Review : Nurishah Kids Romper Baju Melayu

Assalamualaikum...

Bila nak dekat dekat raya maka kaum ibu sibuk mencari baju raya yang sedondon warna untuk keluarga. Mimi pun tak terlepas juga dari kesibukan mencari baju raya untuk keluarga. Tahun nih beraya secara sederhana kaedahnya tapi masih sibuk juga cari baju raya sedondon sebab kesiankan anak anak yang keep asking bila nak belikan diorang baju raya. So, finally Mimi decide beli juga baju raya tema Royal Blue. Tema tahun nih ditetapkan mengikut warna baju melayu encik suami yang sedia ada dalam almari. Tak nak membazir beli baru katanya.

Bila semuanya di hujung jari elok sangat digunakan sebaik yang mungkin. Untuk Aina dan Auni, Mimi dah belikan diorang baju raya jubah online. Sedondon dengan ummi diorang. Okey settle untuk anak anak perempuan.

Untuk baby pula pening juga nak cari baju raya untuk dia sebab time Mimi decide nak cari baju raya untuk baby, Mimi belum bersalin lagi okey. Baby duduk dalam perut lagi. Jauh di sudut hati memang confident akan dapat baby boy. Tuh yang terkinja kinja nak beli baju baby boy. Masa tuh andai kata dah beli baju untuk baby boy tapi keluar baby girl redha sajalah kan...

Entah macam mana masa sibuk skroll fb terjumpa satu page yang menjual Kids Romper Baju Melayu...Apa lagi memang tak lepas peluang lah belek page tersebut. Skroll punya skroll jumpa juga Romper Kids Baju Melayu warna Royal Blue. Masa tuh hati dah melonjak lonjak happy dah. Cepat cepat pm tanya romper kod sekian warna dan saiz sekian available lagi atau tak. Alhamdulillah rezeki, saiz dan warna yang Mimi nak ada tapi kena tunggu gaji lah nak bayar pun. Time tuh banyak berdoa supaya baju tuh masih ada stok sehingga gaji. Tawakal okey masa decide nak beli baju untuk baby. Beli size xs untuk newborn baby hingga 3 bulan. Lepas dah tanya semua Mimi bagitahu penjual online tuh akan bayar time gaji nanti.

23hb Jun government dah gaji. Petang tuh lebih kurang pukul 4 petang lebih macam tuh terus transfer jumlah harga baju, bagi details dan bukti pembayaran...Urusan nih Mimi buat sebelum sakit nak bersalin okey...hahaha...Nasib baik sempat selesaikan semua urusan..Alhamdulillah 28hb dah dapat Kids Romper Baju Melayu. (Time nih Muhammad Adhwa Faris dah 5 hari) Alahai comel sungguh....Geram tau dibuatnya. Acu kat badan Muhammad Adhwa Faris kira ngam dengan panjang dia. Besar sikit tak apa.

Mimi nak share sikit ciri ciri yang ada pada Kids Romper Baju Melayu yang supercomel nih..Material kain Kids Rompers Baju Melayu adalah 100% cotton tshirt yang berkualiti tinggi dan sejuk. Bila baby pakai kain memang tak panas. To mommies no worries okay.

Kids Romper Baju Melayu ini juga tahan lasak iaitu kain tidak mudah koyak. Design dan warna Kids Romper Baju Melayu sangat unik dan sedap mata memandang. Selain daripada itu, seller juga memberi jaminan kualiti Kids Romper Baju Melayu kepada para pelanggannya. Jika ada "factory defect" seller akan gantikan dengan romper baru okey. Hahh, bagus tak korang servis yang diberikan. Siap ada jaminan kualiti lagi okey.

Kids Romper Baju Melayu ini juga didatangkan dengan pelbagai warna yang menarik dan cantik. Ada tiga saiz yang boleh didapati iaitu XS : 0 - 3 bulan (7" × 16"), S : 3 - 6 bulan (8" × 17") dan M : 6 - 12 bulan (10" x 19"). Harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi - baloi. Untuk pertanyaan lanjut berkenaan Kids Romper Baju Melayu korang boleh berhubung terus dengan seller seperti di bawah :-

Page FB : NURISHAH KIDS ROMPER BAJU MELAYU
Whatsapp : 017 - 533 2565

Post a Comment

5 Comments

  1. Teruja kan kak.. nk sambut raya dgn baby baru even dlm pantang pun. Kikiki

    ReplyDelete
  2. waa'laikumussalam, wahhh comelnya baju melayu baby :D

    ReplyDelete
  3. Comelnya rompee baju melayu dia...blue color

    ReplyDelete
  4. Comel rompee. Siqah suka tengok baby pakai rompee. Comel je nampak 😍

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com