Pusat Perubatan Islam di Melaka Mempergunakan Agama Raih Pendapatan

Assalamualaikum


Bukan lah hendak menidakkan rawatan secara Islam nih tapi bila ada yang mengambil kesempatan mempergunakan agama untuk meraih pendapatan, orang akan fikir relevan kah rawatan cara Islam ini.

Seeloknya bila sakit pergi hospital jumpa doktor yang lebih arif dalam bidang masing masing. Bukanlah kata jumpa doktor terus sakit hilang tapi sekurang kurangnya kita usaha untuk mengesan atau merawat penyakit yang kita hadapi. Apabila rawatan di hospital tidak dapat kesan penyakit yang kita hadapi (mungkin berkaitan dengan mistik) barulah cuba dengan kaedah rawatan Islam di pusat pusat yang diiktiraf dan boleh dipercayai.

Bila tengok resit seperti gambar di atas, sungguh Mimi tergamam. Tak tahu nak cakap apa. Sanggup mempergunakan agama untuk raih pendapatan. Tidak terfikirkah pemilik pusat perubatan tersebut caj yang dikenakan terlalu mahal dan keterlaluan. Langsung tak terlintas ke di kepala otak akan kemampuan pesakit tersebut? Caj hospital kerajaan pun tak semahal ini tau. Geram pula hati tengok.

Sikap manusia dia akhir zaman sanggup lakukan apa saja untuk meraih pendapatan langsung tidak ambil kira halal atau haram. Janji masyuk. Mohon sangat korang di luar sana berhati hati apabila mendapatkan khidmat perubatan Islam ini. Bukan hendak menidakkan rawatan Islam tetapi berhati hati itu lebih penting. Mimi sendiri pun kalau sakit amalkan baca surah surah tertentu dalam Al Quran asalkan kita yakin dan niat dalam hati agar Allah berikan kesembuhan. 

Kepada pusat perubatan Islam yang berkenaan mohon jangan ambil kesempatan. Harap pihak berkuasa ambil tindakan sewajarnya.

Sumber : SINI

Post a Comment

2 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com