Selasa, 8 November 2016

Jus Qalbi Penawar Kolesterol dan Membekalkan Tenaga Semulajadi

Assalamualaikum dan hi korang😊😊

Korang pernah dengar tak tentang Jus Qalbi Al-Ehsan yang boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam badan? Tak pernah dengar? Kalau tak pernah dengar Mimi nak share dengan korang apa itu Jus Qalbi Al-Ehsan?Jus Qalbi ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang asli seperti bawang putih, halia, lemon, cuka epal dan madu asli.

Jus Qalbi ini juga dikenali sebagai jus pembersih kolesterol yang sangat mujarab menghakis serta melunturkan kolesterol serta bertindak sebagai pembekal tenaga semulajadi.



Kelebihan Jus Qalbi Al-Ehsan adalah seperti berikut :

❤Mencuci dan Membuang Kolesterol

❤Merawat Masalah Saluran Jantung Tersumbat

❤Mencegah kompilasi jantung

❤Menyingkirkan Toksin Dalam Badan

❤Melancarkan Peredaran Darah

❤Menurunkan tekanan Darah Tinggi

❤Melancarkan sistem pernafasan

❤Menghindari Penyakit Strok

❤Mencairkan lemak

❤Mengurangkan Serangan Gout

❤Membuang Angin dalam badan

❤Mengatasi Masalah Selsema

❤Meningkatkan Daya Pemikiran dan Minda

❤Melegakan sakit-sakit badan dan sendi

❤Kaya dengan Vitamin C

❤Menurun dan melangsingkan badan

❤Menambah tenaga

❤Meningkatkan sistem immunisasi badan

❤Kesihatan yang berpanjangan



Pertama kali nak amalkan Jus Qalbi ini serius Mimi cakap Mimi tak tahan baunya. Kuat tau bau bawang putih menusuk lubang hidung. Nak nak Mimi nih jenis sangat sangat tak suka makan sebarang ubat ke jamu ke jus ke supplemen ke yang rasa pahit payau. Memang tak lalu. Bila hidu bau Jus Qalbi lagi lah Mimi rasa boleh ke tak aku telan Jus Qalbi nih. Tapi Mimi gagahkan diri juga rasa jus ini.

Bila dah rasa jus nih alhamdulillah Mimi boleh terima rasanya. Sedap juga. Taklah kuat rasa bawang putih tuh kan...Nak lagi sedap simpan dalam peti sejuk. Bila minum tuh memang nikmat lah rasanya. Yang penting amalkan minum air suam sebanyak mungkin.

Cara nak amalkan Jus Qalbi Al-Ehsan nih pun senang saja tau korang. Korang just amalkan sesudu pagi sebelum sarapan dan sesudu sebelum tidur malam. Pastikan goncang botol dulu sebelum minum jus untuk pastikan jus sebati sebab bila tak goncang korang akan nampak mendapan di bahagian bawah botol. Kemudian pastikan korang guna sudu plastik tau. Ia untuk mengekalkan khasiat Jus Qalbi Al-Ehsan.

Selepas amalkan Jus Qalbi, alhamdulillah terasa perubahan pada badan. Untuk makluman korang, badan Mimi nih memang berangin sikit tapi masih ditahap boleh dikawal. Tak lah kalau sentuh sikit keluar angin yang bunyi macam orang sendawa tu. Macam Mimi bila urut memang terasa angin bergerak gerak terutama sekali dalam perut. Kalau Mimi urut urut perut, confirm akan rasa nak melepaskan angin. Sejak amalkan Jus Qalbi tak perlu urut perut untuk keluarkan angin. Kadang kadang duduk saja saja angin mesti keluar. Janganlah cakap Mimi nih pengotor tapi apa Mimi cakap berdasarkan pengalaman.

Lagi satu, badan pun memang dah terasa ringan bila amalkan minum jus nih tau. Dah tak ada rasa sakit sakit lenguh lenguh dan sengal badan. Dulu kalau rasa penat mesti badan sakit dan bisa. Rasa nak menangis saja tahan sakit. Minta anak anak urut kejap saja. Rasa tak puas sungguh. Tapi sejak angin banyak keluar asbab mengamalkan Jus Qalbi, memang badan rasa ringan saja. Sekarang boleh berlagak dengan anak anak tak payah minta tolong mereka urut badan. Amal jus nih angin sendiri rela hati keluar dari badan tau. Tak payah minta diurut lagi dah.



Jadi, untuk korang yang ada masalah seperti yang Mimi inform awal tadi boleh lah mencuba Jus Qalbi nih. Boleh juga korang jadikan hadiah istimewa untuk kawan kawan dan ahli keluarga yang lain. Jus Qalbi nih didatangkan dalam kotak warna hitam yang nampak eksklusif dan ada tali pada kotak memudahkan korang untuk bawa jus nih ke mana mana saja.



Berminat nak cuba Jus Qalbi Al-Ehsan? Korang boleh hubungi nombor telefon berikut untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai jus ini.

Pejabat : 03-5511 4366
Hp : 017-7300366 & 017-3730366


Instagram : @qalbialehsan

4 ulasan:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.