Breast Pump Real Bubee Murah dan Berkualiti

Breast Pump Real Bubee Murah Dan Berkualiti | Bila ada baby, pastinya ibu ibu akan sibuk menyediakan keperluan untuk baby. Buat check list barang barang yang diperlukan supaya tidak kelam kabut saat akhir kan. Salah satu barangan yang perlu disediakan sudah tentulah breast pump, betul tak? Kesedaran yang timbul di kalangan ibu ibu akan kepentingan dan khasiat susu ibu ini menyebabkan jualan breast pump meningkat dari semasa ke semasa. Kali ini Mimi nak share dengan korang mengenai Breast Pump Real Bubee murah dan berkualiti. 

BREAST PUMP REAL BUBEE MURAH DAN BERKUALITI


Breast Pump Real Bubee Murah dan Berkualiti

Sebelum ini, Mimi ada pam manual tapi bila nak guna cari cari tak jumpa. Decide beli pam manual baru. Hari pertama guna puas hatilah kan. Hari kedua nak guna, pam manual yang dibeli dah tak grip. Banyak kali try tak grip juga. Tak tahu apa masalah. Lepas basuh terus dah tak grip. Last last simpan terus, pam susu guna tangan.

Alhamdulillah rezeki anak, Mimi berpeluang menggunakan Breast Pump Real Bubee yang murah dan berkualiti tau. First time tau guna pam susu yang jenis mesin. Sebelum ni memang guna jenis manual saja. 

My first impression about this Breast Pump Real Bubee? Of course lah jatuh suka. Dah lah comel. Siap ada sticker mata pelbagai design untuk mesin BP ladybird tuh. Aishhh, kenapalah comel sangat. Nasib baik warna putih kalau warna pink lagi meroyan Mimi dibuatnya. Check semua barang memang complete lah. Barang barang yang dibekalkan satu mesin BP, satu wayar USB, dua botol susu complete penutup yang akan disambungkan dengan tiub, dua transparent tiub, sticker mata mesin BP dan dua jenis penyambung tiub untuk single dan double pumping. Wayar USB tu boleh disambung direct terus ke charger handphone atau powerbank korang tau. Mudah kerjakan. 

Apa yang menarik mengenai breast pump ini ialah ia boleh digunakan untuk single pumping atau double pumping. Tak payah tengok buku panduan cara nak guna pun takpe sebab bila sekali tengok pun tahu macam mana nak pasang dan guna. Breast pump ini juga ada dua mode yang berbeza untuk pumping iaitu Stimulation dan Expression.

KESAN SELEPAS MENGGUNAKAN BREAST PUMP REAL BUBEE 


Bagi Mimi memang mudah dan jimat masa gunakan Breast Pump Real Bubee ni. Sehari selepas dapat breast pump ini,  Mimi terus guna. Kesan selepas menggunakan Breast Pump Real Bubee ini ialah masa yang diperlukan untuk pam susu tidak lama. Sekejap saja sudah penuh sebotol tau (150ml). Kalau pam guna tangan ambil masa 30 minit baru dapat penuh sebotol. Then, bila pam susu memang rasa selesa dan tak sakit pun bila guna Breast Pump Real Bubee nih. Bunyinya pun tak bising dan kuat sangat, soft saja tau. Bentuk mesin breast pum ini yang kecil sangat mudah hendak bawa ke mana mana. Ringan dan tidak berat. Memang takkan rasa terbeban lah.

Alhamdulillah, secara keseluruhannya Mimi memang puas hati sangat sangat bila guna Breast Pump Real Bubee ini. Mimi bagi 5/5 bintang. Tak rugi kalau ibu ibu di luar sana beli tau. Stok susu dalam sehari pun sangat banyak. Sangat puas hati. Macam Mimi bukan tak mampu nak beli breast pump yang mahal tapi lebih kepada langkah berjimat cermat sebab banyak lagi keperluan lain yang kena dulukan. Tak perlu beli mahal mahal kalau ada breast pump yang murah dan kualitinya setanding dengan brand breast pump yang mahal. Mimi berani jamin korang pasti berpuas hati dengan Breast Pump Real Bubee ini.

Buat korang yang ingin beli breast pump ini secara pre order, korang perlu bayar RM50.00 sebagai deposit. Harga pre order RM95. Harga jualan biasa RM120.00. Kos penghantaran RM7.00. Kalau boleh tunggu, boleh dapatkan secara pre order kalau nak cepat terus order saja.

Mana nak dapatkan Breast Pump Real Bubee nih? Korang boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan breast pump seperti di bawah :

Post a Comment

10 Comments

  1. first time dengar ni..boleh tgk2 ni..

    ReplyDelete
  2. Thanks atas review sis drpd kami Khalish Baby Shoppe.

    Admin
    www.facebook.com/khalishbabyshoppe

    ReplyDelete
  3. Thanks atas review sis drpd kami Khalish Baby Shoppe.

    Admin
    www.facebook.com/khalishbabyshoppe

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing...tgh survey...nampak bp ni harga mampu milik...tp nk thk experience pengguna dulu....

    ReplyDelete
  5. Nk tanya ni ade massage tak ??

    ReplyDelete
  6. thanks for sharing this article mom

    ReplyDelete
  7. sy pun sedang mencari-cari pam yg kecik, senang nk bwk pergi kerja. macamana dgn ketahanan pam setakat ni? masih bertahan ke?

    ReplyDelete
  8. Pam real bubee nie klu nak guna baru boleh sambung dgn powerbank erk? Maknanya dia bkn mcm powerbank, boleh cas penuh then boleh guna? Hee..sy tye sbb sy pom baru first time beli nie.. sblom nie biasa yg manual je..

    ReplyDelete
  9. yes..sy pun puas hati dgn real bubee ni..murah pun murah..=)

    ReplyDelete
  10. slm.pump real bubee masih ok x utk guna tempoh setahun dua?

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com