Pisang Kejuk Seremban yang Marvellous

Assalamualaikum...

Selasa lepas balik dari Kuala Lumpur ikut encik suami balik kem bagitahu dia singgah makan goreng pisang cheese kat satu tempat nih..Dah lama teringin nak makan. Sementara tunggu waktu sekolah kakak Aina habis encik suami ikutkan saja tekak isteri dia.

Gerai yang Mimi beli pisang goreng cheese nih banyak jenis tau korang. Bukan setakat pisang goreng cheese saja tapi macam macam ada. Gerai nih terletak di tepi jalan lama nak ke Jelebu dan  ke laluan Lebuhraya Kesas. Sebenarnya Pisang Kejuk nih banyak outletnya tapi Mimi spesifik pada area Seremban jelah..😊😊😊

Sampai di gerai Pisang Kejuk Seremban, Mimi order Pisang Goreng Rainbow dan Pisang Goreng Cheese Biasa. Serius cakap memang sedap tau korang. Mimi siap promote lagi kat kawan kawan lain. Harga untuk Pisang Goreng Rainbow RM6.00 dan Pisang Goreng Cheese Biasa RM5.00. Pisang Goreng Rainbow tuh lapisan atas pisang tuh ada cheese lepas tuh atas cheese tuh taburan warna warni tuh coklat tau korang. Makan 2-3 ketul pun dah rasa kenyang tau. Taburan Cheese dan Coklat tuh memang banyak betul melimpah ruah sungguh.

Selain Pisang Goreng Cheese Biasa dan Pisang Goreng Rainbow ada Pisang Goreng Butterscotch, Pisang Goreng Cheese Susu, Pisang Goreng Coklat dan macam macam lagi lah. Last but not least kan korang apa yang istimewa pasal Pisang Kejuk Seremban selain daripada kesedapan pisang goreng yang dijual, budi bahasa adik adik penjual Pisang Kejuk nih punyalah bagusssss...Setiap kali customer datang bagi salam dengan senyuman. Layanan memang tiptop lah..Servis bagus. Sejuk sungguh perut ibu ibu mengandungkan diorang. Nak balik pun siap ucap terima kasih dan bagi salam sekali. Siap boleh bergurau gurau. Peniaga macam nih yang kita nak kan. Layan pelanggan dengan mesra. Hopefully sikap nih dikekalkan walaupun dah berjaya hingga ke puncak dan terkenal seantero dunia.. Mimi bagi 10/10 untuk Pisang Kejuk Seremban.

Pisang Kejuk Seremban dibuka setiap hari kecuali hari Khamis dan Jumaat pada pukul 12.00 tengahari hingga 6.00 petang. Pisang Kejuk Seremban juga menawarkan perkhidmatan penghantaran Pisang Kejuk ataupun bahasa mudahnya Delivery Order 😄😄😄😄. Yang duduk area Seremban atau sesiapa yang datang berjimba jimba di Seremban bolehlah singgah di Pisang Kejuk Seremban. Nak dapatkan info yang cepat atau nak berhubung terus dengan diorang pun boleh. Korang bolehlah follow terus instagram @pisangkejukseremban nanti ya untuk dapatkan nombor telefon dan maklumat terkini yang diorang update.

Post a Comment

8 Comments

  1. Wow!.. berkerinting on top kejunya Mimi
    Nampak sangat memang tak kedeku keju penjualnya.
    Puaslah makan:)

    ReplyDelete
  2. cantik betul yg colorful tuh,,, nk mkn pun syg...

    kejunya tak kedekut mmg menggoda

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Kalerful plak tu ☺☺

    ReplyDelete
  4. Femes pisang kejuk ni sekarang. Nanti kalau ke sana boleh lah try :)

    ReplyDelete
  5. nengok gmbr pun dah nampak marbeless . hehehhee..

    ReplyDelete
  6. warna warni gitu..rasa nak g beli jer..huhu..tp jauh pula.

    ReplyDelete
  7. Melimpah ruah tengok cheese nya tu.. sedapnya... :-)

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com