Resipi : Biskut Sarang Semut

Assalamualaikum...


Kali nih Mimi nak share resipi biskut sarang semut pulak. Biskut nih memang favourite Mimi selain biskut Mama Carey. Kalau makan setakat satu dua tuh tak cukup kena makan banyak baru cukup. Sebalang pun boleh hadap tau. 

Okey jom tengok resipi cara nak buat biskut sarang semut nih. Mudah dan senang.

Bahan bahan

3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
(Ayak ketiga tiga bahan ketepikan)

250gm mentega
1 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 sdt esen vanila
Coklat rice


Cara cara nak buat

Pukul guna mixer mentega + gula sehingga warna tukar keputihan. Kemudian masukkan telur kuning + esen. Pukul hingga sebati. Kemudian masukkan tepung2 yang telah diayak tadi. Gaul sebati. Time nih tak guna mixer pun takpe. Gaul dengan tangan hingga jadi doh.

Lepas tuh boleh lah korang parut guna pemarut cheese yang lubang parut tuh jenis halus. Dah habis parut doh tadi masukkan dalam papercup dan taburkan coklat rice atas biskut tadi. Bakar dengan suhu 150°c selama 15 minit. (Ikut kesesuaian oven masing masing ya)

Senang aje kan nak buat. So tunggu apa lagi. Try lah buat. Memang senang dan jimat masa.

Post a Comment

1 Comments

  1. My mum selalu buat biskut sarang semut ni.time raya memang laku biskut ni.tengok2 dah licin..rangup je biskut ni.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com