lain. Ini baru satu situasi tau. Ada banyak lagi situasi yang perlu tahu dan ambil tahu.


Situasi ini berlaku apabila arwah tiada ibu bapa mahu pun adik beradik serta anak lelaki. Pembahagian harta diberi seperti biasa kepada isteri dan anak anak perempuan. Kemudian baki harta arwah akan disalurkan ke Baitulmal.


Situasi di atas ialah pembahagian faraid bagi arwah yang berkahwin dua. Pembahagian harta kepada dua orang isteri adalah sama adil dan rata dan baki di bahagikan kepada 5 orang anak lelaki di mana masing masing mendapat 2 bahagian manakala anak perempuan mendapat 1 bahagian.


Situasi di mana pembahagian faraid untuk ibu si arwah di berikan kepada adik beradik arwah kerana pentadbiran harta tidak sempat selesai dan ibu arwah telah meninggal dunia.


Ilustrasi dia atas jelas memberikan gambaran bahawa bekas isteri arwah tiada hak ke atas harta arwah tetapi anak anak arwah dengan bekas isteri layak terima pembahagian faraid. Begitu juga anak anak tiri arwah tiada harta ke atas harta arwah.


Situasi pembahagian harta ini berlaku bila tiada stopper. Jadi, ibu dan adik beradik arwah layak menerima pembahagian faraid.


Manakala untuk bujang/janda/duda tiada anak yang layak menerima pembahagian faraid ialah ibu bapa arwah sahaja. Saudara lelaki ataupun perempuan tidak layak terima.


Ilustrasi di atas menerangkan pembahagian harta yakni rumah semasa hidup dan semasa kematian suami. Diterangkan peratus pembahagian faraid yang layak diterima oleh ahli keluarga suami.

Dari ilustrasi di atas, diterangkan dengan jelas, tepat dan padat walaupun ia ringkas. Hanya diterangkan melalui gambar. Lagi mudah faham dan ingat kan. Mimi update di blog ini pun supaya senang untuk rujukan kemudian hari. Senangkan. Hopefully dapat juga bantu korang di luar sana tentang pembahagian faraid ni supaya tidak timbul isu kemudian hari bila melibatkan tuntutan hak masing masing.

Sumber : facebook @masjidalrahmankerpan

Resipi Sardin Masak Asam

Resipi Sardin Masak Asam | Semalam Aina dan Auni request nak makan sardin masak asam. Diorang tak tahu nak sebut masak apa, diorang cuma cakap nak makan sardin tak pedas yang berkuah. So, Mimi dapat agak apa yang diorang nak. Mimi pun ada share gambar menu di instagram link terus ke facebook. Ada kawan facebook minta share resepi. Jadi, Mimi akan share resipi sardin masak asam.

Resipi Sardin Masak Asam

Sarsin Masak Asam
Sardin Masak Asam

Bahan bahan

2 tin kecil Sardin cap Ayam Brand
1/2 biji bawang besar merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
5 biji cili padi (dibelah dua)
1 cawan air
1 keping asam keping (saiz lebih kurang 50 sen lama)

Cara cara buat

1. Asingkan ikan sardin dan sos. Sos jangan dibuang.
2. Kemudian sardin dibelah dua dan tulang sardin dibuang. Ketepikan. Dari dulu kalau masak sardin Mimi suka buang tulang.
3. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi.
4. Kemudian masukkan ikan sardin yang dibelah tadi. Biarkan sebentar. Semasa masak ikan sardin ni minyak akan terpercik. Jadi, hati hati ya.
5. Kemudian masukkan sos sardin yang diasingkan tadi dan gaul sebati dengan bahan yang ditumis. Masukkan air dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih.
6. Masukkan garam dan gaul lagi. Boleh rasa sama ada kuah cukup rasa masam atau tak. Kalau kurang rasa boleh tambah lagi sekeping asam keping. Mimi guna asam keping bersaiz besar jadi rasanya dah cukup masam.
7. Biarkan seketika sehingga kuah mendidih. Dah masak boleh dihidangkan dan makan dengan nasi panas. Memang sedap.

Resipi Sardin Masak Asam

Selepas masak tak ada pun rasa  hanyir sos ke apa sebab rasa asam tu lagi win dari hanyir. Dan apa yang penting pemilihan jenama sardin sangat penting. Bagi Mimi rasa sardin cap Ayam Brand ni tak hanyir macam ada sesetengah jenama sardin. So, pemilihan sardin yang betul sangat penting.


Bila anak anak makan sampai licin jadi satu kepuasan sebab kena dengan tekak diorang. Aina dan Auni ni kalau makanan yang diorang makan tu agak kurang rasanya memang makan tak bertambah lah. Kalau sedap dan kena tekak diorang makan memang tak ingat dunia. Selalunya Mimi masak sardin masak asam ni untuk anak anak dan time suami tak ada. Kalau suami ada, Mimi akan masak sambal sardin sebab itu memang favourite dia. Makan pula dengan telur goreng lagi bertambah tambah dia makan.

Mimi rasa resipi nih paling mudah dan senang untuk disediakan selain daripada telur masak kicap. Jimat masa dan tenaga. Tak renyah pun. Asalkan berani mencuba dan mempunyai keyakinan yang tinggi. Harap resipi ni beri korang idea nak masak apa untuk makan tengahari atau makan malam. Selamat mencuba!