Kolam Air Panas Jasin

Sabtu lepas balik kampung di Sg Rambai. Encik suami nak ambil barang dekat adik dia. Then, dia pun dah janji nak bawa anak anak mandi Kolam Air Panas Jasin.

Kami bertolak lepas Zohor. Sampai dalam pukul 2.20 petang. 1st impression, not bad lah. Cuma bab security tuh kurang. Takde pemantauan. Selalunya sebelum kita masuk, akan ada orang jaga di bahagian pintu masuk, check apa yang patut dan pakaikan kita tag di tangan tuh kan. Tapi kat sini nan hado.




Di pintu masuk nanti ada board yang menerangkan kandungan mineral yang terdapat dalam air kolam panas tau. Korang boleh baca kandungannya macam gambar di bawah.


Harga tiket nak masuk Kolam Air Panas Jasin ialah RM6.50 bagi dewasa dan RM3.00 bagi kanak kanak. Tapi kalau nak mandi kolam yang ada pelampung besar tuh harga lain tau. Dewasa RM10.00, kanak kanak RM7.00.


Bab pakai tag di tangan tuh takpe lah boleh pakai sendiri kan. Cuma sepanjang Mimi ada di kawasan Kolam Air Panas Jasin tak nampak pula perugas petugasnya. Time pergi pun memang crowded sangat. Tempat nak duduk pun takde. So, pandai pandailah nak cari tempat nak rehat rehat ya. So far, tempat duduk banyak disediakan. Complete meja kerusi . Ada yang bawah payung dan ada juga bawah pondok siap kipas. So not bad lah kan. Cuma bila ramai faham faham sajalah.




Mimi tak mandi pun sebab ada baby kan. So, Mimi tukang jadi penonton ajelah tengok encik suami, adik ipar dan anak anak mandi. Diorang selesai mandi pun dalam pukul 3.00 petang macam tuh. 

Sebelum balik, sempat encik suami beli aiskrim roti di kedai yang terletak di sebelah kiri pintu keluar. Harga aiskrim roti nih RM2.50. Yang nih perisa cendol, kopi...Lagi satu lupa perisa apa...hahaha...


Last but not least, pada pendapat encik suami dia lebih suka Kolam Air Panas Pedas. Macam yang Mimi beritahu tadi, ciri ciri keselamatan kat sini kurang. Kurang pemantauan. Tuh pendapat encik suami lah. Orang lain tak tahu lah. Lain orang lain pendapat kan. Tapi sekali sekala nak release tension apa salahnya bawa family mandi manda kan.

Post a Comment

7 Comments

  1. seronoknya lah.....
    tp skrg nih seram lak... sbb teringat kes yg kt bkt kayu hitam tuh...

    tkt penyakit berjangkit lak...

    ReplyDelete
  2. Singgah ptg selasa
    bz sangat2 x dan nak blogwalking :)

    ReplyDelete
  3. best rendam kaki kat air panas..harga tiket ok lagi..

    psst: blog berwajah baru ye

    ReplyDelete
  4. Hai..seronok baca blog awak:) Klu sudi singgah blog saya. bru berjunak2 dengan dunia blogging hee..TQ!


    http://hyheejabs.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Murah harga tikit tu mimi..
    Sebab tu kurang pantau..

    ReplyDelete
  6. Wow.....Tak pernah pergi...zaman study dulu....salu g kat gadek ...memalam...hoho...
    Kalau kat air panas pedas, family saya pun suka gi yang tu..hehe

    ReplyDelete
  7. Rinduuu kat gadek...dah berapa tahunn tinggal....sobbsss....
    yupp, air panas biasa je.....cuma banyakkk...saiz pon..ada besar sikit..kecik cket..lebor cket...kan...ehheehee

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com