Keperluan Ketika Berpantang Bersalin Secara Ceasarean

Assalamualaikum...

Pengalaman pertama bersalin secara Ceasarean memang banyak perlu dipelajari dan ilmu kena cedok daripada mereka yang berpengalaman. Alhamdulillah, Mimi bernasib baik sebab dikelilingi kawan kawan yang tidak kedekut nak share ilmu berpantang secara ceasarean...Ramai gak kawan Mimi yang ada pengalaman yang sama.. Mak saudara pun ada juga pengalaman. So, tak lah risau sangat kan apa yang perlu buat dan tak perlu buat.

Antara ilmu yang kawan kawan share nak elokkan luka operate kena makan oren sunkist sebab ada kandungan Vitamin C. Ikan haruan dan gamat tak boleh ambil. Yang nih doktor sendiri beritahu jangan ambil. Adik adik Mimi pun pesan.

Selain daripada tuh Mimi standby juga barang keperluan lain seperti pad herba, losyen mustajab, ubat lawas berak dan gel dermatix.

Untuk pad herba Bio Sanitary tuh since pantang anak sulung memang Mimi selesa dan guna jenama nih. Kalau bersalin normal pad herba nih mampu mengeringkan luka jahit dengan cepat dan darah beku pun cepat keluar. Bau pad nih pun sedap tau..Tak ada langsung bau hanyir darah sebab herba yang terkandung dalam pad dah serap bau darah nifas yang kurang menyenangkan lubang hidung korang...Untuk anak ketiga nih walaupun bersalin operate tetap juga guna sebab darah nifas tuh ada.

Losyen mustajab tuh memang elok digunakan time berpantang. Losyen mustajab dengan capsicum(tiub merah) tuh Mimi buat sapu di kaki. Sebelum pakai stoking lumur banyak banyak di kaki. Memang rasa pijau berangin. Best aje. Yang losyen mustajab rose scent tuh pula Mimi buat sapu di bahagian perut (atas dari luka operate) dan sapu bahagian belakang. Guna losyen nih memang best sangat sangat. Setiap kali pantang memang Mimi ada masalah sukar buang air besar. Angin pun tak keluar duk memulas mulas dalam perut. So, bila malam sapu losyen rose scent nih esoknya memang berkoyan koyan angin keluar. Bila angin kerap keluar perut rasa lega sikit.

Mesti ada yang pernah tengok dan tak pernah temgok pil kuning tuh kan?Bagi yang tak pernah tengok pil kuning tuh fungsinya untuk lawas berak. Dari pantang sulung sampai pantang yang ketiga memang Mimi beli ubat tuh sebab akan hadapi masalah sembelit. Tapi alhamdulillah pantangkan Auni takde masalah sembelit pun walaupun standby juga beli ubat kuning tuh. Mimi lupa apa nama ubat nih tapi kalau pergi klinik korang beritahu je nak beli ubat lawas berak warna kuning. Pantang ketiga nih dari start bersalin 23/6 sampailah 29/6 memang langsung tak buang air besar. Dalam hati dapat agak mesti akan sembelit punya sebab dah "keras". So, malam 29/6 tuh makan 2 biji pil kuning tuh esoknya proses pembuangan berjalan dengan lancar. Tak perlu beriya iya teran..Memang keluar sendiri sebab pil tuh bertindak melembutkan najis. Tapi diingatkan ye pil nih guna bila betul betul ada masalah sembelit saja. Takde sembelit jangan gatal gatal nak try.

Untuk luka operate pula Mimi standby beli gel Dermatix. Tapi Mimi tak guna lagi masa awal awal nih. Simpan dulu buat stok. Dermatix boleh digunakan bila luka dah masuk antara hari ke 10 hingga ke 14. Tapi sehingga entry nih ditaip Mimi belum guna lagi Dermatix. Nak tunggu hari ke 30 baru sapu. Dermatix nih berfungsi mengurangkan parut atau kesan luka, jahitan dan sebagainya. Untuk feedback selepas guna Dermatix nanti Mimi update kemudian okey kesannya.

So, nih antara keperluan yang wajib ada bila berpantang secara ceasarean nih. Kalau normal Dermatix tuh tak perlu pun. Tapi bila dah operate kena standby beli kan. Sebelum terlupa, untuk pengetahuan korang, sepanjang berpantang nih Mimi tak amalkan pun makan haruan atau gamat untuk sembuhkan luka operate. Doktor nasihatkan elakkan pengambilan haruan dan gamat. Apa sebabnya??Nanti Mimi update pada next entry ya.




4 comments:

  1. info berguna ni..sy tak sapu dermatix dulu..ada lagi parut.. T_T

    BalasPadam
  2. X pernah ade pengalaman bersalin ceasarean lagi

    BalasPadam
  3. pengalaman itu satu guru terhebat... selamat berpantang dan dipermudahkan urusan...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.