Tips Atau Cara Cepatkan Bukaan Rahim

Assalamualaikum...

Kali ni Mimi nak share tips atau cara untuk cepatkan bukaan rahim yang Mimi amalkan sebelum bersalin. Anak dah nak masuk usia dua bulan baru berkesempatan nak update tips untuk ibu ibu mengandung. Ikutkan memang banyak yang Mimi nak cerita tapi nampak gaya memang lambatlah nak update sebab busy semendang.

Sebelum nih, masa preggy anak yang sulung dan kedua Mimi pandang enteng petua, tips atau cara untuk cepat bersalin. Buat tuh buat tapi tak sepenuh hati sebab jenis follow the flow. Tapi, disebabkan anak sulung dan anak kedua over due, preggy kali ketiga Mimi nekad nak bersalin sebelum tarikh due. Preggy yang ketiga nih Mimi dijangka bersalin pada 25 Jun 2016 tapi Mimi bersalin dua hari awal dari tarikh jangkaan bersalin iaitu 23 Jun 2016.

Masa dah masuk dua minggu terakhir pregnancy memang dah cuak dah sebab takut overdue. Jadi, Mimi cuba amalkan beberapa tips atau cara untuk cepatkan bukaan rahim. Antara tips atau cara yang Mimi buat :

1) Banyakkan berjalan
Serius cakap bila masuk kandungan usia 9 bulan Mimi rajin berjalan. Bayangkan office tingkat 9 Mimi berjalan pergi office kawan tingkat 5. Turun naik guna lif lah. Tapi ada masanya dari tingkat 5 Mimi naik ke tingkat 9 guna tangga. Tak kuasa nak tunggu lif lama lama. Nak nak lif yang elok ada satu sahaja daripada empat lif yang ada. Dan bayangkan satu lif yang elok tuh tak boleh lebih dari enam orang yang naik ya..TAK BOLEH lebih dari enam orang. Kalau lebih lif akan rosak. Bayangkan satu bangunan yang ada 9 tingkat lepas tuh ada berpuluh pejabat dan beratus orang bayangkan berapa lama nak tunggu turn naik lif. Bila time balik kerja, memang Mimi turun guna tangga ajelah dari tingkat 9 sampai ground floor. Kalau pergi bazar ramadhan, berjalan dari hujung ke hujung pastu patah balik. Memang akan rasa penat bila berjalan tapi redah saja lah. So, di ringkaskan memang banyak berjalan sangat membantu buka rahim dengan cepat.

2) Mencangkung / Jalan itik
Hah apa yang Mimi maksudkan dengan mencangkung nih time buat kerja atau buang air kecil rajin rajin lah mencangkungkan diri. Jangan lah time mencangkung tuh korang praktis meneran. Tuh mengundang masalah namanya. Bila mencangkung tuh jangan lama lama sangat nanti senak perut...hahahaha..Tak pun korang kalau rajin buat jalan itik. Ada antara kawan kawan Mimi buat senaman jalan itik nih. Mimi tak buat pun. Kuasa mak. Mencangkung tuh dah kira okey juga. Buat juga lah kan dari takde langsung.

3) Minum air nanas / Makan nanas
Ada orang cakap kena makan nanas untuk buka pintu rahim dengan cepat. Tapi Mimi tak dapat makan nanas. Payah nau nak cari orang jual nanas kat area rumah. Kebetulan masa pergi bazar ramadhan, ada orang jual pure jus buah. So, Mimi beli jus nanas. Memang sedap. Peduli lah orang kata tajam ke apa, kisah lak aku. Air nanas nih Mimi minum dua hari sebelum bersalin tau.

4) Minum air dari rambut basah
Setiap kali mandi dan basahkan rambut, Mimi akan minum air dari rambut. Ala rasanya semua tahu kan. Minum air dari hujung rambut kita sambil minum air tuh selawat. Sebab yang nih senang memang rajin lah Mimi buatkan. Orang cakap nih salah satu kategori air selusuh juga.

So, nih antara tips atau cara yang Mimi amalkan untuk cepatkan bukaan rahim. Alhamdulillah, memang berkesan...Tapi antara rajin dan tak rajin nak amalkan je. Macam Mimi memang dah berniat dan nekad kali nih mesri bersalin awal dari tarikh due. Alhamdulillah termakbul.

Ibu ibu yang sedang sarat preggy sekarang nih terutama yang usia kandungan dah masuk 9 bulan dah boleh cuba sikit sikit tips atau cara yang Mimi buat nih. Sebenarnya banyak lagi tips atau cara cepatkan bukaan rahim nih, korang kenalah rajin google ya jangan malas malas...
Jumpa next entry ya. Bye.

Post a Comment

4 Comments

  1. betul.. ni yg jijah lakukn ms bsalinkn zahwa.. alhamdulillah dpt bsalin normal

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi dgar tips gini. insyaAllah boleh praktikkan.

    ReplyDelete
  3. Bab banyak berjalan tu betul..member saya anak pertama tau...tapi beranak...senang gila....
    means bukaan dia senang je..... dia patut branak 14 hb, tp dia 9 hb dah kuor.....

    semua pikir anak pertama lambatlah keluar biasanya......sekali tengokk..mak oi..awal gak eh..hehee

    ReplyDelete
  4. Akk no 1 je buat mcm ni..pastu bila lain2 kena czer..xbuat apa pun

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com