ENCHANTEUR PARIS Rahsia Kulit Cantik dan Menyerlahkan Pesona Diri

Assalamualaikum dan hai

Korang mesti pernah dengar jenama terkenal yang sudah lama bertapak di pasaran iaitu ENCHANTEUR. Kepada adik adik yang baru nak kenal produk ENCHANTEUR meh baca penerangan mengenai produk ini.



ENCHANTEUR merupakan sebuah jenama yang terkenal dengan rangkaian wangian mewahdan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. Antara produknya ialah losyen, deodoran, EDT dan mandian. Mimi ingat lagi jenama ini menjadi pilihan saudara Mimi sebab bau aromanya yang wangi. Mimi juga guna produk ENCHANTEUR tau iaitu ENCHANTEUR Romantic. Sejak sekolah rendah lagi Mimi dah tahu pasal produk ENCHANTEUR. Betapa lamanya produk ini kekal di pasaran hingga kini dan menjadi pilihan utama kaum wanita kerana wangiannya yang lembut dan kekal sepanjang masa.



Kini ENCHANTEUR mengeluarkan jenama baru iaitu ENCHANTEUR PARIS tau korang dimana ia diperkaya dengan seleksi wangian mewah bagi memberikan kesegaran tubuh badan sepanjang hari. Rangkaian ENCHANTEUR PARIS kini boleh didapati dalam 3 variasi wangian iaitu ENCHANTEUR PARIS Mon Amie, ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan ENCHANTEUR PARIS Adore.
Jom baca dengan lanjut mengenai rangkaian ENCHANTEUR PARIS nih dengan terperinci supaya mudah korang buat pilihan wangian mana yang korang suka.



ENCHANTEUR PARIS Mon Amie

Diinspirasikan dari keceriaan saat saat indah persahabatan. Ia sangat sesuai digunakan ketika bersantai dengan kawan kawan. Wangian ini yang ringam dan menyegarkan diadun untuk disesuaikan dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie. Ia juga menawarkan Seym Wangian Lembapan Berganda (Double Mousture Parfum Serum) yang diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie.



ENCHANTEUR PARIS Belle Amour

Haruman ini menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Lisyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang dari 3 agen pencerahan iaitu ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3.


ENCHANTEUR PARIS Adore

Merupakan konbinasi wangian bunga bungaan dan buah buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore.



Hah korang dah baca kan penerangan mengenai rangkaian produk ENCHANTEUR PARIS nih. Amacam? Teruja tak korang nak dapatkan rangkaian ENCHANTEUR PARIS nih. Mimi dah pun guna ketiga tiga rangkaian wangian tersebut. Deodoran dari Mon Amie, semburan wangian dari Adore dan Losyen dari Belle Amour. Ketiga tiga wangian nih memang wangi sangat tau korang. Bau pun lembut saja tapi kekal tau sepanjang masa. Bayangkan Mimi pakai dari pagi sampai petang wangian ENCHANTEUR PARIS still kekal lagi tau. Paling Mimi suka wangian Belle Amour tau. Jatuh cinta di buatnya. Soft saja bila hidu aromanya.

Apa guna membazir duit beli produk mahal yang berjenama untuk penjagaan kulit sedangkan ada produk yang jenamanya dikenali sejak sekian lama dan boleh di dapati dengan harga yang murah dan berpatutan. Yang paling penting wangian yang berkekalan sepanjang masa. Tak kisahlah kan orang lain guna jenama mahal sebab nak kekal wangi sepanjang masa, ENCHANTEUR PARIS pun mampu beri korang wangian sepanjang hari tau. Setanding dengan wangian berjenama mahal yang lain.

Oh ya, sebelum terlupa, Mimi nak bagitahu korang rangkaian serum dan losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati dalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang memudahkan korang untuk bawa ke mana saja kalau korang buat aktiviti luar untuk melindungi kulit serta mengekalkan penampilan yang mempesona dan akan sentiasa kekal harum. Produk jenis tiub dijual dengan harga RM7.90(85ml) RM7.50(100ml) manakala botol pula RM18.00(275ml) RM16.95(300ml). Deodoran Wnagian Anti-Peluh pula dijual pada harga RM8.70(50ml). Semburan Pewangi Deodoran pula dijual pada harga RM10.10(100ml). Rangkaian produk ENCHANTEUR PARIS boleh didapati di semua pasar raya / pasar raya besar dan juga farmasi.

Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR korang boleh layari www.enchanteur.com.my 

atau layari Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

4 comments:

  1. Enchanteur memang best! Nani pun sukaaa.
    p/s : Lamanyaaa Nani tak singgah sini. Hehheee :D

    BalasPadam
  2. boleh la suruh adik saya baca, mana tau dia berminat nak cuba

    BalasPadam
  3. Saya tertarik dgn harum malam. Nak baca tak tsu kat mna. Sebenarnya apa tu. Produk ENCHANTEUR juga ka?

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.