Info Difteria : Cara jangkitan dan Gejala

*APA ITU DIFTERIA*
Penyakit yg disebabkan oleh bakteria corynebacterium diphteriae dan boleh membawa maut

*CARA JANGKITAN*
~ Tersebar melalui titisan respiratori apabila bersin, batuk atau bercakap. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan

*TANDA DAN GEJALA*
• Sakit tekak
• Demam panas
• Batuk
• Sukar menelan
• Sukar bernafas
• Sakit Kepala
• Keletihan
• Bengkak kelenjar leher
• Lendir hidung berbau dan
   bercampur darah

*PENCEGAHAN*
• Ia boleh dicegah dgn pengambilan vaksin bagi membentuk antibodi atau pertahanan dlm badan

• Pastikan anak anda mendapat imunisasi mengikut jadual yg di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

*KOMPLIKASI PENYAKIT*
• Jangkitan paru paru
• Jangkitan telinga
• Radang Saraf
• Kerosakkan otot jantung
• Lumpuh
• Kegagalan Pernafasan
• Kematian

*RAWATAN*
• Antibiotik akan diberikan untuk
  mencegah komplikasi

*PESANAN*
• Sekiranya anak anda mempunyai TANDA dan GEJALA di atas SEGERA ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran

3 comments:

  1. Kena hati2 yg ada anak kecil ketika musim perayaan ini kan MA..
    Takut berjangkit jer..

    BalasPadam
  2. kena extra pengawasan anak2 raya ni...bahaya skg

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.