Sabtu, 18 Jun 2016

Resipi : Biskut Cornflakes Nestum

Assalamualaikum...

Bulan puasa nih kemain rancak update blog nak share resipi biskut raya. Padahal sebelum nih kemain bersawang blog...hahaha...

Alang alang dah ada idea nak update entry baik buat terus. Sementara mood R ada. Kalau datang si M habis semua apa pun tak jadi.

Kelmarin Mimi buat biskut yang memang mudah dan senang disediakan. Resipi asal biskut tuh Mimi ambil dari fb. Ramai yang duk share resipi biskut tuh tapi macam biasalah Mimi nih suka derhaka sikit dengan resipi asal. Guna saja bahan yang ada. Janji sedap kan.

Masa buat biskut nih Mimi dibantu dua orang chef cilik iaitu Aina dan Auni. Diorang yang paling bising keep asking bila nak buat biskut raya. So, tunaikan juga lah permintaan diorang kan.

Okeylah tak nak bebel panjang panjang jom tengok resipi biskut yang senang dan sedap seantero dunia nih.

Bahan bahan

250g mentega
1/2 cawan gula kastor (Kalau rasa nak manis adjust lah ya. Mimi tak suka manis)
1 sdt esen vanila
250g tepung gandum
Cornflakes (hancur kasar)
1 cawan nestum
Coklat chips

Cara cara buat

Pukul mentega + gula sampai sebati guna spatula atau senduk kayu. Kemudian masukkan esen. Gaul lagi. Kemudian masukkan tepung sedikit sedikit dulu. Agak agak adunan tak terlalu keras atau lembik tak payah masukkan tepung lagi ye. Kemudian masukkan cornflakes + nestum dan coklat chips. Gaul hingga sebati. Kemudian boleh lah bentukkan biskut tuh ikut bentuk yang kita suka. Bakar dalam oven dengan suhu 150°c selama 15 minit (ikut kesesuaian oven masing masing ye).
Dah siap sejukkan dan boleh simpan.

Setiap adunan nih kuantiti biskut yang dapat dalam 80 biji dan lebih. Ikut pada biskut lah ye. Kalau besar memang tak lah dapat 80 biji tuh..hahaha..

Selamat mencuba...Bye!!

2 ulasan:

  1. seronok bila anak2 yg menolong bt biskut raya nih...
    walaupun mungkin kadang kecah tp puas hati gitu...

    akak mmg tiap tahun tak penah bt biskut raya... al malasi
    paham2 jelah hehehhe

    BalasPadam
  2. Rajin tolong.. Hehee Reen jalan-jalan sini sambil komen dan follow.. :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.