Isnin, 31 Oktober 2016

Wajah Kian Berseri Dan Tampil Berkeyakinan dengan 3D Gold Stemcell Serum Dari My Beauty Herbs

8:01:00 PTG 4 Comments
3D Gold Stemcell Serum merupakan produk dari My Beauty Herbs iaitu produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM. 3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit kita terus kekal muda anggun selamanya.



KESAN 3D GOLD STEMCELL SERUM

3D GOLD STEMCELL SERUM juga sangat bagus dan berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit wajah seperti :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
Dapat serum terus selfie

3D Gold Stemcell Serum dan Treatment Cream

Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari


Mimi sendiri menggunakan serum sehari dua kali selepas cuci muka pada waktu pagi dan tengahari. Waktu malam pula sebelum tidur Mimi sapukan treatment cream. Mimi juga tak lupa amalkan minum air suam. Sehari 2 hingga 3 liter sehari. Bohonglah kalau Mimi kata muka tak tumbuh jerawat langsung. Bila time period biasalah jerawat akan keluar seketul dua tapi bila sapu 3D Gold Stemcell Serum dan Treatment Cream jerawat akan cepat mengecut tanpa meninggalkan kesan parut hitam.

SEBELUM : 09 OKT 2016

SELEPAS : 31 OKT 2016

*Sila fokus pada masalah utama iaitu parut jerawat dan liang pori terbuka. Kulit wajah sebelum dan selepas berbeza kerana faktor pengcahayaan*

Kalau di lihat gambar selepas liang pori tidak kelihatan dan parut jerawat ada yang hilang dan pudar. Bukan lah kata hilang 100% tetapi masih memberi kesan positif pada kulit wajah Mimi. Bukan setakat pori mengecil dan parut jerawat pudar dan hilang, kulit wajah Mimi juga kurang berminyak dan sentiasa lembap.

Selain daripada itu, dahulu walaupun Mimi mengenakan mekap parut jerawat masih jelas kelihatan. Memang kurang berkeyakinan masa itu sebab parut jerawat jelas walaupun dah tepek bedak patplohpat inci. Tetapi selepas penggunaan serum dan treatment cream secara konsisten, parut jerawat yang lama semakin pudar dan bila mengenakan mekap parut jerawat dah tak nampak. Baru guna tiga minggu hasil yang Mimi dapat dah kebaboom macam ini, kalau konsisten guna sehingga dua tiga bulan mahu merecik flawless seperti Feeya Iskandar.


Alhamdulillah Mimi kini tampil berkeyakinan kerana wajah kian berseri. Hopefully lepas ini serum hebat ini dapat merawat masalah gelap bawah mata Mimi pula. Sejak ada anak kecil mata panda tak dapat dielakkan kerana kerap berjaga malam. Walaubagaimanapun, setelah penggunaan serum ini selama 3 minggu memang memberi kesan yang bagus pada kulit wajah Mimi terutama sekali membantu Mimi mengatasi masalah parut jerawat dan liang pori terbuka selain daripada tona kulit Mimi semakin sekata.

Siapa kata produk Malaysia tidak setanding produk luar negara? 3D Gold Stemcell Serum telah membuktikan bahawa ia mampu bersaing dengan produk luar negara. Buktinya dengan testimoni berjaya daripada pengguna setia. Diharapkan produk 3D Gold Stemcell Serum semakin mendapat tempat di hati pengguna dan menjadi pilihan no.1 di pasaran.😊😊😊





Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


Khamis, 27 Oktober 2016

Casing Handphone Gambar Sendiri Yang Cantik Dan Murah

8:20:00 PG 13 Comments
Assalamualaikum....

Sekarang ini zaman teknologi di mana semua orang menggunakan handphone tidak kira peringkat umur. Dari budak sekolah sehingga lah warga tua masing masing menggunakan handphone. Jika dahulu, handphone hanya digunakan oleh golongan tertentu sahaja dan bukanlah satu keperluan tetapi kini tidak lagi. Handphone merupakan satu keperluanbukan kehendak.

Bila masing masing memiliki handphone jenama kegemaran pasti sibuk nak hias handphone dengan casing yang cantik dan comel kan. Salah satu cara untuk mendapatkan handphone yang dibeli kelihatan cantik dan comel dengan menggunakan casing handphone yang dihiasi menggunakan gambar sendiri, suami/isteri,anak anak, keluarga,artis kegemaran dan pelbagai lagi.


Cantikkan casing handphone nih? Korang boleh pilih gambar yang menjadi pilihan hati dan jadikan sebagai penghias casing handphone korang. 


Gambar raya sekeluarga menjadi pilihan Mimi untuk dijadikan gambar casing handphone Mimi. Gambar yang di print pada casing handphone sangat berkualiti tau.


Yang lagi best bila korang dah pilih gambar mana yang ingin dijadikan penghias casing handphone, sebelum di cetak pada casing korang akan dimaklumkan terlebih dahulu hasil yang akan korang dapat. Bila puas hati baru lah proceed ke step seterusnya. So tak timbul rasa ketidakpuashatian korang nanti, betul tak? Cara nak order pun mudah korang pilih gambar yang korang nak jadikan casing handphone, hantar gambar yang dipilih, tunggu pengesahan, buat bayaran dan korang hanya perlu tunggu beberapa hari (3-5 hari bekerja) saja casing handphone sampai di depan pintu rumah korang. Mudahkan?

Berita baik untung pembaca blog mimiazirah.com korang boleh dapatkan casing handphone ini pada harga RM20 sahaja sehingga 30 November 2016.

Untuk tempahan korang boleh klik banner di bawah ini dan dapatkan tawaran istimewa ini.


Apa tunggu lagi jom tempah casing handphone yang berkualiti serta murah ini. Tawaran ini tertakluk pada terma dan syarat ya. Sementara tawaran sah dan masih berlangsung, baik korang tempah cepat cepat.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi : 

Elaine
019-985 8151

Selasa, 25 Oktober 2016

Blog Berwajah Baru Lebih Mesra SEO

12:46:00 PTG 8 Comments
Assalamualaikum...

Setelah agak lama tak tukar template blog akhirnya berjaya juga tukar. Template baru nih lebih mesra SEO tau. Walaupun dah lebih pada mesra SEO, warna tema pink tetap dikekalkan.
Kalau dulu, konsep blog lebih pada design ala ala comel sekarang nih design blog lebih pada simple dan nampak matured sikit. Kurang hiasan tapi still nampak kemas dan cantik. Apa orang kata " Less is more"right?

Kali nih, Mimi guna khidmat adik manis kita Sheda a.k.a blogger shedaucu.com. Alhamdulillah, sangat puas hati dengan hasil kerja yang dihasilkan oleh Sheda.

Sebelum nih blog Mimi memang tak mesra SEO langsung. Kalau check memang 0%..Hahaha...Alhamdulillah lepas gunakan perkhidmatan adik Sheda, blog Mimi memang meningkat banyak lah mesra SEO tuh. Mimi rasa dapatlah 40% sekali lagi tinggi dari apa yang Mimi jangka. Lepas check SEO blog Mimi 72%. Okeylah tinggi juga kalau nak compare dengan yang lama langsung tak mesra SEO..πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„Nak check blog korang mesra SEO atau tak klik SINI 


Header 2 in 1. Boleh dijadikan sebagai watermark juga.



Banner nih free tau..Omei angat..

Footer

Alhamdulillah setakat nih memang puas hati sangat sangat dengan blog baru Mimi. Simple but nice. Thank you Sheda. Korang yang nak tempah blog boleh direct pm Sheda. In shaa Allah layanan bagus dia bagi tau.

Isnin, 24 Oktober 2016

[Resipi] Banana Honey Smoothie

1:15:00 PTG 2 Comments

Assalamualaikum....

Request daripada anak anak nak minum jus pisang. Memandangkan bahan bahan semua ada maka jomlah kita mengejuskan diri di dapur. Bila bahan bahan ada semua jadi maka terhasillah Banana Honey Smoothie.

Bahan bahan diperlukan :

3 biji pisang rastali
2 sudu besar susu pekat
1 cawan air
Beberepa ketul ais
1 sudu besar madu

Cara cara

Masukkan semua bahan ke dalam blender. Kisar hingga halus. Tuangkan ke dalam gelas hias ikut kreativiti korang. Dah siap. Banana Honey Smoothie bagus untuk sistem penghadaman korang tau. Selain daripada itu, smoothie ini mengenyangkan. Tak percaya cubalah. Sedap memang sedap.

Khamis, 20 Oktober 2016

Exercise Kaki Naik Tangga Sampai Tingkat Sembilan

1:44:00 PTG 2 Comments

Assalamualaikum....

Ya Allah hari ini punya penat tak tahu nak cakap. Lencun habis tudung baju kena peluh...Tak selesa tau tak?

Hari ini dua kali naik tingkat sembilan guna tangga. Terus cair lelemak tepu 10kg😁😁😁 Sendi sendi kaki rasa nak tercabut...Gara gara lif rosak terpaksa gagahkan diri guna tangga naik tingkat sembilan.

Orang lain tengok steady je kan..Tak tahu tuan punya badan menanggung azab sengsara😂😂😂 Rasa nak balik sekarang juga berendam lama lama dalam bilik mandi..

Nota kaki* Esok pagi pagi nak timbang berat lah nak tengok turun tak 10kg...Hahaha

Selasa, 18 Oktober 2016

Kos Baharu Pos Laju

12:35:00 PTG 0 Comments

Assalamualaikum....

Kos pengeposan baharu poslaju ikut berat barang.

Lepas nih jangan pula ada customer bising sebab kos pengeposan naik.

Isnin, 17 Oktober 2016

Awas!!! Kedai Roti Auntie Anne's Tiada Halal JAKIM

10:00:00 PG 4 Comments
Assalamualaikum...

Sebenarnya Mimi sendiri belum pernah lagi membeli di kedai roti Auntie Anne's. Area Seremban Mimi sendiri tak pasti wujud atau tak kedai roti Auntie Anne's nih.

Bercerita mengenai Auntie Anne's , semalam Mimi terbaca status facebook yang di share oleh rakan facebook Mimi. Status berkenaan isu halal kedai roti Auntie Anne's.

Ternyata kedai roti Auntie Anne's tiada sijil halal dari JAKIM ya....Siapa yang pernah beli dan makan, hopefully hentikan tabiat korang ya sebab tiada sijil halal yang sah dari JAKIM.









Sumber : SINI

Cantik Dengan Bahan Semulajadi

7:17:00 PG 2 Comments

Kadang kadang buntu dibuatnya bila pelbagai produk yang kita pakai tidak memberikan kesan yang kita mahukan. Mesti rasa frustkan.

So, apa kata kita rawat masalah yang kita hadapi dengan bahan semulajadi. Siapa kata dengan bahan semulajadi kita tak boleh cantik. Orang dahulu pun menjaga kecantikan dengan bahan semulajadi, tak ada menggunakan produk produk yang ada seperti sekarang ini. Jom kita tengok bahan semulajadi yang digunakan untuk kecantikan.

Ahad, 16 Oktober 2016

Musuh Ketat Jurugambar di Majlis Kahwin

12:43:00 PTG 1 Comments
Assalamualaikum...

Buat bakal raja sehari elok lah korang baca artikel berkenaan musuh ketat jurugambar di majlis perkahwinan. Harap dapat membantu korang supaya mengelakkan dari berlakunya perkara perkara yang tidak diingini. Jangan nanti bila korang dah dapat album gambar perkahwinan korang, korang menangis air mata darah. Jom baca luahan hati seorang jurugambar profesional mengenai musuh utama mereka di majlis perkahwinan.



Buat pengantin lelaki sila jangan pakai spek mata hotam di atas pelamin ya. Tak macho katanya...


Yang mekap muka pengantin lelaki...Please....Tak macho tapi bertambah hancur...

Buat pengantin perempuan upah MUA yang berpengalaman. Kalau muka putih tetiba lepas mekap jadi hitam dah kenapa...Lepas tuh ada yang bagi mak sedara buat eksperimen dekat muka...Kalau cantik takpe dah macam opera cina gamaknya..Ingat majlis kahwin seumur hidup sekali saja...
Lampu di pelamin tolog jangan macam i City. Kesian jurugambar kena setting semula...


Bila pasang pelamin sila pasang di bawah siling putih. Jangan warna coklat. Nanti muka korang jadi warna kayu😁😁

Ni mimpi ngeri...Pastikan letak plastik tembakau barulah flash kena pada pelamin. Iupun kalau nak gambar cantik macam kahwin kat hotel. Kang macam kahwin kat reban ayam marah pula.πŸ˜†πŸ˜†

Pastikan kedudukan pelamin strategik. Bayar pelamin mahal mahal tapi tengah tengah ada tiang. Keadaan ini akan menyukarkan jurugambar nak rakam momen momen terbaik korang.

Pastikan cari tempat yang sesuai walaupun ruang kecil tapi memanjang tak apa. Asalkan tiada gangguan.

Ini satu lagi fobiaphotolista,mohon jangan letak di pelamin korang ya. Bayangkan cahaya putih kena pada karpet merah dan kena pada muka korang? Tak guna bayar mekap mahal mahal kalau gambar macam udang kena bakar.

Bila bergaya bebas mesti keluar peace. Pastikan sebelum majlis korang praktis gaya bebas lain contoh seperti gaya qu puteh ke...cakar rimau ke...πŸ˜„πŸ˜„

Sumber :
https://www.facebook.com/theredcarpetphotography2u