Review : Lice Clear (Anti Kutu) Merawat Masalah Kutu dan Telur di Rambut dan Kepala

Assalamualaikum...

Selain masalah rambut berkelemumur ada juga masalah rambut lain yang memang kita semua tak suka iaitu rambut ada kutu dan telur kutu. Memang menjadi kepantangan betul kan bila rambut ada kutu dan telur kutu.

Dan masalah kutu dan telur kutu ni yang Mimi hadapi sekarang. Bukan Mimi yang alami tapi anak anak dara Mimi. Berjangkit dari sekolah. Selama ni jenuhlah kita jaga kebersihan rambut anak anak sekali bila ada masalah kutu dan telur kutu ni memang menguji kesabaran sungguh.

Malam tadi mulakan operasi mencari kutu dan telur kutu di rambut kakak Aina sebab dia duk mengadu gatal dan tergaru garu. Cari punya cari memang ada telur kutu dan seekor kutu. Dalam hati syak mesti ada keturunan yang lain ni cuma mata tak berapa nampak. Tunjuk dekat encik suami terus dia bebel. Dia pun mandi dan pergi kedai katanya nak cari sikat kutu. Mimi suruh dia pergi Alpro sekali cari syampu untuk masalah kutu ni.


Ni syampu khas untuk merawat masalah kutu dan telur kutu. Lice Clear (Anti Kutu) -  Eliminates Lice and Eggs. Lice Clear nih di datangkan dalam liquid gel. Yang ni encik suami beli isi kandungannya 70ml berharga RM19.00. Ada sikat dan cara penggunaan disertakan dalam kotak. Untuk makluman semua, Lice Clear ni bebas Pesticide dan Malathion ye. So, tak perlu was was nak gunakan. Tak berbuih macam syampu biasa yang kita gunakan. 


Cara penggunaan Lice Clear liqiud gel ni just apply di rambut kering yang ada masalah kutu. Bila sapu Lice Clear ni memang akan rasa oily dan sticky tau. Lepas dah sapu satu kepala biarkan dalam 10 minit. Pastikan tumpuan lebih diberikan di sekitar rambut belakang telinga dan bawah rambut di sekitar tengkuk bila apply Lice Clear sebab kawasan kawasan ini merupakan tempat favourite kutu kutu rayau ni ye.

Bila dah cukup 10 minit, mulakan operasi membasmi kutu dan telur kutu dengan menggunakan sikat yang disediakan dalan kotak. Pastikan korang sediakan tuala putih yang kering untuk tutup bahagian bahu "mangsa" kutu dan tisu muka atau kapas muka ye. Jangan lupa standby juga pin tudung untuk keluarkan kutu dan telur kutu yang melekat di celah celah sikat nanti.

Lama juga la Mimi buat operasi membasmi kutu dan telur kutu di rambut kakak Aina. Lepas selesai semua, kenalah cuci rambut tuh bagi bersih. Pastikan masa mencuci tuh kepala dalam keadaan menunduk ke bawah dan mata tertutup. Dikhuatiri liqiud gel tuh masuk mata. Alhamdulillah memang puas hati dengan keberkesanan produk Lice Clear ni. Memang keluar habis kutu dan telur telur kutu yang ada. Tak percaya korang boleh tengok gambar dekat bawah ni.


Hah...Amacam rasa geli geleman pun ada juga kan tengok kutu kutu dan telur telur kutu tu. Auni pun ada juga. Disebabkan dia dah tidur, Mimi basmi dulu kutu kutu di rambut Aina dulu. Esoknya operasi mencari dekat rambut Auni pula. Aina pun kena repeat buat treatment free of charge ni...hehehe...Dan dengan rela hati Mimi nak buat juga sebab bila dah bersama dengan anak anak tak mustahil akan kena walaupun masa diorang banyak di sekolah. Walaupun tak gatal gatal dan tergaru garu macam diorang tapi nak buat juga. Better cegah sebelum terkena kan. Nak nak dah berbadan dua ni kena banyak berjaga jaga.

Kalau anak anak kawan kawan ada menghadapi masalah yang sama boleh cari Lice Clear ni di farmasi berdekatan dengan rumah ya. Sangat sangat recommended...Mimi bagi 5/5 untuk produk Lice Clear ni...Memang berpuas hati la...

Hari Sukan Pra Bestari

Assalamualaikum...

Sabtu lepas sekolah Aina mengadakan Hari Sukan khas untuk pelajar Pra Bestari..Pra Bestari terdiri daripada kelas Pra Omega, Pra Alfa dan Pra Beta.

Hari sukan diadakan di Dewan D'Sury SMK Seri Ampangan Seremban. Aina masuk acara lari ikat tali di pinggang, baling bola dan isi air dalam botol. Sebelum acara sukan mula, acara dimulakan dengan perarakan Pra Bestari dan nyanyian lagu sekolah, lagu negeri dan Negaraku. Lepas tu, pertunjukan tarian dan silat pelajar Pra Bestari. Mimi sempat rakam pertunjukan tarian je. Yang silat tak rakam pun sebab tak larat nak berdiri lama lama.

Perarakan pelajar pelajar Pra Bestari
Masa ni tengah standby untuk buat persembahan.

Lepas selesai pertunjukan Pra Bestari, ucapan kata aluan dari guru besar dan tetamu VIP. Lupa pula nama tetamu VIP tuh. Selesai ucapan, lebih kurang jam 9.30 pagi acara sukan dimulakan.

Alhamdulillah acara sukan berjalan lancar dan selesai lebih kurang jam 11.30pagi. Sebelum balik pelajar Pra Bestari dibekalkan dengan sekotak nasi ayam + ayam goreng...Ala lupa pula makanan tuh sponsor daripada siapa. Semua lupa Mimi nih sebab keadaan time tuh tak mengizinkan. Tapi nak gembirakan hati anak gagahkan juga diri pergi Hari Sukan sekolah Aina nak bagi semangat.

Redeem Gift Printcious.com Dah Sampai

Assalamualaikum...

Sebelum ni Mimi share terima free voucher RM50 daripada Printcious.com kerana vote mereka dalam satu award.

Alhamdulillah barang yang dipesan dah sampai pun. Mimi pilih dua Mini Tees satu warna hijau satu warna pink. Warna hijau Arrow Daddy warna pink Arrow Mommy.



Harga Mini Tees ni RM15.00 satu. Pilih dua jadi RM30.00..Balance RM20.00 bayar kos pengeposan. Lagipun tengok Mini Tees ni macam comel pulak. Balik rumah tadi terus lekat pada cermin besar kat ruang tamu. Kualiti Mini Tees ni pun bagus tau. Kualiti yang bagus... Rasa teruja dan tak sabar pulak nak timang baby bila tengok Mini Tees nih tergantung comel pada cermin di ruang tamu. Takpe takpe 2 bulan je lagi baby nak keluar..hehehehe...

Actually nak lekat kat kereta, encik suami kurang suka menyerabutkan kereta dia...Jadi, marilah menyerabutkan cermin dalam rumah. Menggeleng dia tengok karenah isteri yang kadang kala macam keanak-anakan...

Terima kasih Printcious.com sudi beri gifts yang istimewa ni. Rasa teruja dan seronok sangat. Apa yang bagusnya Printcious.com ni memberikan servis dan perkhidmatan yang pantas dan layanan serta komitmen yang diberikan kepada pelanggan sangat bagus..Memang 5/5 la saya bagi...Thanks a lot Printcious.com.

Kek Frozen Sempena Hari Lahir Auni

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semalam 05 April genap umur Auni 5 tahun. Sekejap saja masa berlalu..Terasa macam baru je lahirkan dia...huhuhu...

Sempena birthday dia, Auni request nak kek Frozen. Ermmm.... nak tempah mau cecah RM60++..Nak buat memang malas..Nak nak dalam keadaan macam kungfu panda..😄😄😄😄

Tapi hati seorang ummi mana lah sanggup nak kecewakan permintaan seorang anak. Sanggup drive jauh semata mata nak beli bahan bahan untuk buat kek dan cari edible image Frozen semata mata nak tunaikan permintaan dan impian anak.

Cabaran nak buat sebiji kek bagi seorang amatur macam Mimi memang mencabar. Nak nak dah lama cuci tangan daripada baking membaking sejak berbadan dua. Rasa kekok sangat nak mendeko. Setakat nak membaking in shaa Allah masih dikekalkan cuma bab mendeko jadi agak kekok. Nak nak bila apa yang kita nak tak menjadi. Rasa give up dan frust jangan cakap. Tapi demi permintaan seorang anak cuba kuatkan semangat berdoa minta dipermudahkan urusan mendeko walaupun dalam keadaan letih. Sejak anak anak dah sekolah dan sejak berbadan dua memang dah latih mata nih tidur tepat pukul 9 malam. Kalau tidur lewat faham faham saja lah.

Tapi demi anak malam sebelum hari lahir Auni, sanggup bersengkang mata bermandi peluh siapkan kek dia. Mata penat jangan cakap. Badan letih Allah saja tahu. Nak nak bila apa kita plan tak menjadi..Lain kita buat lain jadinya. Bukan tak rujuk resipi dah siap rujuk..Tak yakin check semula screenshot dalam phone. Bahan sama cara dah sama tapi hasil tak sama..Mahu tak frust..Tapi bila menghadapi kesukaran tuh duduk diam diam tarik nafas dan berdoa, dapat idea nak tutup kelemahan yang ada. Alhamdulillah akhirnya siap juga kek birthday Auni bertemakan Frozen.

Esoknya bila dia tengok kek birthday, muka punyalah teruja. Siap peluk cakap terima kasih ummi buat kek adik. Masa tuh memang tersenyum dan terharu sebab penat lelah kita dibalas dengan pelukan dan ucapan terima kasih. Untuk kawan kawan Auni pun Mimi tak bagi goodies bag tapi buatkan apam susu yang diletakkan dalam bekas plastik yang dibeli di kedai kek..Buat kelainan..Asyik jajan saja budak budak sekarang ni. So, terfikir buat lain dari yang lain. Pagi pagi dah bangun siapkan apam susu dan masak sekali untuk encik suami yang tengah bercuti. Alhamdulillah siap semua walaupun terlambat hantar anak anak ke sekolah.

Syukur sangat semua dah selesai. Rupa kek pun setakat ni alhamdulillah puas hati dan rasanya ni kek terbaik yang pernah Mimi buat. In shaa Allah akan perbaiki dari semasa ke semasa. Banyak belajar dekat youtube...

Buat Auni a.k.a adik SELAMAT HARI LAHIR KE 5 TAHUN. SEMOGA ADIK MENJADI ANAK YANG SOLEHAH DAN TAAT PADA UMMI DAN ABI,DIMURAHKAN REZEKI,DILIMPAHI RAHMAT DAN DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK. KASIH SAYANG UMMI DAN ABI TAK BERBELAH BAGI PADA ADIK. KASIH SAYANG UMMI DAN ABI PADA ADIK SAMA RATA DAN ADIL SEPERTI KAKAK...UMMI MARAH BUKAN UMMI BENCI TAPI NAK ADIK JADI MANUSIA. ABI MARAH BUKAN SEBAB TAK SAYANG TAPI KERANA SAYANG ABI MARAH DAN TEGUR SUPAYA ADIK TAK ULANGI KESILAPAN YANG SAMA.

UMMI, ABI DAN KAKAK SAYANG ADIK SANGAT SANGAT...♡♡♡♡♡♡

Komen Tak Appear di Blog Lain??

Assalamualaikum....

Nak tanya kawan kawan masalah yang Mimi hadapi sekarang ni.

Dah banyak kali Mimi perasan bila komen di blog kawan kawan komen Mimi tuh tak appear. Masalah ni Mimi sedar bila join giveaway. Bila check penyertaan nama Mimi mesti takde. Masuk ni dah 3 giveaway Mimi join tapi bila dah umum pemenang Mimi check senarai peserta nama Mimi takde.

Bukan tu aje, Mimi kadang kadang pergi semula blog kawan kawan check entry lama yang Mimi tinggalkan komen tapi takde pun. Mustahil la kawan blogger yang lain tak publishkan komen Mimi betul tak?

Apa Mimi patut buat ya nak solve problem ni. Ikutkan hati nak aje delete blog ni buat yang lain tapi sayang pulak. Puas dah duk godek godek tapi tak mau jugak. Semua akaun gmail Mimi dah logout tinggalkan email untuk blog saja tapi tak boleh jugak.

Please kot siapa siapa yang tahu jalan penyelesaiannya. Mimi tak nak nanti orang cakap Mimi sombong pulak tak nak balas kunjungan kawan kawan. Padahal banyak komen Mimi tinggalkan.


Al Kisah Sirap Bandung

Assalamualaikum...

Al kisahnya pasal sirap bandung tengahari tadi. Anak sulung Mimi, Aina request ummi dia buat air pink. So, ummi memang dah tahu maksud air pink tu. Yang si ummi malas nak buat sebab dah plan nak buat air anggur. Di sebabkan malas ummi buat alasan tak pandai buat air pink.

Sekali Aina ajar ummi cara cara buat air pink. " Ala ummi, senang je. Kena ada air, susu cair,susu pekat," sambil keluarkan jari yang digenggam satu persatu. Ummi saja buat buat angguk konon faham. Lepas tu, umminya bagi alasan mana ada susu nak buat air pink.

Sekali kakak pun sound, " Ada la ummi. Susu cair ada,susu pekat pun ada." Haiyakkkk, apa lagi alasan nak bagi dekat anak ni. Semua alasan ummi dicantasnya. Benarlah budak budak sekarang janganlah kita nak temberang atau tipu sebab diorang lagi bijak dari kita...

Maka, melangkah lah ummi ke dapur buat air pink a.k.a sirap bandung. Plan nak buat air anggur terpaksa "ditangguhkan" dulu sebab tak sampai hati nak hampakan permintaan anak.


Kursus Pengurusan Harta Dalam Islam di ILIM, Bangi

Assalamualaikum...

Hari Selasa lepas Mimi hadir kursus di ILIM, Bangi. Kursus Pengurusan Harta Dalam Islam ni Mimi mohon online di web ILIM. Kursus tamat Khamis lepas. Alhamdulillah bila hadir kursus ni banyak ilmu yang Mimi dapat. Peserta pun terdiri dari pelbagai agensi. Ada dari PDRM, Penjara, AADK dan lain lain lagi. Kursus ni memang terbuka kepada sesiapa saja nak join.

Antaranya penerangan secara terperinci mengenai zakat fitrah dan zakat harta. Zakat harta yang paling best. Penerangan mengenai zakat pendapatan/gaji, zakat kwsp,zakat simpanan, zakat emas dan macam macam lagi. Lepas tu, belajar mengenai tuntutan harta sepencarian yang masih ramai lagi kaum isteri tak tahu dan tak jelas lagi. Harta sepencarian bukan saja boleh tuntut jika kematian suami dan berlaku penceraian. Malah bila suami mohon poligami isteri berhak tuntut harta sepencarian. Selama ni Mimi tak tahu pun bila suami mohon poligami isteri boleh tuntut harta sepencarian...

Selain daripada tu, kursus ni pun ada terangkan mengenai faraid juga. Memang banyak ilmu baru yang Mimi pelajari sepanjang hadir kursus selama 3 hari di ILIM. Alhamdulillah selama 3 hari hadir kursus pengisian yang diberikan para penceramah memang sangat bermanfaat.

Nanti Mimi try tengok kat email ada tak urusetia kursus send slide..Kalau ada nanti Mimi share ye.


Beralih Arah dengan UMobile



Assalamualaikum...

Baru aje tukar ke UMobile 2 minggu lepas. Ikutkan hati tak nak dah tukar tukar line ni tapi kerana keadaan mendesak terpaksa juga tukar. Tapi untuk nombor UMobile ni lebih pada penggunaan yang melibatkan internet macam fb,ig,blog,whatsapp,telegram dan bla bla bla...

Sebenarnya Mimi masih kekal guna nombor lama yang 013 tu. Maybe ada di kalangan kawan kawan blogger yang masih simpan nombor Mimi 013 tu. Nombor tu masih wujud lagi dan available untuk call dan sms saja. Kalau hantar whatsapp memang la boleh tapi berzaman la Mimi takkan jawab sebab phone yang Mimi guna untuk 013 tu memang takde whatsapp. Untuk nombor 013 Mimi guna line Mr. X..😄😄😄

Untuk line UMobile memang Mimi puas hati bila dah guna selama 2 minggu. Walaupun data Internet keluar "E" tetap boleh on fb ig macam biasa. Ada certain line kalau "E" tuh memang tak boleh tapi UMobile boleh. Then, data UMobile pun rasa macam lambat je habis walaupun Mimi rasa banyak lenjan buka fb ig bagai...Update blog lagi..Suami pun dah tukar ke UMobile tapi masih kekalkan nombor lama.

Adik adik Mimi pun guna UMobile. Punca Mimi nak tukar UMobile sebab adik yang 2nd cakap memang jimat sangat sangat. Macam macam dia promote..Dah boleh jadi promoter UMobile dah..hahaha...Alhamdulillah setakat ni memang puas hati sesangat la...Lepas ni tak payah nak bebel bebel sebab tak boleh update blog angkara line lama buat hal. Semendang tak boleh post entry walaupun data banyak lagi.


Kek Span Lembut dan Gebu yang Mudah Disediakan



Assalamualaikum...

Petang semalam lepas habis kursus,jemput Aina dan Auni kat sekolah. Lepas tu, bawak diorang pergi kedai jual barangan kek dan pastri di Senawang. Dah janji nak buatkan diorang kek.

So, malam semalam membaking di dapur. Ikutkan rasa memang malas. Sejak berbadan dua memang cuci tangan membaking ni tapi demi anak anak gagahkan diri membaking. Semalam decide buat kek span biasa. Walaupun kek span biasa tapi kek ni memang gebu dan lembut tau korang. Nak buat pun senang. Tak makan masa pun.

Lepas tu, deko sikit sikit kek tuh...Auni suruh letak gambar Frozen,so, Mimi pun letak la edible image Elsa. Tabur manik gula kat atas dan hias dengan marshmallow dah siap pun kek...

Bagi seorang amatur macam Mimi, hias kek macam ni dah kira happy dah. Walaupun tak cantik tapi sedap dan yang penting less sugar. Anak anak pun request tak nak kek manis.

Hari jadi Auni next week pun kena buatkan kek Frozen untuk di bawa ke tadika nanti. Tema putih biru...

Sebelum terlupa, Mimi share dengan korang resipi kek span lembut tu ye.

1 cwn tepung gandum + 1 cwn gula kaster + 1 sdb ovalette + 5 biji telur gred A. Mix hingga kembang selama 5 minit. Lepas tu, masukkan 1 cawan air + perisa kek + pewarna kek. Mix lagi selama 5 minit. Last sekali masukkan 1/2 cawan minyak jagung. Gaul dengan cara kaup balik sehingga sebati. Macam Mimi disebabkan minyak jagung dah habis, Mimi gantikan 1/2 cawan mentega. Griskan loyang dengan mentega dan bakar selama 50 minit suhu 140°c api atas bawah Ni ikut oven Mimi la..Kalau kawan kawan sila ikut kesesuaian oven masing masing la untuk suhu dan masa.

Resipi untuk buttercream pula, Mimi guna mentega + gula aising + susu cair. Sukatan Mimi main agak agak untuk hiasan sebiji kek. Kalau takde susu cair boleh gantikan dengan susu pekat tapi kurangkan sukatan gula aising. Takut manis nanti. Pukul mentega + gula hingga sebati dan kembang. Lepas tu, masukkan susu sikit demi sikit ikut kepekatan adunan yang kita nak. Pastikan jangan letak susu banyak sangat nanti cair pula buttercream payah nak deko deko.

Untuk tulisan Aina dan Auni, Mimi guna marshmallow fondan. Marshmallow plain + 5 sdb air. Masak sampai marshmallow cair. Guna microwave aje. Macam Mimi guna pemanggang ajaib. Dah cair masukkan gula aising sikit demi sikit sampai jadi doh dan tak melekat. Boleh tambah tepung jagung sikit untuk elakkan penggunaan aising yang banyak. Takut manis. Sukatan marshmallow dan ising ialah 1:2.

Bab nak mendeko kek memang perlukan kesabaran yang tinggi. Kalau tak sabar memang tak jadi. Untuk hiasan kek memang saja buat simple simple sebab nak buat makan kat rumah saja. Yang penting kek gebu, kurang manis dan sedap..😄😄