Safi Shayla Pek Fleksi : Syampu Wanita Bertudung Pelbagai Fungsi Untuk Lebih Jimat Tanpa Kompromi

Assalamualaikum....

Sebagai wanita amat penting menjaga penampilan agar tampil berkeyakinan di khalayak ramai. Bukan sekadar penampilan perlu dijaga tetapi rambut sebagai mahkota wanita juga perlu dijaga dengan rapi dan perlu sentiasa wangi.

Seperti yang kita sedia maklum, rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat dan bermaya.

Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, pengguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda memperkenalkan satu solusi penuh inovasi, SAFI Shayla Pek Fleksi.


"SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna but semua wanita. Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus atau digunakan sebagai pek isian semula atau sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat." Jelas Puan Mahsuri Sulaiman,Pengurus Pemasaran SAFI.


Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini. Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa ke mana sahaja. Malah pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.


Mimi sendiri merupakan pengguna syampu SAFI Shayla. Bila ada pek fleksi ini memang mudah sangat nak bawa ke mana mana terutamanya bila balik kampung atau berkursus. SAFI Shayla Pek Fleksi yang Mimi guna ini khas untuk kawalan minyak. Selepas menggunakannya memang rambut tidak berminyak, kelihatan bermaya dan yang paling best baunya yang wangi.

SAFI Shayla Pek Fleksi didatangkan dengan 8 rangkaian wangian dan fungsi yang berbeza iaitu :

 SAFI SHAYLA PEK FLEKSI KAWALAN RAMBUT ROSAK

 SAFI SHAYLA LEK FLEKSI KAWALAN RAMBUT GUGUR


SAFI SHAYLA PEK FLEKSI KAWALAN MINYAK

SAFI SHAYLA PEK FLEKSI ITCH-KONTROL


SAFI SHAYLA PEK FLEKSI ANTI KELEMUMUR

SAFI SHAYLA PEK FLEKSI SEGAR BERMAYA

SAFI SHAYLA PEK FLEKSI LICIN TERURUS

SAFI SHAYLA PEK FLEKSI HITAM MENAWAN

Produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65.

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI boleh layari :


Instagram : @safimalaysia

Post a Comment

3 Comments

  1. Ha..a. boleh beli nanti ni... Mudah nak bawa balik kampung..

    ReplyDelete
  2. dulu nak cari ni takjumpa kat sabah..skg dah senang ..nak cari yang untuk anti kelemumur

    ReplyDelete
  3. wahhh sekarang syampu ni dah ada packaging ye.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com