Khamis, 29 September 2016

Rezeki Menang Giveaway 3D Gold Stemcell Serum My Beauty Herbs di Blog Mialiana.com

8:15:00 PTG 3 Comments
Assalamualaikum...

Alhamdulillah ada rezeki menang giveaway yang dianjurkan oleh Kak Mialiana.

Link entry <http://coratcoretpinkummi.blogspot.my/2016/09/giveaway-3d-gold-stemcell-serum-my.html>

Dah lama tak join giveaway alhamdulillah syukur ada rezeki menang. Lepas nih kena cuba serum tuh dan buat final entry mengenai keberkesanan Dan testimoni serum. Tak sabar tunggu hadiah dari My Beauty Herbs sampai.

Tahniah buat kawan-kawan lain yang menang.

Isnin, 26 September 2016

Printcious.com | Menawarkan Produk yang Berkualiti dan Cantik

7:00:00 PG 2 Comments
Yeayyy!!!

Finally colour mug dari Printcious yang Mimi beli guna voucher dah sampai. Warna pink of course menjadi pilihan kan. Apa yang buat Mimi tertarik dengan mug dari Printcious ini kerana quote pada mug tuh menarik dan memberi sumber inspirasi.<NO MATTER HOW YOU FEEL GET UP DRESS UP SHOW UP NEVER GIVE UP> Sekaligus bagi semangat setiap hari bila guna mug nih tau.

 Simple but nice. Janji kaler pink okey!

Selfie dengan quote mug daripada Printcious.com

Sebenarnya banyak pilihan mug yang ada di Printcious nih..Ada beratus ratus design dan corak yang korang boleh pilih. Kalau tak nak beli yang design sedia ada korang boleh design sendiri mug korang tau. Macam Mimi pilih design sedia ada sebab buat belian melalui phone. Kalau nak design sendiri wajib guna komputer atau laptop ya.

Korang tau tak, Printcious bukan saja jual mug tau tapi ada juga t-shirt,mouse pad,puzzles, mini tees, ceramic tiles dan macam macam lagi yang ada. Korang just buka web Printcious dan boleh pilih kategori produk yang korang nak. Barangan di Printcious semuanya berkualiti tinggi dan design yang ada semuanya buat hati jatuh suka tau. Sesuai dengan tagline Printcious.com - Precious Gifts From Your Heart

Selain menjual produk dengan design sedia ada, korang juga boleh customise design sendiri pada produk yang korang pilih tau. Boleh design letak gambar dan nama korang sendiri menggunakan tools yang disediakan pada web. Korang juga boleh lihat sendiri testimoni testimoni yang berpuas hati dengan perkhidmatan Printcious. Unuk korang yang pertama kali daftar dengan Printcious, korang akan terima diskaun jika membuat pembelian kali pertama. Selain daripada itu, Printcious juga selalu buat promosi untuk pelanggan pelanggannya tau. 

Untuk korang yang ingin mencari sesuatu kelainan untuk dijadikan hadiah, produk produk yang ada sangat sesuai dijadikan hadiah kepada keluarga dan sahabat handai sempena hari istimewa mereka. Mesti mereka teruja terima hadiah istimewa lain daripada yang lain. Kadang kadang kita sampai buntu nak bagi hadiah apa kan? Asyik asyik barang yang sama saja dijadikan hadiah. Jadi, korang dah tak perlu buntu lagi selepas ini sebab Printcious boleh bantu selesaikan kebuntuan korang tuh. Just klik klik produk yang berkenan di hati dan design ikut suka korang. Dah siap design just proceed order macam biasa. Korang just tunggu barang yang korang order sampai di pintu rumah korang. Servis yang diberikan Printcious pun sangat pantas tau.

Apa tunggu lagi! Jom terjah web Printcious dan korang boleh lihat sendiri beratus ratus produk yang ditawarkan pada harga yang berpatutan. Tidak rugi pun korang shopping di Printcious. Gerenti puas hati. Klik saja link di bawah dan korang akan di bawa terus ke web Printcious. Enjoy your day!

Ahad, 25 September 2016

8 Sebab untuk Dapatkan Honor 8

10:00:00 PG 0 Comments
Sekarang ini terdapat pelbagai jenama telefon pintar yang berada di pasaran dengan pelbagai reka bentuk dan dilengkapi dengan ciri ciri yang menarik. Sebagai seorang blogger dan peniaga online, Mimi sangat menitik beratkan beberapa ciri dan fungsi yang terdapat pada sesebuah telefon pintar supaya memudahkan segala urusan kamera, bateri, kapasiti dan beberapa ciri yang lain.

Sebenarnya, Mimi sedang survey beberapa telefon pintar untuk menggantikan Note 2 Mimi yang semakin dimamah usia πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ di mana skrin Note 2 Mimi retak seribu 😒😒😒😒. Salah satu telefon pintar yang menarik minat dan buat Mimi jatuh hati ialah Honor 8. Kenapa mesti nak jatuh hati dengan Honor 8? Jom baca 8 Sebab untuk Dapatkan Honor 8 ini.


1) Reka bentuk yang menawan

Reka bentuk Honor 8  yang menawan serta ringan memudahkan untuk dibawa ke mana mana. Penampilan Honor 8 yang kelihatan seperti Honor 6 dan Samsung Galaxy S7 serta glass-backed design menyerlahkan lagi gaya mewah serta menawan hati membuatkan si pemilik telefon pintar ini kelihatan bergaya dan sofistikated apabila menggunakannya. Memang Mimi jatuh hati lah dengan Honor 8 πŸ’–πŸ’–πŸ’– Kalau Mimi guna Honor 8 confirm ramai yang terpegun kan? Kan? Yalah, nampak bergaya dan sofistikated gitu πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„. Honor 8 juga nipis dan ringan mudah dan senang sumbat dalam beg kan. Mimi memang suka telefon yang nipis dan ringan sebab nampak ekslusif sangat.

2) Bateri tahan lama

Hahhhh bab bateri paling Mimi utamakan sebab apa? Sebab selama 16 jam sehari Mimi memang sentiasa menghadap telefon. Waktu malam dari jam 10 malam sampai 6 pagi saja tak hadap telefon sebab waktu tidur..hahaha πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€. Mimi selalu online Blog, Facebook, Instagram, Whatsapp dan yang penting Mimi kaki games okey. Jangan tak tahu Mimi layan Clash of Clan (COC) tau. Kerjaya Mimi sebagai Penolong Akauntan, blogger dan peniaga online memang menuntut masa Mimi untuk online sentiasa. Masa Mimi diisi dengan mencari maklumat di Google, update status dan produk di media sosial serta meluangkan masa bermain game. Jadi, ketahanan bateri sesebuah telefon pintar itu sangat Mimi titikberatkan. Bayangkan tengah syok syok cari maklumat atau update status dan produk di media sosial atau tengah syok layan game sekali bateri habis..Mahu bertukar jadi Hulk Pink jawabnya πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Tapi dengan adanya Honor 8 semua itu bukan lagi jadi masalah besar bagi pengguna macam Mimi kerana ketahanan baterinya sehingga 1.77 hari untuk penggunaan biasa dan 1.22 hari untuk penggunaan telefon yang aktif dan kerap.

3) Kamera berkapasiti tinggi

Sebagai seorang blogger kamera yang menghasilkan gambar yang berkualiti dan berkapasiti tinggi menjadi pilihan utama. Apa guna ada kamera di depan dan belakang jika kapasitinya rendah dan menghasilkan gambar yang tidak jelas dan bila di zoom gambar jadi pecah. Betul tak? Salah satu sebab buat Mimi terjatuh cinta tanpa sengaja dengan Honor 8 ialah gambar yang diambil menggunakan kamera Honor 8 tersangatlah cantik. Speechless tengok gambar yang dihasilkan. Bila zoom masih nampak cantik dan jelas. Sangat sesuai lah orang yang suka berselfie, wefie macam Mimi guna Honor 8..Confirm gambar nampak cantik macam retis Korea..😘😘😘 



4) Pilihan warna yang memukau

Honor 8 tampil dengan empat pilihan warna yang memukau iaitu hitam, putih, emas dna biru. Warna hitam, putih dan emas merupakan warna yang menjadi pilihan utama telefon pintar yang berada di pasaran. Warna biru pun ada juga tapi jarang jarang kita lihat. Tapi Honor 8 ada warna biru yang super awesome lah! Nampak ekslusif sangat πŸ’–πŸ’–πŸ’–. Jikaa diberi peluang menggunakan Honor 8 memang warna biru jadi pilihan utama tau. Nampaklah Mimi seorang wanita berkerjaya yang sofistikated dan trendy gitu bila guna Honor 8 warna biru πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„Perasan!!!

5) Performance yang pantas, cepat dan mudah

Memiliki sesebuah telefon pintar, pantas, cepat dan mudah menjadi pilihan utama Mimi. Honor 8 memenuhi kriteria yang Mimi inginkan. Tak perlu risau bila online jadi lambat atau telefon jammed. Bila kita buka sesuatu aplikasi atau melayari web ia menjadi sangat pantas, cepat dan mudah. Tak buang masa kita dan membazir data internet. Jatuh cinta berkali kali dengan Honor 8 nih. Kenapa lah awak nih awesome sangat Honor 8?😍😍😍

6) Audio yang jelas

Kadang kadang bila bosan online media sosial, Mimi gemar layan lagu atau menonton video. Jadi, audio bunyi yang jelas sangat penting bagi Mimi. Kalau telefon pintar nampak cantik tapi audio failed tak guna juga kan. Audio Honor 8 dijamin terbaik dan jelas tau...Puas hati kalau layan lagu  atau tonton video waktu bosan melanda diri...heheheπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†Taklah terasa diri macam pekak sebab tak dengar dengan jelas.

7) Paparan skrin yang luas dan resolusi tinggi

Ini merupakan satu lagi ciri yang Mimi titikberatkan. Paparan skrin yang luas dan mempunyai resolusi yang tinggi. Al maklum sajalah, sejak memegang title "Wanita Rabun Jauh", paparan skrin yang luas sangat penting bagi Mimi. Bila skrin luas rasa puas hati sebab dapat lihat dengan jelas walaupun skrin jauh. Tak payah nak tengok dekat sangat kan. Skrin luas sangat membantu orang yang rabun jauh macam Mimi. Bila online Facebook ke Instagram ke puas hati sebab semua akan nampak jelas.πŸ˜™πŸ˜™πŸ˜™

8) 3D Fingerprint Scanner

Honor 8 memiliki fingerprint scanner yang terdapat di belakangnya. Dengan meletakkan fingerprint di scanner tersebut, telefon pintar kita akan locked sepantas 0.4 saat. Jadi, tak perlu risau orang lain stalk telefon pintar atau curi curi tengok segala rahsia dalam telefon. Part yang ini memang Mimi suka sebab memudahkan kerja. Sepantas kilat telefon locked bila tidak menggunakannya. Tak payah buang masa nak design pattern atau password bagai nak locked telefon kan seperti yang terdapat pada telefon pintar lain. πŸ‘πŸ‘πŸ‘



"Kalau Mimi ada rezeki dan diberi peluang memenangi Honor 8 ini, silalah hadiahkan Honor 8 warna biru please...πŸ™πŸ™πŸ™ Sebenarnya nak warna pink tapi pink tiada. Andaikata warna Pink tiada, warna biru yang super awesome tuh pun boleh juga 😘😘😘. Warna biru Honor 8 memukau mata yang memandang. Sesuai dengan tagline 'Beauty in Your Own Way' pasti Mimi akan kelihatan lebih bergaya,anggun dan cantik dengan cara tersendiri bila menggunakan Honor 8πŸ“±πŸ“±πŸ“±"



Kini Honor 8 boleh didapati di Lazada. Klik sini < http://ho.lazada.com.my/SHHz1w > untuk dapatkannya sekarang!

Lazada's My Cybersale is happening on 26 - 30 Sept. Check it out!




Cetak Baju Ekspress | Menawarkan Reka Bentuk dan Printing Heat yang Pantas, Murah dan Berkualiti

7:30:00 PG 2 Comments
Sekarang nih pergi mana mana kita dapat lihat ramai orang memakai baju yang bercetak gambar atau nama sendiri yang  menjadi trend terkini. Keinginan untuk memiliki baju bercetak gambar atau nama sendiri pasti ada bila tengok orang lain pakai. Betul tak? Tapi memandangkan keadaan ekonomi yang meningkat pasti ada yang berkira kira nak tempah baju bercetak gambar atau nama sendiri kerana memikirkan harga yang ditawarkan mungkin mahal. Sekarang korang tak perlu risau soal mahal atau tidak sebab syarikat Cetak Baju Ekspress pasti merealisasikan impian korang memiliki baju bercetak gambar atau nama sendiri.

Untuk makluman semua, syarikat Cetak Baju Ekspress menawarkan perkhidmatan reka bentuk dan printing heat baju yang sangat pantas, murah dan berkualiti. Syarikat ini sememangnya menawarkan perkhidmatan yang sangat pantas. Contohnya kalau korang order dan buat bayaran hari ini, tempahan korang akan siap pada hari yang sama juga. Ini bukan cakap kosong ya. Dah banyak testimoni daripada pelanggan yang berpuashati dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh Cetak Baju Ekspress. Selain daripada itu, syarikat ini juga menawarkan harga yang murah serta baju yang berkualiti tinggi.


Minggu lepas romper untuk Adhwa yang Mimi tempah dah selamat sampai. Adhwa pun dah cuba romper tuh. First impression Mimi bila terima romper tuh sangat mengujakan. Material kain romper yang sangat berkualiti, tidak panas dan tidak jarang. Cetakan gambar kartun dan nama pun cantik saja. Mimi yang teruja lebih sebab romper Adhwa memang sangat berkualiti dan cantik. Bila Adhwa pakai nampak dia sangat selesa. Adhwa nih dia jenis mudah berpeluh tau tapi bila dia pakai romper nih tak nampak pun peluh tuh di romper sebab material kain romper itu sendiri yang serap peluh. So, taklah risau romper nampak basah.


Gambar Adhwa pakai romper dari Cetak Baju Ekspress. Bila tengok gambar Adhwa yang Mimi upload di Instagram dan FB ada kawan kawan dan saudara yang bertanya mengenai romper Adhwa tuh beli dari mana. Apa lagi terus promote Cetak Baju Ekspress. Mimi berani cakap yang Cetak Baju Ekspress HIGHLY RECOMMENDED untuk korang yang inginkan perkhidmatan yang pantas dan murah. Dijamin berpuashati.

Boleh lihat sendiri antara testimoni pelanggan yang berpuashati dengan perkhidmatan cetak Baju Ekspress :





Selain daripada romper, Cetak Baju Ekspress juga menawarkan perkhidmatan printing heat pada jersi, t-shirt, baju muslimah, mug, sticker dan lain lain lagi. Korang boleh request nak cetak gambar sendiri atau gambar lain pilihan korang contoh seperti gambar kartun. Korang juga boleh request cetak nama korang dalam tulisan jawi tau. Best tak best? Dahlah murah lepas tuh korang boleh pilih sendiri design yang korang nak tuh.

Antara beberapa design yang ditempah oleh pelanggan Cetak Baju Ekspress :








Cantik cantikkan design pada baju pelanggan yang telah ditempah? Korang boleh tengok sendiri design yang ada pada page fb dan instagram Cetak Baju Ekspress.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi Cetak Baju Ekspress :

email:
cetakbajuekspress@gmail.com

Whatsapp/Telegram:
0192732794 (Firdzaus)

Isnin, 19 September 2016

Shopping Online Yang Murah dan Mudah Hanya di ezbuy

2:50:00 PTG 5 Comments
Siapa di sini suka shopping online? Angkat tangan. Mimi nak share dengan semua mengenai satu platform shopping online yang menjual barangan yang murah dari China iaitu ezbuy.

Korang tak perlu susah payah nak pergi trip ke China semata mata nak dapatkan barang yang korang suka dengan harga yang murah. Apa kata korang shopping saja di ezbuy kerana pelbagai barangan yang korang boleh beli. Hanya dihujung jari semua yang korang nak beli ada.

Korang yang belum daftar di ezbuy boleh klik link di bawah dan korang akan dapat baucer RM15.00 terus ke dalam akaun ezbuy korang untuk pendaftaran kali pertama.


Nanti korang isi maklumat seperti yang diminta. Selesai  register boleh sign in macam biasa. Korang akan dipaparkan dengan page Home ezbuy macam biasa seperti di bawah.

Nampak tak kategori barang yang korang boleh shopping tuh. Nak kategori lain lagi korang boleh klik All. 

Dah klik All nanti akan keluar paparan seperti di bawah.

Okey Mimi nak ajar cara shopping pula. Mudah dan cepat je tau. Tak susah pun nak shopping di ezbuy. Macam Mimi pilih kategori Shoes, Bags & Accessories. Mimi pilih beg macam gambar bawah nih. Kemudian klik item beg tersebut.


Kemudian akan keluar page macam gambar dibawah. Nampak tak domestic shipping kosong saja. Untung kat situ..hehehe..Bila dah confirm barang yang korang nak tuh klik Add to Cart.


Kemudian akan keluar page seperti dibawah untuk korang pilih warna. Dah check semua details betul terus klik Confirm.


Akhir sekali, akan keluar kotak Checkout. Klik Checkout dan korang boleh isi maklumat penghantaran dan buat pembayaran melalui online. MUDAH dan PANTAS saja kan.


Untuk pengetahuan korang, kos penghantaran hanya RM8.80 saja jika korang mendaftar dengan PRIME. Tak kisahlah berat mana dan besar mana bungkusan yang dibeli. Untung tak untung tak?? Nak tahu lebih lanjut apa itu PRIME dan kelebihan mendaftar dengan PRIME korang boleh klik link ini < PRIME >

Korang juga berpeluang untuk mendaftar Prime Trial bagi mendapatkan keistimewaan yang ditawarkan. Tawaran ini terhad kepada 100 pengguna terawal yang telah mendaftar di ezbuy setiap hari. Korang boleh isi borang untuk mendaftar Prime Trial di link seperti di bawah :


PRIME TRIAL

BERITA BAIK UNTUK SEMUA

Korang akan dapat diskaun 15% kos penghantaran dengan masukkan kod ezfriend15 jika mendaftar kali pertama.

Apa tunggu lagi jom lah shopping di ezbuyMurah dan Mudah.

Telekung Hallaj | Penampilan Menarik Jadi Keutamaan

7:30:00 PG 4 Comments
Assalamualaikum...

Kalau kita boleh spend duit sebulan berpuluh atau beratus ringgit untuk beli produk kecantikan dan barang mekap why not kita spend juga duit untuk beli telekung kan? Nak jumpa suami atau kawan kawan kita sibuk jaga penampilan. Nak jumpa Allah kena juga jaga penampilan. Aurat kena jaga dan yang penting kita nak jumpa Allah kena dalam keadaan bersih dan selesa.

Hah cerita pasal nak jumpa Allah kena jaga penampilan tuh maksudnya telekung yang kita pakai setiap kali solatlah. Sekarang nih banyak jenis telekung yang berada di pasaran. Telekung warna warni, telekung lycra, telekung sulam, telekung plain dan lain lain lagi. Ada yang material kainnya jenis panas tak serap peluh dan ada yang jenis sejuk serap peluh. Pendek kata pelbagai jenis telekung yang ada.

Mimi nak kenalkan korang satu jenama telekung yang memberi keselesaan dan sekaligus menjaga penampilan korang ketika solat. Nak tahu telekung apa? Telekung Hallaj lah jawapannya. 


Telekung Hallaj nih sangat selesa bila dipakai tau korang. Material kain telekung dari cotton yang sejuk memberi keselesaan kepada si pemakai. Korang tak perlu risau rambut terkeluar ke apa kerana jahitan yang kemas dan selesa di bahagian muka. Bila pakai terletak saja kat muka. Di bahagian dagu juga di cover dengan kain yang lembut dan tidak ketat dan selesa.



Lagi satu, tak perlu risau kalau tak pakai anak tudung atau inner aurat akan nampak kerana lining labuh hingga ke dada dan kainnya yang tidak jarang. Yang paling penting korang penampilan korang ketika memakai telekung nampak menarik dan kemas saja tau. Sesuai dengan taglinenya "Penampilan Menarik Jadi Keutamaan"


Lagi satu kalau time solat, mesti ada kes terpijak kain sampai terlondeh kan? Tak pasal pasal solat korang terganggu sebab kain terlondeh. Tapi dengan telekung Hallaj korang tak perlu risau semua tuh sebab jahitan di pinggang kain kemas dan sangat grip di pinggang. Tak terlalu ketat atau terlalu longgar. Memang selesa sangat sangat. Telekung Hallaj ini juga labuh depan belakang kiri kanan. Memang aurat korang betul betul terjaga.



Telekung Hallaj didatangkan dengan tiga jenis telekung iaitu plain, sulam putih dan sulam emas.

Berita baik untuk korang sekiranya ingin membeli telekung Hallaj. Sekarang nih ada promosi tau. Harga telekung Hallaj di Semenanjung dan Sabah Sarawak sama saja. Harga promosi yang ditawarkan adalah seperti berikut :

PROMOSI TELEKUNG HALLAJ

COMBO PLAIN
============
Beli 1 RM85
Beli 2 RM160
Beli 3 RM240

COMBO SULAM PUTIH
==================
Beli 1 RM160
Beli 2 RM310
Beli 3 RM460

COMBO SULAM EMAS
==================
Beli 1 RM180
Beli 2 RM350
Beli 3 RM520

COMBO MIX
==========
Belian 2 telekung KE ATAS DISKAUN RM5
bagi setiap satu telekung.

PERCUMA beg HALLAJ dengan setiap pembelian..

Telekung Hallaj juga sesuai dihadiahkan kepada keluarga dan sahabat handai serta dijadukan sebagai hantaran untuk majlis pertunangan atau perkahwinan.

Untuk pertanyaan dan pembelian korang boleh hubungi Puan Sulizah Bahar :

Sabtu, 17 September 2016

Struktur Askar Lasykar Dalam Angkatan Tentera Malaysia

7:19:00 PTG 1 Comments

Jom sama sama kita kenal struktur askar lasykar yang ada...Macam Mimi part Tentera Darat tahu sangat dah. Part Tentera Laut dan Tentera Darat tak tahu sangat. Bila ada rujukan nih mudah Mimi nak tahu kan.....

P/S Struktur pangkat PDRM pun Mimi tahu sebab kerja dengan PDRM almost 10 years...😊😊😊

Rabu, 14 September 2016

Breast Pump Real Bubee Murah dan Berkualiti

5:35:00 PG 6 Comments
Assalamualaikum...

Asyik cerita pasal review je kan kali nih nak cerita santai santai plak. Nak share dengan korang pasal pam susu yang Mimi beli online. Al kisahnya sebelum nih Mimi ada pam manual tapi bila nak guna cari cari tak jumpa. Decide beli pam manual baru. Hari pertama guna puas hatilah kan. Hari kedua nak guna, pam tuh dah tak grip. Banyak kali try tak grip juga. Tak tahu apa masalah. Lepas basuh terus dah tak grip. Last last simpan terus, pam susu guna tangan.

Satu hari duk belek belek fb terjumpa satu page yang jual BP Real Bubee nih. Antara BP yang Mimi jumpa paling murah. So, Mimi decide whatsapp pemilik page tersebut. Lepas deal semua, Mimi bayar deposit RM50.00. Untuk pengetahuan korang, Mimi bayar deposit sebab BP nih Mimi beli yang pre order. Nak beli terus pun boleh tapi harga tak sama dengan yang pre order. Harganya lebih sikit dari yang pre order tapi masih lagi dalam kategori murah. Mimi beli BP nih time offer tapi walaupun korang beli time bukan offer sekalipun harga BP nih still lagi dalam kategori murah dan mampu milik ya.

Selasa lepas dapat whatsapp daripada seller tuh inform barang dah ada dan balance serta kos postage dah boleh langsaikan. Rabu Mimi transfer balance dan just tunggu saja barang sampai. Sepatutnya hari Khamis Mimi dah terima barang tuh tapi disebabkan kecoh sistem poslaju bermasalah barang yang Mimi order sampai hari Sabtu. Opsss lupa pula nak inform harga untuk pre order BP nih. Harga pre order BP nih RM95.00 (offer)+ kos postage RM7.00. Murah tak? Murah tak? 

Nape omei angat nih....hahaha

My first impression about this BP? Of course lah jatuh suka. Dah lah comel..hahaha...Siap ada sticker mata pelbagai design untuk mesin BP ladybird tuh. Aishhh...Nape lah comel sangat. Nasib baik warna putih kalau warna pink lagi meroyan Mimi dibuatnya. Check semua barang memang complete lah. Barang barang yang dibekalkan satu mesin BP, satu wayar USB, dua botol susu complete penutup yang akan disambungkan dengan tiub, dua transparent tiub, sticker mata mesin BP dan dua jenis penyambung tiub untuk single dan double pumping. Wayar USB tuh boleh disambung direct terus ke charger handphone atau powerbank korang tau. Mudah kerjakan. Dan lagi satu BP nih boleh digunakan untuk single pumping atau double pumping. Tak payah tengok buku panduan cara nak guna pun takpe sebab bila sekali tengok pun tahu macam mana nak pasang dan guna. BP nih juga ada dua mode yang berbeza untuk pumping iaitu Stimulation dan Expression.

Bagi Mimi memang mudah dan jimat masa gunakan BP Real Bubee nih. Sehari selepas dapat BP, Mimi terus guna. Memang sekejap saja pam susu dah penuh sebotol tau (150ml). Kalau pam guna tangan mau 30 minit baru dapat penuh sebotol. Then, bila pam susu memang rasa selesa dan tak sakit pun bila guna BP Real Bubee nih. Bunyinya pun tak bising dan kuat sangat, soft je. Bentuk mesin BP nih yang kecil sangat mudah nak bawa ke mana mana. Ringan dan tak berat. Memang takkan rasa terbeban lah.

Alhamdulillah, secara keseluruhannya Mimi memang puas hati sangat sangat bila guna BP nih..Mimi bagi 5/5 bintang. Tak rugi beli tau. Macam Mimi bukan tak mampu nak beli BP yang mahal tapi lebih kepada langkah berjimat cermat sebab banyak lagi keperluan lain yang kena dulukan. Tak perlu beli mahal mahal kalau ada BP yang murah dan kualitinya setanding dengan brand BP yang mahal. Mimi berani jamin korang pasti berpuas hati dengan BP Real Bubee nih.

Mana nak dapatkan BP Real Bubee nih? Korang boleh terjah page seller peramah yang jual BP comel nih :

Sabtu, 10 September 2016

WePrint Machine | Mencetak Gambar dengan Aplikasi WeChat

7:00:00 PG 0 Comments
Bila terlalu banyak gambar dalam handphone mesti handphone korang akan jadi jammed kan.? Kadang kadang tuh tanpa sedar korang terdelete gambar gambar yang ada. Masa tuh menangis pun tak guna. Sebab benda yang sama pernah jadi dekat Mimi. Tapi sekarang nih tak perlu risau dah semua tuh sebab gambar gambar dalam handphone boleh dicetak terus dengan WePrint Machine.

Apa itu WePrint Machine?


WePrint Machine merupakan mesin pencetak yang mencetak gambar dengan segera yang berkualiti tinggi melalui aplikasi WeChat. Weprint Machine merupakan mesin pencetak Wechat pertama di Malaysia. WePrint semakin mendapat tempat dan mula dikenali di pelbagai majlis dan roadshow sejak diperkenalkan pada tahun 2015 oleh Liberty Printing Sdn Bhd. WePrint Machine juga telah mendapat liputan dalam media massa.


Bagi badan badan korporat, syarikat swasta dan sebagainya yang menggunakan perkhidmatan WePrint ini juga boleh setting background gambar dengan logo syarikat seperti gambar dibawah. Nampak cantik dan menarik kan? Sesuai dengan slogan WePrint "What can we print for you? Free instant high quality photo!"


Cara WePrint Machine berfungsi

Mesti korang nak tahu bagaimana cara nak gunakan WePrint Machine nih kan...Meh Mimi ajar cara nak guna WePrint Machine. Mudah dan senang saja nak cetak gambar.

✔ Buka aplikasi WeChat di phone
✔ Scan Kod QR yang dipaparkan di skrin
✔ Upload gambar yang dipilih di phone
✔ Masukkan kod ID yang dipaparkan di skrin
✔ Gambar dicetak dalam masa 60 saat.
✔ Siap!!!


Mimi dah pun cuba cetak gambar menggunakan WePrint Machine. Tiga keping gambar dan satu button batch keychain. Memang gambar yang dihasilkan berkualiti tinggi. Puas hati sangat sangat tau korang.


WePrint Machine juga merupakan medium untuk menjana pendapatan bagi syarikat syarikat pengiklanan. Sementara menunggu gambar siap dicetak, di skrin WePrint Machine tuh akan terpapar iklan iklan dari syarikat yang terlibat. Secara tidak langsung, ia merupakan satu langkah yang dapat menarik minat pelanggan mengenai produk atau perkhidmatan yang diiklankan.

WePrint Machine - Sesuai untuk sebarang jenis majlis korporat atau swasta

Untuk sebarang majlis korporat atau swasta, WePrint sentiasa mengalu alukan orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk mencetak gambar kegemaran masing masing dari pelbagai bahan yang berbeza termasuk kertas foto , kertas magnet, button batch dan handphone casing. Bagi pengiklan pula, mereka boleh menggunakan mesin ini untuk mengumpul pangkalan data, dan menarik minat pengikut melalui platform media sosial yang popular iaitu WeChat untuk meningkatkan sale volume masing masing.

Korang nak tahu lebih jelas mengenai WePrint Machine? Korang boleh tonton video di bawah.


Selain daripada itu, kalau korang berminat untuk menempah personalised gifts, korang boleh layari http://www.tboox.com dan tempahan boleh dibuat terus melalui web ini.

Berita baik untuk korang yang tak nak melepaskan peluang mencetak gambar menggunakan WePrint Machine. Korang boleh guna kod yang diberikan untuk mendapatkan potongan sebanyak 10% dengan pembelian WePrint dan tawaran ini sah sehingga 30 November 2016 tertakluk pada terma dan syarat. Apa tunggu lagi cepat cepat gunakan peluang keemasan yang diberi.


Untuk makluman korang, Liberty Printing memerlukan pengedar untuk WePrint Machine. Jika berminat atau ada sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Liberty Printing Sdn Bhd seperti  maklumat yang tertera :

Alamat : 6,6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre 42100 Klang, Selangor.

Contact Number : 019 - 985 8151 (Elaine)

Business Hours : 9am - 6pm (Monday - Saturday)

Isnin, 5 September 2016

Amez Care Tuala Wanita Herba yang Berkualiti Tinggi Untuk Kesihatan Wanita

1:11:00 PTG 3 Comments
Assalamualaikum....

Setiap wanita memerlukan tuala wanita untuk penjagaan bahagian intim supaya terhindar dari sebarang jangkitan kuman. Sekarang ini terdapat pelbagai jenis tuala wanita yang ada di pasaran. Terpulang kepada masing masing untuk memilih tuala wanita yang sesuai untuk dipakai agar memberi keselesaan sepanjang masa. Seiring dengan peredaran zaman teknologi, pembuatan tuala wanita juga dipertingkatkan dengan memperkenalkan tuala wanita berherba iaitu Amez Care Bio Herbal Functional Sanitary Pads.



Amez Care Bio Herbal merupakan sebuah syarikat pakar dalam penciptaan semula jadi yang mencipta tuala wanita berkualiti tinggi yang direka untuk mengoptimumkan tahap keselesaan dan tahap kesihatan wanita ketika haid. Amez Care adalah pad herba yang terdiri Aloe, Peppermint, Tea Plant, Chamomile dan Lavender. Gabungan lima herba utama ini memberikan aroma yang wangi dan berangin bila dihidu serta memberi keselesaan sepanjang masa.

Amez Care terdiri daripada Amez Care Pantyliner, Amez Care Day dan Amez Care Night. Amez Care adalah selamat dipakai kerana pembuatannya tidak menggunakan bahan yang merbahaya malah selamat digunakan oleh semua wanita di Asia.

AMEZ CARE PANTYLINER


RM11.90 | 30 keping

Amez Care Pantyliner merupakan pantyliner yang memberikan perlindungan yang optimum apabila memakainya. Kandungan herba pada pantyliner ini memberikan kesegaran dan kebersihan sepanjang masa walaupun dalam keadaan haid yang sedikit atau ketika mengalami aliran vagina yang normal setiap bulan. Pantyliner pelbagai lapis ini adalah nipis, kadar penyerapan yang tinggi dan direka khas untuk dipakai setiap hari tanpa sebarang kesan yang memudaratkan.

AMEZ CARE DAY


RM12.90 | 12  keping

Amez Care Day adalah tuala direka untuk penyerapan yang cepat dan selesa pada waktu siang hari. Salah satu ciri utama Amez Care Day adalah Kompaun Strip Hijau yang mengandungi Nano Silver Ions dan Ions with Far Infrared serta mempunyai tahap bio-teknologi yang tinggi.  Bukan itu sahaja selain mempunyai intipati herba ia juga mengandungi magnetit yang membantu merencat pertumbuhan bakteria di kawasan paling sensitif dalam badan, membantu menjaga kebersihan Miss V dan memberikan kesegaran berpanjangan.

AMEZ CARE NIGHT


RM12.90 | 10 keping

Amez Care Night pula mempunyai beberapa lapisan dan pelbagai saluran anti- kebocoran untuk menghalang kebocoran di sisi, depan, dan belakang tuala . Tidak kira seberapa banyak kita bergerak, ia memberi perlindungan kebocoran yang maksimum. Amez Care Night juga mengandungi Nano Silver, Negative Ions dan Far Infrared. Apabila digabungkan, ia membantu memastikan tiada bakteria di bahagian yang paling sensitif dalam badan wanita, tahap pensterilan yang tinggi, peredaran darah bertambah baik , virus dan agen jangkitan lain dihapuskan, dan kitaran haid menjadi stabil.

Mimi dah guna ketiga tiga jenis tuala herba Amez Care ini. Pertama kali guna ketiga tiga jenis tuala wanita herba ini, Mimi rasa sangat selesa dan tak risau pun berlaku kebocoran walaupun Mimi gerak ke sana sini. Bau herbanya yang lembut dan wangi buat Mimi rasa segar dan tenang je tau. Yang paling best, rasa berangin dan sejuk saja bila pakai. Dan paling penting bau hanyir memang tak ada langsung okey. Memang sangat puas hati. Highly recommended tau.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web, facebook dan instagram Amez Care.


Fb : Amez Care

Instagram : @amezcare

Check Up 2 bulan Muhammad Adhwa Faris

7:58:00 PG 3 Comments

Assalamualaikum...

Hahhh nak cerita pasal Adhwa pula. Asyik cerita pasal review saja kan. Sesekali nak juga baca pasal lain kan.

Khamis lepas (01.09) Mimi bawa Adhwa pergi Klinik Kesihatan untuk check up dua bulan. Sepatutnya tarikh check up Adhwa 24hb Ogos tapi entah apa ke sengal Ummi dia nih boleh lupa tarikh check up...Serius tak tahu lah kenapa. Sejak bersalin kemain menjadi jadi pelupanya itu. Rasa nak hantuk hantukkan kepala kat dinding tau. Geram. Selalunya bab bab nih Mimi memang alert tak pernah miss pun dari Aina sampailah Auni. Ya Allah teruk betul kan..Sekali Allah uji gelabah kucing kau..hahahaha...

Tapi okeylah masih belum terlambat bawa Adhwa pergi check up. Lewat seminggu je. Tuh pun mujur teringat...hahahaha....

Mimi datang awal sebab nak dapat nombor awal dan cepat habis tapi ramalanku salah belaka. Sampai sampai saja hahh dah ada lebih kurang 5 - 6 orang awal dari Mimi. I is pasrah =_=

Letak buku tunggu nama Adhwa dipanggil. Lima minit lebih kurang macam tuh nama Adhwa dipanggil. Macam biasa buka baju dia nak timbang berat ukur panjang semua. Alhamdulillah pada usia 2 bulan 7 hari berat Adhwa 5.8kg. Patutlah lengan cepat lenguh pffftttt....Sampai kena urutlah sebab lenguhnya tuh tak boleh digambarkan dengan kata kata hahaha...

Dah selesai prosedur biasa ambil buku dan nombor letak di bilik rawatan ibu dan bayi. Time nih memang tunggu lama. Tapi takdelah nak complain bagaikan lambat sikit terus snap gambar viralkan cakap jururawat tak buat kerja tapi berborak...oh no no no..that's not my type...Masing masing ada tugas yang kita sendiri tak faham. So, tak perlu viral sana sini nak cari kesalahan orang. Sila jangan kecam saya!

Okey back to cerita check up Adhwa..Lebih kurang pukul 9.20 macam tuh nombor dipanggil. Jumpa jm cerita itu ini perkembangan Adhwa then kena inject DTAP Dos 1. Time nih Adhwa lena tidur sebab kekenyangan susu Ummi...kuikuikui...JM kejutkan dia suruh bangun tak dihapeknya..Bertuah ini anak. Bila jarum masuk dalam peha dia hahh tangisan memecah kesunyian klinik..hahaha...Sekejap saja Adhwa menangis sebab Mimi pujuk cakap semut gigit...Bagus tak cara Mimi psiko anak...

Dah settle check up Adhwa, kena pergi farmasi ambil ubat demam untuk Adhwa..Tunggu lagi giliran. Ngam pukul 10pagi nombor dipanggil ambil ubat terus balik..Kematu punggung lengan lenguh juga lah kan. Lepas nih, memang jadi pengajaran kat Mimi lah. Alert bab check up anak nih..Tak boleh lengah lengah. Nak nak sekarang nih zaman penyakit berjangkit berleluasa dengan macam macam virus.

Okeylah tuh saja nak bebel. Nanti sambung cerita lain pula..Nak kena siapkan tiga lagi review.

Khamis, 1 September 2016

Harum Malam | Supplemen Dalaman Mewangikan Tubuh Sepanjang Masa

6:30:00 PG 2 Comments
Assalamualaikum...

Sebut saja pasal Harum Malam kebanyakan wanita mesti tahu kan? Supplemen yang mempunyai rasa yang sedap dan manis serta mempunyai banyak manfaat jika mengamalkannya. Mimi sendiri tidak melepaskan peluang mencuba Harum Malam sebelum nih. Kali pertama consume tekak Mimi macam tak boleh terima rasa Harum Malam nih macam pelik je tapi lama kelamaan dah boleh terima..Sedap..


Produk Harum Malam merupakan keluaran dari syarikat Millenial Gen Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 2015 di mana ia merupakan syarikat 100% milik Bumiputera yang mempunyai pengalaman luas di dalam dunia "Traditional Complementary Medicine (TCM)" dan juga pemasaran media sosial.


Harum Malam diformulasikan dengan ekstrak ros yang sememangnya bagus untuk menangani masalah bau badan dan merupakan supplemen khusus untuk kaum wanita. Jadi, sesiapa yang ada masalah bau badan dan sebagainya elok sangat mencuba Harum Malam nih...

Siapa yang sesuai mengamalkan Harum Malam ini?

♡Wanita yang berkahwin
♡Anak dara 
♡Wanita berpantang
♡ibu yang menyusukan anak 
♡wanita yang berusia 50 tahun ke atas. 

Diingatkan ibu-ibu mengandung tidak digalakkan untuk amalkan Harum Malam ya.

Jom baca apa pula kelebihan Harum Malam sekiranya kita mengamalkan setiap hari secara konsisten. Antara kelebihan mengamalkan Harum Malam adalah seperti berikut :

♡Membantu menyegar dan menyihatkan badan
♡Mencantikkan dan menaikkan seri wajah
♡Membantu menghilangkan bau badan dan mulut
♡Melegakan panas badan
♡Menegangkan payudara
♡Mengencangkan otot-otot kewanitaan
♡Menghilangkan bau yang tidak enak serta gatal-gatal
♡Menambah keharmonian suami isteri
♡Menyihatkan rahim
♡Membantu membunuh bakteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
♡Meningkatkan sistem tahan tubuh serta stabilkan hormon
♡Mengurangkan tekanan dan tension
♡Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan.


Kebetulan, Mimi pun baru lepas bersalin dan berpantang memang sedang eloklah amalkan Harum Malam nih kan. Dapat pulihkan dalaman Mimi semula supaya bertambah sihat. Lepas nih, confirm boleh cantik macam anak dara kan...😊😊

Apa yang Mimi nak tekankan di sini, Harum Malam disahkan HALAL oleh JAKIM ya. Jadi, tak perlu rasa was was untuk dapatkan Harum Malam dan mengamalkannya. Mesti korang nak tahu apa kandungan dan khasiat yang terkandung di dalam Harum Malam kan? Kandungan dan khasiat bahan-bahan yang digunakan ialah :


☆Ekstrak bunga ros : berkesan untuk merawat kulit. Ia berupaya mengecilkan pori-pori 
dan mengawal kulit yang berminyak serta mampu mengatasi masalah kitaran haid yg tidak teratur di samping meredakan senggugut yang sering dialami oleh kaum wanita ketika haid. Antara khasiat lain:-
 ~Menenangkan ketegangan saraf dan emosi
 ~Memberi kesan penyejukan pada badan 
 ~Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen(awet muda)
 ~Membantu proses penghadaman
 ~Mengandungi vitamin A, B3, C, D dan E
 ~Merawat cirit birit 
 ~Menghilangkan keletihan

☆Sirih : merupakan jenis tanaman yang memiliki banyak manfaat untuk kesihatan, salah satunya 
adalah untuk mengatasi masalah kewanitaan seperti membunuh kuman penyebab masalah kewanitaan, berguna dalam mengatasi keputihan, gatal-gatal dan bau tak sedap.

☆Buah tin : juga dikenali sebagai Buah Ara berupaya menstabilkan tekanan darah, merawat jerawat, pigmentasi kulit (skin pigmentation), 
mencegah serangan jantung koroner, meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengurangkan kolesterol.

☆Kismis : Melindungi hati,memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi condition seperti varicose veins, bengkak, lebam 
(bruise) dan kabur pandangan, melawaskan pembuangan air besar, memperbaiki tone dan keanjalan kulit, membantu kecerdasan otak bayi dan meningkatkan memori (tradisi perubatan Islam) dan melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.

☆Madu : merupakan sumber tenaga, stamina dan pemulih tenaga untuk badan kita selain berfungsi sebagai glukosa luka. Selain itu,madu juga berperanan melembutkan kulit dan menghasilkan tona wajah yang sekata selain mengurangkan jerawat, menyembuhkan luka dengan memudarkan parut dan menyihatkan tubuh badan. Khasiat lain madu:-
 ~Menambahkan tenaga saat hamil dan saat melahirkan
 ~Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
 ~Mencegah dari berbagai macam penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat 
membunuh kuman-kuman cahaya mata.
 ~Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
 ~Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C 

☆Goji : mampu meningkatkan tenaga dan kekuatan, menjadikan anda rasa dan kelihatan muda, dapat mengekalkan tekanan darah yang sihat, mengurangkan risiko kanser, meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual, meningkatkan kesuburan serta membantu mengurangkan masalah berat badan.

☆Limau purut : berupaya membasmi bau badan, membantu mengekalkan kelembapan kulit serta meneutralkan radikal bebas, merawat luka, lebam dan kesan gigitan serangga, di samping melancarkan peredaran darah sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman, membantu merendahkan paras kolesterol dalam darah, 
membantu melambatkan proses penuaan dan membantu mengatasi PMS (pra menstrual simptom) serta meningkatkan sistem imun tubuh.

☆Kayu Serapat : mengembalikan faraj yang ‘longgar’ supaya kembali cantik seperti anak dara, membantu mengukuhkan otot dan sendi, di 
samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid, mampu melancarkan peredaran darah ke organ wanita, mampu memperbaiki menegangkan payudara yang kendur 
kembali anjal dan tegang.

☆Buah Delima :  boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong pembentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit, mengelakkan daripada hyper pigmentation, 
bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles.

☆Manjakani : membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan, membasmi bakteria dan kuman yang 
mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj, menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.

☆Pueraria Lobata : mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, migrain serta menentang jangkitan bakteria dan meredakan sakit pada bahagian bahu dan leher, melancarkan peredaran darah, meningkatkan kadar penghasilan hormon estrogen dalam tubuh wanita. 

☆Pueraria Mirifica : merawat masalah osteoporosis, merawat simptom-simptom menopause dan mengelakkan pembentukan kanser serta pembesaran payudara. 

Mimi dah kongsi mengenai kelebihan Harum Malam dan khasiat bahan-bahan yang digunakan. Sekarang Mimi nak kongsi cara pengambilan Harum Malam pula.

Pagi : 1 sudu sebelum sarapan
Malam : 1 sudu sebelum tidur


(Dinasihatkan semasa pengambilan gunakan sudu plastik supaya khasiat madu tidak hilang apabila menggunakan sudu besi). Elakkan minuman berais dan amalkan pengambilan setiap hari untuk kesan yang maksimum. 

Untuk pengetahuan korang terdapat pelbagai testimoni daripada pengguna-pengguna Harum Malam. Boleh tengok antara testimoni-testimoni berjaya selepas mengamalkan Harum Malam.

Mimi sendiri pun sebelum nih mengamalkan Harum Malam. Habis saja botol ke 4 Mimi stop amalkan Harum Malam sebab dah pregnant. Kepada sesiapa yang pernah tanya apa yang Mimi amalkan sehingga pregnant, Harum Malam jawapannya. Mimi berusaha dan berdoa dan selebihnya terserah pada takdir. Alhamdulillah, tak sangka pula salah satu usaha yang Mimi lakukan iaitu consume Harum Malam nih berhasil. Sekarang selepas habis tempoh berpantang, Mimi berpeluang amalkan Harum Malam lagi. Alhamdulillah seminggu Mimi consume, badan Mimi yang lemah kembali bertenaga dan cergas. Bila ada anak kecil faham sajalah kan tidur tak cukup.





Harum Malam juga mendapat liputan yang meluas melalui media iaitu di stesen TV Al-Hijrah rancangan Assalamualaikum dan juga majalah.






Sebelum terlupa, Mimi nak ingatkan korang pastikan Harum Malam yang korang beli tuh original ya. Hanya 3 langkah mudah yang perlu korang lakukan untuk pastikan Harum Malam yang dibeli betul-betul original.



Banyakkan kelebihan dan kebaikan yang kita perolehi sekiranya mengamalkan Harum Malam. Apa tunggu lagi dapatkan Harum Malam segera sekiranya korang mengalami masalah-masalah yang disebut seperti di atas.

Harga : 
RM33.00 Sem / RM39.00 Sabah dan Sarawak (250ml)

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi Millennial Gen

HP: 010 404 2769
Office: 03 3358 5344