Amez Care Tuala Wanita Herba yang Berkualiti Tinggi Untuk Kesihatan Wanita

Assalamualaikum....

Setiap wanita memerlukan tuala wanita untuk penjagaan bahagian intim supaya terhindar dari sebarang jangkitan kuman. Sekarang ini terdapat pelbagai jenis tuala wanita yang ada di pasaran. Terpulang kepada masing masing untuk memilih tuala wanita yang sesuai untuk dipakai agar memberi keselesaan sepanjang masa. Seiring dengan peredaran zaman teknologi, pembuatan tuala wanita juga dipertingkatkan dengan memperkenalkan tuala wanita berherba iaitu Amez Care Bio Herbal Functional Sanitary Pads.



Amez Care Bio Herbal merupakan sebuah syarikat pakar dalam penciptaan semula jadi yang mencipta tuala wanita berkualiti tinggi yang direka untuk mengoptimumkan tahap keselesaan dan tahap kesihatan wanita ketika haid. Amez Care adalah pad herba yang terdiri Aloe, Peppermint, Tea Plant, Chamomile dan Lavender. Gabungan lima herba utama ini memberikan aroma yang wangi dan berangin bila dihidu serta memberi keselesaan sepanjang masa.

Amez Care terdiri daripada Amez Care Pantyliner, Amez Care Day dan Amez Care Night. Amez Care adalah selamat dipakai kerana pembuatannya tidak menggunakan bahan yang merbahaya malah selamat digunakan oleh semua wanita di Asia.

AMEZ CARE PANTYLINER


RM11.90 | 30 keping

Amez Care Pantyliner merupakan pantyliner yang memberikan perlindungan yang optimum apabila memakainya. Kandungan herba pada pantyliner ini memberikan kesegaran dan kebersihan sepanjang masa walaupun dalam keadaan haid yang sedikit atau ketika mengalami aliran vagina yang normal setiap bulan. Pantyliner pelbagai lapis ini adalah nipis, kadar penyerapan yang tinggi dan direka khas untuk dipakai setiap hari tanpa sebarang kesan yang memudaratkan.

AMEZ CARE DAY


RM12.90 | 12  keping

Amez Care Day adalah tuala direka untuk penyerapan yang cepat dan selesa pada waktu siang hari. Salah satu ciri utama Amez Care Day adalah Kompaun Strip Hijau yang mengandungi Nano Silver Ions dan Ions with Far Infrared serta mempunyai tahap bio-teknologi yang tinggi.  Bukan itu sahaja selain mempunyai intipati herba ia juga mengandungi magnetit yang membantu merencat pertumbuhan bakteria di kawasan paling sensitif dalam badan, membantu menjaga kebersihan Miss V dan memberikan kesegaran berpanjangan.

AMEZ CARE NIGHT


RM12.90 | 10 keping

Amez Care Night pula mempunyai beberapa lapisan dan pelbagai saluran anti- kebocoran untuk menghalang kebocoran di sisi, depan, dan belakang tuala . Tidak kira seberapa banyak kita bergerak, ia memberi perlindungan kebocoran yang maksimum. Amez Care Night juga mengandungi Nano Silver, Negative Ions dan Far Infrared. Apabila digabungkan, ia membantu memastikan tiada bakteria di bahagian yang paling sensitif dalam badan wanita, tahap pensterilan yang tinggi, peredaran darah bertambah baik , virus dan agen jangkitan lain dihapuskan, dan kitaran haid menjadi stabil.

Mimi dah guna ketiga tiga jenis tuala herba Amez Care ini. Pertama kali guna ketiga tiga jenis tuala wanita herba ini, Mimi rasa sangat selesa dan tak risau pun berlaku kebocoran walaupun Mimi gerak ke sana sini. Bau herbanya yang lembut dan wangi buat Mimi rasa segar dan tenang je tau. Yang paling best, rasa berangin dan sejuk saja bila pakai. Dan paling penting bau hanyir memang tak ada langsung okey. Memang sangat puas hati. Highly recommended tau.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web, facebook dan instagram Amez Care.


Fb : Amez Care

Instagram : @amezcare

3 comments:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.