Ahad, 9 Oktober 2016

C-Section atau Normal?


Assalamualaikum....

Kepada yang ada pengalaman bersalin, pasti berhadapan dengan pengalaman yang berharga saat ingin melahirkan anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari. Mungkin ada yang awal atau lewat dari itu.

Bagi Mimi tak kira lah apa pengalaman bersalin yang kita lalui semua itu beri pengalaman indah. Ada yang melahirkan semua anak dengan normal delivery ada yang melahirkan anak melalui c-section. Ada juga yang merasa dua dua kaedah kelahiran.


Mimi juga berpeluang merasa dua dua kaedah kelahiran. Anak sulung dan anak kedua Mimi dilahirkan dengan cara normal delivery.

Tetapi anak ketiga Mimi berhadapan dengan pengalaman baru iaitu melahirkan anak dengan kaedah c-section. Bagi pendapat Mimi, Mimi lagi sanggup hadap dan pantang cara normal delivery daripada pantang cara c-section. Sakitnya hanya Allah saja tahu. Sebab tuh jangan lah banding bandingkan kaum ibu yang melahirkan anak cara normal lebih bagus dan mulia sebab merasa kesakitan melahirkan daripada ibu yang melahirkan anak cara c-section. Jangan fikir lahirkan anak cara c-section semudah ABC.

Nanti Mimi share pengalaman melahirkan anak ketiga melalui c-section. Kalau boleh memang tak nak tapi siapa Mimi nak halang ketentuan Tuhan...Merasa juga melahirkan anak ikut tingkap😊😊 

Tak kisahlah apa kaedah sekalipun, asalkan anak yang dilahirkan sihat dan sempurna. Betul tak?

5 ulasan:

  1. semua cara melahirkan sama kan nikmatnya...

    BalasPadam
  2. melahirkan umat muhammad ni satu jihad,, sakit yang takkan sama pada semua orang..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah lea lahirkan anak secara normal.. Harapnye sentiasa la normal ye... Adehh seramnyee... Blog dah bertukar wajah.. Baru perasan.. hehe

    BalasPadam
  4. dua2 dah merasa.. ada kebaikan n kelemahannya

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.