Sabtu, 31 Disember 2016

Ayam Bakar Station Port Dickson | Berniaga Sambil Bersedekah

11:40:00 PTG 5 Comments
Assalamualaikum dan hai korang...

26 Disember lepas Mimi sekeluarga pergi Wet World Kolam Air Panas Pedas. Plan yang Mimi dan adik adik discuss sejak 2 bulan lepas lagi. Nak bawak mama ayah adik adik dan anak anak masing masing berehat dan berseronok time cuti sekolah. Bila sekali sekala berkumpul adik beradik seronoknya jangan cakap!!!Lain macam happy dia tuh. Okey, stop bebel pasal Kolam Air Panas Pedas. Mimi nak share dengan korang lokasi makan makan yang best di Port Dickson iaitu Ayam Bakar Station Port Dickson.



Balik dari Wet World, kami sekeluarga singgah makan tengahari di Ayam Bakar Station yang terletak di Batu 11, Telok Pelandok. Kalau balik dari Wet World tuh kami ikut laluan Linggi dan terus tembus Pengkalan Kempas. Kalau lalu ikut Port Dickson-Seremban dah berpusing jauh. Ayam Bakar Station nih betul betul terletak di tepi jalan. Kalau korang dari Port Dickson-Seremban nak ke Pengkalan Kempas, Tanjung Agas atau Melaka ikut jalan lama (tak ikut highway) kedai makan nih terletak di sebelah kiri korang. Begitu juga sebaliknya kalau korang dari Melaka, Tanjung Agas atau Pengkalan Kempas nak ke Port Dickson-Seremban kedai makan nih terletak di sebelah kanan korang.





Ayam Bakar Station ini menggunakan warna oren a.k.a jingga sebagai trademark kedai mereka dan konsep kedai makan ini lebih kepada santai dan layan diri. Apa yang best di Ayam Bakar Station ini sudah tentulah menu utamanya sedap dan meletop. Selain daripada itu, Ayam Bakar Station ini ada juga menyediakan menu masakan kampung tau. Dannn apa yang palingggg istimewa di Ayam Bakar Station ini ialah owner kedainya yang dikenali sebagai Encik Mat mengamalkan konsep "berniaga sambil bersedekah".



Konsepnya macam ini, kalau korang beli Ayam Bakar/Madu Set, sekiranya nasi dah habis pelanggan boleh tambah nasi, salad, sambal dan sup secara percuma dengan syarat guna pinggan/mangkuk yang sama. Tambah ayam kira harga lain lah. Korang tak perlu risau ayam tak cukup ke apa sebab ayam yang dihidangkan memang besar. Tambah nasi dua kali baru ayam habis. Mimi sendiri tambah nasi baru ayam habis. Macam tuh juga dengan air. Oh ya untuk 1 set Ayam Bakar/Madu RM8.50 (Nasi+Ayam Bakar Madu+ Salad + Sup + Sambal). Air pula di caj segelas RM2.00 dan pelanggan boleh refill air banyak kali dengan syarat guna gelas yang sama juga. Korang refill 3,4 kali air tetap dikira RM2.00 tau. Murah kan? Ada 6 jenis air yang boleh korang pilih iaitu orange, ribena, dragonfruit, guava dan 2 lagi Mimi tak ingat dah..hahaha...Boleh refer gambar di bawah mengenai konsep yang Mimi terangkan.



Time pergi makan tuh, family Mimi saja order 14 set Ayam Bakar/Madu, 11 set pedas dan 3 set tak pedas. Beza pedas dan tak pedas tuh Ayam Bakar/Madu didatangkan sekali dengan semangkuk sup dan sambal cili manakala yang tak pedas tuh bezanya tiada sambal cili tetapi digantikan dengan kuah yang Mimi sendiri tak pasti namanya. Tapi rasanya memang sedap. Tak berkesempatan nak tanya owner nama kuah tak pedas tuh sebab owner dan pekerja merangkap isteri dan anak anaknya sangat sibuk melayan pelanggan yang tak putus putus datang. Harga makanan dan minuman memang sangat sangat berpatutan. Rasa sangat berbaloi bayar harga yang ditetapkan sebab serius memang sedap makanan yang disediakan. Memang takkan rasa rugi atau terkilan lah.





Ayam Bakar Station beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin dari pagi hingga petang. Sekiranya hari Isnin jatuh pada hari Cuti Am Ayam Bakar Station buka seperti biasa. Waktu operasi tak dapat nak specific kan dengan tepat sebab tak tentu masa yang sebenar owner tutup kedai. Tapi apa yang pasti Ayam Bakar Station ini beroperasi dari pagi sampai petang.

Ayam Bakar Station highly recommended kalau korang datang ke Port Dickson. Nak makan sedap, boleh tambah nasi, tambah air percuma korang cari Ayam Bakar Station. In shaa Allah gerenti korang puas hati. Mimi sekeluarga bagi 5 bintang.

Lokasi :

Ayam Bakar Station
Batu 11, Telok Pelandok, Port Dickson
(tepi jalan)

Rabu, 14 Disember 2016

#MyTravelokaEscapade : Tokyo Destinasi Pilihan Untuk Familymoon

12:34:00 PTG 7 Comments
Assalamualaikum dan haiπŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹

Korang tahu tak jika Mimi diberi peluang travel ke luar negara destinasi apa yang jadi pilihan utama Mimi untuk Familymoon? Sudah tentulah Tokyo. Kenapa Tokyo? Mimi pilih Tokyo sebab Tokyo terkenal dengan tempat tempat pelancongan yang menarik. Selain daripada itu, Mimi juga jatuh cinta dengan peradaban orang Jepun yang sangat sopan serta kehidupan mereka yang teratur, kemas dan bersih. Mimi nak sangat sangat tengok depan mata cara hidup orang Jepun dan praktikkan dalam kehidupan harian sekaligus dapat ajar anak anak peradaban mereka. So, andaikata dapat pergi Tokyo alangkah bahagianya hidup.

Apabila nak pergi travel, pasti Mimi akan ingat mengenai satu aplikasi yang memudahkan kaki kaki travel iaitu Traveloka. Traveloka? Apa itu Traveloka? Traveloka merupakan aplikasi percutian yang sangat efisien dan pantas kerana kita boleh book hotel dan tiket penerbangan sepantas 123. Sangat menjimatkan masa dan memudahkan kita untuk travel. Tak perlu risau nak tidur mana naik flight apa lagi dah. Semuanya boleh dibuat di Traveloka. Nak lagi mudah korang cari #MyTravelokaEscapade untuk cari pelbagai maklumat terkini.

Jika diberi peluang dan ada rezeki pergi Tokyo, Jepun, ada 7 tempat pilihan utama Mimi nak pergi tau. Korang nak tahu apa tempat yang Mimi pilih untuk Familymoon nanti. Jom baca jomπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

1. Shinjuku Gyoen National Garden

Shinjuku merupakan taman tradisional tertua di Jepun dan mempunyai pelbagai tarikan seperti tasik kecil, jambatan tradisional dan pelbagai jenis pokok menarik. Terdapat juga beberapa taman utama seperti French Garden dan English Garden yang merupakan tarikan utama masyarakat Jepun untuk bersantai bersama keluarga pada musim bunga sakura dan musim bunga luruh. Kalau Mimi dan family datang sini memang kami bergambar sepuas puasnya tau. Kalaulah berpeluang pergi time musim bunga sakura confirm meroyan Mimi dibuatnya. Dahlah bunga sakura tuh bunga kesukaan Mimi, warnanya pink pulak tuh (my favourite colour gitu).

2. Sensoji Temple dan Nakasima Street



Dikenali sebagai Asakusa Cannon Temple iaitu kuil Buddha yang terletak di Asakusa dan kuil ini merupakan kuil tertua di Tokyo. Selepas pintu gate utama kuil iaitu Kaminarimon (Thunder Gate) terdapat deretan kedai cenderahati di sepanjang jalan ke pintu gate kedua Hozomon yang dikenali sebagai Nakasima Street.

3. Tokyo Disneyland dan DisneySea





Tokyo Disneyland merupakan taman tema yang dibina pada tahun 1983 berdasarkan filem filem yang dihasilkan oleh Walt Disney. Ia merupakan taman tema Disneyland pertama di luar Amerika Syarikat. Kalau pergi di sini confirm anak anak Mimi suka tau. Pastinya peluang bergambar dengan watak watak dari filem Walt Disney takkan dilepaskan. Manakala Tokyo DisneySea merupakan taman tema fantasi berdasarkan lagenda laut. Hah tempat nih sangat sesuai untuk Mimi dan suami beromantika De Amour.πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

4. Yoyogi Park



Hahh Yoyogi Park tempat kedua Mimi dan keluarga akan pergi untuk bersantai santai hirup udara segar. Yoyogi Park merupakan taman yang terbesar di Tokyo dan amat terkenal sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga tersayang. Taman ini terletak bersebelahan dengan Meiji Shrine (kuil yang dibina khas untuk Maharaja Meiji)


5. Gunung Fuji




Salah satu alam semulajadi yang Mimi nak sangat tengok depan mata iaitu Gunung Fuji. Gunung Fuji yang hampir sempurna dan sekata menyerupai bentuk cone ini merupakan gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776.24m. Di sekeliling Gunung Fuji ini difahamkan ada 5 tasik iaitu Tasik Kawagushika, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko.

6. Tokyo Sky Tree



Hah ini merupakan Tokyo Sky Tree ini merupakan stesen penyiaran tv juga menjadi mercu tanda Tokyo. Ia merupakan bangunan tertinggi di Jepun. Di sini juga ada shopping complex dan aquarium yang terletak di bawah bangunan. Di sini juga mempunyai observatory deck iaitu Tembo Deck berketinggian 350m dan Tembo Gallery 450m dan merupakan observatory deck tertinggi di Jepun dan antara yang tertinggi di dunia. Souvenir yang dijual di sini juga tidak terjual di tempat lain. Kalau Mimi pergi confirm Mimi bergambar dengan family sampai lebam. Setiap sudut yang menarik Mimi takkan lepaskan. Dan dari sini juga Mimi boleh enjoy tengok view Tokyo yang cantik.

7. Ueno



Bagi pencinta sejarah dan seni seperti Mimi, sangat sesuai pergi Ueno sebab terdapat pelbagai muzium di sini seperti Tokyo National Museum, National Museum for Western Art, Tokyo Metropolitan Art Museum dan National Science Museum. Di sini juga terdapat Ueno Zoo yang merupakan Taman Zoologi pertama di Jepun.

Menarik tak menarik tak?πŸ˜™πŸ˜™πŸ˜™ Rasa tak sabar pula nak menantikan detik detik istimewa ini jika Mimi dan family berpeluang Familymoon di Jepun. Memang Mimi akan gunakan peluang ini sebaik baiknya tau. Takkan lepaskan peluang untuk rakam detik terindah walau sesaat. Hopefully Mimi sekeluarga berpeluang jejak kaki di negara Matahari Terbit dan Traveloka akan merealisasikan impian kami.😊😊😊

Buat korang yang kaki travel jangan lupa singgah web ini www.traveloka.com.my dan jangan lupa guna #MyTravelokaEscapade untuk memudahkan carian korang tau. Ingat Travel Ingat TravelokaπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Ahad, 11 Disember 2016

Friso Gold : Membekalkan Nutrisi Yang Menguatkan Anak Anak Dari Dalam

8:10:00 PG 2 Comments
Seminggu bercuti, duduk terperap dalam rumah memang sangat bosan tau korang. Tepu otak Mimi dibuatnya duduk dalam rumah. Jammed terus otak tak boleh berfikir. Bila semua kerja rumah dah siap buat apalagi nak buat selain daripada tidur kan? Jadi, daripada duduk terperap dalam rumah, lebih baik bawa anak anak berjalan makan angin menikmati keindahan alam semesta. Betul tak? Anak anak pun dapat buat aktiviti kegemaran mereka.







Memang anak anak seronok sangat bila dapat makan angin sebab mereka boleh belajar sesuatu benda yang baru di samping meneroka alam di sekeliling mereka. Bila mendedahkan mereka dengan keadaan sekeliling pasti akan mengundang bahaya kepada mereka antaranya terdedah dengan cuaca yang tidak menentu, persekitaran yang tidak sihat dan sebagainya. Sebagai ummi kepada dua orang puteri yang sedang membesar pasti Mimi amat menitikberatkan kesihatan mereka bila melakukan aktiviti di luar rumah. Namun, Mimi tidak perlu risau semua itu kerana Mimi dah pun mencari dan memberikan mereka susu Friso Gold. Sejak consume Friso Gold anak anak Mimi semakin cergas, cerdas serta kekuatan dalaman mereka yang sangat memberangsangkan. Malahan, sistem penghadaman mereka juga semakin baik. Tidak ada lagi masalah sembelit atau diarrhea.



Susu Friso Gold dihasilkan dari susu lembu yang berkualiti tinggi. Kenapa dengan yakinnya Mimi kata susu Friso Gold berkualiti tinggi? Hah, korang baca serba sedikit maklumat penting berkaitan susu Friso Gold. Susu berkualiti tinggi adalah titik permulaan bagi menghasilkan susu tepung yang berkualiti. Jadi Friso Gold bermula dengan sumbernya di negara Belanda. Susu Friso Gold datangnya dari ladang-ladang milik mereka sendiri.

Lembu-lembu di ladang diberi makanan berkualiti. Lembu yang sihat menghasilkan susu yang berkualiti. Peladang-peladang memberikan jagaan terbaik terhadap lembu-lembu mereka. Setiap lembu diberi nama yang tersendiri dan dijaga seperti keluarga. Kolar elektronik dan tag unik digunakan untuk memantau status kesihatan setiap lembu.

Susu adalah produk semula jadi dan alam semula jadi tidak boleh digesa. Penghasilan susu yang berkualiti memerlukan penjagaan serta dedikasi yang tinggi. Peladang ini menggabungkan kepakaran dengan sistem penyusuan dan pemantauan berteknologi tinggi bagi memastikan lembu mereka kekal sihat, dan menjamin susu berkualiti tinggi. Bagi mereka, perladangan adalah sebahagian daripada alam semula jadi.

Nampak tak? Susu Friso Gold terhasil daripada susu lembu yang dijaga rapi oleh peladang dari ladang mereka sendiri dan diberikan makanan yang berkualiti tau. Semakin sihat seekor lembu itu semakin berkualiti susu yang dihasilkan. Korang boleh nampak bagaimana mereka menjaga rapi lembu di ladang untuk memastikan lembu sentiasa kekal sihat.



Susu Friso Gold yang terbaru ini juga dipertingkatkan dengan teknologi LocNutri di mana membantu mengekalkan nutrien dalam keadaan asal semasa proses pengeluaran supaya ia mudah diserap dalam tubuh dan sistem penghadaman. Ini kerana susu Friso Gold terhasil dari kekreatifan para saintis yang mencipta proses khas yang memelihara susu pada setiap langkah proses agar kebaikan dikekalkan dalam formula susu mereka. Setiap proses adalah di bawah kawalan mereka bermula dari ladang sehinggalah ke kilang. Susu yang berkualiti tinggi ini yang dibawa dari ladang sehingga ke kilang sentiasa dipantau agar kebaikan susu dikekalkan agar dapat membekalkan nutrisi kepada si manja agar kuat dari dalam.

Korang percaya tak susu yang mengandungi nutrien yang kekal terpelihara akan memberikan sistem penghadaman yang baik kepada anak anak. Jika sistem penghadaman baik maka daya ketahanan tubuh mereka juga bertambah baik. Kenapa Mimi cakap begitu? Sebagai contoh, sebelum ini anak anak Mimi mudah kena sembelit. Dari situ Mimi tahu sistem penghadaman mereka tidak sihat. Setiap kali nak membuang, memang mereka menangis meraung kesakitan. Sedih tau tengok mereka menangis. Sejak kejadian itu, Mimi agak cerewet apabila memberikan mereka makanan. Tidak boleh bagi mereka makan sebarangan dan sedaya upaya usaha berikan mereka makanan yang di masak sendiri oleh Mimi. Nak bermain di luar jauh sekali sebab bila dah main tuh faham faham sajalah kan. Mesti kotor sana sini kuku hitam bagai.

Tapi sejak mereka consume Friso Gold, Mimi tak lagi jadi seorang ummi yang over-protected, tidak lagi cerewet malahan memberi anak anak kebebasan bermain supaya mereka dapat meneroka alam sekitar agar mereka menjadi lebih bijak dan kreatif. Mereka tiada lagi masalah sembelit malah perkembangan tumbesaran mereka juga bertambah baik tau. Yang paling ketara, Mimi nampak anak anak jarang demam. Dalam setahun sekali dua saja mereka demam. Kalau tidak,sebelum ini tak terkira dek jari kekerapan mereka demam tau. Sampai cuti tahun tinggal sedikit gara gara mereka kerap demam. Sekarang ini, tak perlu risau dah cuti tahun habis sebab mereka jarang demam. Kalau demam pun, mereka kekal aktif tau. Ada saja yang mereka buat tak tahu duduk diam. Menguji kesabaran sungguh. Demam tapi aktif..hahahaha...



Aktiviti luar rumah yang Mimi dan suami rancangkan untuk anak anak. Bawa mereka dan adik bongsu Mimi mandi laut. Walaupun air laut keruh sedikit langsung tidak merunsingkan Mimi ataupun suami sebab yakin anak anak kami kuat dari dalam dalam. Mereka nak main pasir pun tak kisah dah. Kalau tak mulut kami bising macam murai marahkan mereka main pasir πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„



Bila anak anak sihat dan kuat dari dalam sudah tentu Mimi dan suami bertambah gembira untuk melakukan aktiviti di luar rumah bersama anak anak. Mimi dan suami yakin dengan aktiviti sihat di luar rumah ini lah yang banyak membantu perkembangan otak yang sihat dan cerdas anak anak sehingga mereka juga cemerlang di dalam akademik.



Sabtu, 10 Disember 2016

Tefal Manual Chopper | Memudahkan Tugas Di Dapur

5:36:00 PTG 3 Comments
Assalamualaikum dan hai korang

Sebagai seorang isteri dan Ummi kepada 3 orang anak, wajib tahu masak dan suka masak. Sebab apa Mimi cakap macam tuh? Dulu masa zaman anak dara a.k.a zaman belajar dulu Mimi tak suka masak tau. Kalau bab masak nih rasa lemah sendi sendi semua. Mimi tak suka masak sebab bagi Mimi leceh nak belajar nama bahan bahan masakan tuh hah..Kalau setakat minyak masak garam gula tahu lah kan. Tapi kesedaran tuh timbul bila umur semakin meningkat dan akan bergelar jadi isteri orang. Sekarang nih, jangan tak percaya Mimi sangat suka memasak dan suka cuba resepi baru. So, bila dah suka memasak tentulah kita nak peralatan memasak di dapur lengkap dan membantu kita memudahkan kerja kerja memasak. Betul tak?

Hah, kalau sebelum nih bila memasak Mimi kena chop bawang lobak guna pisau. Sekarang nih, tak payah susah susah chop guna pisau sebab Mimi dah ada Tefal Chopper. Kerja memasak memang menjadi sangat mudah dan senang. Suka suka suka.



Nak gunakan Tefal Manual Chopper nih pun tersangattt lah mudah. Tak perlu guna elektrik pun cuma guna tenaga tangan saja. Itupun tak banyak mana pun tenaga diperlukan untuk cincang bawang ke lobak ke dan sewaktu dengannya. Anak anak korang boleh bantu korang tapi pastikan dengan pengawasan korang tau.



Cara nak guna senang saja. Macam Mimi nak chop bawang besar. So, Mimi just potong 4 saja terus masuk dalam Tefal Manual Chopper. Kemudian tarik pemegang seperti gambar di atas. Kalau korang nak bawang besar di cincang kasar tarik pemegang tuh 3 4 kali dah cukup. Kalau nak sederhana kejadian tarik lagi 2 3 kali. Kalau nak lagi halus korang tarik saja pemegang tuh ikut suka korang berapa kali sampailah bawang besar tuh halus.



Hah, ini kejadian bawang besar yang Mimi chop halus. Sangat berpuas hati guna Tefal Manual Chopper nih tau. Memang memudahkan kerja Mimi sungguh.



Nak ingatkan korang, hati hati bila gunakan Tefal Manual Chopper nih ya. Pisaunya tersangatlah tajam. Nampak saja kecil macam tuh hah. Tersilap langkah tanggung sakit sendiri. Setakat nih, Mimi tak terkena lagi pisaunya tuh. Time guna dan nak basuh memang hati hati.

Korang nak Tefal Manual Chopper juga ke? Hah kalau nak korang boleh terjah sini http://www.lazada.com.my/online-revolution/. Sekarang nih Online Revolution masih on di LAZADA MALAYSIA tau. Apa tunggu lagi cepat cepat terjah tau.