Rabu, 31 Ogos 2016

Hadiah Istimewa Dari Hati Hanya di Printcious

11:52:00 PTG 0 Comments
Assalamualaikum...

Korang pernah tak buntu nak hadiahkan orang tersayang sesuatu yang istimewa bila menjelang hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan? Kadang kadang pilihan hadiah yang ada di luar sama saja tiada kelainan. Sesekali mesti korang ingin hadiahkan orang tersayang dengan hadiah istimewa yang ada kelainan dan keunikan tersendiri.

Macam Mimi sendiri pun kadang kadang buntu nak hadiahkan family sesuatu yang istimewa. Kadang kadang bagi hadiah yang sama berulang kali sebab tiada idea nak bagi apa. Tapi lepas nih kita semua tak perlu buntu atau risau kerana Printcious boleh bantu korang selesaikan masalah kita dengan menyediakan pelbagai hadiah yang menarik dan istimewa untuk dihadiahkan kepada yang tersayang.


Apa yang menarik tentang Printcious nih ialah web ini menjual hadiah dari pilihan design kita sendiri.  Antara hadiah yang dijual ialah kusyen, ceramic tile, t-shirt, mug, puzzle dan pelbagai lagi hadiah yang menarik boleh korang dapati di web Printcious. Korang just pilih hadiah yang korang berkenan dan design ikut kreativiti korang, kemudian buat bayaran dan hadiah tersebut boleh dihantar terus kepada penerima hadiah. Yang penting hadiah hadiah yang ditawarkan sangat sangat menarik, cantik dan pasti buat korang jatuh hati sesuai dengan tagline mereka " Printcious.com - Precious Gifts From Your Heart".

Banyak pilihan hadiah yang korang boleh pilih dari Printcious nih. Tak percaya korang boleh tengok pada gambar di bawah. Korang boleh klik satu satu hadiah mengikut kategori yang korang suka. 


Memang banyak pilihan sehingga rambang mata dibuatnya. Macam Mimi sendiri rambang tengok kategori kusyen. Aduh, jadi gila dibuatnya nak nak kusyen warna pink..hahaha..Memang peminat pink tegar nih tau. Antara kusyen yang dijual. Cute kan?

Macam Mimi beritahu tadi korang boleh pilih sendiri hadiah yang korang nak kemudian design ikut kreativiti masing masing kan. Cara nak design tuh senang saja. Korang pilih Create dan pilih kategori hadiah yang korang nak tuh. Kemudian korang boleh pilih warna dan design ikut citarasa korang. Mudah saja korang tak susah pun.



Sebelum Mimi terlupa, Mimi nak beritahu korang yang Printcious juga baik hati bagi pengunjung web nya diskaun menggunakan kod promo yang diberi. Janji korang beli baru boleh guna. Nak lagi senang korang daftar jadi ahli. Mimi dah daftar pun, korang apa tunggu lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Printcious nih korang boleh layari web yang tertera di bawah.


Sumber Ayu | Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Dengan Formulasi Dipertingkat dan Berwajah Baharu

7:00:00 PG 2 Comments
Assalamualaikum...

Siapa pengguna Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu? Angkat tangan..Kita geng!!! Mimi memang guna Pembersih Wanita Sumber Ayu Mawar yang packaging lama tuh. Bau Pembersih Wanita Daun Sirih Mawar tuh memang wangi dan baunya melekat kat tapak tangan. Kejap kejap duk bau tapak tangan sebab wangi mawar tuh lembut saja aromanya tau. Hilang stress bila bau mawar kat tapak tangan..hehehe...Walaupun pembersih wanita Sumber Ayu nih harganya murah tapi kualitinya setanding dengan pembersih wanita lain yang mahal harganya.


Kenapa kita sebagai wanita perlukan pembersih wanita? Kalau tak guna pembersih wanita tak boleh ke? Ermmm...Bagi Mimi sebagai wanita kita tidak boleh kata tidak pada pembersih wanita. Malahan pembersih wanita ini merupakan sahabat baik yang perlu sentiasa bersama dengan kita walau ke mana saja kita pergi.

Penjagaan Semula Jadi Untuk Kawasan Intim Yang Bersih dan Sihat


Sebahagian erti menjadi "dewasa" adalah mampu mengetahui dan memahami keadaan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.

Untuk pengetahuan semua, bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal bagi jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan atau rasa tidak selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk ekosistem semula jadi memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan intim daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Jadi, amat penting bagi kita menjaga bahagian intim supaya keseimbangan semula jadi kekal terjaga dan mengelakkan daripada sebarang jangkitan.

Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan  menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi dan seterusnya mendedahkan diri kita kepada risiko jangkitan.

Apa kata cuba lengkapkan rutin penjagaan peribadi dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu yang diformulasi dengan bahan semula jadi supaya kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat, bersih dan bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan bau yang kurang menyenangkan.

Sebab sebab kenapa perlu memilih Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu :-

♡ Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

♡ Bahan utama ekstrak Daun Sirih dipertingkatkan bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria.

♡ Formulasi diperhebat dengan wangian semula jadi.

♡ Hadir dengan wajah baharu dan rona yang lebih menarik membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated.

♡ Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu juga diperakui HALAL oleh JAKIM.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai.

♡ Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Orkid -haruman segar dari kuntuman orkid, memberi wangian ringan dan rasa bersih kekal sepanjang hari. Amat sesuai bagi wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya.

♡ Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Mawar - Wangian mawar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Sesuai untuk mereka yang berjiwa romantis.

♡ Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Floral - Kombinasi aroma pelbagai bunga yang memberi kesegaran sepanjang masa. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

♡ Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Musk - aroma semula jadi kasturi menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Sesuai dengan wanita yang sentiasa ke hadapan dan meminati haruman patchouli.

♡ Pembersih Kewanita Daun Sirih Gambir - bauan herba yang harum memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik untuk wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam.

♡Pembersih Wanita Daun Sirih Fruity - aroma manis buah buahan trooika mampu memberi rasa beraih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia serta yakin dalam apa jua keadaan.

Mimi dapat tiga rangkaian wangian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU iaitu Pembersih Wanita Daun Sirih Gambir, Pembersih Wanita Daun Sirih Mawar dan Pembersih Wanita Duan Sirih Floral. In shaa Allah lepas nih nak cuba tiga rangkaian yang lain pula.


Kesimpulannya, keenam enam rangkaian wangian Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU baharu memberikan kita rasa segar dan bersih yang kekal sepanjang hari serta aroma yang wangi dan lembut agar kita tampil berkeyakinan setiap masa.

Apa tunggu lagi cepat cepat dapatkan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU di pasaraya dan farmasi berhampiran.

Harga :
RM3.60 (90ml)

RM5.80 (200ml)

Ahad, 21 Ogos 2016

Tips Atau Cara Cepatkan Bukaan Rahim

1:18:00 PG 2 Comments

Assalamualaikum...

Kali ni Mimi nak share tips atau cara untuk cepatkan bukaan rahim yang Mimi amalkan sebelum bersalin. Anak dah nak masuk usia dua bulan baru berkesempatan nak update tips untuk ibu ibu mengandung. Ikutkan memang banyak yang Mimi nak cerita tapi nampak gaya memang lambatlah nak update sebab busy semendang.

Sebelum nih, masa preggy anak yang sulung dan kedua Mimi pandang enteng petua, tips atau cara untuk cepat bersalin. Buat tuh buat tapi tak sepenuh hati sebab jenis follow the flow. Tapi, disebabkan anak sulung dan anak kedua over due, preggy kali ketiga Mimi nekad nak bersalin sebelum tarikh due. Preggy yang ketiga nih Mimi dijangka bersalin pada 25 Jun 2016 tapi Mimi bersalin dua hari awal dari tarikh jangkaan bersalin iaitu 23 Jun 2016.

Masa dah masuk dua minggu terakhir pregnancy memang dah cuak dah sebab takut overdue. Jadi, Mimi cuba amalkan beberapa tips atau cara untuk cepatkan bukaan rahim. Antara tips atau cara yang Mimi buat :

1) Banyakkan berjalan

Serius cakap bila masuk kandungan usia 9 bulan Mimi rajin berjalan. Bayangkan office tingkat 9 Mimi berjalan pergi office kawan tingkat 5. Turun naik guna lif lah. Tapi ada masanya dari tingkat 5 Mimi naik ke tingkat 9 guna tangga. Tak kuasa nak tunggu lif lama lama. Nak nak lif yang elok ada satu sahaja daripada empat lif yang ada. Dan bayangkan satu lif yang elok tuh tak boleh lebih dari enam orang yang naik ya..TAK BOLEH lebih dari enam orang. Kalau lebih lif akan rosak. Bayangkan satu bangunan yang ada 9 tingkat lepas tuh ada berpuluh pejabat dan beratus orang bayangkan berapa lama nak tunggu turn naik lif. Bila time balik kerja, memang Mimi turun guna tangga ajelah dari tingkat 9 sampai ground floor. Kalau pergi bazar ramadhan, berjalan dari hujung ke hujung pastu patah balik. Memang akan rasa penat bila berjalan tapi redah saja lah. So, di ringkaskan memang banyak berjalan sangat membantu buka rahim dengan cepat.

2) Mencangkung / Jalan itik

Hah apa yang Mimi maksudkan dengan mencangkung nih time buat kerja atau buang air kecil rajin rajin lah mencangkungkan diri. Jangan lah time mencangkung tuh korang praktis meneran. Tuh mengundang masalah namanya. Bila mencangkung tuh jangan lama lama sangat nanti senak perut...hahahaha..Tak pun korang kalau rajin buat jalan itik. Ada antara kawan kawan Mimi buat senaman jalan itik nih. Mimi tak buat pun. Kuasa mak. Mencangkung tuh dah kira okey juga. Buat juga lah kan dari takde langsung.

3) Minum air nanas / Makan nanas

Ada orang cakap kena makan nanas untuk buka pintu rahim dengan cepat. Tapi Mimi tak dapat makan nanas. Payah nau nak cari orang jual nanas kat area rumah. Kebetulan masa pergi bazar ramadhan, ada orang jual pure jus buah. So, Mimi beli jus nanas. Memang sedap. Peduli lah orang kata tajam ke apa, kisah lak aku. Air nanas nih Mimi minum dua hari sebelum bersalin tau.

4) Minum air dari rambut basah

Setiap kali mandi dan basahkan rambut, Mimi akan minum air dari rambut. Ala rasanya semua tahu kan. Minum air dari hujung rambut kita sambil minum air tuh selawat. Sebab yang nih senang memang rajin lah Mimi buatkan. Orang cakap nih salah satu kategori air selusuh juga.

So, nih antara tips atau cara yang Mimi amalkan untuk cepatkan bukaan rahim. Alhamdulillah, memang berkesan...Tapi antara rajin dan tak rajin nak amalkan je. Macam Mimi memang dah berniat dan nekad kali nih mesri bersalin awal dari tarikh due. Alhamdulillah termakbul.

Ibu ibu yang sedang sarat preggy sekarang nih terutama yang usia kandungan dah masuk 9 bulan dah boleh cuba sikit sikit tips atau cara yang Mimi buat nih. Sebenarnya banyak lagi tips atau cara cepatkan bukaan rahim nih, korang kenalah rajin google ya jangan malas malas...

Jumpa next entry ya. Bye.

Sabtu, 13 Ogos 2016

Review: Nurraysa Pearl Magic Lipstick dan Miracle Eyeliner

7:45:00 PTG 6 Comments
Assalamualaikum...

Kali nih Mimi nak cerita tentang kelebihan dan kebaikan dua produk keluaran Muslimah yang popular dengan tagline "Produk Mesra Wuduk" serta menjadi pilihan kaum wanita baik suri rumah atau bekerjaya iaitu Nurraysa Beauty.

Untuk pengetahuan korang, Mimi beli Pearl Magic Lipstick with Collagen Plus dan Miracle Eyeliner keluaran Nurraysa Beauty bulan lepas. Bila dapat terus simpan tak guna pun sebab masih berpantang. Habis pantang nanti baru melaram guna lipstick dan eyeliner Nurraysa. Masa entry nih ditaip, Mimi dah habis pantang pun dan berpeluang menggunakan kedua dua produk Nurraysa nih.

Pearl Magic Lipstick dan Miracle Eyeliner

Sebelum tuh, Mimi nak kenalkan secara ringkas mengenai Pearl Magic Lipstick with Collagen Plus dan Miracle Eyeliner.

Pearl Magic Lipstick with Collagen Plus merupakan lipstick keluaran Nurraysa Beauty yang mengikut warna darah jika dipakai, tidak mengandungi plumbum, tidak menghitamkan atau mengeringkan bibir, merawat masalah bibir yang dihadapi dan yang paling penting mesra solat. Ia juga dirumuskan khas dengan formula berkualiti tinggi, mutiara asli yang membuatkan bibir si pemakai kelihatan pinkish.

Antara bahan bahan lain yang digunakan di dalam Pearl Magic Lipstick with Collagen Plus ialah :

♡ Collagen
♡ Vitamin E
♡ Pearls 
♡ Olive Fruit Oil
♡ Sunflower Seed Oil
♡ Virgin Coconut Oil

Miracle Eyeliner juga merupakan produk mesra solat, sangat mudah digunakan, tidak mencomotkan, tidak mengandungi silikon dan tidak menghitamkan mata walaupun eyeliner nih bukan kalis air. Bahan bahan yang digunakan dalam Miracle Eyeliner ialah :

♡ Olive Oils
♡ Bees Wax
♡ Candelilla Wax
♡ Marine Collagen
♡ Annuus Seed Oil
♡ Isoeicosane

Alhamdulillah sepanjang menggunakan Pearl Magic Lipstick with Collagen Plus nih bibir Mimi dah tak kering dan mengelupas, sentiasa lembab dan bibir terasa ringan macam tak pakai lipstick langsung. Yang paling best ikut warna darah. Kalau Mimi apply lipstick kat bibir sekali bibir jadi warna light pinkish kalau apply dua kali jadi pekat sikit kaler pinkish tuh. Suka suka suka!!! Sekarang nih Mimi lebih suka pakai lipstick ikut warna darah. Mudah, jimat masa dan yang paling penting dapat berjimat sebab tak payah beli lipstick banyak kan. Part yang Mimi suka lipstick nih bila nak cuci just basuh dengan air biasa tak payah sental guna tisu banyak kali untuk hilangkan kesan lipstick. Memang mudahkan kerja dan jimat masa sungguh...

Pic sebelah kiri sebelum dan pic sebelah kanan selepas pakai Pearl Magic Lipstick dan Miracle Eyeliner.

Manakala Miracle Eyeliner pula, bila Mimi guna setakat ini alhamdulillah senang saja bila di apply di kelopak mata dan nampak cantik saja mata tuh. Kalau time apply tuh tetiba terlari atau tercomot sikit tak payah susah susah nak cover dengan bedak. Just lap dengan span kering atau tisu dan kesan comot tuh dah hilang dan tidak meninggalkan kesan hitam pun. Terus apply macam biasa. Part yang nih memang Mimi suka sangat sebab sebelum nih pernah guna jenama lain tapi bila apply tercomot jenuh pula nak cover dengan bedak sebab bila lap dengan span atau tisu still kesan hitam eyeliner tuh nampak. So, kena cover dengan bedak nak hilangkan kesan hitam. Jatuh cinta kali pertama terus!! Walaupun eyeliner nih bukan kalis air tapi tak payah risau lah mata korang jadi hitam sebab berpeluh. Mimi jenis muka mudah berpeluh sebab tuh jarang pakai eyeliner sebab confirm mata jadi hitam dan comot...Tak suka betul dengan situasi nih sebab dah jadi macam mata panda..hahaha...Tapi dengan Miracle Eyeliner nih Mimi tak payah risau mata jadi hitam ke apa walaupun berpeluh. Jatuh cinta kali kedua!!

Time nak solat, kita kena cuci muka sebelum ambil wuduk kan??Hah part nih yang teruja nak cerita..Bila nak ambil wuduk tuh tak payah lah susah payah cuci dengan make up remover atau sental dengan pencuci muka nak hilangkan eyeliner tuh. Just basuh dengan air biasa saja dah cukup dan eyeliner tuh akan hilang. Serius korang part nih paling Mimi suka. Tak payah susah payah ke hulur ke hilir bawa pencuci muka ke make up remover ke sebab cuci dengan air dah cukup. Jatuh cinta kali ketiga!! Memang sesuai sangatlah dengan tagline "Produk Mesra Wuduk".

Nurraysa Beauty juga ada mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan yang lain antaranya Set Skincare 4 in 1, Syampu, Blusher, Maskara, Losyen dan pelbagai lagi produk yang mampu beli dan mampu milik. Untuk dapatkan produk produk Nurraysa nih korang boleh hubungi agen agen sah Nurraysa ya.

IG : nurraysabeautyhq
Web : www.nurraysabeauty.my

Isnin, 8 Ogos 2016

Review : Aqua Pore Eraser Membantu Merawat Masalah Kulit Wajah

4:17:00 PG 12 Comments
Assalamualaikum...

Kali ini Mimi nak review mengenai produk yang Mimi guna sekarang iaitu Aqua Pore Eraser. Review ini bukanlah review berbayar ya tapi review yang Mimi buat berdasarkan pengalaman Mimi sendiri selepas menggunakan Aqua Pore Eraser selama 12 hari.


Untuk makluman korang, AQUA Pore Eraser adalah cecair pitera dengan formula tersendiri yang di gunakan bersama kapas sentalan sebelum mencuci muka dan sangat berkesan membersihkan pori wajah yang tersumbat dengan kotoran dan membersihkan liang sebum minyak di wajah.
Bukan sekadar penyental kotoran pori terhebat, malah ia berfungsi lebih dari toner mahupun make up remover.

Untuk kesan yang optimum,  sila gunakan PORE ERASER mengikut tips yang di sarankan bagi memperbaiki sel kulit, pori dan liang sebum kulit wajah anda untuk bebas kulit kusam, pori terbuka, jeragat dan sebagainya.

Perlu diingatkan Aqua Pore Eraser ini ada kelulusan KKM, jadi, korang tidak perlu rasa was was atau ragu dengan produk ini. Ia juga bebas daripada bahan kimia yang terlarang dan berbahaya.

Antara kebaikan Aqua Pore Eraser ini ialah :

1) menghilangkan pori, kulit kusam, jerawat, jeragat dan parut
2) produk yang super jimat tahan 2 bulan
3) produk yang 100% organik selamat digunakan
4) produk yang tiada kesan sempingan
5) produk yang sangat berkualiti tinggi
6) produk yang memberi kesan yang sangat cepat

Cara penggunaan Aqua Pore Eraser adalah sebelum korang cuci muka. Nak kesan yang cepat guna 5 kali sehari. Kalau korang beli Aqua Pore Eraser ada disertakan cara penggunaan dalam kotak. Mimi ikut seperti yang disarankan iaitu guna 5 kali sehari. Nak mudah setiap kali nak solat 5 waktu korang mesti ambil wuduk kan? Sebelum ambil wuduk korang bersihkan muka dengan Aqua Pore Eraser dengan titiskan 2 - 3 titis ke atas kapas muka dan mula sental perlahan lahan. Segala kekotoran memang keluar sebab Aqua Pore Eraser bertindak membersihkan kekotoran dari dalam pori.

Untuk lihat keberkesanan produk ini korang boleh tengok testimoni testimoni pengguna Aqua Pore Eraser [ Testimoni Aqua Pore Eraser ]

Disebabkan Mimi mengalami masalah pori terbuka di sebelah pipi kiri dan kulit muka kusam, jadi, tergerak hati nak cuba sebab tengok banyak testimoni yang bagus dan berpuas hati dengan keberkesanan Aqua Pore Eraser. Alhamdulillah sepanjang penggunaan Aqua Pore Eraser ini
Mimi puas hati sangat sangat. Pori yang besar mengecil, kulit yang kusam semakin cerah dan rasa lembab bila disentuh. Antara lainnya kulit muka terasa lebih bersih selepas cuci dengan pencuci muka. Kawan pejabat Mimi puji kulit muka Mimi nampak berseri seri dan siap tanya pakai apa. Part yang paling best bila korang apply Aqua Pore Eraser, korang akan rasa sejuk berangin je dekat muka.

Korang boleh tengok gambar dibawah keadaan kapas muka yang Mimi gunakan bila sental Aqua Pore Eraser di muka. Mimi akan bersihkan muka sampailah kapas kurang kekotoran. Setiap kali penggunaan Mimi akan sental antara 3 - 5 kali sampai kapas kurang kotor.


Bila yakin muka betul betul dah bersih daripada kekotoran baru Mimi cuci muka. Masa tuh memang rasa muka bersih sangat sangat. Lepas ini memang konsisten guna Aqua Pore Eraser.


In shaa Allah dengan penggunaan yang berterusan korang pasti berpuas hati dengan hasil yang korang terima. Bukan mudah nak dapatkan muka yang flawless, bebas jerawat dan jeragat tetapi jika kita bersabar pasti hasilnya memuaskan.

Harga :

RM40 (30ml) 
RM90 (harga asal RM120) (100ml) 

Jika berminat untuk dapatkan Aqua Pore Eraser boleh hubungi :

Puan Salina : 012 - 550 6458 (Pengurus Butik Aqua)

Facebook : Aqua International Malaysia