Pengalaman Melahirkan Muhammad Adhwa Faris

(ENTRY AGAK PANJANG HARAP MAKLUM)

Assalamualaikum...

Nak bercerita pasal sakit kontraksi, sebenarnya sakit kontraksi since 33 minggu dah terasa. Kalau tak, takdelah Mimi warded kan sebab diagnosis prem contraction. Masa 22hb Jun hari Rabu memang dah sakit. Time tuh check up di klinik kesihatan. Staf nurse yang check Mimi dah pesan balik dari check up nih kemas barang terus pergi hospital sebab dah kerap kontraksi. Tapi guess what? Tak ku hirau nasihat staf nurse tuh..hahaha...Gila kentang degil punya manusia bernama Mimi nih. Boleh cakap dengan encik suami "Ayang boleh tahan lagi." So, berlalu macam tuh aje lah.

Keesokkannya, macam biasa bangun tidur encik suami kejutkan. Dia tanya okey ke tak sebab tengok Mimi menahan sakit. Mimi still jawab okey. Dia sebenarnya kena kerja dah siap pakai seluar cuma tinggal nak pakai baju saja. Tapi dia still lagi duduk melepak kat rumah. Mimi tegur dia kata nak pergi kerja tapi dia jawab tak jadi minta kawan dia gantikan sebab dia tengok wife dia dah sakit sakit dia naik risau.

Dipendekkan cerita, petang tuh encik suami keluar sekejap jumpa kawan satu kem dengan dia. Mimi dekat rumah masak untuk berbuka. Start masak pukul 5.20 petang tuh sakit makin ketara. Sekejap sekejap kontraksi, memang tak tahan lah. Sakit di bahagian atas ari ari. Sama sakit macam Aina dulu tapi kali nih sakit teraamatttt sangatt... 

Macam Aina dulu boleh siap rileks makan telur separuh masak dan makan nasi lagi. Tapi sakit kali nih memang tak boleh tahan. Stop masak pukul 6.00 petang. Itu pun terpaksa stop masak sebab gas dah habis...Sempat lah masak sotong masak kicap, telur masin dan kentang goreng. Tak tahan sakit Mimi terus whatsapp encik suami suruh balik kemas apa yang patut. Mimi pula duduk kat meja makan menangis sebab tak tahan sakit. Encik suami suruh buka puasa sebab takut tak ada tenaga nanti. Ikutkan hati memang tak nak buka puasa sebab tinggal sejam lebih saja tapi sebab risaukan diri tak bermaya buka juga puasa tuh pun makan sikit saja sebab tak tahan sakit.

Dah siap semua, terus lah Mimi sekeluarga bertolak balik Telok Kemang, hantar Aina dan Auni duduk rumah nenek sebab memang nak pantang seminggu kat sana untuk berurut. Dah hantar diorang, encik suami ajak mak saudara dan adik sepupu Mimi teman pergi hospital PD. Sampai hospital, terus serah buku pink dan bagitahu details sekian sekian. Salin baju dan kena buang air kecil. Dah sudah tuh, nurse suruh baring dekat katil nak check baby. So, alat CTG dipasang dekat perut. Time tuh, nurse yang bertugas bagitahu Mimi jantung baby laju. 

Datang seorang doktor perempuan Chinese check. Dia suruh masuk dalam satu bilik untuk check jalan dan nak scan baby. Doktor bagitahu jalan dah buka 2cm. Scan baby semua okey cuma anggaran berat baby 3.7kg. Doktor bagitahu kalau berat baby 3.5kg ke atas diorang akan transfer ke Hospital Tuanku Ja'afar sebab Hospital PD tak ada specialist. Masa tuh, i is redha dah kalau kena transfer HTJ. Tak nak tanggung risiko kalau jadi apa apa dekat baby. Then, alat CTG dipasang semula dekat perut. Jantung baby still laju. Average 160 - 200 heartbeat dia. Doktor siap tanya demam ke tak sebab jantung baby laju. 

Serius Mimi cakap Mimi tak demam tapi bila diorang check suhu diorang cakap Mimi demam sikit. Hahh...Tang mana demam tuh tak tahulah.. Doktor sibuk time tuh tanya doktor di HTJ pasal kes Mimi ( Mimi rasa lah sebab kejap kejap dia datang snap pic graf heartbeat baby dan sibuk whatsapp ). Last sekali, dia datang bagitahu kena transfer ke HTJ sebab fetal distress. Merasa lah naik ambulans. Sepanjang 32 tahun hidup first time naik ambulans..hahaha...

Pengalaman tuh penting. Sampai HTJ Mimi terus kena tolak ke labour room. Buat prosedur itu ini doktor check jalan dah buka 3cm terus doktor decide pecahkan air ketuban. Sambil sambil tuh doktor dan nurse pantau heartbeat baby. Doktor perempuan Indian nih lembutnya lahai cakap. Dia cakap anggaran baby 3.5kg macam tuh. Then sempat juga tanya "Saya akan kena operate ke doktor?" Doktor tuh jawab tak perlu sebab time tuh heartbeat baby normal dan tengok pada ketinggian Mimi so dia bagitahu boleh bersalin normal. 

Bila dengar dia cakap macam tuh dah lega dah. Sekali detik cemas berlaku bila heartbeat terus laju dan laju. 160 - 200. Selama 20 minit diorang pantau last last diorang say sorry kena operate Mimi juga sebab risau baby lemas. Masa tuh mampu berhuhuhu ajelah. Datang seorang doktor lelaki Chinese ambil darah dan terangkan prosedur permbedahan. Dia minta Mimi sign tanda setuju buat pembedahan. Dia minta nombor phone encik suami dan panggil masuk labour room. Dia terangkan benda yang sama dekat encik suami tentang prosedur pembedahan. Time tuh memang nampak lah walaupun encik suami berlagak tenang tapi hakikatnya dia nervous.


Beberapa minit lepas tuh, Mimi kena tolak masuk OT. Time tuh badan dah collapse sebab menggigil kesejukan. Bapak kuat aircond diorang pasang. Badan i dh menggigil diorang boleh buat derk jer...Aishhh sabar sajalah. Dalam bilik OT tuh Mimi ditempatkan dekat satu bilik. Datang seorang doktor perempuan India...Doktor pakar bius. Dia terangkan prosedur itu ini kena injection bla bla bla...Time tuh masuk telinga kanan keluar telinga kiri sebab dah mengantuk. Angguk angguk sajalah..hahaha...Janji semua selamat. Dah habis brief semua Mimi pun kena tolak masuk OT. Dalam OT, masing masing sibuk buat preparation. Baik doktor baik nurse. Cepat dan layanan yang bagus. 


Lepas tuh, nurse suruh duduk dan bagi Mimi bantal. Peluk bantal tuh dalam keadaan rileks. Doktor pakar bius nak inject ubat tahan sakit dan bius. Sebelum inject doktor tuh ada sapu sejenis cecair apa entah. Gila kobis punya sejuk...Tapi nyaman je rasa...hahaha...Lepas tuh dia tekan tekan tulang belakang cari posisi sesuai untuk inject. Masa inject tuh memang terasa sakit time jarum tuh kena cucuk kat tulang belakang tapi kejap jela sebab lepas tuh dah tak rasa apa apa. Diorang suruh cepat cepat baring sebab nak operate cepat. Mimi siap minta izin nurse Mimi nak tidur. Hahaha...buruk nau perangai asyik nak "mentido" saja kerjaan aku..

Tidur tidur ayam jer sebab mata tak lekang tengok jam yang tergantung. Kejap tidur kejap jaga. Terasa juga sentuhan dekat area perut tapi tak sakit pun. Rasa macam jelly digoyang goyangkan pula. Tunggu baby keluar lambat sangat Mimi bantai tidur. Sedar sedar nurse kejut bagitahu puan tahniah baby dah keluar. Time tuh bila dengar suara baby menangis terus air mata mengalir. Sebab rasa bersyukur sangat segalanya berjalan dengan lancar untuk lahirkan anak yang Mimi tunggu selama 5 tahun.

Alhamdulillah tanggal 23 Jun 2016 tepat jam 2316 malam, Muhammad Adhwa Faris dilahirkan dengan berat 3.48kg secara caesarean. Kelahiran yang cukup bermakna cukup istimewa. Momen indah nih memang Mimi akan kenang sampai bila bila. Nak nak impian timang cahaya mata lelaki tercapai setelah pelbagai ujian dan dugaan yang Mimi lalui. Syukur Alhamdulillah atas kurniaan dan rezeki yang Allah SWT berikan...

Post a Comment

5 Comments

  1. Alhamdulillah..syukur semuanya dipermudahkan..sebak bila PC baca pengalaman kawan-kawan blogger melhirkan baby..kerana setiap ibu ada pengalaman masing-masing..setiap anak ada keistimewaan tersendiri.. :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. tahniah...segalanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  3. sayu pula baca.. Allahuakbar! tahniah kak mimi.. alhamdulillah berjaya dpt baby boy walaupun czer.. selamat berpantang kak

    ReplyDelete
  4. nnt akan rasa sakit tulang belakang kena jaga pemakanan taw huhuhu saya dah merasa sampai sekarang kesan ubat bius tu terasa..kalau boleh nak ja bersalin normal

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...tahniah, tercapai juga apa yg dihajatkan mimi tu

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com