Ayam Bakar Station Port Dickson | Berniaga Sambil Bersedekah

Assalamualaikum dan hai korang...

26 Disember lepas Mimi sekeluarga pergi Wet World Kolam Air Panas Pedas. Plan yang Mimi dan adik adik discuss sejak 2 bulan lepas lagi. Nak bawak mama ayah adik adik dan anak anak masing masing berehat dan berseronok time cuti sekolah. Bila sekali sekala berkumpul adik beradik seronoknya jangan cakap!!!Lain macam happy dia tuh. Okey, stop bebel pasal Kolam Air Panas Pedas. Mimi nak share dengan korang lokasi makan makan yang best di Port Dickson iaitu Ayam Bakar Station Port Dickson.



Balik dari Wet World, kami sekeluarga singgah makan tengahari di Ayam Bakar Station yang terletak di Batu 11, Telok Pelandok. Kalau balik dari Wet World tuh kami ikut laluan Linggi dan terus tembus Pengkalan Kempas. Kalau lalu ikut Port Dickson-Seremban dah berpusing jauh. Ayam Bakar Station nih betul betul terletak di tepi jalan. Kalau korang dari Port Dickson-Seremban nak ke Pengkalan Kempas, Tanjung Agas atau Melaka ikut jalan lama (tak ikut highway) kedai makan nih terletak di sebelah kiri korang. Begitu juga sebaliknya kalau korang dari Melaka, Tanjung Agas atau Pengkalan Kempas nak ke Port Dickson-Seremban kedai makan nih terletak di sebelah kanan korang.





Ayam Bakar Station ini menggunakan warna oren a.k.a jingga sebagai trademark kedai mereka dan konsep kedai makan ini lebih kepada santai dan layan diri. Apa yang best di Ayam Bakar Station ini sudah tentulah menu utamanya sedap dan meletop. Selain daripada itu, Ayam Bakar Station ini ada juga menyediakan menu masakan kampung tau. Dannn apa yang palingggg istimewa di Ayam Bakar Station ini ialah owner kedainya yang dikenali sebagai Encik Mat mengamalkan konsep "berniaga sambil bersedekah".



Konsepnya macam ini, kalau korang beli Ayam Bakar/Madu Set, sekiranya nasi dah habis pelanggan boleh tambah nasi, salad, sambal dan sup secara percuma dengan syarat guna pinggan/mangkuk yang sama. Tambah ayam kira harga lain lah. Korang tak perlu risau ayam tak cukup ke apa sebab ayam yang dihidangkan memang besar. Tambah nasi dua kali baru ayam habis. Mimi sendiri tambah nasi baru ayam habis. Macam tuh juga dengan air. Oh ya untuk 1 set Ayam Bakar/Madu RM8.50 (Nasi+Ayam Bakar Madu+ Salad + Sup + Sambal). Air pula di caj segelas RM2.00 dan pelanggan boleh refill air banyak kali dengan syarat guna gelas yang sama juga. Korang refill 3,4 kali air tetap dikira RM2.00 tau. Murah kan? Ada 6 jenis air yang boleh korang pilih iaitu orange, ribena, dragonfruit, guava dan 2 lagi Mimi tak ingat dah..hahaha...Boleh refer gambar di bawah mengenai konsep yang Mimi terangkan.



Time pergi makan tuh, family Mimi saja order 14 set Ayam Bakar/Madu, 11 set pedas dan 3 set tak pedas. Beza pedas dan tak pedas tuh Ayam Bakar/Madu didatangkan sekali dengan semangkuk sup dan sambal cili manakala yang tak pedas tuh bezanya tiada sambal cili tetapi digantikan dengan kuah yang Mimi sendiri tak pasti namanya. Tapi rasanya memang sedap. Tak berkesempatan nak tanya owner nama kuah tak pedas tuh sebab owner dan pekerja merangkap isteri dan anak anaknya sangat sibuk melayan pelanggan yang tak putus putus datang. Harga makanan dan minuman memang sangat sangat berpatutan. Rasa sangat berbaloi bayar harga yang ditetapkan sebab serius memang sedap makanan yang disediakan. Memang takkan rasa rugi atau terkilan lah.





Ayam Bakar Station beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin dari pagi hingga petang. Sekiranya hari Isnin jatuh pada hari Cuti Am Ayam Bakar Station buka seperti biasa. Waktu operasi tak dapat nak specific kan dengan tepat sebab tak tentu masa yang sebenar owner tutup kedai. Tapi apa yang pasti Ayam Bakar Station ini beroperasi dari pagi sampai petang.

Ayam Bakar Station highly recommended kalau korang datang ke Port Dickson. Nak makan sedap, boleh tambah nasi, tambah air percuma korang cari Ayam Bakar Station. In shaa Allah gerenti korang puas hati. Mimi sekeluarga bagi 5 bintang.

Lokasi :

Ayam Bakar Station
Batu 11, Telok Pelandok, Port Dickson
(tepi jalan)

Post a Comment

7 Comments

  1. FIRST time pergi mkan kat sini hari tu.. mmg bagus! owner pon baik..

    ReplyDelete
  2. pernah lalu je tapi xpernah lagi singgah..next time nak singgahlah..

    My Blog:Penawar Asma

    ReplyDelete
  3. Salam, owner restaurant ni pakcik saya Mamat. Bukan man.. hehe. Ayam bakar Memang best! Terima Kasih for this article. Great one!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam...terima kasih betulkan nama owner..sy igt igt lupa...ayah saya ada bgtau ari tuh nama owner tp sy lupa...terima kasih skali lagi 😊

      Delete
  4. Next time ke PD boleh masuk list... bagus owner jenis tak berkira.. moga bisnesnya bertambah maju dan sentiasa dimurahkan rezeki... amin...

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tau pasal ada tempat makan best sedap kat PD..tgok ayam bakar tu terus terliur

    ReplyDelete
  6. Sedapnya ayam bakar tu..huishh..terliur lah pulak..mesti cari malam nanti ni..termimpi2 lah dkt ayam bakar tu..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com