Sabtu, 2 April 2016

Beralih Arah dengan UMobile



Assalamualaikum...

Baru aje tukar ke UMobile 2 minggu lepas. Ikutkan hati tak nak dah tukar tukar line ni tapi kerana keadaan mendesak terpaksa juga tukar. Tapi untuk nombor UMobile ni lebih pada penggunaan yang melibatkan internet macam fb,ig,blog,whatsapp,telegram dan bla bla bla...

Sebenarnya Mimi masih kekal guna nombor lama yang 013 tu. Maybe ada di kalangan kawan kawan blogger yang masih simpan nombor Mimi 013 tu. Nombor tu masih wujud lagi dan available untuk call dan sms saja. Kalau hantar whatsapp memang la boleh tapi berzaman la Mimi takkan jawab sebab phone yang Mimi guna untuk 013 tu memang takde whatsapp. Untuk nombor 013 Mimi guna line Mr. X..😄😄😄

Untuk line UMobile memang Mimi puas hati bila dah guna selama 2 minggu. Walaupun data Internet keluar "E" tetap boleh on fb ig macam biasa. Ada certain line kalau "E" tuh memang tak boleh tapi UMobile boleh. Then, data UMobile pun rasa macam lambat je habis walaupun Mimi rasa banyak lenjan buka fb ig bagai...Update blog lagi..Suami pun dah tukar ke UMobile tapi masih kekalkan nombor lama.

Adik adik Mimi pun guna UMobile. Punca Mimi nak tukar UMobile sebab adik yang 2nd cakap memang jimat sangat sangat. Macam macam dia promote..Dah boleh jadi promoter UMobile dah..hahaha...Alhamdulillah setakat ni memang puas hati sesangat la...Lepas ni tak payah nak bebel bebel sebab tak boleh update blog angkara line lama buat hal. Semendang tak boleh post entry walaupun data banyak lagi.


1 ulasan:

  1. aRz pun dah lama guna Umobile...tapi bukan Power simkad....Umobile biasa UMI20 siap dapat streaming percuma youtube pada kelajuan tinggi dari 2 pagi sehingga 10 pagi setiap hari

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.