WePrint Machine | Mencetak Gambar dengan Aplikasi WeChat


Bila terlalu banyak gambar dalam handphone mesti handphone korang akan jadi jammed kan.? Kadang kadang tuh tanpa sedar korang terdelete gambar gambar yang ada. Masa tuh menangis pun tak guna. Sebab benda yang sama pernah jadi dekat Mimi. Tapi sekarang nih tak perlu risau dah semua tuh sebab gambar gambar dalam handphone boleh dicetak terus dengan WePrint Machine.

Apa itu WePrint Machine?



WePrint Machine merupakan mesin pencetak yang mencetak gambar dengan segera yang berkualiti tinggi melalui aplikasi WeChat. Weprint Machine merupakan mesin pencetak Wechat pertama di Malaysia. WePrint semakin mendapat tempat dan mula dikenali di pelbagai majlis dan roadshow sejak diperkenalkan pada tahun 2015 oleh Liberty Printing Sdn Bhd. WePrint Machine juga telah mendapat liputan dalam media massa.


Bagi badan badan korporat, syarikat swasta dan sebagainya yang menggunakan perkhidmatan WePrint ini juga boleh setting background gambar dengan logo syarikat seperti gambar dibawah. Nampak cantik dan menarik kan? Sesuai dengan slogan WePrint "What can we print for you? Free instant high quality photo!"


Cara WePrint Machine berfungsi

Mesti korang nak tahu bagaimana cara nak gunakan WePrint Machine nih kan...Meh Mimi ajar cara nak guna WePrint Machine. Mudah dan senang saja nak cetak gambar.

✔ Buka aplikasi WeChat di phone
✔ Scan Kod QR yang dipaparkan di skrin
✔ Upload gambar yang dipilih di phone
✔ Masukkan kod ID yang dipaparkan di skrin
✔ Gambar dicetak dalam masa 60 saat.
✔ Siap!!!


Mimi dah pun cuba cetak gambar menggunakan WePrint Machine. Tiga keping gambar dan satu button batch keychain. Memang gambar yang dihasilkan berkualiti tinggi. Puas hati sangat sangat tau korang.


WePrint Machine juga merupakan medium untuk menjana pendapatan bagi syarikat syarikat pengiklanan. Sementara menunggu gambar siap dicetak, di skrin WePrint Machine tuh akan terpapar iklan iklan dari syarikat yang terlibat. Secara tidak langsung, ia merupakan satu langkah yang dapat menarik minat pelanggan mengenai produk atau perkhidmatan yang diiklankan.

WePrint Machine - Sesuai untuk sebarang jenis majlis korporat atau swasta

Untuk sebarang majlis korporat atau swasta, WePrint sentiasa mengalu alukan orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk mencetak gambar kegemaran masing masing dari pelbagai bahan yang berbeza termasuk kertas foto , kertas magnet, button batch dan handphone casing. Bagi pengiklan pula, mereka boleh menggunakan mesin ini untuk mengumpul pangkalan data, dan menarik minat pengikut melalui platform media sosial yang popular iaitu WeChat untuk meningkatkan sale volume masing masing.

Korang nak tahu lebih jelas mengenai WePrint Machine? Korang boleh tonton video di bawah.


Selain daripada itu, kalau korang berminat untuk menempah personalised gifts, korang boleh layari http://www.tboox.com dan tempahan boleh dibuat terus melalui web ini.

Berita baik untuk korang yang tak nak melepaskan peluang mencetak gambar menggunakan WePrint Machine. Korang boleh guna kod yang diberikan untuk mendapatkan potongan sebanyak 10% dengan pembelian WePrint dan tawaran ini sah sehingga 30 November 2016 tertakluk pada terma dan syarat. Apa tunggu lagi cepat cepat gunakan peluang keemasan yang diberi.


Untuk makluman korang, Liberty Printing memerlukan pengedar untuk WePrint Machine. Jika berminat atau ada sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Liberty Printing Sdn Bhd seperti  maklumat yang tertera :

Alamat : 6,6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre 42100 Klang, Selangor.

Contact Number : 019 - 985 8151 (Elaine)

Business Hours : 9am - 6pm (Monday - Saturday)

Web : http://www.weprint.asia

Post a Comment

0 Comments